KEMARAHAN TERKINI – MEMBELA ANAKKU DENGAN MEROMPAK RAKYATKU

Sarawak Report telah berjaya membongkar suatu situasi di Sri Aman, Sarawak, di mana kita boleh mendedahkan bahawa Ketua Menteri sedang menjalankan proses menjualkan tanah yang diberikannya secara percuma kepada anaknya, untuk mendapatkan keuntungan berjuta-juta ringgit.

Tanah seluas 22,000 ekar (8,800 hektar) yang dipersoalkan di sini terletak dalam kawasan Bijat Land District di Sungai Tisak. Sejak dahulu lagi tanah Native Customary Rights (NCR) in merupakan hak milik kaum Iban, menurut Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) sebuah kesatuan yang memperjuang dan membela hak-hak kaum Iban. Menurut SADIA terdapat sekurang-kurangnya 15 komuniti akan terancam oleh proses pengambilan tanah untuk pembukaan ladang kelapa sawit, walaupun mereka tidak diberitahu terlebih dahulu dan tiada sebarang pampasan

Adakah ini yang dikatakan oleh Kerajaan Negeri sebagai “pembangunan yang lebih agresif”?

Orang-orang Iban, yang mengatakan bahawa para pekerja pembalakan telah masuk ke kawasan mereka sejak 4 bulan yang lepas, telah menyedari situasi yang semakin ketara yang menyebabkan mereka marah. Tiada sesiapa yang telah memberitahu mereka terlebih dahulu akan kehadiran pekerja-pekerja pembalakan itu, dan mereka juga tidak tahu bahawa anak-anak Taib dalam rancangan menukar kawasan mereka kepada ladang kelapa sawit.

Salah seorang dari penduduk, apabila dihubungi oleh Sarawak Report, menyatakan, “Bayangkan, mereka akan memperolehi berjuta-juta ringgit di sini dan orang-orang Dayaklah yang akan menderita nanti!” Pembangunan di situ dilaksanakan hanya beberapa hari selepas Menteri James Masing, bagi pihak Kerajaan Negeri menjelaskan kepada pemberita bahawa BN sedang merancang “pembangunan yang lebih agresif” ke atas tanah-tanah NCR di Sarawak untuk tujuan pembukaan ladang kelapa sawit. Ini, walaupun ditentang hebat oleh masyarakat antarabangsa berkaitan dengan pemusnahan alam sekitar dan penyalahgunaan hak-hak asasi kaum Dayak. Jika mereka menang pada pilihanraya akan datang BN merancang untuk menggandakan kawasan ladang kelapa sawit kepada 2 juta hektar menjelang tahun 2020.

Kesalah rasuah yang jelas

Sekarang jelaslah siapa yang akan mendapat keuntungan dari proses jual-beli tanah dan yang dikatakan “pembangunan”. Orang-orang tempatan telah tidak diberitahu mengenai rancangan keseluruhan kawasan itu seperti yang telah diuruskan di pejabat Jabatan Tanah dan Survei, di mana Taib Mahmud berkuasa penuh atas portfolio sebagai Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri sarawak.

Sejak bulan Disember 2008 tanah berkenaan telah diserahkan secara rasminya kepada syarikat Titanium Management Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik anaknya bersama-sama dengan kroni perniagaan mereka, Chris Chung, yang pernah terlibat dengan pelbagai skandal ke atas kontrak-kontrak negeri beberapa tahun yang lalu. Kawasan tanah yang bernilai tinggi ini diberikan kepada anak Taib sebagai bayaran untuk “sejenis bayaran” yang tidak spesifik. “Sejenis bayaran” merupakan cara berniaga yang digemari di antara kerajaan Sarawak (yang diketuai oleh Taib) denganahli-ahli keluarganya sendiri, dan cara ini juga bermaksud tiada sebarang bentuk bayaran dikenalpasti. Pada dasarnya tanah NCR ini adalah hak milik orang-orang Iban tetapi seterusnya diberikan secara percuma dan tiada sebarang bentuk pampasan, kecuali keluarga Taib boleh mengemukakan penjelasan yang meyakinkan!

Percubaan yang sungguh memalukan untuk memperolehi keuntungan yang besar

Pengurus Titanium, Chris Chung kini diketahui sedang berusaha menjualkan tanah tersebut kepada FELCRA. Sarawak Report ingin bertanya, adakah ini yang dimaksudkan oleh Menetri James Masing sebagai “memohon bantuan dari Kerajaan Pusat untuk membangunkan tanah-tanah di Sarawak” seperti yang terdapat pada pengumumannya? Sudah tentulah kesemua bantuan kewangan dari kerajaan pusat nanti akan masuk ke dalam akaun anak Taib dan juga kroninya sahaja.

Chris Chung dipercayai menyebutharga kepada FELCRA sekurang-kurangnya RM3,200 untuk seekar, tetapi dia juga berusaha untuk menaikkan harga kepada RM4,200 untuk seekar. Ini akan mendatangkan keuntungan ‘ala-durian runtuh’ kepada pemegang-pemegang saham Titanium Management bernilai di sekitar RM70 juta hingga RM93 juta!

Kes sebegini boleh dinamakan sebagai ‘Ayah Baik’ yang membela anak-anaknya, tetapi boleh juga dikatakan kes kejam, tidak berperikemanusiaan dan tamak haloba merampas tanah dari rakyatnya sendiri kemudian menyerahkan tanah itu kepada keluarganya yang memang sudah kaya. Taib pernah dipetik sebagai berkata “Saya mempunyai wang yang begitu banyak, lebih dari yang dapat saya belanjakan, justeru terpulanglah kepada anak-anak saya untuk menjaganya”. Jika dia memang sudah kaya-raya, kenapa dia masih lagi terus merompak rakyatnya sendiri?

Perkara ini berlaku di seluruh Sarawak dan BN merancang untuk menggandakan pengambilan tanah

Corak kegiatan ini, yang dilakukan berdekatan dengan pekan Sri Aman, Sarawak, telah sebenarnya diulang banyak kali di seluruh negeri Sarawak. Nicholas Mujah dari SADIA, apabila diberitahu mengenai kes yang dilaporkan dalam Sarawak Report, mengesahkan bahawa pengambilan tanah NCR cara ini dan tanpa sebarang notis terlebih dahulu adalah penyalahguna kuasa

Pada lewat pagi ini kira-kira 16 orang ketua kaum tempatan telah dipanggil untuk bertemu dengan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Daerah, setelah mereka diutuskan surat panggil sejak dua hari yang lalu. Ketua-ketua kaum ini tidah diberikan perincian kandungan dalam surat berkenaan, tetapi mereka boleh menjangkakan surat tersebut ada kaitan dengan pengambilan tanah-tanah NCR mereka. Jika benar, notis telah diterima lebih dari dua tahun selepas proses jual-beli dijalankan!

Sebaliknya, maklumat yang kami terima menyatakan bahawa anak Taib akan berjaya memeterai jual-beli dengan FELCRA, mungkin disebab oleh ketamakannya dan juga rakan kongsinya meminta harga yang tinggi. Jika inilah kesnya, maka orang-orang Iban masih berpeluang untuk marah atas transaksi haram yang dijalankan

Perbicaraan yang getir mungkin dijalankan

Sekarang, apa yang pasti, orang-orang Iban Sri Aman tidak akan membiarkan pengambilan tanah secara haram ini diteruskan. Ketua-ketua kaum juga menunjukkan reaksi, setelah mereka mengetahui tertubuhnya Radio Free Sarawak, bahawa mereka akan menentang ‘pembangunan; tersebut. Pejabat-pejabat ketua PKR, peguam pejuang hak asasi manusia Baru Bian, sudahpun mengendalikan kes-kes yang serupa di Sri Aman, dan kes ini adalah hampir serupa dengan lebih 200 kes yang lain yang mereka wakili menerusi mahkamah-mahkamah. Sejak kebelakangan ini terdapat keputusan mahkamah yang menentang Ketua Menteri dan kerajaannya seperti yang didengar di mahkamah-mahkamah tinggi yang telah mengenali hak-hak tanah rakyat.

Setelah beliau didapati bersalah menjalankan transaksi haram untuk menambahkan kekayaan keluarganya, Ketua Menteri mungkin menghadapi kesukaran untuk terus berdebat. Berkemungkinan beliau akan memberikan reaksi dengan tidak berkata apa-apa!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments