Berbilion-bilion di luar negara! – suatu persoalan siapakah rakan-rakan niaga sebenar taib di sana

Berbilion-bilion di luar negara! – suatu persoalan siapakah rakan-rakan niaga sebenar taib di sana

Orang yang di dalam gambar yang sedang duduk dalam kenderaan “party-buggy” di sebelah Timbalan Ketua Menteri, Alfred Jabu, adalah seorang warga Greek yang bernama Achilleas Kallakis. Gambar ini diambil pada bulan April 2008 dan Kallakis sudah pun mempunyai rekod jenayah. Dalam tahun 1995 Kallakis dan rakannya, Alexander Williams, telah didakwa di UK dan didapati bersalah kerana menjual paspot paslu Hong Kong pada harga RM100 ribu sebuah dan juga menjual gelaran orang kenamaan palsu pada harga dua kali ganda!

Walau bagai manapun, pasangan itu telah memboloskan diri dari penjara dan seterusnya Kallakis telah kembali ke tabiat lamanya dan kemudiannya memperolehi kedudukan social yang dihormati. Dia telah menziarahi tempat peranginan Royal Mulu bertaraf 5-bintang milik keluarga Taib sebagai salah seorang kenamaan yang menyertai rombongan Putera Albert dalam suatu lawatan diaraja yang dihebahkan secara besar-besaran di negeri Sarawak ketika itu. Pada masa itu Kallakis telah dilantik sebagai Duta ke Brunei mewakili kerajaan tempatan San Marino negara Itali, telah menjadi ahli lembaga National Portrait Gallery di London dan telah menjadi ahli Yayasan Putera Albert, yang didedikasikan kepada alam sekitar!

Asas kepada status sosial Kallakis yang menjelma secara tiba-tiba mungkin reputasinya sebagai seorang jutawan. Dalam masa hanya sebulan dia telah tersenarai dalam Sunday Times di Britain sebagai salah seorang terkaya di kalangan 400 individu paling kaya di UK. Akhbar tersebut telah menganggarkan kekayaannya mencecah £250 million (RM 1.2 billion) – suatu pencapaian yang sukar dibayangkan berlaku pada seseorang yang telah didapati bersalah kerana ditangkap menipu suatu dekad yang lalu!

Dari manakah dia memperolehi wang secara tiba-tiba itu?


Akhbar The Sunday Times telah melaporkan bahawa asas kekayaannya adalah kedudukannya sebagai Pengerusi di sebuah “pegangan amanah keluarga di Monaco dan Switzerland” dan kepengarahannya di Kumpulan Pacific, yang memiliki potfolio ke atas bangunan-bangunan di sekitar London. Menurut akhbar itu lagi, Kallakis yang pada masa itu berusia 40 tahun telah merancang untuk membina bangunan flat yang termahal di St. James’s Square, London.

Pada 2008 Kallakis telah mula membangunkan potfolio awamnya, yang telah membolehkannya mendapat reputasi untuk dirinya sebagai seorang yang mara dengan pantas dan terlibat dengan perjudian yang mewah. Dia menaiki kereta mewah Bently yang dipandu oleh pemandu persendiriannya dan jet peribadi, memiliki kapal layar dan kediaman-kediaman mewah di London dan Monaco. Rakan-rakannya menyatakan bahawa Kallakis selalu mengembara ke serata dunia, tetapi latarbelakang kejayaan tetap samar-samar.

Para penyokongku “mewah-mewah belaka hinggakan mereka tidak disenaraikan dalam majalah Forbes!”


Sementara dia mengaku mempunyai talian persaudaraan dengan dinasti perkapalan Greek yang dianggap palsu, Kallakis pernah berkata secara angkuh dalam majalah Property Week bahawa para penyokongnya terdiri dari peniaga-peniaga Monaca dan Switzerland sebagai “terlalu mewah hinggakan mereka tidak disenaraikan dalam majalah Forbes”. Keakrabannya dengan Putera Albert dan keluarga Taib, maka Sarawak Report ingin mempersoalkan siapakah para penyokong dan kenapakah dia mempunyai ikatan dengan ramai individu di Sarawak, Malaysia, Brunei dan Hong Kong?

Kami boleh mendedahkan kenapa populariti Kallakis tidak lama bertahan. Sebaik sahaja selepas melawat Mulu Resort, kegiatan-kegiatan haramnya mula terbongkar dan dia sekali lagi dituduh dan didakwa melakukan penipuan. Kali ini tuduhan-tuduhan ke atasnya adalah lebih serius. Pada bulan Mac 2009 pejabat-pejabatnya di London telah digeledah pihak berkuasa dan bersama rakan-niaganya, Alexander Williams telah didapati memperolehi £61 juta dalam bentuk cagaran, yang disokong oleh jaminan-jaminan dan dokumen-dokumen palsu. Kini mereka menunggu perbicaraan di bawah pelbagai tuduhan penipuan ke atas harta di mana kes ini sedang di dalam siasatan pihak Serious Fraud Squad di Britain.

Apa yang menariknya adalah ketika dia telah digugurkan dari Yayasan Putera Albert, Kallakis masih dibesar-besarkan sebagai seorang pencadang Royal Mulu di dalam laman web mereka.


“Sungguh menarik, hotelnya hebat, staf yang amat baik, pergaulan yang menyeronokkan”

Laman web The Royal Mulu telah memaparkan Kallakis selama lebih setahun selepas penangkapannya, sebagai seorang tetamu terhomat yang menyertai rombongan lawatan Putera Albert dari Monaco ke Sarawak. Dia merupakan salah seorang dari empat orang yang membiayai kunjungan ke hotel tersebut. Yang lainnya terdiri dari Putera Albert sendiri, Puan Evelyn Genta (Pengarah Yayasan dan Konsul Monaco di London) dan Encik Francesco Bongiovanni, Presiden kepada Kesatuan Monaco-Asia.


Jaringan Monaco


Lawatan ke Mulu pada ketika itu merupakan salah satu dari usaha merapatkan hubungan dan jaringan antara ketua-ketua kerajaan di Sarawak dan Monaco yang telah menarik perhatian pemerhati-pemerhati bebrapa bulan yang lalu. Seseorang mungkin tertanya-tanya bagai mana hubungan antara Putera Albert, seorang pejuang alam sekitar dengan keluarga Taib, yang telah diketahui sebagai pemusnah Hutan-hujan Borneo yang rakus, secara tiba-tiba wujud dan menjadi akrab. Sebelum iitu pun, keluarga Taib telah diketahui mengadakan lawatan ke Monaco seperti mana yang dilaporkan dalam majalah-majalah seperti Asian Tatler dan party photos, dan di mana keluarga Taib telah mendapat hartanah dan sarang perjudian di pantai percutian di situ.

Walau bagai manapun lawatan yang dilakukan oleh pencinta alam sekitar seperti Putera Albert seharusnya telah mendedahkan kerakusan Taib, bolehlah dianggap sebagai salah tafsir. Rombongannya, yang diketuai oleh Evelyn Genta, seharusnya dapat mengesan sesuatu dalam fakta yang didokumentasikan mengenai Taib yang telah merampas tanah kaum Berawan, dan seterusnya telah menyerahkan tanah kepada syarikat ahli keluarganya untuk dimajukan sebagai sebuah kemudahan percutian. Adiknya, Raziah bersama-sama suaminya Robert Geneid bukan sahaja menguruskan tempat berkenaan menerusi syarikat Borsamulu Resort, malah Taib sendiri adalah pemegang utama ke atas saham-sahamnya!

Ahli rombongan Putera Albert seharusnya dapat mengesan percanggahan kepentingan yang dilakukan oleh Taib tidak berakhir di situ. Taib telah melibatkan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usahasama tersebut, maknanya dana-dana awam digunakan untuk menguruskan perniagaan keluarganya! Perkara yang amat buruk adalah pembalakan yang dilakukan secara besar-besaran di sekeliling Mulu Resort yang telah memusnahkan kawasan pemburuan orang-orang asli, termasuk kaum Penan. Kini kaum Penan terpaksa mengharungi hidup sukar dengan sedikit harapan atau pekerjaan untuk meneruskan kehidupan. Putera Albert juga seharusnya sedar, pihak UNESCO sedang menilai cadangannya untuk menjadikan kawasan tersebut berstatus Warisan Dunia, disebabkan gangguan-gangguan yang sedang berlaku di situ, dan kerana Ketua Menteri juga bercadang untuk menenggelamkan kawasan itu dengan projek-projek empangan hidro elektriknya.

Salah seorang dari usahawan teratas untuk negaraku


Lawatan Putera Albert ke Sarawak, yang tercatat sebagai sejarah baru negeri ini, telah diperbesar-besarkan oleh kerajaan Sarawak. Baginda di sambut dan diraikan di Mulu oleh orang kanan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu dan juga oleh adik ipar Taib iaitu Robert Geneid. Berdasarkan gambar-gambar yang diambil, baginda telah diraikan semeriah mungkin yang turut dihiasi oleh kebudayaan tradisi kaum Berawa, sebuah kaum yang tanah mereka telah dirampas oleh Taib. Baginda Putera Albert juga melawat Kuching di mana baginda telah dijamu oleh Taib.

Tetapi, perkara yang membingungkan apabila para wartawan bertanyakan baginda kenapa baginda telah memilih untuk mengadakan lawatan ke Sarawak, maka baginda dipetik sebagai menjawab “Kenapa tidaknya saya melawat pelabur-pelabur terbesar negara saya?” Dengan ini Sarawak Report ingin tahu apakah bukti yang menunjukkan bahawa Sarawak adalah pelabur terbesar kepada negaranya yang kecil yang terkenal dengan banyak tempat perjudian, yang terletak di selatan Peranchis? Juga, adakah negara baginda itu sebenarnya tempat persembunyian harta-harta bagi individu-individu tertentu, yang sepatutnya milik rakyat Sarawak?


Pertunjukan Fesyen Islam Taib

Salah satu dari acara yang menarik perhatian umum yang mengaitkan Taib dengan keluarga di-raja Monaco itu adalah pertunjukan fesyen Islam yang telah diadakan pada bulan Ogos yang lalu sebagai usaha baginda Putera Albert untuk mengisi tabung ‘alam sekitarnya’. Acara ini dibiayai oleh Taib. Sekali lagi kami dapat memaparkan gambar-gambar dan video-video yang telah dirakamkan sempena acara tersebut. Perdana Menteri Najib dan isterinya Rosmah juga didapati hadir ke majlis tersebut, dan sekali lagi Evelyne Genta telah, dalam ucapannya sebagai Pengarah Yayasan Putera Albert, mendedikasikan penghargaannya terhadap Taib atas usaha Taib memelihara keharmonian alam sekitar dan pembangunan berterusan negeri Sarawak.

Apa jua jumlah wang yang telah dibawa dari Sarawak untuk mengisi tabung tersebut sebenarnya dating dari pemusnahan yang dilakukan ke atas khazanah alam yang terakhir sejak 30 tahun yang lalu, terima kasih kepada Taib Mahmud, yang menjadi tetamu kehormat di majlis tersebut dan bediri di tengah-tengah pentas. Adalah dipercayai, segala perbelanjaan untuk membiayai majlis ini telah disumbangkan melalui hubungan perniagaan Taib. Ini termasuk sumbangan menerusi sekeping cek bernilai RM100 ribu yang diserahkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia!

Hanya Achilleas Kallakis yang tidak turut bersama di majlis di Monaco itu. Nasibnya kurang baik kerana dia masih berada dalam ikat jamin polis UK dan menunggu hari perbicaraannya. Walaupun begitu, semua harta milik syarikatnya sering menjadi buah mulut media-media. Saiz portfolionya yang amat besar, termasuk bangunan-bangunan kerajaan di UK, kompleks-kompleks membeli-belah, perumahan telah menimbulkan tandatanya, siapakah pemilik sebenar kesemuanya itu. Lebih menarik lagi apabila persamaan portfolio ini berada di bawah sebuah lagi syarikat setelah Kallakis Group diharamkan.


Sarawak Report ingin mencadangkan agar hubungan antara Taib Mahmud, Achilleas Kallakis, Evelyne Genta dan Putera Albert bukanlah sesuatu yang wujud secara tidak sengaja. Putera itu mencari rakan untuk menyokong kewangannya, mana kala Taib mencari sesuatu daripada Monaco yang terkenal dengan perundangan ke atas kewangan yang longgar. Ini harus mereka lakukan memandangkan Switzerland telah mula mengetatkan peraturan yang berkaitan dengan para pemilik akaunnya. Jika dahulunya Taib selalu didapati berkunjung ke Switzerland untuk berjumpa doctor giginya, maka kini dia telah diketahui kerap berkunjung ke Monaco bersama-sama ahli-ahli keluarganya, dan umum tertanya-tanya mungkin diktor giginya telah berpindah klinik ke selatan?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments