Pada mulanya hutan kami, kini minyak kami?

Pada mulanya hutan kami, kini minyak kami?

Setelah meranapkan hutan belantara Sarawak, kini rakan pengusaha balak Taib melangkah masuk untuk memulakan perusahaan minyak. Sumber dalaman memberikan maklumat bahawa bursa Singapura, pada 6hb Januari yang lalu, menyatakan bahawa Rimbunan Hijau dijangkakan akan menuntik lebih banyak asset carigali minyak ke dalam anak syarikatnya, Rimbunan Hijau Petrogas. Adalah disyaki di sini bahawa telaga-telaga minyak yang telah dianugerahkan kepada syarikat berkenaan terletak kawasan perairan cetek di persisiran Sarawak!

Pengumuman itu dibuat oleh para broker saham Kim Eng yang menjual saham-saham baru untuk Rimbunan Hijau Petrogas. Saham-saham mereka berharga pada $0.82 sesaham.


Aset Telaga minyak apa?

Maka dengan itu bagaimana seorang ketua Rimbunan Hijau Group, Tiong Hew King, salah seorang dari kroni perniagaan Ketua Menteri Taib Mahmud mendapat aset-aset telaga minyak Malaysia? Sehingga kini kesemua telaga minyak negara ini dikawal oleh Petronas, yang telah memeterai perjanjian dengan syarikat-syarikat minyak antarabangsa.

Walau bagaimanapun pada akhir tahun lepas terdapat laporan yang menyatakan bahawa Kerajaan telah membenarkan syarikat-syarikat tempatan untuk mengeksploitasikan apa yang dikatakannya sebagai ‘telaga pinggiran’ yang tidak diusahakan oleh syarikat-syarikat minyak utama. Kebanyakan telaga pinggiran ini terletak di perairan cetek Sarawak dan ini memerlukan kuasa Ketua Menteri untuk memberi lesen-lesen mencarigali.

Tiong adalah merupakan antara sepuluh individu terkaya di Malaysia berikutan usaha-usahanya dalam industri pembalakan di Sarawak, terima kasih kepada Ketua Menteri atas konsesi-konsesi yang diberikan. Tiong juga dikatakan antara orang-orang yang terawal diberikan konsesi perladangan kelapa sawit. Hanya pada minggu ini telah diumumkan bahawa Tabung Lembaga Kebajikan Masjid Sarawak iaitu pemilik utama perusahaan ladang kelapa sawit, telah memindahkan aset-asetnya kepada Tiong. Pengerusi lembaga tersebut adalah juga Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud.

Sepertimana yang boleh dijangkakan, Taib kini telah menganugerahkan konsesi-konsesi carigali minyak yang dilindungi kepada kroni yang sama. Mungkinkah penduduk negeri Sarawak ingin tahu berapa peratus dari perjanjian itu akan diagihkan kepada Taib?!

Pengetahuan dalaman

Telaga pinggiran merupakan suatu kawasan yang berisiko tinggi untuk diterokai, tetapi nilainya boleh mencecah berbilion-bilion ringgit bagi mereka yang tahu di mana letaknya rezab minyak. Sumber dalaman Sarawak Report menyatakan bahawa bekas pegawai data eksekutif Petronas sedang memberikan khidmat nasihat kepada Rimbunan Hijau setelah beliau berpindah ke Murphy Oil, sebuah syarikat carigali minyak US yang mempunyai kepakaran tinggi menerokai telaga-telaga pinggiran.

Menurut para pakar, Murphy Oil telah menjadi sebuah syarikat yang telah mendapat keuntungan sebanyak $20 bilion dalam masa lima tahun dengan bantuan data-data yang bernilai tinggi, dan kini Rimbunan Hijau juga menggunakan maklumat sulit yang bernilai tinggi itu berkenaan dengan sumber minyak Sarawak yang terakhir itu.


Memulakan pencarian minyak?


Jika Kerajaan Persekutuan telah melonggarkan peraturannya dalam pemberian konsesi mengusahakan telaga pinggiran ini dan Taib telah mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan lesen-lesen maka diandaikan Sarawak akan memerhatikan ‘perlumbaan’ untuk mencarigali minyak kerana kroni-kroni Taib yang lain akan turut ‘menyedut sehingga kering’ telaga-telaga pinggiran ini sebagai mana yang telah mereka lakukan ke atas kesemua kayu balak di hutan-hutan. Dengan segala pengetahuan dan kepakaran yang mereka ada, syarikat-syarikat ini dapat bertindak pantas dan mencarigali kesemua hasil bumi Sarawak yang bernilai tinggi dalam masa empat hingga lima tahun sahaja.

Malaysia telah dengan rakusnya mengeksploitasi hasil minyak Sarawak. Hanya 5% sahaja keuntungan yang diperolehi Petronas ditinggalkan di Negeri ini, yang selebihnya dihantar ke Kerajaan Persekutuan dan Semenanjung Malaysia. Inilah persetujuan yang dicapai oleh Taib bersama-sama rakan politik BN-nya. Kini, jika beliau dapat mengawal pengeluaran lesen-lesen carigali di telaga-telaga pinggiran Sarawak, maka rakyat Sarawak perlu memikirkan berapa banyakkah keuntungan yang akan diperuntukkan untuk membiayai keperluan rakyatnya? Adakah mereka boleh mengharapkan apa jua kebaikan yang akan mereka dapati setelah Taib dan kroni-kroninya mengeringkan telaga-telaga minyak mereka juga?

Mungkin rakyat seharusnya bermula dengan memikirkan berapa lumayankah kebaikan yang mereka dapat dari kes-kes kehilangan hutan mereka? Dipaparkan dalam gambar ini kelihatan si kecil dan keluarganya telah ditawarkan hanya RM250 untuk tanah-tanah NCR yang ditumbuhi oleh pokok-pokok kayu yang bernilai berbilion-bilion ringgit. Di kawasan Miri pula beratus-ratus buah rumah panjang terjejas kerana banjir akibat pembalakan yang berleluasa di lembah Baram. Salah sebuah syarikat yang bertanggungjawab adalah Rimbunan Hijau.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments