1MDB Auditor General's Report: This is a copy of the Auditor General’s exact report, which we are uploading in stages over the coming week. We have re-typed the entire report in order to frustrate attempts to persecute whistleblowers. Please excuse any typing errors, the text is an exact replica.

BAB 6 KEDUDUKAN KEWANGAN KUMPULAN 1MDB

1. PINJAMAN DAN PEMBIAYAAN KUMPULAN 1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD

1.1. Kedudukan Pinjaman Dan Pembiayaan Kumpulan 1MDB Sehingga 31 Mac 2014

1.1.1. 1MDB ditubuhkan untuk memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi mampan jangka panjang Malaysia dan telah menerima sejumlah RM1 juta suntikan ekuiti daripada Kerajaan pada tahun 2009. Bagi membiayai aktiviti pelaburan, aset hartanah dan sektor tenaga di dalam serta luar negara, 1MDB menjana dana menerusi sumber pinjaman, terbitan sukuk dan nota USD di dalam serta luar negara. Sehingga 31 Mac 2014, keseluruhan pinjaman Kumpulan 1MDB berbaki RM41.86 bilion seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.32.09

1.1.2. Baki pinjaman dalam dan luar negara Kumpulan 1MDB tidak termasuk inherited loans sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 berjumlah RM33.71 bilion seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.32.46Screenshot 2016-07-30 12.32.51

1.1.3. Berdasarkan USD Information Memorandum bertarikh 21 Mei 2012, pembiayaan Nota USD1.75 bilion yang dikeluarkan oleh Kumpulan 1MDB melalui 1MDB Energy Limited (1MEL) dijamin bersama oleh 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC). Semakan JAN mendapati kedua-dua penjamin tersebut telah menandatangani Interguarantor Agreement bertarikh 21 Mei 2012. Menurut Klausa 2(d) Interguarantor Agreement, “…all amounts falling due and payable under the Notes are fully underwritten by 1MDB Guarantor including all costs, expenses, damages, liabilities incurred or suffered by IPIC Guarantor including but not limited to such legal fees and any other costs deemed appropriately incurred by IPIC Guarantor at the full discretion of IPIC acting reasonably and in the event 1MDB Guarantor is unable to meet such underwriting obligations, 1MDB will procure Ministry of Finance Inc. to provide the necessary funding and support to repay IPIC in full for such amount demanded.” Oleh itu, secara tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) terikat untuk melunaskan semua prinsipal dan kos berkaitan yang telah didahulukan oleh IPIC sekiranya 1MDB gagal melaksanakan obligasinya sebagai penjamin.

1.1.4. Kumpulan 1MDB melalui 1MDB Energy (Langat) Limited (1MELL) telah menerbitkan Nota USD1.75 bilion yang kedua pada 19 Oktober 2012 yang juga dijamin bersama oleh 1MDB dan IPIC seperti yang dinyatakan dalam penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2013 dan 31 Mac 2014.

1.1.5. Semasa perolehan Kumpulan Powertek Energy Sdn. Bhd. (Powertek) serta Jimah O&M Sdn. Bhd. dan Jimah Teknik Sdn. Bhd. (Jimah), 1MDB turut mengambil alih inherited loans sedia ada berjumlah RM8.15 bilion bagi tujuan operasi loji jana kuasa. Butiran terperinci adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.33.27

1.2. Pinjaman Baru Diperoleh dan Drawdown Tambahan Selepas Tarikh Penyata Kewangan 31 Mac 2014 Sehingga 31 Oktober 2015

1.2.1. 1MDB telah memperoleh tujuh pinjaman, satu cash payment dari IPIC dan satu drawdown tambahan Sukuk Murabahah keseluruhannya berjumlah RM17.92 bilion selepas tarikh penyata kewangan berakhir 31 Mac 2014, iaitu bagi tempoh antara bulan September 2014 hingga Oktober 2015.  Pinjaman baru yang diperoleh ini antaranya bertujuan bagi membatalkan opysen Aabar Investments PJS Limited (Aabar Ltd.), bayaran prinsipal dan kos pinjaman pembiayaan semula pinjaman serta keperluan modal kerja. Manakala drawdown tambahan Sukuk Murabahah berjumah RM900 juta digunakan bagi tujuan membiayai kos penempatan semula PUKL. Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.34.00

1.2.2. Syndicated Bridging Loan RM5.50 Bilion

Pada 22 Mei 2014, pinjaman berjumlah RM5.50 bilion diambil oleh Powertek Investment Holdings Sdn. Bhd. (PIHSB) [dulu dikenali sebagai 1MESB] bagi membiayai semula sebahagian Syndicated Bridging Loan berjumlah RM6.17 bilion. Syndicated Bridging Loan berjumlah RM5.50 bilion dibiayai oleh konsortium bank seperti berikut:

  1. Malayan Banking Berhad
  2. RHB Bank Malaysia Berhad
  3. Affin Hwang Investment Berhad
  4. Malaysia Building Society Berhad

1.2.3. Sukuk Murabahah RM2.40 bilion

Sukuk Murabahah dengan nilai nominal RM2.40 bilion telah diterbitkan dalam dua tranche. Tranche pertama dengan nilai nominal RM1.50 bilion (terimaan bersih RM920.31 juta) telah diterbitkan pada 20 Februari 2014, iaitu pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014. Manakala tranche kedua dengan nilai nominal RM900 juta (terimaan bersih RM583.47 juta) telah diterbitkan selepas 31 Mac 2014, iaitu pada 29 Disember 2014. Keseluruhan terbitan Sukuk Murabahah berjumlah RM2.40 bilion akan matang antara tahun 2021 hingga 2024.

1.2.4. Standby Credit RM950 Juta

1.2.4.1. Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 23 Februari 2015 bersetuju untuk menerima kemudahan pinjaman jangka pendek Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3 bilion melalui subsidiari miliknya, iaitu Plenitude Mentari Sdn. Bhd. (PMSB). Bagaimanapun, surat tawaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bertarikh 26 Februari 2015 hanya menawarkan sejumlah RM950 juta pinjaman pada kadar faedah 3.4% setahun dan matang pada 31 Disember 2015. Pinjaman ini bertujuan untuk pembayaran sebahagian prinsipal dan faedah/kos pinjaman bon/sukuk/pinjaman, pembiayaan projek berkaitan aset jana kuasa dan hartanah. Pada 27 Februari 2015, perjanjian pinjaman ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan PMSB.

1.2.4.2. Berdasarkan Notis Pengeluaran daripada PMSB kepada MOF, arahan penggunaan pinjaman berjumlah RM950 juta adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.34.42

1.2.4.3. Analisis JAN mendapati Notis Pengeluaran Standby Credit Kumpulan 1MDB berjumlah RM950.07 juta adalah melebihi daripada jumlah yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Perbezaan ini disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang USD.

1.2.5. Revolving Credit  RM229.50 Juta

Pada 12 Ogos 2015, subsidiari 1MDB, iaitu KLIFD Sdn. Bhd. (KLIFD) telah memperoleh pembiayaan Revolving Credit daripada Affin Bank Berhad berjumlah RM229.50 juta bagi tujuan keperluan modal kerja atau keperluan lain yang akan ditentukan. Sehingga 11 September 2015, Revolving Credit telah digunakan untuk melunaskan pembiayaan Islamic Revolving Credit yang dibiayai oleh Affin Islamic Bank Berhad berjumlah RM37 juta, bayaran prinsipal pinjaman 1MDB Energy (Langat) Sdn. Bhd. berjumlah RM120 juta, deposit dalam Escrow Account Affin Bank Berhad berjumlah RM8 juta dan bakinya sejumlah RM64.50 juta telah dipindahkan kepada 1MDB sebagai pendahuluan.

1.2.6. Term Loan USD250 Juta

Pada 26 Mei 2014, 1MDB melalui subsidiarinya 1MDB Energy Holdings Limited (1MEHL) telah memperoleh term loan sejumlah USD250 juta dengan Deutsche Bank AG, Singapura yang matang pada bulan Februari 2015. Pinjaman ini adalah bagi tujuan korporat Kumpulan 1MEHL sebagaimana resolusi Lembaga Pengarah 1MDB pada 22 Mei 2014.

1.2.7. Term Loan USD975 Juta

Pada 1 September 2014, 1MDB melalui subsidiarinya 1MEHL sekali lagi telah memperoleh term loan sejumlah USD975 juta dengan Deutsche Bank AG, Singapura  yang matang pada 30 September 2015. Pinjaman ini adalah bagi tujuan berikut:

  1. Membiayai semula pinjaman asal sejumlah RM250 juta yang dibuat pada 26 Mei 2014;
  2. Membiayai perolehan dan penamatan call option diberikan oleh 1MELL kepada Aabar Ltd. bagi saham dalam 1MDB Energy (Langat) Sdn. Bhd.;
  3. Membiayai perolehan dan penamatan call option diberikan oleh 1MEL kepada Aabar Ltd. bagi saham dalam Kumpulan Powertek; dan
  4. Membayar fi dan perbelanjaan Kumpulan 1MEHL.

1.2.8. Term Loan USD555.02 Juta (Capped at RM2 Bilion)

1.2.8.1. Lembaga Pengarah 1MDB melalui resolusi bertarikh 10 Februari 2015 meluluskan cadangan kemudahan term loan tidak melebihi RM2 bilion bagi tujuan bayaran balik penuh pinjaman Tranche 2 Syndicated Bridging Loan RM5.50 bilion. Pada tarikh yang sama, Menteri Kewangan telah memberi kelulusan kepada 1MDB untuk mendapatkan kemudahan pinjaman sejumlah RM2 bilion tanpa Jaminan Kerajaan.

1.2.8.2. Seterusnya pada 11 Februari 2015, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan kelulusan kepada 1MDB untuk memperoleh term loan USD555.02 juta (capped at RM2 bilion) daripada Marstan Investments N.V., Belanda (Marstan). Pada 12 Februari 2015, 1MDB telah menandatangani perjanjian bersama Marstan bagi kemudahan pinjaman ini melalui RHB Bank Berhad. Pada 13 Februari 2015, pinjaman ini telah dikeluarkan bagi pelunasan Tranche 2 Syndicated Bridging Loan RM5.50 bilion.

1.2.9. Term Loan USD150 Juta

1.2.9.1. Pada 9 Mac 2015, Lembaga Pengarah 1MDB menerusi resolusinya bersetuju menerima kemudahan Islamic Term Loan berjumlah USD150 juta daripada Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) oleh Timeline Zone Sdn. Bhd. (TZSB), iaitu subsidiari milik penuh Kumpulan 1MDB. Pada 20 Mac 2015, TZSB telah menandatangan perjanjian pinjaman dengan EXIM Bank pada kadar Cost of Fund-Islamic + keuntungan 2.5% setahun dan matang dalam tempoh 15 bulan daripada tarikh pengeluaran pertama. Pinjaman ini dibuat bagi tujuan berikut:

  1. Membiayai keperluan modal kerja am;
  2. Perbelanjaan modal masa hadapan;
  3. Suntikan ekuiti bagi pengembangan sektor tenaga Kumpulan 1MDB; dan
  4. Pembayaran fi, perbelanjaan dan dana Financial Service Reserve Account (FSRA) bagi kemudahan pinjaman ini.

1.2.9.2. Berdasarkan notis penggunaan yang dikemukakan oleh TZSB bertarikh 23 Mac 2015, arahan penggunaan pinjaman berjumlah USD150 juta telah diberi kepada EXIM Bank seperti berikut:

  1. Sejumlah USD0.75 juta dibayar kepada EXIM Bank bagi fi kemudahan;
  2. Sejumlah USD7.23 juta dimasukkan ke akaun FSRA (cash collateral) di EXIM Bank;
  3. Sejumlah RM0.37 juta bagi fi perundangan dan pengeluaran; dan
  4. Baki daripada kemudahan pinjaman ini digunakan bagi tujuan keperluan modal kerja 1MDB.

1.2.9.3. Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB memaklumkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 24 Mac 2015 bahawa pinjaman telah diterima dan akan digunakan seperti berikut:

  1. Pembayaran faedah bagi tempoh 12 bulan;
  2. Sejumlah USD64 juta akan digunakan untuk membayar pinjaman sedia ada Tadmax Resources Berhad (TRB); dan
  3. Baki RM250 juta akan digunakan untuk membayar sebahagian pinjaman AmBank (M) Berhad berjumlah RM600 juta (term loan 1MDB Energy (Jimah) Sdn. Bhd.) yang matang pada 9 April 2015.

1.2.10. Cash Payment IPIC USD1 Bilion

Selaras dengan pelaksanaan Binding Term Sheet yang telah ditandatangani antara Kumpulan 1MDB dan MKD dengan Aabar dan IPIC, IPIC telah membayar sejumlah USD1 bilion (RM3.78 bilion) kepada 1MDB pada 5 Jun 2015. Kumpulan 1MDB telah menggunakan wang ini untuk melunaskan term loan daripada Deutsche Bank AG, Singapura berjumlah USD975 juta.

1.3. Bayaran Balik Pinjaman Selepas Tarikh Penyata Kewangan 31 Mac 2014 Sehingga 31 Oktober 2015

Selepas tarikh penyata kewangan berakhir 31 Mac 2014 sehingga 31 Oktober 2015, Kumpulan 1MDB telah melunaskan prinsipal pinjaman termasuk inherited loans berjumlah RM14.84 bilion seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.35.34

1.3.1. Pelunasan Syndicated Bridging Loan RM6.17 Bilion

Pada 22 Mei 2012, Powertek Investment Holding Sdn. Bhd. (PIHSB) [dulu dikenali sebagai 1MESB] telah memeroleh Syndicated Bridging Loan berjumlah RM6.17 bilion. Pinjaman ini diatur oleh Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad. Selepas tarikh penyata kewangan 2014,  sejumlah RM500 juta telah dibayar pada 22 Mei 2014 dan sejumlah RM170 juta telah dibayar pada 14 Ogos 2014. Baki pinjaman ini berjumlah RM5.50 bilion telah dibiayai semula melalui Syndicated Bridging Loan pada 22 Mei 2014.

1.3.2. Pelunasan Syndicated Bridging Loan RM5.50 Bilion

1.3.2.1. Pada 22 Mei 2014, PIHSB telah menandatangani perjanjian Syndicated Bridging Loan berjumlah RM5.50 bilion dengan konsortium bank bagi tujuan membiayai semula pembiayaan asal berjumlah RM6.17 bilion. Kaedah pembayaran balik pinjaman ini terbahagi kepada dua tranche seperti berikut:

  1. Tranche 1 (T1) – RM3.50 bilion akan dibayar dua kali setahun yang setiap satunya berjumlah RM175 juta dengan 20 ansuran bermula pada bulan November 2014; dan
  2. Tranche 2 (T2) – RM2 bilion akan dibayar melalui hasil daripada cadangan Tawaran Awam Permulaan (IPO) atau hasil daripada komitmen ekuiti Tanjong (Tanjong Commitment) tidak lewat daripada 30 November2014. Tanjong Commitment merujuk kepada obligasi kontingen untuk melanggan ekuiti PIHSB sebagai peminjam berdasarkan terma dan syarat dalam Subscription Agreement dan Supplemental Subscription Agreement.

1.3.2.2. Tranche 2 Syndicated Bridging Loan RM5.50 bilion telah dilunaskan setelah mendapat pelanjutan sehingga 13 Februari 2015 melibatkan bayaran prinsipal berjumlah RM2 bilion dan faedah berjumlah RM6.14 juta. Sehingga 31 Oktober 2015, sebanyak dua bayaran ansuran telah dibuat berjumlah RM350 juta yang menjadikan Tranche 1 Syndicated Bridging Loan RM5.50 bilion berbaki RM3.15 bilion.

1.3.3. Pelunasan Term Loan RM550 Juta

1MDB Real Estate Sdn. Bhd. (1MDB RE) [kini dikenali sebagai TRX City Sdn. Bhd.] telah menandatangani perjanjian bagi term loan berjumlah RM550 juta dengan Ambank (M)) Berhad pada 27 Disember 2013 untuk membiayai sebahagian kos penempatan semula Bandar Malaysia, sebahagian perbelanjaan awal dan perbelanjaan mobilisasi projek TRX. Pada bulan Januari 2015, term loan in telah dilunaskan sepenuhnya melalui terbitan sukuk Murabahah berjumlah RM2.40 bilion oleh 1MDB RE.

1.3.4. Pelunasan Term Loan USD250 Juta

Nota 41 (ii) (d) kepada Penyata Kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 menyatakan 1MEHL menerima kemudahan pinjaman sejumlah USD250 juta untuk tujuan penamatan opsyen yang diberikan kepada Aabar. Term Loan USD250  juta telah dilunaskan pada 1 September 2014, iaitu lebih awal daripada tarikh matang asal yang sepatutnya pada 26 Februari 2015 melalui term loan baru USD975 juta.

1.3.5. Pelunasan Inherited Loans

Pada akhir tahun kewangan 31 Mac 2015, Kumpulan Edra telah melunaskan sepenuhnya prinsipal bagi empat inherited loans berjumlah RM193.53 juta dan sebahagian prinsipal bagi enam inherited loans berjumlah 596.14 juta. Butirannya adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.36.20

1.3.6. Pelunasan Term Loan RM600 Juta

Term Loan berjumlah RM600 juta daripada Ambank (M) Berhad telah diambil oleh 1MDB Energy (Jimah) Sdn. Bhd. untuk tujuan perolehan Kumpulan Jimah. Term Loan ini adalah dengan kaedah faedah COF + 1.75% matang pada 10 April 2015. Term Loan ini telah dilunaskan melalui Standby Credit berjumlah RM350 juta dan Term Loan EXIM Bank sejumlah RM250 juta.

1.3.7. Pelunasan Islamic Revolving Credit RM37 Juta

Pada tahun 2009, 1MDB telah mengambil kemudahan Islamic Revolving Credit berjumlah RM37 juta daripada Affin Islamic Bank Berhad bagi tujuan keperluan modal kerja dan operasi syarikat. Pembiayaan ini telah dilunaskan melalui kemudahan revolving credit yang baru berjumlah RM229.50 juta daripada Affin Islamic Bank. 

1.3.8. Pelunasan Term Loan USD975 Juta

Term loan USD975 juta daripada Deutsche Bank AG, Singapura diambil bertujuan untuk membiayai semula Term Loan USD250 juta dan membatalkan opsyen Aabar Ltd. Berdasarkan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh 2 Jun 2015 dan makluman oleh Encik Karul Kanda (Presiden dan Ketua Eksekutif 1MDB) dalam mesyuarat PAC pada 1 Disember 2015, term loan ini telah dilunaskan setelah menerima cash payment IPIC berjumlah USD1 bilion pada 5 Jun 2015. Bagaimanapun sehingga kini, pihak JAN masih belum menerima deed of discharge Deutsche Bank AG, Singapura daripada pengurusan 1MDB bagi mengesahkan pelunasan pinjaman ini telah dibuat.

1.3.9. Pelunasan Syndicated Bridgig Loan RM700 Juta

Syndicated Bridging Loan RM700 juta diambil oleh 1MDB Energy (Langat) Sdn. Bhd. daripada konsortium Affin Bank Berhad dan Ambank (M) Berhad. Syndicated Bridging Loan ini bertujuan membiayai sebahagian kos perolehan loji jana kuasa dan tanah daripada Kumpulan Genting Berhad. Prinsipal Syndicated Loan ini perlu dilunaskan melalui tujuh bayaran mulai bulan Februari 2013 sehingga bulan Februari 2016. Pada 31 Mac 2014, nilai saksama Syndicated Bridging Loan ini berjumlah RM451.84 juta. Seterusnya, sehingga 31 Oktober 2015, sejumlah RM340 juta telah dilunaskan dan nilai saksama Syndicated Bridging Loan ialah RM111.84 juta.

1.4. Kedudukan Baki Pinjaman Keseluruhan Kumpulan 1MDB Selepas Tarikh Penyata Kewangan 31 Mac 2014 Sehingga 31 Oktober 2015

1.4.1. Berdasarkan pengiraan JAN, keseluruhan baki pinjaman Kumpulan 1MDB sehingga 31 Oktober 2015 berjumlah RM46.18 bilion. Jumlah baki pinjaman ini mengambil kira pinjaman dalam negara, pinjaman luar negara, inherited loans daripada Kumpulan Powertek dan Jimah serta pinjaman yang diperoleh selepas tarikh penyata kewangan berakhir 31 Mac 2014. Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.37.02

1.4.2. Semakan JAN mendapati baki pinjaman Kumpulan 1MDB sehingga 31 Oktober 2015 berjumlah RM46.18 bilion setelah mengambil kira pinjaman baru dan drawdown tambahan Sukuk Murabahah berjumlah RM17.92 bilion, bayaran balik prinsipal berjumlah RM14.84 bilion serta kesan accretion (diskaun dan kos transaksi) dan kadar tukaran mata wang berjumlah RM1.24 bilion. Dengan mengambil kira kadar pertukaran mata wang USD ada bulan Oktober 2015, baki prinsipal pinjaman Kumpulan 1MDB telah meningkat dengan sejumlah RM8.82 bilion kepada RM55 bilion.

1.4.3. Analisis JAN terhadap baki prinsipal pinjaman pada dan selepas tarikh penyata kewangan 31 Mac 2014 adalah seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.37.22

1.4.4. Semakan JAN mendapati daripada pinjaman baru berjumlah RM17.92 bilion, sejumlah RM14.05 bilion (tidak termasuk inherited loans berjumlah RM789.67 juta) telah digunakan untuk melunaskan prinsipal pinjaman sedia ada. Sungguhpun demikian, 1MDB hanya mempunyai lebihan terimaan sejumlah RM185.60 juta setelah membayar kos pinjaman berjumlah RM3.68 bilion bagi bulan April 2014 sehingga Oktober 2015. Ini menunjukkan pinjaman baru tidak berupaya membantu 1MDB memperkukuhkan kedudukan kewangannya kerana ia tidak dapat menjana pendapatan yang mencukupi. Perkara ni turut diakui oleh Encik Arul Kanda dalam mesyuarat PAC pada 1 Disember 2015 bahawa Kumpulan 1MDB bergantung sepenuhnya dengan pinjaman baru untuk memenuhi obligasi tanggungannya. Butiran terperinci kos pinjaman bagi bulan April 2014 hingga Oktober 2015 adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.37.42

1.5. Komitmen Pinjaman Kumpulan

1.5.1. Komitmen Pada 31 Oktober 2015

1.5.1.1. Pada 31 Oktober 2015, baki prinsipal untuk 13 pinjaman/pembiayaan dalam negara dan luar negara berjumlah RM47.58 bilion masih belum dilunaskan. Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.38.10

1.5.1.2. Analisis JAN mendapati mulai bulan November 2015 hingga tahun 2039, komitmen Kumpulan 1MDB terhadap 13 pinjaman/pembiayaan dalam dan luar negara serta inherited loans berjumlah RM74.62 bilion merangkumi baki prinsipal pinjaman/pembiayaan sejumlah RM55.00 bilion dan kos pinjaman/pembiayaan sejumlah RM19.62 bilion. Kos pinjaman berjumlah RM19.62 bilion ini tidak mengambil kira inherited loans kerana tiada maklumat mengenainya.

1.5.2. Komitmen Kumpulan 1MDB Selepas Pelan Rasionalisasi

1.5.2.1. Penjualan Kumpulan Edra

  1. Menurut kenyataan media 1MDB bertarikh 23 November 2015, China General Nuclear Power Corporation (CGN Group) menandatangani Perjanjian Pembelian dan Penjualan Saham (SSPA) dengan 1MDB bagi mengambil alih keseluruhan kepentingan Kumpulan Edra. CGN Group akan membayar ekuiti secara tunai berjumlah RM9.83 bilion serta mengambil alih semua hutang berkaitan dan tunai Kumpulan Edra berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015. Hutang Kumpulan Edra yang diambil alih termasuk inherited loans berjumlah RM7.43 bilion. Transaksi ini dijangka selesai pada bulan Februari 2016.
  2. Bagaimanapun, Kumpulan 1MDB masih perlu menanggung baki prinsipal pinjaman pada 31 Oktober 2015 berjumlah RM21.93 bilion yang diambil semasa perolehan syarikat sektor tenaga. Butirannya adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.38.44

1.5.2.2. Penjualan Ekuiti Bandar Malaysia Sdn. Bhd.

  1. Berdasarkan kenyataan media 1MDB pada 31 Disember 2015, 1MDB telah menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham bagi penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (BMSB) kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn. Bhd. (CREC). Konsortium ini merupakan usaha sama antara IWH dan CREC dengan nisbah kepentingan 60:40. Konsortium IWH-CREC telah menilai 100% tanah Bandar Malaysia pada nilai RM12.35 bilion di mana nilai 60%tanah adalah bersamaan RM7.41 bilion.
  2. Berdasarkan kenyataan media 1MDB pada 6 Januari 2016, antara pertimbangan Perjanjian Jual Beli Saham ialah pengambilalihan hutang Sukuk Murabahah berjumlah RM1.63 bilion oleh Konsortium IWH-CREC. Harga penjualan untuk 60% ekuiti berjumlah RM7.41 bilion ini tidak mengambil kira kos pemindahan PUKL dan Sukuk Murabahah. Sekiranya kos tersebut diambil kira, harga penjualan akan berkurang menjadi RM5.30 bilion.
  3. Semakan JAN mendapati status pengambilalihan Sukuk Murabah dengan nilai nominal RM2.40 bilion belum dimuktamadkan kerana masih belum mencapai persetujuan di antara pihak yang terlibat. Memandangkan persetujuan masih belum dicapai, hutang Sukuk Murabahah tetap akan menjadi tanggungjawab 1MDB. Bagaimanapun, 1MDB tidak mengemukakan dokumen berkaitan penjualan tersebut untuk pengauditan.

1.5.2.3. Pelaksanna Binding Term Sheet

a. Pada 28 Mei 2015, Term Sheet For Settlement Arrangement (Binding Term Sheet) telah ditandatangani antara Kumpulan 1MDB dan MKD dengan Aabar dan IPIC. Binding Term Sheet adalah kaedah penyelesaian secara keseluruhan bagi melepaskan obligasi dan tanggungan antara Kumpulan 1MDB dengan Kumpulan IPIC termasuk Kumpulan Aabar. Menerusi perjanjian ini, IPIC/Aabar akan mengambil alih tanggungan Kumpulan 1MDB dan sebagai balasan, aset Kumpulan 1MDB akan dipindahkan kepada IPIC/Aabar sebagai tukar ganti. Pelaksanaan Binding Term Sheet ini dikenali sebagai debt-asset swap.

b. Binding Term Sheet ini adalah lanjutan daripada jaminan IPIC untuk membayar prinsipal dan kos pinjaman bagi dua Nota USD1.75 bilion masing-masing yang diterbitkan pada bulan Mei 2012 dan Oktober 2012.

c. Menerusi debt-asset swap, IPIC bersetuju terhadap perkara berikut:

  1. Membayar 1MDB sejumlah USD1 bilion yang mana telah diterima pada 5 Jun 2015;
  2. Membayar kos pinjaman terhadap kedua-dua Nota USD1.75 bilion sehingga tarikh penyelesaian atau penamatan obligasi bagi pihak 1MDB;
  3. Semua hutang-pemiutang antara Kumpulan IPIC dan Kumpulan 1MDB akan dikira selesi; dan
  4. Mengambil alih obligasi untuk membayar prinsipal dan kos pinjaman bagi kedua-dua Nota USD.75 bilion mulai tarikh penyelesaian.

d. Sebagai balasan terhadap persetujuan IPIC, 1MDB dan MKD bertanggungjawab melaksanakan perkara berikut:

  1. Memindahkan aset-aset dengan nilai saksama yang dipersetujui bersama antara 1MDB, MKD dan IPIC selewat-lewatnya pada 30 Jun 2016; dan
  2. Nilai aset yang akan dipindahkan adalah tidak kurang daripada sumbangan IPIC bersamaan dengan bayaran USD1 bilion, kos pinjaman yang telah dibayar dan prinsipal bagi kedua0dua Nota USD1.75 bilion serta hutang-pemiutang antara kedua-dua pihak.

e. Dengan pelaksanaan Binding Term Sheet ini, sekurang-kurangnya sejumlah RM19.37 bilion (USD4.50 bilion) antaranya merangkumi dua terbitan Nota USD1.75 bilion dan Cash Payment IPIC berjumlah USD1 bilion akan dilunaskan pada 30 Jun 2016.

1.5.2.4. Komitmen Selepas Pelan Rasionalisasi

  1. Menurut kiraan dan andaian JAN, baki pinjaman Kumpulan 1MDB selepas mengambil kira pelan rasionalisasi melibatkan penjualan ekuiti Kumpulan Edra, penjualan ekuiti Bandar Malaysia Sdn. Bhd. dan pelaksanaan Binding term Sheet dengan IPIC dan Aabar yang dijangka selesai pada bulan Februari 2016 sehingga Jun 2016, baki pinjaman adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 6.12

BAKI PRINSIPAL PINJAMAN KUMPULAN 1MDB SELEPAS PELAN RASIONALISASI

BIL

JENIS

BAKI PRINSIPAL BELUM DILUNASKAN PADA 31.10.2015 (RM JUTA)

PINJAMAN YANG AKAN DILUNASKAN (RM JUTA)

BAKI PRINSIPAL PINJAMAN SELEPAS PELAN RASIONALISASI (RM JUTA)

1.

Islamic Medium Term Notes (RM5 bilion)

5,000.00

5,000.00

2.

Syndicated Bridging Loan (RM700 juta)

120.00

120.00

3.

Term Loan (RM800 juta)

800.00

800.00

4.

Sukuk Murabahah (RM2.40 bilion)

2,400.00

2,400.00

5.

Syndicated Bridging Loan (RM5.50 bilion)

3,150.00

3,150.00

6.

Standby Kredit (RM950 bilion)

950,00

950,00

7.

Revolving Kredit (RM229.50juta)

229.50

229.50

8.

Nota USD1.75 bilion

7,532.00

(7,532.00)

9.

Nota USD1.75 bilion

7,532.00

(7,532.00)

10.

Nota USD3 bilion

12,912.00

12,912.00

11.

Term Loan (USD555.02 juta)

2,000.00

2,000.00

12.

Term Loan (USD150 juta)

645.60

645.60

13.

Cash Payment IPIC (USD1 biion)

4,304.00

(4,304.00)

14.

Inherited Loans

7,426.80

(7,426.80)

Jumlah

55,001.90

(26,794.80)

28,207.10

Sumber: Dokumen Kumpulan 1MDB
Nota: Kadar BNM Pada Bulan Oktober 2015 USD1:RM4.304

b. Analisis JAN terhadap komitmen pinjaman 1MDB mendapati sejumlah RM42.26 bilion diperlukan bagi membayar prinsipal dan kos pinjaman yang matang antara bulan November 2015 hingga Mei 2039. Ini adalah berasakan andaian bahawa tiada pinjaman baru dibuat selepas bulan Oktober 2015 dan pelan rasionalisasi dilaksanakan. Butiran terperinci komitmen Kumpulan 1MDB adalah seperti berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.40.39

 

Screenshot 2016-07-30 12.40.58

Screenshot 2016-07-30 12.41.24

Screenshot 2016-07-30 12.41.39

c. Analisis JAN seterusnya terhadap komitmen pinjaman Kumpulan 1MDB mendapati:

  1. 1MDB perlu menyediakan dana yang besar untuk melunaskan bayaran komitmennya yang tinggi pada tahun 2016 berjumlah RM4.88 bilion, pada tahun 2023 sejumlah RM14.74 bilion dan pada tahun 2039 sejumlah RM5.14  bilion.
  2. Kos pinjaman Revolving Credit berjumlah RM229.50 juta dilunaskan selepas perjanjian jual beli tanah TRX plot C7.9 (1.246 ekar). Jumlah ini telah dilunaskan pada 23 November 2015 berdasarkan dokumen yang diterima daripada 1MDB.
  3. 1MDB juga memerlukan dana sekurang-kurangnya RM1.52 bilion setiap tahun dari bulan November 2015 hingga Mei 2024.
  4. Daripada tahun 2016 hingga 2023, kos pinjaman yang perlu ditanggung oleh Kumpulan 1MDB berjumlah RM9.08 bilion.
  5. Sukuk IMTN yang diterbitkan pada tahun 2009 dijangka matang pada tahun 2039 (30 tahun) dengan kadar bayaran pembiayaan berjumlah RM287.50 juta setahun. Komitmen Kumpulan 1MDB dari bulan November 2015 hingga 2039 berjumlah RM11.90 bilion yang merangkumi RM5 bilion prinsipal dan RM6.90 bilion kos pembiayaan.
  6. Komitmen pinjaman Kumpulan 1MDB tidak termasuk kos kewangan lain yang berkaitan antaranya seperti trustee fee dan professional fee kerana ia tidak dapat ditentukan dengan tepat.

d. Sekiranya Kumpulan 1MDB tidak dapat menjana pendapatan sendiri yang mencukupi bagi melunaskan komitmen prinsipal dan kos pinjaman, Kerajaan terpaksa menanggung beban hutangnya.

1.6. Jaminan Dan Bantuan Kerajaan Persekutuan

1.6.1. Jaminan Kerajaan Persekutuan diberikan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965. Jaminan ini diberi bagi memudahkan syarikat Kerajaan memperoleh pembiayaan dan pinjaman pada kos yang lebih kompetitif. Seksyen 6 Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 menyatakan syarikat Kerajaan yang mendapat Jaminan Kerajaan perlu mendapat kelulusan Menteri Kewangan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pinjaman yang lain. Seksyen 7 pula menyatakan melalui Jaminan Kerajaan ini, Kerajaan bertanggungjawab untuk menunaikan obligasi perjanjian pinjaman, bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dibuat oleh syarikat Kerajaan sekiranya syarikat berkenaan gagal menunaikan obligasinya. Jaminan yang diberikan di bawah Akta ini perlu mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri.

1.6.2. Sejak tahun 2009, tiga Jaminan Kerajaan telah diberi kepada 1MDB bagi pembiayaan seperti berikut:

a. Islamic Medium Term Notes (IMTN) RM5 Bilion

  1. Pada 1 April 2009, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian jaminan kepada TIA untuk meminjam sehingga RM5 bilion daripada pasaran domestik dan luar negara melalu IMTN untuk pelaburan selaras dengan Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 untuk tempoh sehingga 30 tahun. Jaminan Kerajaan adalah meliput bayaran balik prinsipal dan kos pinjaman. Apabila Kerajaan Persekutuan mengambil alih TIA dan menukar namanya kepada 1MDB, Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk terus mengekalkan jaminan ke atas pembiayaan ini setelah proses pengambilalihan TIA oleh MKD disempurnakan pada 31 Julai 2009.
  2. Pada 15 Mei 20009, Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh YB Menteri Kewangan II telah menandatangani Jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap IMTN berjumlah RM5 bilion. Antara tujuan penerbitan IMTN adalah bagi pelaburan am dan modal kerja.

b. Pinjaman PRKESO RM800 Juta

  1. Pada 11 November 2011, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Kerajaan memberikan jaminan bagi pinjaman yang diperoleh oleh 1MDB Real Estate Sdn. Bhd. ( 1MDB RE),  iaitu subsidiari milik penuh 1MDB sehingga RM800 juta daripada sumber pasaran atau institusi kewangan domestik Tempoh pinjaman sehingga 10 tahun bertujuan untuk membiayai kos penempatan semula instalasi ketenteraan yang beroperasi di Pangkalan Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur. Penempatan semula ini diperlukan bagi membolehkan pelaksanaan projek pembangunan Bandar Malaysia di kawasan tersebut.
  2. Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh YB Menteri Kewangan II telah menandatangani Jaminan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM800 juta kepada 28 September 20009.

c. Pinjaman RM2 Bilion Kepada SRC International Sdn. Bhd.

Pada 17 Ogos 2011, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Kerajaan memberikan jaminan kepada SRC International Sdn. Bhd., subsidiari milik penuh 1MDB untuk memperoleh pinjaman sehingga RM2 bilion daripada sumber pasaran atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). Tempoh pinjaman adalah sehingga 10 tahun bertujuan untuk membiayai aktiviti pelaburan di dalam sektor sumber asli. Jaminan Kerajaan adalah meliputi bayaran balik prinsipal dan kos pinjaman. Disebabkan pertukaran pemilikan SRC Internasional Sdn. Bhd. kepada MKD pada 15 Februari 2012, Jaminan Kerajaan ke atas pinjaman ini akan ditanggung oleh Kerajaan dan bukannya 1MDB sekiranya berlaku kegagalan SRC Internasional Sdn. Bhd. melunaskan pinjamannya.

1.6.3. Kerajaan turut mengeluarkan jaminan dalam bentuk pemberian surat sokongan (letter of support). Melalui pengeluaran surat sokongan ini dan sekiranya berlakunya default, Kerajaan hanya akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan obligasi setelah syarikat menggunakan semua dana dalaman terlebih dahulu untuk bayaran balik hutangnya. Dua surat sokongan telah diberi kepada 1MDB bagi pembiayaan seperti berikut:

a.Penerbitan Nota USD3 Bilion

  1. Pada 13 Mac 2013, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan perkara berikut:
  2. Memo Kementerian Kewangan pada 18 Februari 2013 menyatakan tujuan penerbitan bon adalah untuk membiayai pelaburan dalam sektor hartanah, tenaga dan sektor strategik lain serta sebagai modal kerja.
  3. 1MDB melalui surat bertarikh 15 Januari 2013 kepada YAB Menteri Kewangan telah memohon MKD untuk mengeluarkan LOS bagi tujuan pelaburan projek usaha sama bernilai USD6 bilion dengan nisbah 50:50 bersama Aabar.
  4. Goldman Sachs yang dilantik oleh Kerajaan Abu Dhabi sebagai arranger untuk penerbitan Nota USD3 bilion dalam bentuk private placement telah memohon supaya Letter of Support (LOS) dikeluarkan oleh MKD dan IPIC untuk tujuan menarik minat pelabur. Ini disebabkan 1MDB dan Aabar (subsidiari IPIC) tiada penarafan antarabangsa. LOS ini perlu dikeluarkan supaya terbitan Nota USD3 bilion oleh syarikat special purpose vehicle (SPV), iaitu 1MDB BVICO kan dilanggan sepenuhnya.

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan mengeluarkan LOS ke atas terbitan Nota USD3 bilion oleh 1MDB BVICO.

  1. Sokongan kewangan adalah meliputi bayaran prinsipal berjumlah USD3 bilion dan kos pinjaman.
  2. Pada 8 Mac 2013, 1MDB telah menubuhkan 1MDB Global Investments Ltd. (1MDB GIL) di British Virgin Islands untuk tujuan terbitan Nota USD3 bilion tersebut.
  1. Pada 14 Mac 2013, YAB Menteri Kewangan telah menandatangani LOS dan Kerajaan Persekutuan akan bertanggungjawab untuk menyediakan bantuan kewangan kepada 1MDB GIL berdasarkan situasi berikut:
  • Sekiranya 1MDB GIL tidak berupaya untuk membayar balik hutang atas terdapat kekurangan dalam pembayaran balik, 1MDB perlu terlebih dahulu menyuntik modal bagi memastikan 1MDB GIL berkeupayaan membayar balik hutang; dan
  • Sekiranya 1MDB, sebagai pemegang saham 1MDB GIL gagal untuk menyediakan keperluan dana di atas, Kerajaan Persekutuan perlu mengambil alih untuk menyediakan dana tersebut.
  1. Semakan JAN mendapati LOS bagi terbitan Nota USD3 bilion adalah untuk suntikan modal kepada syarikat usaha sama bagi melaksanakan pelaburannya. Bagaimanapun, tiada butiran terperinci berkaitan projek atau pelaburan yang akan dilaksanakan. Semakan JAN seterusnya terhadap USD Information Memorandum (Memo) 1MDB GIL mendapati pada 19 Mac 2013, terimaan bersih daripada terbitan Nota USD ini hanya berjumlah USD2.72 bilion. Memo ini menyatakan terimaan tersebut akan digunakan sama ada sebagai pinjaman atau pelaburan dalam Abu Dhabi Malaysia Investment Company Limited (ADMIC), iaitu syarikat usaha sama 1MDB dan Aabar.
  1. Penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 merekodkan sejumlah USD1.56 bilion daripada terimaan bersih terbitan Nota USD telah dilaburkan dalam portfolio pengurus dana d BSI Lugano, Switzerland. Semakan JAN mendapati 1MDB tidak memaklumkan semula kepada MKD berkaitan perubahan keputusan dana terbitan yang akan dilaburkan dalam dana pelaburan sehingga pelaburan oleh ADMIC dimuktamadkan seperti mana yang dimaklumkan oleh Encik Azmi dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 18 Mac 2013.
  1. Pinjaman Exim Bank USD150 Juta

Jemaah Menteri bersetuju untuk mengeluarkan LOS bagi pinjaman kepada Timeline Zone Sdn. Bhd., subsidiari milik penuh 1MDB berjumlah USD150 juta dengan EXIM Bank Berhad pada 13 Mac 2015. Pinjaman ini adalah bagi membiayai keperluan korporat am tetapi tidak terhad kepada keperluan modal kerja, perbelanjaan modal masa hadapan dan ekuiti infusion perniagaan tenaga dalam Kumpulan 1MDB.

1.6.4. Standby Credit adalah bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam bentuk pinjaman jangka pendek dan drawdown apabila terdapat keperluan. Standby credit yang diberi kepada 1MDB adalah seperti berikut:

Standby Credit RM950 Juta

  1. Pada 18 Februari 2015, 1MDB telah memohon pinjaman jangka pendek daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3 bilion bai sokongan kewangan dalam pengembangan sektor tenaga dan hartanah syarikat. Bagi menyokong peranan 1MDB di dalam melaksanakan projek pembangunan ini, Kerajaan Persekutuan pada tarikh yang sama telah bersetuju untuk menyediakan pinjaman jangka pendek sehingga RM3 bilion kepada 1MDB untuk tujuan pembiayaan aliran tunai pembangunan projek Tun Razak Exchange (TRX) oleh 1MDB RE. Bagaimanapun, pada 25 Februari 2015, Jemaah Menteri telah membatalkan keputusan untuk memberikan pembiayaan berjumlah RM3 bilion kepada 1MDB dan hanya meluluskan standby credit sehingga RM950 juta dengan faedah sebanyak 3.40% setahun dan dibayar balik selewat-lewatnya pada 31 Disember 2015. Pinjaman ini diperlukan untuk pembiayaan aliran tunai bagi pembayaran pinjaman termasuk faedah oleh 1MDB dan syarikat subsidiari serta keperluan perbelanjaan korporat syarikat. Dana selebihnya yang diperlukan oleh 1MDB akan diperoleh daripada sumber lain khususnya melalui langkah-langkah monetisation aset-aset 1MDB serta mempercepatkan pelaksanaan projek TRX dan Bandar Malaysia.
  1. Pinjaman ini telah disalurkan kepada sebuah SPV milik penuh 1MDB, iaitu Plenitude Mentari Sdn. Bhd. Terma dan syarat pinjaman yang ditetapkan oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
  • 1MDB sebagai syarikat induk memberi Letter of Comfort ke atas pinjaman dan sekiranya berlaku default, 1MDB perlu membayar balik pinjaman pada 31 Disember 2015;
  • Negative pledge ke atas penjualan saham dalam KLIFD Sdn. Bhd. (syarikat milik penuh 1MDB) yang merupakan pemilik tanah di TRX; dan
  • Menyediakan penyata aliran tunai dan laporan kemajuan projek bagi setiap drawdown sepanjang tempoh pinjaman.
  1. Pengeluaran pinjaman telah dibuat secara tujuh peringkat kepada Plenitude Mentari Sdn. Bhd. seperti jadual berikut:

 

Screenshot 2016-07-30 12.49.47

 

1.7. Pendedahan Risiko Kerajaan Persekutuan

1.7.1. Secara keseluruhannya, sehingga bulan Oktober 2015, pendedahan risiko Kerajaan Persekutuan sekiranya 1MDB gagal melunaskan pinjaman, dianggarkan berjumlah RM20.31 bilion tidak termasuk bayaran faedah. Butiran terperinci adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.50.34

1.7.2. Analisis JAN terhadap Jaminan Kerajaan, LOS dan Standby Credit Kumpulan 1MDB pada 31 Oktober 2015 adalah seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.50.53

2. ASET KUMPULAN 1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD

2.1 Kedudukan Aset Kumpulan 1MDB Sehingga 31 Mac 2014

2.1.1. Sehingga 31 Mac 2014, nilai aset Kumpulan 1MDB berjumlah RM51.41 bilion merangkumi aset antaranya adalah Pelaburan Sedia Dijual (Available For Sale Investment), Aset Tak Ketara (Intangible Assets), Pelaburan Hartanah (Investment Properties), Hartanah, Loji dan Peralatan (Property, Plant and Equipment), Perkhidmatan Konsesi dan Pajakan Belum Terima (Lease and Service Concession Receiveables). Butiran terperinci adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.51.21

2.1.2. Berdasarkan penyata kewangan Kumpulan 1MDB pada 31 Mac 2014, aset yang dimiliki boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu aset berkaitan tenaga berjumlah RM24.29 bilion, aset dalam pelaburan portfolio dana dan SPC berjumlah RM13.39 bilion, aset dalam pelaburan hartanah berjumlah RM8.19 bilion dan pelbagai aset lain berjumlah RM5.54 bilion seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.51.43

2.1.3. Penerangan lanjut mengenai aset pelaburan dalam Segregated Portfolio Company (SPC), aset pelaburan hartanah dan aset berkaitan tenaga, boleh dirujuk kepada Bab3, Bab 4 dan Bab 5. Pelaburan Portfolio Pengurus Dana adalah satu lagi pelaburan yang telah dibuat di luar negara selain daripada pelaburan dalam SPC dan loji jana kuasa di luar negara. Pelaburan ini telah dibuat oleh Kumpulan 1MDB melalui 1MDB GIL.

2.2. Pelaburan Dalam Portfolio Pengurus Dana Oleh 1MDB Global Investments Ltd.

2.2.1. 1MDB Global Investment Ltd. (1MDB GIL) telah ditubuhkan sebagai special purpose vehicle untuk terbitan Nota USD3 bilion. Ia telah diperbadankan pada 8 Mac 2013 di British Virgin Islands. Terbitan Nota ini telah diluluskan melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB dan pemegang saham utama bertarikh 12 Mac 2013.

2.2.2. Menurut Nota Kepada Penyata Kewangan 1MDB GIL bagi tempoh kewangan 8 Mac 2013 hingga 31 Mac 2014, sejumlah USD 1.72 bilion daripada Nota USD3 bilion yang diterbitkan pada 19 Mac 2013 telah dilaburkan dalam pelbagai portfolio pelaburan dan selebihnya digunakan untuk keperluan modal kerja serta pembayaran balik pinjaman. Nota USD ini telah diterbitkan bagi tujuan modal permulaan untuk pelaburan dalam Abu Dhabi Malaysia Inverstment Company Ltd. (ADMIC), iaitu syarikat usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investments PJS (Aabar) untuk pembangunan projek TRX. Bagaimanapun, ia telah digunakan bagi tujuan lain kerana usaha sama 1MDB dengan Aabar sedang dimuktamadkan pada ketika itu.

2.2.3. 1MDB GIL telah melabur sejumlah USD1.72 bilion dalam lima portfolio pengurus dana pada bulan Mac 2013. Semakan JAN mendapati Lembaga Pengarah 1MDB telah dimaklumkan pada 18 Mac 2013 bahawa terimaan terbitan Nota USD3 bilion akan dilaburkan dalam portfolio dana sehingga pelaburan oleh ADMIC dimuktamadkan. Bagaimanapun, kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah 1MDB tidak diperoleh sebelum pelaburan tersebut dibuat.

2.2.4. Pada 9 Disember 2013, Encik Hazem (Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ketika itu) memaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB bahawa tiada perkembangan dalam pelaburan oleh ADMIC. Seterusnya pada mesyuarat 26 Mac 2014, Lembaga Pengarah 1MDB dimaklumkan sejumlah RM1 bilion hasil terbitan Nota USD telah digunakan untuk membeli tanah di Air Itam, Pulau Pinang dan sejumlah RM2 bilion untuk pembayaran balik Syndicated Term Loan. Lembaga Pengarah 1MDB hana dimaklumkan mengenai penggunaan hasil terbitan Nota USD bagi melabur dalam portfolio pengurus dana pada 22 April 2014, iaitu selepas lebih setahun pelaburan ini dibuat pada bulan Mac 2013. Manakala bagi bayaran balik Syndicated Term Loan yang telah diselesaikan pada bulan September 2013, Lembaga Pengarah 1MDB hanya dimaklumkan mengenainya enam bulan selepas bayaran balik pinjaman diselesaikan.

2.2.5. Berdasarkan penyata kewangan 1MDB GIL bagi tempoh berakhir 31 Mac 2014, nilai pelaburan bersamaan 1.36 bilion unit dalam lima jenis portfolio pengurus dana adalah berjumlah USD1.56 bilion (RM5.18 bilion) seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.52.11

2.2.6. Pihak JAN mendapati pelaburan dalam tiga portfolio pengurus dana telah dilaburkan semula kepada portfolio pengurus dana yang berlainan berdasarkan surat arahan pada 12 Mac 2014 dan 19 Mac 2014 selepas ditunaikan daripada portfolio pengurus dana terdahulu. Butirannya seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.52.32

2.2.7. Surat arahan pelaburan aset pada 20 Mac 2013 dan penebusan asal untuk dilaburkan di dalam portfolio pengurus dana yang baru pada 12 Mac 2014 dan 19 Mac 2014 telah ditandatangani oleh Encik Terence dan Encik Azmi Tahir. Semakan JAN terhadap dokumen List of Authorised Signatures mendapati mereka merupakan penandatangan bagi akaun pelaburan d BSI Lugano. Bagaimanapun, tiada kelulusan khusus Lembaga Pengarah 1MDB untuk memberi kuasa bagi menguruskan pelaburan tersebut.

2.2.8. Pada tahun kewangan pertama penubuhannya, 1MDB GIL merekodkan pendapatan berjumlah USD8.57 juta manakala kos pinjaman pula berjumlah USD155.20 juta dan perbelanjaan operasi berjumlah USD54.41 juta. Perkara ini telah menyebabkan 1MDB GIL merekodkan kerugian berjumlah USD201.04 juta dan capital deficiency berjumlah USD147.85 juta. Tetuan Deloitte telah mengeluarkan Sijil Audit Emphasis of Matter berkaitan material uncertainty mengenai kedudukan 1MDB GIL sebagai sebuah entiti going cencern. Bagaimanapun, penyata kewangan telah disediakan dengan asas perakaunan going concern atas andaian 1MDB GIL akan terus mendapat bantuan serta sokongan kewangan daripada syarikat induk, iaitu 1MDB. Oleh kerana projek usaha sama tidak dapat diteruskan, 1MDB GIL tidak sepatutnya menerbitkan Nota USD3 bilion kerana pulangan yang dijana tidak mencukupi bagi menanggung kos kewangan dan operasi syarikat. Memandangkan projek TRX sedang dibangunkan, aset ini sepatutnya dicairkan dan digunakan untuk membiayai kos pembangunan projek TRX selaras dengan tujuan asal terbitan Nota USD3 bilion.

2.3. Analisis Kedudukan Aset Kumpulan 1MDB Bagi Tempoh Kewangan 2010 Hingga 2014

2.3.1. Analisis JAN terhadap kedudukan aset Kumpulan 1MDB bagi tempoh lima tahun mendapati set meningkat setiap tahun dengan peningkatan paling ketara pada tahun 2013. Peningkatan sebanyak 363% daripada RM9.53 bilion pada tahun 2012 kepada RM44.14 bilion pada tahun 2013 adalah disebabkan perolehan dua loji jana kuasa tenaga bebas, penilaian semula pelaburan hartanah, baki bank dan wang tunai, deposit kepada Aabar Investments PJS Ltd. (Aabar Ltd.) dan perkhidmatan konsesi serta pajakan belum terima.

2.3.2. Pada tahun 2014, aset terus meningkat sejumlah RM7.27 bilion (16%) daripada RM44.14 bilion pada tahun 2013 kepada RM51.41 bilion. Punca peningkatan utama disebabkan oleh perolehan sebuah loji janakuasa tenaga bebas dan pelaburan di dalam pengurus dana portfolio. Butiran aset mengikut tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.53.02

2.4. Kecairan Aset

2.4.1. Menurut standard perakaunan, aset semasa adalah aset yang dijangka boleh ditunaikan, dijual, diguna atau diperdagangkan dalam tempoh 12 bulan selepas tahun kewangan berakhir. Manakala aset bukan semasa adalah aset yang tidak termasuk di dalam takrifan tersebut. Kedudukan aset Kumpulan 1MDB mengikut kategori aset semasa dan aset bukan semasa pada 31 Mac 2014 adalah seperti jadual dan carta berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.53.29

Screenshot 2016-07-30 12.53.38

2.4.2. Daripada keseluruhan aset Kumpulan 1MDB berjumlah RM51.41 bilion, sejumlah RM19.53 bilion (38%) merupakan aset semasa dan RM31.88 bilion (62%) adalah aset bukan semasa. Daripada jumlah aset semasa ini, tahap kecairan (liquidity level) aset adalah seperti berikut:

  1. Baki bank dan wang tunai berjumlah RM3.84 bilion. Bagaimanapun, sejumlah RM1.01 bilion telah didepositkan ke dalam akaun khas di institusi kewangan bagi tujuan bayaran balik pinjaman dan baki RM2.83 bilion tidak boleh digunakan bagi tujuan lain;
  2. Inventori, penghutang dan lain-lain terimaan berjumlah RM2.81 bilion;
  3. Pelaburan dalam pengurus dana portfolio luar negara berjumlah RM5.17 bilion;
  4. Pelaburan dalam Segregated Portfolio Company (SPC) berjumlah RM7.71 bilion.

2.4.3. Nota 18 (ii) kepada Penyata Kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 menyatakan Lembaga Pengarah 1MDB mengarahkan supaya mencairkan pelaburan sedia dijual berjumlah RM7.71 bilion (USD2.33 bilion) daripada RM12.88 bilion (USD3.90 bilion) selewat-lewatnya pada 31 Disember 2014. Bagaimanapun, sehingga 5 November 2014, hanya sebahagian daripada pelaburan tersebut berjumlah RM4.03 bilion (USD1.22 bilion) (52.3%) telah ditunaikan dan digunakan untuk membayar ganti rugi penamatan opsyen kepada Aabar. Sehingga bulan November 2014, baki pelaburan dalam SPC berjumlah RM4.07 bilion (USD1.23 bilion) masih dalam bentuk unit di pasaran unquoted dan belum dapat ditunaikan.

2.4.4. Bagi kategori aset bukan semasa, antaranya adalah terdiri daripada:

  1. Aset tidak ketara (intangible assets) berjumlah RM8.56 bilion terhasil daripada perolehan saham tiga syarikat pengeluar tenaga bebas dan perjanjian perkhidmatan konsesi di mana ianya hanya boleh ditunaikan sekiranya 1MDB menjual kepentingan di dalam syarikat tenaga tersebut.
  2. Daripada RM4.52 bilion penghutang lain, cagaran dan prabayaran, sejumlah RM4.47 bilion (98.9%) merupakan security deposit yang telah dibayar kepada Aabar Investmets PJS Ltd. (Aabar Ltd.) sebagai cagaran kepada jaminan yang diberi oleh International Petroleum Investments PJS Company (IPIC) terhadap Nota USD yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd. dan 1MDB Energy Ltd. keseluruhannya berjumlah USD3.50 bilion. Menurut terma Collaboration Agreement For Credit Enhancement, security deposit ini hanya akan dipulangkan selepas pelaksanaan IPO tertakluk kepada budi bicra Aabar Ltd.

2.5. Kedudukan Aset Kumpulan 1MDB Selepas 31 Mac 2014

2.5.1. Tambahan Dan Pelupusan Aset Kumpulan 1MDB Sehingga 31 Oktober 2015

2.5.1.1. Penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 belum disediakan untuk dikemukakan kepada pihak JAN. Bagaimanapun, berdasarkan semakan terhadap Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, perolehan dan pelupusan aset selepas tahun kewangan 2014 telah dilaksanakan seperti berikut:

A. Pembelian Tanah di Alor Gajah, Melaka

Dua Lot tanah seluas 100 ekar di Mukim Sungai Baru Ilir, Telok Gong, Alor Gajah, Melaka telah dibeli oleh 1MDB daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka melalui perjanjian yang ditandatangani pada 17 Oktober 2012 bagi cadangan pembinaan loji jana kuasa baru. Sehingga 18 November 2014, sejumlah RM39.50 juta telah dibayar bagi perolehan tanah berjumlah RM34.85 juta, premium tanah berjumlah RM4.45 juta dan non-refundable comitment fee berjumlah RM0.20 juta.

B. Pembelian Tanah di Kuala Ketil, Kedah

Tanah seluas 260 ekar telah dibeli oleh Edra Solar Sdn. Bhd. dengan harga berjumlah RM65 juta untuk pembangunan projek perintis 50MW tenaga solar daripada BDB Land Sdn. Bhd. Sehingga 6 September 2015, Kumpulan 1MDB telah membayar sejumlah RM6.50 juta.

C. Penjualan Dana Portfolio SPC

Sejumlah USD1.392 bilion dana SPC telah ditunaikan (redeem) pada 5 November 2014 (USD1.22 bilion) dan 24 November (USD0.17 bilion) menjadikan baki pelaburan dana SPC adalah berjumlah USD939.87 juta. Analisis JAN mendapati nilai pelaburan yang telah dicairkan berjumlah USD1.392 bilion bersamaan dengan RM4.689 bilion (USD1:RM3.3685).

D. Pembelian Tanah di Pulau Indah, Selangor

Sehingga bulan Jun 2015, sejumlah RM344.24 juta telah dibayar bagi perolehan tanah seluas 318.4 ekar di Pulau Indah oleh Ivory Merge Sdn. Bhd. Menurut cadangan awal tanah tersebut akan digunakan sebagai tapak pembangunan loji jana kuasa yang baru.

E. Penjualan Plot Tanah TRX

1MDB telah menjual lima plot tanah di TRX seluas 25.71 ekar di antara bulan April 2015 hingga September 2015. Berdasarkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2014, kos tanah TRX seluas 70.5 ekar berjumlah RM2.70 bilion. Analisis JAN mendapati kos tanah yang telah dijual secara pro-rata adalah bersamaan RM984.64 juta. Nilai jualan tanah tersebut berjumlah RM3.08 bilion.

F. Pembayaran kepada Aabar Ltd. untuk Penamatan Opsyen

1MDB telah membuat bayaran kepada Aabar Ltd. bagi tujuan penamatan opsyen (extinguish rights for option). Pembayaran ini merupakan aset 1MDB yang dipegang oleh Aabar Ltd. sebagai deposit. Analisis JAN mendapati pembayaran ini telah dibuat secara berperingkat iaitu pada bulan Mei 2014 sejumlah USD250 juta, pada bulan September 2014 sejumlah USD725 juta dan pada bulan November 2014 sejumlah USD993 juta. Ini menjadikan keseluruhan bayaran berjumlah USD1.968 bilion bersamaan RM6.648 bilion.

2.5.1.2. Secara rumusan, tambahan dan pelupusan aset Kumpulan 1MDB selepas 31 Mac 2014, adalah berdasarkan andaian JAN yang mana tidak termasuk kos pembangunan projek, pergerakan aliran tunai dan penghutang kerana tiada maklumat mengenainya. Oleh kerana penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 belum disediakan, menurut kiraan dan andaian JAN kedudukan aset Kumpulan 1MDB pada 31 Oktober 2015 adalah berjumlah RM52.774 bilion. Selepas mengambil kira kadar tukaran wang sing pada bulan Oktober 2015 (USD1:RM4.304), aset tersebut bernilai RM58.602 bilion. Butiran lanjut seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.54.51

2.5.2. Kedudukan Aset Kumpulan 1MDB Selepas Pelan Rasionalisasi

Sehingga 31 Disember 2015, Kumpulan 1MDB telah melaksanakan pelan rasionalisasi yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia pada 29 Mei 2015 sebagai tindakan penyelesaian kedudukan kewangannya, iaitu penjualan ekuiti Kumpulan Edra, penjualan ekuiti Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (BMSB) dan pelaksanaan Binding Term Sheet dengan IPIC dan Aabar.

2.5.2.1. Penjualan Ekuiti Kumpulan Edra

  1. Salah satu daripada pelan rasionalisasi yang diumumkan adalah penjualan keseluruhan ekuiti Kumpulan Edra. Tindakan ini dijangka akan membolehkan Kumpulan 1MDB menyelesaikan hutang pinjaman yang berkaitan dengan sektor tenaga ang ditanggung antara RM16 bilion sehingga RM18 bilion.
  2. Pada 23 November 2015, Kumpulan 1MDB telah mengumumkan pembida yang berjaya adalah China General Nuclear Power Corporation (CGN Group) bagi mengambil alih 100% kepentingan dalam Kumpulan Edra. Harga belian yang dipersetujui berjumlah RM9.83 bilion serta mengambil alih tunai dan semua hutang berkaitan berjumlah RM7.43 bilion berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015. Transaksi ini dijangka selesai pada bulan Februari 2016 setelah memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Bagaimanapun, 1MDB tidak mengemukakan maklumat berhubung perkara ini untuk pengauditan.
  3. Dengan penjualan ekuiti Kumpulan Edra, Aset Berkaitan Tenaga Kumpulan 1MDB dijangka berkurang sejumlah RM24.34 bilion dan pelbagai aset lain, iaitu Baki Bank Dan Wang Tunai akan bertambah sejumlah RM9.83 bilion.

2.5.2.2. Penjualan Ekuiti Bandar Malaysia Sdn. Bhd.

  1. Selain daripada penjualan keseluruhan ekuiti Kumpulan Edra, Kumpulan 1MDB juga telah melaksanakan penjualan aset dalam pelaburan hartanah, iaitu projek Bandar Malaysia dalam pelan rasionalisasi. Berdasarkan kenyataan media 1MDB pada 31 Disember 2015, 1MDB telah menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham bagi penjualan 60% ekuiti BMSB kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn. Bhd. (CREC). Konsortium ini merupakan usaha sama antara IWH dan CREC dengan nisbah kepentingan 60:40. Konsortium IWH-CREC telah menilai 100% tanah Bandar Malaysia pada nilai RM12.35 bilion di mana nilai 60% tanah adalah bersamaan RM7.41 bilion. 1MDB akan menerima 10% deposit berjumlah RM741 juta apabila Perjanjian Jual Beli Saham dilaksanakan. Urus niaga ini dijangka selesai pada bulan Jun 2016.
  2. Dengan penjualan ekuiti BMSB yang memiliki tanah Pangkalan Udara Sungai Besi, nilai aset dalam pelaburan hartanah yang telah direkodkan dalam penyata kewangan akan berkurangan sejumlah RM4.29 bilion bersamaan dengan keseluruhan nilai tanah yang dilupus. Selepas penjualan 60% ekuiti BMSB, Kumpulan 1MDB masih mempunyai 40% kepentingan ekuiti yang bernilai RM4.94 bilion. Dengan itu, aset Kumpulan 1MDB akan meningkat sejumlah RM0.65 bilion selepas mengambil kira pelupusan tanah yang bernilai RM4.29 bilion dan peningkatan ekuiti dalam usaha sama berjumlah RM4.94 bilion. 

2.5.2.3. Pelaksanaan Binding Term Sheet Dengan IPIC dan Aabar

  1. 1MDB juga telah berunding kaedah penyelesaian terhadap obligasi/tanggungan yang wujud antara Kumpulan 1MDB dan Kumpuan IPIC termasuk Aabar. Sehubungan itu, satu Term Sheet For Settlement Arrangement (Binding Term Sheet) telah ditandatangani pada 28 Mei 2015.
  2. Antara terma dalam Binding Term Sheet, IPIC akan memaklumkan secara bertulis kepada 1MDB dan MKD pada 31 Disember 2015, amaun yang dibayar oleh IPIC bagi pihak 1MDB serta nilai interim aset yang akan diambil alih. Amaun yang dibayar oleh IPIC bagi pihak 1MDB merujuk kepada USD1 bilion yang telah dibayar pada 5 Jun 2015 dan bayaran kos pinjaman bagi kedua-dua Nota USD1.75 bilion sehingga 31 Disember 2015. Bagaimanapun, nilai interim aset yang akan diambil alih tidak diperincikan di dalam binding term sheet.
  3. Berdasarkan Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 14 Jun 2015, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Arul Kanda telah memaklumkan bahawa tanggungan yang akan diambil alih oleh Kumpulan IPIC adalah kedua-dua Nota USD1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MEL dan 1MELL. Sebagai balasan kepada pengambilalihan tanggungan tersebut, aset yang telah dikenal pasti bagi debt-aset swap adalah seperti berikut:Screenshot 2016-07-30 12.55.47
  4. Semakan JAN mendapati amaun penamatan opsyen yang disahkan oleh Encik Arul Kanda berjumlah USD993 juta adalah berbeza dengan amaun kiraan JAN berjumlah USD1.968 bilion. Perbezaan sejumlah USD975 juta ini disebabkan pihak JAN turut mengambil kira pembayaran USD250 juta da USD725 juta sebagai bayaran penamatan opsyen. Ini adalah berdasarkan catatan dalam Nota 41 (ii)(e) kepada Penyata Kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014, Facility Agreement bagi Term Loan USD975 juta dengan Deutsche Bank AG, Singapura bertarikh 1 September 2014 serta resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 22 Mei 2014. Oleh yang demikian, keseluruhan nilai aset 1MDB yang boleh digunakan bagi debt-asset swap berjumlah RM25.139 bilion (USD5.841 bilion) terdiri daripada empat aset yang dikenal pasti berjumlah RM20.943 bilion (USD4.866 bilion) dan perbezaan bayaran penamatan opsyen berdasarkan kiraan JAN berjumlah RM4.196 bilion (USD975 juta).
  5. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 17 Ogos 2015, Encik Arul Kanda memaklumkan selain daripada aset 1MDB yang berada di luar Negara yang telah dicadangkan sebelum ini, aset lain yang boleh diberi sebagai debt-asset swap adalah tanah di Air Itam dan Pulau Indah. Sekiranya masih tidak mencukupi, MKD perlu menanggung kekurangan tersebut sebagaimana termaktub dalam Binding Term Sheet.

2.5.2.4. Semakan JAN mendapati dua daripada empat aset yang dicadangkan sebagai debt-asset swap untuk dipindahkan ke IPIC/ Aabar merupakan aset 1MDB di luar negara yang telah dibayar oleh Kumpulan 1MDB kepada Kumpulan IPIC dan Aabar. Dua aset tersebut adalah pembayaran security deposit berjumlah RM5.88 bilion (USD1.367 bilion) dan penamatan opsyen berjumlah R8.47 bilion (USD1.968 bilion) oleh Kumpulan 1MDB kepada Aabar Ltd. Bagaimanapun, bagi pembayaran penamatan opsyen yang berlaku pada bulan Mac 2014 (USD250 juta), September 2014 (USD725 juta) dan November 2014 (USD993 juta), pihak JAN tidak dapat mengesahkan subsidiari 1MDB yang membuat bayaran manakala syarikat yang menerima bayaran tersebut ialah Aabar Ltd. Ini kerana tiada dokumen yang dikemukakan bagi tujuan pengesahan ini.

2.5.2.5. Selain daripada cash payment IPIC berjumlah USD1 bilion serta prinsipal dan kos pinjaman bagi kedua-dua Nota USD1.75 bilion, tanggungan 1MDB yang akan dipindahkan kepada IPIC akan dikenakan bayaran lewat 2% sekiranya terdapat kekurangan aset yang diserah oleh Kumpulan 1MDB berbanding komitmen 1MDB. Kenaan faedah tersebut akan meningkatkan tanggungan 1MDB. Oleh itu nilai sebenar aset yang akan dipindahkan adalah bergantung kepada nilai muktamad tanggungan 1MDB yang akan dipindahkan ke IPIC dan Aabar. Bagaimanapun, aset yang dipindah di bawah debt-asset swap adalah tertakluk kepada kelulusan berikut:

  1. Lembaga Pengarah IPIC;
  2. Lembaga Pengarah Aabar;
  3. Majlis Eksekutif Abu Dhabi;
  4. Lembaga Pengarah 1MDB;
  5. Menteri Kewangan Malaysia; dan
  6. Pihak lain yang berkaitan.

2.5.2.6. Bagi tujuan analisis JAN, diandaikan kesemua aset yang dicadangkan sebagai debt-asset swap mencukupi untuk menampung tanggungan tersebut. Nilai aset Kumpulan 1MDB selepas pelan rasionalisasi dijangka berjumlah RM27.01 bilion. Berdasarkan maklumat dari mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan mesyuarat PAC, unjuran kedudukan aset Kumpulan 1MDB selepas mengambil kira pelan rasionalisasi melibatkan penjualan ekuiti Kumpulan Edra, penjualan ekuiti Bandar Malaysia Sdn. Bhd. dan pelaksanaan Binding Term Sheet dengan IPIC dan Aabar yang dijangka selesai pada bulan Februari 2016 sehingga Jun 2016 adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.56.40

2.5.3. Kecairan Aset Selepas Pelan Rasionalisasi

2.5.3.1. Kedudukan aset Kumpulan 1MDB mengikut kategori set semasa dan aset bukan semasa pada 30 Jun 2016 selepas mengambil kira pelaksanaan pelan rasionalisasi adalah seperti jadual dan carta berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.57.08

Screenshot 2016-07-30 12.57.24

2.5.3.2. Bagi kategori aset semasa, daripada keseluruhan aset Kumpulan 1MDB berjumlah RM27.01 bilion, sejumlah RM18.25 bilion (68%) merupakan aset semasa dan RM8.76 bilion (32%) adalah aset bukan semasa. Daripada jumlah aset semasa ini tahap kecairan (liquidity level)  aset adalah seperti berikut:

  1. Baki bank dan wang tunai berjumlah RM17.85 bilion termasuk sejumlah RM9.83 bilion hasil daripada penjualan Kumpulan Edra dan RM7.41 bilion hasil daripada penjualan tanah Bandar Malaysia;
  2. Penghutang dan pelbagai aset lain berjumlah RM0.40 bilion.

2.5.3.3. Bagi kategori aset bukan semasa, antaranya adalah terdiri daripada:

  1. Daripada RM8.75 bilion aset bukan semasa, sejumlah RM4.94 bilion(64.4%) merupakan aset dalam usaha sama yang dilaksanakan dengan Konsortium IWH dan CREC.
  2. Hartanah pelaburan berjumlah RM3.25 bilion terdiri daripada nilai hartanah TRX yang berjumlah RM1.80 bilion, hartanah Air Itam berjumlah RM1.11 bilion dan hartanah Pulau Indah berjumlah RM344.24 juta.

2.5.4. Kedudukan Aset Berbanding Pinjaman Selepas Pelan Rasionalisasi

2.5.4.1. Kedudukan aset Kumpulan 1MDB berbanding baki pinjaman sebelum dan selepas pelaksanaan pelan rasionalisasi adalah seperti carta berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.57.54

2.5.4.2. Pada 31 Mac 2014, jumlah aset 1MDB melebihi baki pinjaman dengan sejumlah RM9.55 bilion(22.8%). Kedudukan kewangan ini terus kekal pada 31 Oktober 2015 di mana jumlah aset masih melebihi baki pinjaman dengan sejumlah RM3.60 bilion. Keadaan kewangan ini adalah kurang kukuh kerana kuantum peningkatan baki pinjaman berjumlah RM13.14 bilion (31.4%) adalah lebih tinggi berbanding kuantum peningkatan aset berjumlah RM7.20 bilion (14%). Analisis JAN mendapati pinjaman baru yang diperoleh pada tempoh tersebut telah digunakan untuk membayar balik prinsipal dan kos pinjaman yang matang dan bukan untuk menjana pendapatan.

2.5.4.3 . Dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi, Kumpulan 1MDB dapat mengurangkan sejumlah RM26.79 bilion (48.7%) dan jumlah asetnya turut berkurang sejumlah RM31.57 bilion (53.9%). Bagaimanapun selepas pelan rasionalisasi kedudukan baki pinjaman berjumlah RM28.21 bilion telah berubah di mana bakinya kini adalah lebih tinggi dengan sejumlah RM1.20 bilion daripada asetnya yang berjumlah RM27.01 bilion.

2.6. Analisis Pulangan Pendapatan Daripada Pelaburan Aset bagi Tempoh Kewangan Berakhir 31 Mac 2010 Sehingga 31 Mac 2014

2.6.1. Secara keseluruhan, Kumpulan 1MDB telah merekodkan pulangan berjumlah RM14.22 bilion bagi pelaburan yang telah dibuat dalam tempoh enam tahun pertama perniagaannya dari tahun 2009 sehingga 2014. Butiran terperinci pulangan tersebut adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 12.58.19

.6.2. Semakan JAN terhadap Penyata Pendapatan Komprehensif Kumpulan 1MDB mendapati pulangan telah dijana oleh empat daripada 13 pegangan aset 1MDB berjumlah RM14.22 bilion. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

  1. Pulangan diterima secara tunai berjumlah RM6.67 bilion terdiri daripada pulangan daripada sektor tenaga, keuntungan Nota Murabahah, dividen dan agihan modal SPC serta dividen daripada pelaburan dalam portfolio pengurus dana;
  2. Pulangan yang sepatutnya diterima masih belum dibayar secara tunai berjumlah RM1.29 bilion terdiri daripada keuntungan Nota Murabahah daripada 1MDB PetroSaudi Ltd. berjumlah RM589.5 juta dan pulangan dari sektor tenaga berjumlah RM702.2 juta; dan
  3. Pulangan tidak nyata (unrealised gain) berjumlah RM6.26 bilion yang terdiri daripada penilaian semula terhadap tanah dan pelaburan SPC yang hanya akan dapat ditunaikan selepas tanah atau pelaburan dijual.

3. PEMBIAYAAN (FINANCING) DAN PENGGUNAAN DANA

3.1 Aliran Tunai Pembiayaan Dan Penggunaan Kumpulan 1MDB Bagi Tempoh Kewangan 20010 Hingga 2014

3.1.1. Analisis terhadap Penyata Aliran Tunai Kumpulan 1MDB mendapati bagi tempoh 27 Februari 2009 hingga 31 Mac 2014, Kumpulan 1MDB telah menerima aliran tunai berjumlah RM41.41 bilion. Daripadanya, sejumlah RM38.54 bilion (93.1%) telah digunakan. Pada 31 Mac 2014, baki tunai di bank berjumlah RM2.83 bilion manakala RM34.91 juta adalah kerugian dalam pertukaran mata wang asing.

3.1.2. Sebanyak 94.6% daripada sumber aliran tunai berjumlah RM41.41 bilion terdiri daripada terbitan pinjaman/pembiayaan berjumlah RM39.17 bilion. Baki 5.4% terdiri daripada pulangan pelaburan dari luar negara sejumlah RM1 bilion (2.4%), pulangan pelaburan dalam negara sejumlah M393.60 juta (1%) dan terimaan lain sejumlah RM836.72 juta (2%). Komposisi aliran tunai masuk bagi tempoh bulan Februari 2009 hingga Mac 2014 seperti jadual dan carta berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.02.13

Screenshot 2016-07-30 13.02.29

3.1.3. Maklumat mengenai komposisi terperinci aliran tunai masuk adalah seperti berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.02.46

3.1.4. Analisis JAN mendapati terbitan modal saham 1MDB secara tunai hanya berjumlah RM1 juta. Terbitan saham modal yang kecil ini menunjukkan ketidakstabilan syarikat kerana ia perlu meminjam bagi membiayai aktivitinya. Sepanjang tempoh lima tahun, 1MDB telah menerbitkan 17 pinjaman/pembiayaan berjangka (tidak termasuk inherited loans) dengan nilai nominal berjumlah RM42.88 bilion, iaitu 14 terbitan jangka panjang sejumlah RM39.06 bilion dan tiga pinjaman/pembiayaan jangka pendek sejumlah RM114 juta. Bagaimanapun, aliran tunai sebenar yang diperoleh daripada 17 pinjaman/pembiayaan ini hanya berjumlah RM39.17 bilion. Maklumat terperinci aliran tunai masuk daripada terbitan pinjaman/pembiayaan dan tujuannya bagi tempoh tersebut seperti jadual-jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.03.06

Screenshot 2016-07-30 13.03.21

Screenshot 2016-07-30 13.03.36

Screenshot 2016-07-30 13.03.51

3.1.5. Analisis JAN mendapati Kumpulan 1MDB hanya menerima RM1 bilion (2.4%) daripada pelaburan luar negara dan sejumlah RM835.06 juta (2%) daripada kendalian aktiviti operasinya sepanjang tempoh lima tahun berbanding terimaan daripada pinjaman/pembiayaan berjumlah RM39.17 bilion (94.6%) pada tempoh yang sama. Ini menunjukkan pinjaman/pembiayaan yang diperoleh tidak menjana aliran tunai yang sepadan daripada aktivitinya.

3.1.6. Pada tempoh yang sama, Kumpulan 1MDB telah menggunakan sejumlah RM38.54 bilion (93.1%) daripada aliran tunai yang diterima berjumlah RM41.41 bilion. Antara penggunaan utama aliran tunai ialah pelaburan luar negara sejumlah RM11.59 bilion, pelaburan dalam negara sejumlah RM10.83 bilion, bayaran balik prinsipal pinjaman/pembiayaan sejumlah RM4.54 bilion, security deposits kepada Aabar Investments PJS Ltd. sejumlah RM4.24 bilion, bayaran kos pinjaman/pembiayaan sejumlah RM4.18 bilion, tunai sejumlah RM1.78 bilion dalam subsidiarinya SRC International Sdn. Bhd. semasa pelupusan, restricted deposits & placement with licensed bank sejumlah RM1.01 bilion dan lain-lain sejumlah RM371.63 juta. Komposisi aliran tunai keluar bagi tempoh bulan Februari 2009 hingga Mac 2014 seperti carta dan jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.04.09

Screenshot 2016-07-30 13.04.24

Screenshot 2016-07-30 13.04.44

3.1.7. Semakan JAN mendapati pulangan yang diterima dari pelaburan dalam dan luar negara serta jumlah bersih kendalian oleh Kumpulan 1MDB berjumlah RM2.22 bilion adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk membayar balik pinjaman (prinsipal dan faedah) berjumlah RM8.72 bilion setakat 31 Mac 2014. Kumpulan 1MDB terpaksa menggunakan sebanyak 22.3% daripada RM39.17 bilion terimaan daripada pinjaman/pembiayaan sepanjang tempoh lima tahun tersebut untuk melunaskan prinsipal dan kos pinjaman/pembiayaan selain untuk membiayai modal kerja. Kedudukan kewangan ini adalah tidak mampan dan Kumpulan 1MDB boleh menghadapi masalah kecairan dan menjejaskan usaha berterusan (going concern).

3.2. Aliran Tunai Pelaburan Dalam Ekuiti, Nota Murabahah Dan Dana Portfolio SPC Tahun Kewangan 2010 Sehingga 2015

3.2.1. Tahun Kewangan 2010 Hingga 2014

3.2.1.1. Analisis JAN terhadap aliran tunai pelaburan dan pulangan pelaburan mendapati Kumpulan 1MDB mengalami aliran tunai keluar bersih (net outflow) secara kumulatif berjumlah RM6.81 bilion bagi tahun kewangan 2010 hingga 2014 seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.05.15

3.2.1.2. Analisis terhadap kos pelaburan berjumlah RM6.08 bilion yang dibayar antara bulan September 2009 hingga Oktober 2011 mendapati sumber pembiayaan asal pelaburan ini ialah RM5 bilion IMTN yang diperoleh pada bulan Mei 2009, Syndicated Term Loan RM2.50 bilion diperoleh pada bulan Oktober 2010 dan Syndicated Term Loan RM1.08 bilion (tambahan) pada bulan Jun 2011. Sebanyak 80% daripada terimaan bersih RM5 bilion IMTN digunakan untuk pelaburan ekuiti dalam usaha sama berjumlah RM3.49 bilion. Manakala sejumlah Syndicated Term Loan RM2.50 bilion dan Syndicated Term Loan RM1.08 bilion (tambahan) digunakan untuk pelaburan dalam Nota Murabahah berjumlah RM2.59 bilion. Semakan JAN mendapati pada bulan Mac 2011, sejumlah RM895.72 juta prinsipal pinjaman untuk Sydicated Term Loan Rm2.50 bilion telah dilunaskan melalui Term Loan USD300 juta. Semakan lanjut mendapati baki prinsipal berjumlah RM1.61 bilion untuk Syndicated Term Loan RM2.50 bilion, prinsipal Syndicated Term Loan Rm1.08 bilion (tambahan) dan prinsipal term loan USD300 juta pula telah dilunaskan pada tahun kewangan 2014 melalui 34.2% terimaan daripada terbitan Nota USD3 bilion yang diperoleh oleh 1MDB Global Investments Limited (1MDB GIL) untuk modal permulaan usaha sama dengan ADMIC bagi Projek TRX. Maklumat mengenai jenis dan kegunaan pinjaman seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.05.35

3.2.1.3. Daripada keseluruhan pelaburan berjumlah RM6.08 bilion (USD1.83 bilion) sejak pelaburan dibuat pada tahun kewangan 2010 hingga 2014, pulangan tunai yang diterima berjumlah RM907.84 juta (14.9%). Ia terdiri daripada keuntungan Nota Murabahah berjumlah RM245.84 juta pada tahun kewangan 2011 dan pulangan tunai berjumlah RM662 juta pada tahun kewangan 2014. Analisis JAN mendapati sejumlah RM445.93 juta daripada RM662 juta yang diterima pada tahun kewangan 2014 merupakan dividen tunai daripada pelaburan Segregated Portfolio Company (SPC). Baki berjumlah RM216.07 juta daripada RM662 juta sebenarnya merupakan pulangan modal daripada pelaburan SPC. Analisis JAN juga mendapat hanya RM691.77 juta (30.6%) daripada keseluruhan hasil pelaburan berjumlah RM2.26 bilion sebenarnya diterima bagi tempoh lima tahun. Pada akhir tahun kewangan 2014, sejumlah RM1.56 bilion (69%) daripada RM2.26 bilion hasil tersebut yang merupakan keuntungan tidak nyata masih belum diterima daripada pelaburan-pelaburan yang telah dibuat. Kos dan hasil daripada pelaburan seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.05.58

3.2.1.4. Pada tempoh yang sama, keseluruhan kos pinjaman yang sepatutnya dibayar (charged for the year) adalah berjumlah RM1.54 bilion. Daripadanya, sejumlah RM1.46 bilion (94.9%) kos pinjaman tersebut telah dilunaskan secara tunai. Semakan JAN mendapati Kumpulan 1MDB telah mendapatkan pinjaman lain bagi melunaskan kos pinjaman tersebut pada tempoh yang ditetapkan. Walaupun prinsipal bagi tiga pinjaman, iaitu baki Syndicated Term Loan RM2.50 bilion, Syndicated Term Loan RM1.08 bilion (tambahan) dan term loan USD300 juta telah selesai dilunaskan, Kumpulan 1MDB masih perlu menanggung kos pinjaman bagi Nota USD3 bilion yang digunakan bagi melunaskan tiga pinjaman tersebut. Pecahan kos pinjaman mengikut sumber pinjaman bagi tahun 2010 hingga 2014 seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.06.17

3.2.1.5. Semakan JAN mendapati sejumlah RM178 juta telah dibayar untuk kos perbelanjaan berkaitan pengendalian pinjaman dan pengendalian pelaburan tersebut. Daripada jumlah tersebut, 1MDB membayar sejumlah RM26.98 juta kos perbelanjaan berkaitan pengendalian pinjaman. Kos pengendalian pinjaman yang dikenal pasti merangkumi agency fee, trustee fee dan bayaran profesional yang berkaitan dengan pinjaman. Manakala kos perbelanjaan bagi pengendalian pelaburan berjumlah RM151.02 juta terdiri daripada bayaran profesional berkaitan pelaburan, kos penginapan, tiket penerbangan dan kos operasi Brazen Sky Limited. Kos operasi Brazen Sky Limited diambil kira kerana ia bertindak sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) untuk mengendalikan SPC. Butiran lanjut kos perbelanjaan berkaitan pengendalian pinjaman dan pelaburan seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.06.37

3.2.1.6. Analisis JAN mendapati bagi tempoh lima tahun, aliran tunai keluar untuk kos pelaburan (RM6.08 bilion) dan kos perbelanjaan berkaitan (RM1.64 bilion) berjumlah RM7.72 bilion adalah lebih tinggi berbanding dengan aliran tunai masuk berjumlah RM907.84 juta. Pulangan tunai yang diterima adalah kecil jumlahnya dan tidak sepadan dengan kos pelaburan serta tidak mencukupi untuk menampung kos pinjaman dan perbelanjaan berkaitan setiap tahun sepanjang tempoh lima tahun.

3.2.1.7. Secara keseluruhannya, Kumpulan 1MDB mengalami aliran tunai keluar bersih berjumlah RM6.81 bilion pada akhir tahun kelima. Sekiranya mengambil kira time value for money pada kadar 2.36%, net present value (NPV) aliran tunai keluar bersih menjadi RM6.54 bilion.

3.2.1.8. Semakan JAN mendapati kos pelaburan berjumlah RM6.08 bilion (USD1.83 bilion) yang dibiayai melalui empat pinjaman sejak tahun kewangan 2010 hingga 2014 tidak membawa pulangan tunai yang setimpal, iaitu hanya memperoleh aliran tunai masuk berjumlah RM907.84 juta daripada pulangan modal dan keseluruhan hasil berjumlah RM2.25 bilion yang sepatutnya diterima. Keputusan Kumpulan 1MDB untuk menukar pelaburan ekuiti dalam usaha sama kepada Nota Murabahah, kemudian kepada ekuiti dalam PSOSL dan seterusnya kepada SPC dalam tempoh yang singkat menunjukkan Kumpulan 1MDB tidak membuat perancangan yang teliti sebelum melabur.

3.2.2. Tahun Kewangan Selepas 31 Mac 2014

3.2.2.1. Analisis JAN dibuat terhadap pelaburan yang dianjurkan dengan mengambil kira subsequent event pada penyata kewangan berakhir 31 Mac 2014 dan keterangan 1MDB semasa mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 18 Disember 2015. Unjuran pulangan pelaburan secara tunai selepas 31 Mac 2014 seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.07.04

3.2.2.2. Berdasarkan Nota 18 (ii) Investment in Segregated Portfolio Company (SPC) penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2014, Lembaga Pengarah 1MDB pada 1 Ogos 2014 telah mengarahkan pengurusan 1MDB supaya menebuskan semua pelaburan dalam SPC tidak lewat daripada bulan Disember 2014. Pada 5 November 2014, iaitu tarikh penyata kewangan dikeluarkan, Nota 18 (ii) mencatatkan sejumlah RM4.03 bilion (USD1.22 bilion) pelaburan dalam SPC telah ditebus. Sebahagian besar hasil tebusan tersebut telah digunakan untuk membayar kos pinjaman, modal kerja dan refundable deposits kepada Aabar bagi menamatkan Perjanjian Opsyen. Baki pelaburan dalam SPC berjumlah RM4.07 bilion (USD1.23 bilion) akan ditebus sebelum akhir bulan November 2014 seperti cadangan pengurus dana.

3.2.2.3. Sehingga 24 November 2014, penebusan dana portfolio berjumlah RM6.08 bilion (USD1.39 bilion) dan dividen yang diterima adalah berjumlah RM574.97 juta (USD131.70 juta). Selepas tebusan sejumlah RM6.08 bilion (USD1.39 bilion), Kumpulan 1MBD masih mempunyai baki pelaburan dalam SPC berjumlah RM3.79 bilion (USD939.87 juta) pada 31 Mac 2015.

3.2.2.4. Seperti yang dijelaskan oleh 1MDB kepada mesyuarat PAC pada 18 Disember 2015 bahawa baki pelaburan daripada SPC berjumlah RM3.79 bilion (USD939.87 juta) akan diambil alih oleh Kumpulan IPIC di bawah binding term sheet yang dijangka selesai pada 30 Jun 2016. Sekiranya aliran tunai ini diunjurkan sehingga tahun kewangan 2017, pulangan tunai keseluruhan sejak tahun 2009 hingga 2017 berjumlah RM11.35 bilion.

3.2.2.5. Kos pinjaman untuk IMTN dan Nota USD3 bilion yang perlu dilunaskan pada tahun kewangan 2015 berjumlah RM376.47 juta dan bagi tahun kewangan 2016 dan 2017 masing-masing berjumlah RM418.63 juta setahun. Manakala kos kendalian berkaitan pinjaman dan pelaburan setiap tahun bagi tahun kewangan 2015 hingga 2017 adalah dikira sama seperti tahun kewangan 2014. Andaian ini dibuat kerana dokumen berkenaan tidak dikemukakan oleh 1MDB. Kos berkaitan pinjaman melibatkan IMTN ialah fi agensi dan trustee fee yang perlu dibayar setiap tahun oleh Kumpulan 1MDB sehingga tempoh matang. Kos berkaitan pelaburan adalah kos operasi bagi Brazen Sky Limited yang bertindak sebagai SPV bagi pelaburan ini. Kos tersebut diperincikan seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.07.27

3.2.2.6. Analisis JAN terhadap pulangan bagi pelaburan mendapati pada tahun kewangan 2015, Kumpulan 1MDB memperoleh aliran tunai masuk bersih semasa berjumlah RM6.19 bilion. Bagaimanapun, jumlah bersih kumulatif bagi tempoh enam tahun menunjukkan aliran tunai keluar bersih berjumlah RM620.26 juta. Ini kerana aliran tunai keluar terkumpul berjumlah RM8.18 adalah lebih tinggi daripada aliran tunai masuk terkumpul berjumlah RM7.56 bilion. Sekiranya mengambil kira time value for money pada kadar inflasi 2.36%, net present value (NPV) aliran tunai keluar bersih bagi tempoh enam tahun adalah berjumlah RM1.16 bilion.

3.2.2.7. Analisis JAN mendapati Kumpulan 1MDB memperoleh unjuran aliran tunai keluar bersih berjumlah RM519.61 juta bagi tahun kewangan 2016. Ini menunjukkan kos pinjaman pada tahun 2016 tidak dapat dilunaskan kerana tiada pulangan tunai yang diterima pada tahun tersebut. Pada tahun kewangan 2017, Kumpulan 1MDB dianggar memperoleh aliran tunai masuk bersih berjumlah RM3.27 bilion. Secara kumulatif bagi tempoh lapan tahun, Kumpulan 1MDB menerima aliran tunai masuk bersih berjumlah RM2.13 bilion. Sekiranya mengambil kira time value for money pada kadar inflasi 2.36%, net present value (NPV) aliran tunai masuk bersih bagi tempoh lapan tahun adalah berjumlah RM1.11 bilion.

3.2.2.8. Kumpulan 1MDB masih perlu menanggung prinsipal dan kos pinjaman bagi IMTN RM5 bilion dan Nota USD3 bilion sehingga tarikh matang pinjaman. Selain itu, Kumpulan 1MDB masih perlu menanggung kos operasi Brazen Sky Limited sebagai kos berkaitan pelaburan sehingga kesemua pelaburan dalam SPC ditebus. Bagaimanapun, sehingga tarikh laporan ini, penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 belum disediakan oleh 11MDB untuk diaudit.

3.2.2.9. Semakan JAN mendapati walaupun Kumpulan 1MDB menerima hasil penebusan daripada SPC dan dividen pada tahun kewangan 2015, kedudukan kewangannya masih lemah. Jangkaan pelupusan keseluruhan baki SPC berjumlah USD939.87 juta pada tahun kewangan 2017 masih tidak dapat melunaskan prinsipal IMTN RM5 bilion dan Nota USD3 bilion yang telah digunakan bagi membiayai pelaburan ini.

3.3. Pinjaman/Pembiayaan Tidak Digunakan Mengikut Tujuan Yang Ditetapkan

Semakan JAN terhadap 17 pinjaman/pembiayaan sedia ada dan lapan pinjaman baru yang diterima oleh Kumpulan 1MDB selepas 31 Mac 2014 mendapati sebanyak lapan pinjaman/pembiayaan tidak digunakan mengikut tujuan yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman/pembiayaan. Lapan pinjaman/pembiayaan yang terlibat seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.07.52

Screenshot 2016-07-30 13.08.09

Screenshot 2016-07-30 13.08.27

3.4. Konsep Usaha Berterusan (Going Concern)

3.4.1. Perbandingan antara aset semasa dan liabiliti semasa yang dikenali sebagai Nisbah Semasa (Current Ratio) menggambarkan kedudukan sesebuah syarikat adalah entiti usaha berterusan. Nisbah Semasa Kumpulan 1MDB dari tahun berakhir 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014 telah menunjukkan ukuran nisbah semasanya melebihi 1. Indikator ini memberi gambaran bahawa set semasa Kumpulan 1MDB mampu menampung liabiliti semasa pada setiap tahun kewangan seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.08.49

3.4.2. Tahap kecairan boleh diukur melalui Nisbah Cepat (Quick Ratio). Nisbah cepat mengukur keupayaan Kumpulan 1MDB untuk membayar hutang menggunakan tunai dan kesetaraan tunai berbanding liabiliti semasa. Analisis JAN mendapati Kumpulan 1MDB menghadap kesukaran untuk menampung hutang semasanya bermula pada tahun berakhir 31 Mac 2012 hingga 31 Mac 2014 di mana kedudukan tunai Kumpulan 1MDB adalah kurang daripada liabiliti semasa seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.09.05

3.4.3. Dari aspek lain, sesuatu entiti dianggap usaha berterusan apabila syarikat berupaya untuk menjelaskan liabilitinya dalam tempoh setahun melalui pendapatan semasa. Jika hanya merujuk kepada aspek kecairan dan keupayaan menjelaskan obligasi hutang, Kumpulan 1MDB berada dalam kedudukan kewangan yang lemah.

3.4.4. Walaupun 1MDB adalah entiti berterusan, namun ia tidak mempunyai kecairan yang mencukupi untuk membayar hutangnya. Keuntungan yang dicatatkan dalam penyata kewangan adalah keuntungan tidak nyata (unrealised gain) hasil daripada penilaian semula aset yang diperoleh pada nilai nominal. Ini berikutan pinjaman berjangka berjumlah RM2.5 bilion dan USD300 juta yang matang dalam tahun kewangan berakhir 2014  telah dibayar balik menggunakan pinjaman USD3 bilion yang diperoleh bagi tujuan pembangunan Projek TRX. Projek tersebut masih belum bermula tetapi sebahagian besar dana tersebut telah dibelanjakan untuk tujuan lain kecuali sejumlah USD1.5 bilion.

3.4.5. Penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 jelas menunjukkan Kumpulan 1MDB tidak berkeupayaan untuk membayar hutangnya kerana tidak mempunyai kecairan yang mencukupi. Ia boleh disokong dengan nisbah berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.09.24

3.4.6. Semakan JAN mendapati setelah mengambil kira andaian pelan rasionalisasi Kumpulan 1MDB, iaitu penjualan 100% Kumpulan Edra, penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia Sdn. Bhd. serta pelaksanaan Binding Term Sheet dengan IPIC/Aabar, baki prinsipal pinjaman Kumpulan 1MDB berjumlah RM28.21 bilion, manakala kedudukan aset Kumpulan 1MDB berjumlah RM27.01 bilion. Ini menunjukkan nisbah hutang terhadap aset Kumpulan 1MDB adalah 1.04:1 yang menterjemahkan jumlah aset yang ada tidak mampu menampung pelunasan prinsipal pinjaman Kumpulan 1MDB.

4. PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN DAN SEMAKAN SEMULA PENYATA KEWANGAN 1MDB DAN KUMPULAN BAGI TAHUN 2010 SEHINGGA 2014

4.1. Penyerahan Penyata Kewangan

4.1.1. Penyerahan Seksyen 143 (1), Akta Syarikat 1965, Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) wajib diadakan pada setiap tahun kalendar bagi membentangkan penyata kewangan, mengisytiharkan dividen yang dipersetujui oleh pengarah-pengarah, melantik pengarah baru serta memutuskan pelantikan juruaudit syarikat. Syarikat juga dikehendaki membentangkan penyata kewangan pertamanya dalam AGM pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 18 bulan dari tarikh penubuhan syarikat dan bagi penyata kewangan tahun seterusnya perlu dibentang dalam tempoh 15 bulan dari tarikh AGM sebelumnya.

4.1.2. Seksyen 169(1) Akta Syarikat 1965 menjelaskan bahawa pengarah adalah wajib membentangkan akaun untung rugi di AGM pada setiap tahun kalendar tidak lewat dari 18 bulan selepas tarikh penubuhan syarikat dan selepas itu sekali sekurang-kurangnya dalam tiap-tiap tahun kalendar pada jarak yang tidak lebih dari 15 bulan sejak akaun terdahulu dibentangkan. Walau bagaimanapun, syarikat boleh memohon kebenaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk melanjutkan tempoh ini seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 143(2) dan Seksyen 169(2), Akta Syarikat 1965.

4.1.3. Penyata kewangan syarikat yang siap diaudit perlu dibentangkan dalam tempoh enam bulan selepas tahun kewangan berakhir dan dikemukakan kepada SSM dalam tempoh satu bulan selepas mesyuarat agong seperti yang digariskan di bawah Seksyen 160(1) Akta Syarikat 1965. Manakala Seksyen 169(4) Akta Syarikat 1965 turut menekankan bahawa akaun untung rugi dan kunci kira-kira syarikat hendaklah diaudit sebelum ia dibentangkan dalam AGM Syarikat.

4.1.4. Semakan JAN mendapati 1MDB telah menyerahkan penyata kewangan beraudit kepada SSM dalam tempoh masa ditetapkan seperti yang digariskan dalam Seksyen 160(1), Akta Syarikat 1965. Namun, 1MDB gagal membentangkan penyata kewangannya dalam tempoh enam bulan selepas tahun kewangan berakhir bagi tahun 2010, 2012, 2013 dan 2014 di mana kelewatannya dalam lingkungan 36 hari hingga 181 hari. 1MDB juga gagal mematuhi Seksyen 143(1) dan Seksyen 169(1), Akta Syarikat 1965 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 di mana syarikat gagal membentangkan penyata kewangannya dalam mesyuarat agong pada tahun kalendar serta gagal membentangkan penyata kewangannya dalam tempoh 15 bulan dari tarikh AGM sebelumnya. Tarikh-tarikh penting yang berkaitan adalah seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.09.56

4.1.5. Bagaimanapun, Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 belum ditandatangani. Pada 24 Julai 2015, 1MDB telah memohon pelanjutan masa pembentangan penyata kewangan dan SSM telah memberi kelulusan pelanjutan sehingga 31 Mac 2016 melalui surat bertarikh 21 Ogos 2015.

4.2. Semakan Semula Penyata Kewangan Bagi Tempoh Berakhir 31 Mac 2010

4.2.1. Kepentingan ekuiti dalam syarikat usaha sama yang diperoleh pada 28 September 2009 telah dilupuskan pada 31 Mac 2010. Bagi mengenal pasti keuntungan ke atas pelupusan ini, sepatutnya pada 31 Mac 2010, 1MDB melaksanakan penilaian terhadap ekuiti/aset syarikat usaha sama itu. Memandangkan dokumen-dokumen tidak dapat dikemukakan kepada juruaudit syarikat, iaitu Tetuan Ernst & Young (EY) dan percanggahan pendapat mengena pemilikan aset, maka Tetuan EY telah ditamatkan perkhidmatannya. Bagaimanapun, Tetuan KPMG tang telah dilantik sebagai juruaudit baru telah menandatangani laporan juruaudit bagi penyata kewangan berakhir 31 Mac 2010 dengan merujuk kepada dokumen berikut:

  1. Surat Share Sale Agreement bertarikh 31 Mac 2010;
  2. Position Paper bertarikh 18 September 2009;
  3. Perjanjian Usaha Sama bertarikh 28 September 2009;
  4. Laporan Penilaian Edward L.Morse Energy Advisory Services bertarikh 29 September 2009; dan
  5. Laporan Penilaian Tetuan Deloitte & Touche Financial Advisory Services Pte. Ltd. bertarikh 1 Oktober 2010.

4.2.2. Selain itu, Tetuan KPMG tidak mengesahkan bayaran kos pelaburan USD1 bilion telah dibuat ke dalam akaun syarikat usaha sama mengikut keputusan Lembaga Pengarah 1MDB.

4.2.3. Semakan JAN mendapati Perjanjian Pembiayaan Murabahah diluluskan oleh pemegang saham 1MDB PetroSaudi Ltd. pada 14 Jun 2010  walaupun penyata kewangan 1MDB berakhir 31 Mac 2010 menyatakan bahawa perjanjian ini ditandatangani pada 31 Mac 2010. Tetuan KPMG mengesahkan pihaknya tidak diberi resolusi pemegang saham 1MDB PetroSaudi Ltd. yang bertarikh 14 Jun 2010.

4.2.4. Perubahan pengiktirafan tarikh perjanjian tersebut daripada 14 Jun 2010 kepada 31 Mac 2010 menyebabkan 1MDB terlebih nyata keuntungan berjumlah RM651.80 juta dalam penyata kewangan bagi tempoh berakhir 31 Mac 2010, di mana keuntungan berjumlah RM651.80 juta itu sepatutnya direkodkan dalam penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2011. Tanpa keuntungan tersebut, 1MDB sepatutnya merekodkan kerugian sejumlah RM227.19 juta seperti jadual berikut:

Screenshot 2016-07-30 13.11.10

.2.5. Laporan Tetuan KPMG terhadap penyata kewangan 1MDB dan Kumpulannya dikeluarkan pada 4 Oktober 2010. Namun Tetuan KPMG tidak membangkitkan keperluan pendedahan peristiwa selepas akhir tempoh kewangan dalam nota kepada penyata kewangan berkenaan pelaburan tambahan dalam Nota Murabahah berjumlah USD500 juta (RM1.57 bilion) pada 14 September 2010.

4.3. Semakan Semula Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Mac 2011

4.3.1. 1MDB telah menggunakan dana daripada Syndicated Term Loan RM2.50 bilion dengan tempoh matang selama tiga tahun untuk melanggan pelaburan tambahan dalam Nota Murabahah dengan tempoh matang yang lebih panjang, iaitu matang pada bulan Mac 2015, dan Mac 2021. Amalan ini bertentangan dengan konsep prudence. Bagaimanapun, pinjaman ini telah dibayar pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 melalui hasil terbitan Nota USD3 bilion untuk pembangunan projek usaha sama ADMIC.

4.3.2. Tetuan KPMG mengesahkan bahawa berdasarkan standard perakaunan, penggunaan pinjaman jangka pendek bagi tujuan pelaburan jangka panjang tidak perlu didedahkan dalam nota kepada penyata kewangan. Ia juga tidak menunjukkan masalah going concern 1MDB.

4.4. Semakan Semula Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Mac 2012

4.4.1. kumpulan 1MDB telah menerbitkan Nota USD3.50 bilion melalui dua Nota dengan nilai nominal USD1.75 bilion bagi tempoh 10 tahun setiap satunya pada 18 Mei 2012 dan 17 Oktober 2012. Kedua-dua Nota  USD1.75 bilion tersebut yang dijamin oleh 1MDB dan International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC) telah diluluskan untuk terbitan melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 30 April 2012 dan 9 Oktober 2012.

4.4.2. Semakan JAN mendapati sejumlah RM4.24 bilion (USD1.367 bilion) daripada Nota USD3.50 bilion tersebut telah dibayar kepada Aabar Investment PJS Ltd. (Aabar Ltd.) sebagai security deposit pada 22 Mei 2012 (USD576.94 juta) dan 19 Oktober 2012 (USD790.35 juta). Bayaran security deposit tersebut dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB. Selain itu, penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2012 juga tidak mendedahkan peristiwa selepas tarikh penyata kewangan kerana masih dalam proses penyenaraian IPO seperti berikut:

  1. Jaminan IPIC terhadap Nota USD1.75 bilion yang diterbitkan pada 17 Oktober 2012;
  2. Security deposit dibayar kepada Aabar Ltd. berjumlah RM4.24 bilion (USD1.367 bilion);
  3. Call option selama 10 tahun yang memberi hak kepada Aabar Ltd. untuk memperoleh sehingga 49% saham yang dimiliki 1MDB Energy Ltd. dalam 1MDB Energy Sdn. Bhd. dengan harga maksimum RM1.225 bilion;
  4. Call option selama 10 tahun yang memberi hak kepaada Aabar Ltd. untuk memperoleh sehingga 49% saham yang dimiliki 1MDB Energy langat Ltd. dalam 1MDB Energy (Langat) Sdn. Bhd. dengan harga maksimum RM862.40 juta; dan
  5. Dalam Interguarantor Agreement yang ditandatangani antara 1MDB dan IPIC bertarikh 21 Mei 2012,  1MDB dikehendaki mendapatkan Minitry of Finance Inc. untuk melunaskan semua prinsipal dan kos berkaitan yang telah didahulukan oleh IPIC sekiranya 1MDB gagal melaksanakan obligasinya sebagai penjamin. Pihak JAN juga tidak dapat mengesahkan sama ada Interguarantor Agreement ini turut disediakan bagi terbitan Nota USD1.75 bilion yang kedua pada 17 Oktober 2012. Di samping itu, syarat dalam Interguarantor Agreement tersebut adalah bertentangan dengan surat kelulusan daripada Menteri Kewangan bertarikh 26 Mac 2012 dan 3 Ogos 2012 yang menyatakan bahawa terbitan kedua-dua Nota USD itu diluluskan tapa jaminan Kerajaan.

4.4.3. Semakan lanjut mendapati perkara-perkara tersebut di atas tidak dinyatakan dalam Surat Representasi 1MDB mengenai pengauditan penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2012 kepada Tetuan KPMG bertarikh 27 Disember 2012.

4.5. Semakan Semula Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Mac 2013

4.5.1. Diperhatikan pegangan 49% dalam PSOSL telah diperoleh pada 1 Jun 2012 dan kemudiannya dilupuskan pada 12 September 2012 di mana keuntungan modal sejumlah USD95.37 juta (RM316.22 juta), telah diperoleh pada tarikh pelupusan. JAN tidak memperoleh sebarang dokumen yang menyokong keuntungan modal ini. Bagaimanapun, Tetuan Deloitte juga tidak mengesahkan perkara ini kerana penyata kewangan PSOSL dan laporan penilaian tidak dikemukakan kepada mereka.

4.5.2. Tetuan Deloitte sepatutnya mengesahkan asas perekodan keuntungan. Bagaimanapun, semasa temu bual dengan Tetuan Deloitte, mereka berpendapat pengesahan tidak perlu dilakukan kerana 1MDB telah melupuskan saham sebelum tahun kewangan berakhir, iaitu pada 31 Mac 2012, dan jumlah tersebut adalah di bawah paras materialiti yang ditetapkan.

4.5.3. Mengikut para 2.6 dalam Perjanjian Pembiayaan Nota Murabahah, penebusan hanya boleh dilaksanakan seperti syarat berikut:

  1. Menebus baki Nota Murabahah kepada wang tunai: atau
  2. Menukar baki Nota Murabahah kepada saham biasa dalam 1MDB PetroSaudi Ltd.

4.5.4. Bagaimanapun pada 1 Jun 2012, 1MDB telah menukar baki Nota Murabahah kepada pegangan ekuiti sebanyak 49% dalam PSOSL yang bertentangan dengan syarat di atas kerana PSOSL bukan subsidiari 1MDB PetroSaudi Ltd. Tiada dokumen dikemukakan yang menunjukkan syarat di atas telah dipinda melalui perjanjian tambahan atau syarat tersebut telah dipersetujui untuk diubah. Mengikut temu bual dengan Tetuan Deloitte, perjanjian tambahan berkenaan tidak dikemukakan kepada mereka semasa pengauditan.

4.5.5. Selain itu, semakan JAN juga mendapati sejumlah RM4.24 bilion (USD1.367 bilion) daripada hasil terbitan dua Nota USD1.75 bilion telah dibayar pada 22 Mei 2012 dan 19 Oktober 2012 kepada Aabar Ltd. sebagai security deposit tanpa kelulusan khusus oleh Lembaga Pengarah 1MDB. Bagaimanapun, Tetuan Deloitte tidak dapat mengesahkan sama ada kelulusan Lembaga Pengarah telah diperoleh untuk pembayaran deposit tersebut.

4.6. Semakan Semula Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Mac 2014

4.6.1. Pada 1 September 2014, 1MDB Energy Holdings Ltd. telah menandatangani Facility Agreement bagi pinjaman jangka pendek berjumlah USD975 juta diaturkan oleh Deutsche Ban AG Singapura. Antara tujuan pinjaman adalah untuk membiayai semula pinjaman sedia ada Deutsche Bank AG berjumlah USD250 juta serta membiayai perolehan dan pembatalan call option terhadap saham 1MDB Energy Langat Sdn. Bhd. dan saham Powertek Investment Holdings Sdn. Bhd. yang diberi kepada Aabar Investments PJS Ltd.

4.6.2. Dokumen yang diperoleh oleh JAN menunjukkan satu binding term sheet telah ditandatangani pada 2 Oktober 2014 antara 1MDB Synergy Sdn. Bhd. dan Yurus Private Equity Fund I, L.P. (Yurus) bagi memperoleh kesemua kepentingan Yurus dalam projek solar di bawah Master Joint Venture Agreement yang ditandatangani antara 1MDB Synergy Sdn. Bhd. dan Yurus pada 11 April 2014, dengan balasan USD95 juta.

4.6.3. Bagaimanapun, semakan JAN mendapati kedua-dua perkara tersebut tidak didedahkan sebagai Peristiwa Selepas Penyata Kewangan dalam nota kepada penyata kewangan. Semakan JAN mendapati kedua-dua perkara tersebut juga tidak dinyatakan dalam Surat Representasi 1MDB bertarikh 5 November 2014  kepada Tetuan Deloitte dalam pengauditan penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014.

5. PELANTIKAN DAN PENAMATAN JURUAUDIT

5.1. Tetuan Ernst & Young (EY)

5.1.1. Tetuan EY merupakan juruaudit pertama yang dilantik ada 25 Mac 2009 oleh 1MDB yang kemudiannya telah ditamatkan kontrak pada 15 September 2010 sebelum 1MDB mengemukakan penyata kewangan pertama bagi tempoh berakhir 31 Mac 2010.

5.1.2. Semakan terhadap Memorandum Perancangan Audit 2010 bertarikh 26 Mac 2010 yang disediakan oleh Tetuan EY mendapati perkara berikut:

  1. Untuk menentukan nilai saksama aset dan liabiliti syarikat usaha sama pada tarikh perolehan, Tetuan EY telah memohon untuk menyemak laporan due diligence yang disediakan oleh pihak pengurusan 1MDB dan laporan berhubung status hak milik aset PSI dalam syarikat usaha sama. Tetuan EY juga memohon status hak milik aset PSI dalam syarikat usaha sama. Tetuan EY juga memohon penyata kewangan syarikat usaha sama pada 30 September 2009 bagi melaksanakan penilaian nilai saksama terhadap saham, aset, liabiliti dan liabiliti luar jangka syarikat usaha sama. Langkah ini perlu untuk menentukan nilai goodwill pada masa usaha sama tersebut. Tetuan EY telah melaksanakan penilaian awal dan memohon maklumat tambahan untuk menilai reasonableness of the key assumptions bagi menentukan nilai jangkaan aset PSI.
  2. Semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 5 April 2010, Tetuan EY telah membangkitkan keperluan mendapatkan dokumen ini.

5.1.3. Ini menunjukkan Tetuan EY tidak berpuas hati dengan laporan dan dokumen sokongan yang dikemukakan. Ini menyebabkan Tetuan EY membangkitkan pelbagai persoalan dan memohon pihak pengurusan mengemukakan lebih banyak maklumat berkaitan. Tetuan EY tidak menemui dokumen berkaitan status pemilikan sebenar, nila dan risiko yang berkaitan dengan aset yang dilaburkan oleh rakan usaha sama.

5.1.4. Tetuan EY juga telah membangkitkan keperluan mengesahkan semula nilai aset tersebut bagi tujuan proses semakan kaedah perakaunan yang sesuai terhadap pertukaran ekuiti kepada Nota Murabahah dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010. Bagaimanapun, pada tarikh yang sama, 1MDB tidak mempunyai dokumen yang mencukupi bagi membuktikan pemilikan aset oleh syarikat usaha sama.

5.1.5. Ini disokong dengan makluman semasa mesyuarat Lembaga Pengarah pada 4 Oktober 2010 bahawa 1MDB PetroSaudi Ltd. belum menyediakan penyata kewangannya dan ketua Pegawai Eksekutif telah menyakinkan Lembaga Pengarah 1MDB bahawa perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang akan datang setelah menerima penyata kewangan syarikat tersebut. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti menunjukkan kertas perbincangan berhubung perkara tersebut pernah dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

5.1.6. Tetuan EY gagal mendapat maklumat berkaitan sehingga menyebabkan kelewatan mengesahkan penyata kewangan yang hanya ditandatangani pada 4 Oktober 2010.

5.1.7. Pendirian Tetuan EY itu telah menimbulkan situasi kurang senang kepada pengurusan 1MDB dan kemudiannya pemegang saham dan Lembaga Pengarah telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Tetuan EY.

5.2. Tetuan KPMG

5.2.1. Tetuan KPMG dilantik pada 15 September 210 selepas penamatan Tetuan EY. Bagaimanapun, pada 31 Disember 2013, pelantikan Tetuan KPMG pula telah ditamatkan sebelum 1MDB mengemukakan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2013.

5.2.2. Berdasarkan minit mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 11 November 2013, bagi mengesahkan nilai saksama (fair value) pelaburan Kumpulan 1MDB dalam Bridge Global SPC melalui Braze Sky Ltd. (BSL), Tetuan KPMG telah meminta beberapa dokumen seperti berikut:

  1. Pengesahan hak milik pelaburan Bridge Global SPC melalui BSL oleh Bank BSI;
  2. Dokumen berkaitan legal due diligence untuk mengesahkan Bridge Global SPC sebenarnya telah ditubuhkan secara sah mengikut undang-undang, dan menentukan struktur perundangannya bagi tujuan perakaunan;
  3. Pandangan undang-undang daripada peguam berhubung struktur Bridge Global SPC untuk menentukan hak milik BSL bagi tujuan perakaunan;
  4. Laporan nilai aset bersih (NAV) di dalam Bridge Global SPC pada 31 Mac 2013 dan dokumen sokongan menunjukkan bagaimana NAV diperoleh; dan
  5. Penyata kewangan Bridge Global SPC pada 31 Mac 2013.

5.2.3. Berdasarkan minit mesyuarat yang diadakan di antara 1MDB dan Tetuan KPMG pada 29 November 2013, Encik Hazem cuba menyakinkan Tetuan KPMG berkaitan pelaburan tersebut. Bagaimanapun, Tetuan KPMG tidak berpuas hati kerana ketiadaan bukti secara bertulis.

5.2.4. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 9 Disember 2013, Encik Hazem memaklumkan bahawa Tetuan KPMG tidak berpuas hati dan akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan sama ada maklumat yang dikemukakan oleh pihak pengurusan 1MDB boleh diterima dan mencukupi bagi tujuan audit tersebut atau mereka akan mengeluarkan laporan berteguran. Tetuan KPMG memutuskan untuk mengeluarkan laporan berteguran.

5.2.5. Berikutan perbezaan pandangan yang semakin ketara antara 1MDB dan Tetuan KPMG, 1MDB melalui surat bertarikh 30 Disember 2013 menyatakan Tetuan KPMG perlu memperoleh maklumat lanjut daripada pengurus dana yang berkenaan. Bagaimanapun, pada 31 Disember 2013 pemegang saham 1MDB telah menamatkan kontrak Tetuan KPMG dan melantik Tetuan Deloitte sebagai juruaudit 1MDB yang baru.

5.2.6. Tetuan KPMG melalui surat bertarikh 6 Januari 2014 kepada pengurusan 1MDB membangkitkan pendekatan 1MDB yang hanya cuba menyakinkan mereka secara lisan tanpa mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Antara perkara yang dibangkitkan dalam surat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Tetuan KPMG tidak berupaya untuk melaksanakan prosedur audit yang diperlukan untuk memastikan kesesuaian klasifikasi dan menilai pelaburan dana hedge/hybrid melalui Segregated Portfolio Company, Bridge Global Absolute Return Fund SPC oleh BSL;
  2. Walaupun Vistra Fund Services Asia Ltd. telah membuat pengiraan terhadap NAV, Tetuan KPMG masih tidak berupaya memastikan sama ada asas penilaian itu berdasarkan International Financial Reporting Standards (IFRS) dan Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS); dan
  3. BSL sebagai pemegang dana tersebut, mempunyai hak untuk menerima penyata kewangan belum diaudit Bridge Global Absolute Return Fund SPC tetapi sehingga ke tarikh surat tersebut penyata ini masih belum diterima.

5.2.7. Selain itu, beberapa faktor lain yang dinyatakan dalam surat bertarikh 6 Januari 2014 juga menunjukkan Tetuan KPMG tidak berupaya mengesahkan penilaian dana SPC tanpa diberi maklumat tambahan.

5.2.8. Situasi yang hampir sama juga dihadapi oleh Tetuan KPMG selepas dua tahun menjadi juruaudit 1MDB apabila penilaian berhubung pertukaran pelaburan Nota Murabahah kepada Segregated Portoflio Company hendak dilakukan. Situasi sebegini merupakan kali kedua dalam tempoh empat tahun, perkhidmatan juruaudit ditamatkan sebelum habis tempoh kontrak disebabkan perbezaan pendapat berhubung isu penilaian sesuatu pelaburan.

5.3. Tetuan Deloitte

Lembaga Pengarah 1MDB telah melantik Tetuan Deloitte melalui resolusi bertarikh 31 Disember 2013 sebagai juruaudit syarikat selepas menamatkan perkhidmatan Tetuan KPMG. Penamatan Tetuan KPMG dan pelantikan Tetuan Deloitte tersebut telah dibuat berdasarkan syor Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Audit 1MDB. Semakan JAN sehingga 31 Oktober 2015 mendapati Tetuan Deloitte masih merupakan juruaudit bagi 1MDB.

—TAMAT—


Chapters


English translations


Translate