AIR MATA SANG BUAYA!

AIR MATA SANG BUAYA!

Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud telah berusaha menggunakan akhbar Borneo Post untuk membersihkan imejnya ke atas Pulau Bruit. Sejak kebelakangan ini terdapat berita-berita yang menunjukkan bahawa beliau berasa sedih dan terkilan dengan keadaan yang membelengu penduduk pulau tersebut, dan ini juga merupakan petanda yang timbul setelah beliau dan keluarganya meragut berjuta-juta ringgit nilai tanah orang tempatan tanpa membayar mereka sebarang pampasan, yang kini semakin mendatangkan masalah kepada beliau!

Mereka ingat orang-orang ini bodoh-bodoh belaka?

Secara tiba-tiba menunjukkan rasa simpatinya sebaik sahaja kami mendedahkan kegiatannya beberapa minggu yang lalu, di mana beliau dikatakan merompak hampir keseluruhan Pulau Bruit, dan kemudiannya menyerahkannya kepada syarikat-syarikat milik beliau sekeluarga. Kami telah mendedahkan bagai mana saudara-saudaranya berjaya memperolehi RM40 juta hanya dalam masa 12 hari dengan menjualkan semula tanah-tanah NCR pulau itu, yang mana Taib telah uruskan untuk kerajaan jual kepada mereka dengan harga yang jauh lebih rendah dari nilai pasaran. Kami telah membukti bahawa beliau telah mengasingkan tanah-tanah tersebut dan menyerahkan kepada syarikat Delta Padi, di mana beliau sendiri dan ahli-ahli keluarganya memliki saham!

Menurut Borneo Post beliau telah bergegas ke pulau itu untuk membuat beberapa pindaan dan perubahan! Akhbar berkenaan menyatakan bahawa Ketua Menteri “merasa terkilan dengan keadaan di Pulau Bruit, dan beliau telah menyeru pihak-pihak yang berwibawa untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan kesihatan penduduk-penduduk di situ”. Akhbar yang dikawal-selia penuh kerajaan itu cuba sedaya-upaya nya membersihkan imej Ketua Menteri, tetapi jelas kelihatan usaha Borneo Post itu menjadi bahan ketawa dan ejekan umum apabila ia cuba memaparkan rasa simpati orang tua itu terhadap penduduk-penduduk pulau itu. Borneo Post melaporkan bahawa Ketua Menteri telah bergegas ke pulau itu setelah berita yang mendedahkan beliau telah melakukan kecurian di pulai itu yang kemudiannya “mendapati kebanyakan penduduk pulau itu mengalami masalah kekurangan makanan berkhasiat dan terdapat juga kes-kes komplikasi darah tinggi di kalangan golongan muda akibat pengambilan makanan yang tidak teratur dan memakan ikan masin berkuantiti banyak”.

Ketua Menteri itu telah menyalahkan musim tengkujuh yang menyebabkan masalah-masalah ini menimpa para penduduk di situ, tetap umum tetap mengetahui bahawa beliaulah punca masalahnya dengan merampas hutan mereka, meracuni ikan-ikan, menebang pokok-pokok dan menggantikan dengan ladang kelapa sawit tanpa sebarang pampasan. Jika beliau dan saudaranya memperuntukkan sebahagian kecil dari RM40 juta kepada penduduk pulau itu, masalah mereka pastinya boleh dikurangkan. Tetapi sebaliknya, beliau ingin melihat mereka dibelengu hidup susah dan kemudian menakut-nakutkan mereka supaya mereka tetap mengundinya dengan sogokan sekecil RM20 sahaja.

Janji yang kabur untuk menyelesaikan ‘masalah’

Borneo Post mengatakan Ketua Menteri bersedih dengan keadaan’darurat’ di pulau itu. Walau bagaimana pun, selain memberikan bantuan segera, orang tua itu sekali lagi mengungkapkan janji-janji kaburnya mengenai masa depan yang cerah (sebaik sahaja beliau selesai dengan projek meganya di Tanjung Manis, dengan harapan beliau akan menambahkan lagi kekayaannya dengan menebang lebih banyak lagi pokok kayu bakau untuk meberi ruang kepada tapak-tapak kilang). Tanpa menghulurkan bantuan serta-merta, beliau hanya mengemukakan idea dengan menyeru kepada pihak-pihak yang berwibawa untuk membekalkan kemudahan perubatan yang lebih baik. Beliau dipetik sebagai berkata:

“Jika boleh, saya menyeru kepada pihak perkhidmatan perubatan di Sarawak untuk memulakan sesuatu bagi penduduk-penduduk di situ”. Jika boleh? Taib Mahmud berkuasa mertampas mana-mana tanah pusaka sesuka hatinya untuk dirinya, seperti yang dilakukannya ke atas Pulau Bruit. Kenapa pula beliau berpura-pura rendah diri menyeru perkhidmatan perubatan untuk ‘boleh berbuat sesuatu’ demi kebaikan di Pulau Bruit! Jika penduduk-penduduk Pulau Bruit mengalami kekurangan makanan berkhasiat, beliau seharusnya bertindak dengan serta-merta, tanpa membuang masa bercakap kosong.

Masa untuk mohon bantuan kemanusiaan dari UN?

Kerajaan yang bertanggunjawab dan baik seharusnya mengambil tindakan segera bagi menangani sebarang masalah yang serius. Kenapa Taib tidak bersedia menggunakan pesawat-pesawat mewah Hornbill miliknya yang diketahui umum untuk menghantar bekalan makanan dan perubatan ke kawasan berkenaan? Atau, adakah negeri Sarawak kini, yang dikenali sebagai nengeri yang kaya dengan sumber aslinya, terpaksa memohon bantuan kemanusiaan daripada pihak United Nations (UN), kerana ketua menterinya enggan menghulurkan bantuan kecuali menolong beliau sekeluarga?

Kami boleh menjangkakan bahawa Ketua Menteri akan mengumumkan lebih banyak ole-ole untuk Pulau Bruit menjelang pilihanraya yang semakin dekat, yang beliau sebut sebagai ‘tersasar dari radar’ mereka. Sebagai permulaan kita akan menjangkakan berjuta-juta ringgit akan dibelanjakan di pulau itu, tetapi umum tidak akan terpedaya lagi dengan mengatakan bahawa jumlah tersebut akan menguntung bilang penduduk pulau yang kecil. Dengan hanya RM1 juta, sudah memadai untuk meringankan beban hidup mereka di pulau itu, tetapi Taib lebih gemar pada projek-projek raksaksa di mana beliau akan dapat menambahkan lagi kekayaannya.

Walau bagaimana pun, kami di Sarawak Report akan berasa sangat gembira jika sesuatu yang baik didatangkan ke Pulau Bruit. Ini adalah kerana Ketua Menteri, yang telah berjaya merampas tanah penduduk Pulau Bruit, dan pada masa yang sama menyedari kesengsaraan hidup mereka, sehinggalah kami mendedahkannya, telah bangun dari lamunannya, yang kini telah kami kemukakan untuk tatapan umum!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments