Demam Perkahwinan

Demam Perkahwinan

Perayaan Krismas dan Tahun Baru adalah masa untuk memberi dan bermeriah. Menjelang Krismas juga Ketua Menteri melangsungkan perkahwinannya, maka eloklah kami memaparkan beberapa gambar hadiah-hadiah dan barangan kemas sempena majlis itu.

Laman-laman Facebook keluarga Taib juga didapati bermegah dengan gambar-gambar ini yang mereka kongsikan dengan ribuan rakan-rakan mereka, dan kenapakah rakyat Sarawak yang lainnya tidah berkesempatan menatapinya, sedangkan perbelanjaan majlis-majlis seperti ini datangnya dari peruntukan kerajaan?

Di sini juga kami memaparkan gambar-gambar dua perkahwinan pertama Elia Geneid (anak buah Taib), yang diraikan di Kuching dan juga di Jepun. Walau pun majlis-majlis perkahwinan ini begitu mewah, tetapi ianya hanya berkekalan selama dua bulan sahaja. Perkahwinannya yang ketiga pada tahun ini sudahpun dikeluarkan dalam Sarawak Report.


Majlis-majlis bernilai berjuta-juta ringgit ini semuanya dibiayai menggunakan duit rakyat Sarawak, yang telah kehilangan tanah kerana dirampas oleh Ketua Menteri dan kemudiannya diserahkannya kepada adiknya perempuannya, Raziah Mahmud, yang seterusnya menjadikan Raziah seorang wanita yang amat kaya. Memandangkan rakyat Sarawak tidah diberitahu atau tiada pilihan mengenai rampasan tanah ini, maka kami beranggapan rakyat ingat kesemua duit itu telah habis dibelanjakan.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments