RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA – suatu BUKTI KUKUH TERHADAP TAIB. EKSLUSIF!

RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA – suatu BUKTI KUKUH TERHADAP TAIB. EKSLUSIF!

Segelintir orang-orang kenamaan mengatakan pendedahan-pendedahan yang dilakukan oleh Sarawak Report adalah suatu pembohongan. Tetapi, sebaliknya apa yang didedahkan di sini semuanya berlandaskan dokumentasi yang jelas dan nyata.

Begitu juga, maklumat-maklumat yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mengandungi bukti-bukti yang kukuh. Syarikat Mesti Bersatu merupakan pemegang saham utama dalam syarikat Delta Padi Sdn. Bhd, suatu usahasama yang didapati telah tanpa diduga sama-sekali meranapkan hampir keseluruhan Pulau Bruit yang didiami oleh kaum Melanau. Terdapat dalam dokumentasi juga menyatakan Kerajaan Sarawak telah menyerahkan suatu kawasan tanah NCR yang amat luas di pulau berkenaan pada harga yang amat minima (RM78,000 untuk 100 hektar) kepada Delta Padi sebagai usaha untuk memulakan projek penanaman padi, dengan kadar pampasan yang boleh dijadikan bahan ejekan umum kepada pemilik-pemilik tanah NCR. Hutan paya bakau telahpun musnah sejak empat tahun yang lalu, dan keadaan air di pulau itu pula tercemar dengan teruknya. Para aktivis alam sekitar kini pula menyatakan kerisauan mereka bahawa pembangunan di pulau itu telah mencerobohi kawasan Taman Negara.

Syarikat Mesti Bersatu, pemegang saham utama dalam usahasama tersebut merupakan syarikat hakmilik Abdul Taib Mahmud dan ahli-ahli keluarganya. Nama beliau dicetak sejelas-jelasnya sebagai pemegang utama saham-saham seperti yang terdapat pada dokumen-dokumen rasmi pejabat Pendaftar Syarikat untuk tatapan umum. Ini bermakna, beliau selaku Ketua Kerajaan negeri Sarawak telah memberikan tanah-tanah NCR dan peluang pembangunan kepada diri beliau sendiri. Kedua-dua rakan kongsi Mesti Bersatu dalam Delta Padi adalah kroninya, Hii Yu Peng, dan juga PELITA, yang dimiliki oleh LCDA, di mana Ketua Menteri Taib Mahmud sendiri selaku pengerusinya! Keterangan ini dicetak secara hitam-putih – dan tidah dapat disangkal lagi.

Perlu diperhatikan bahawa Kerajaan Sarawak telah menganugerahkan tanah-tanah berharga ini kepada Delta Padi, terima kasih ke atas keputusan bijak yang dilakukan oleh si Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber, dan juga Pengerusi LCDA. Keputusan-keputusan ini sememangnya terletak di tangan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud. Oleh yang demikian, Taib telah sebenarnya menggunakan kuasanya untuk mendapatkan tanah-tanah murah, yang telah dibahaginya (alienated) daripada orang-orang tempatan. Ini jelas menunjukkan percanggahan kepentingan bersama, salah-guna kuasa dan rasuah yang amat serius.

Wang rakyat dan tanah-tanah NCR telah diserahkan bulat-bulat kepada syarikat Ketua Menteri

Taib bukan hanya mendapatkan tanah-tanah menerusi Delta Padi, tetapi dana dan peruntukan kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk membantu projek ini juga telah dapat dibuktikan mengalir masuk ke dalam usahasama ini. Sumber-sumber ini telah diketahui, terima kasih kepada keputusan Menteri Kewangan Sarawak. Menteri Kewangan Sarawak juga adalah Abdul Taib Mahmud. Ini juga merupakan suatu lagi kes percanggahan kepentingan, salah-guna kuasa dan kegiatan rasuah.

Pada suatu pengumuman yang dibuatnya dengan agensi berita BERNAMA dalam tahun 2004 dahulu, Menteri James Masing menjelaskan mengenai dasar Kerajaan Sarawak terhadap projek ini – sebuah dasar yang dicetuskan oleh Ketua Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber dan juga Pengerusi LCDA, kesemuanya diterajui oleh Taib Mahmud seorang. Laporan tersebut memetik James Masing sebagai berkata:

“Memandangkan Sarawak pada dasarnya di peringkat awal pengeluaran padi, susidi diperlukan untuk kejayaannya.” Beliau [Masing] menyatakan kementeriannya akan bertindak selaku penyelaras di antara pelbagai agensi-agensi dan kementerian-kementerian di peringkat negeri dan persekutuan demi kejayaan projek ini.

Menurutnya lagi, di bawah Fasa Pertama pembangunan yang dicadangkan, sejumlah RM19 juta diperlukan untuk tujuan pengairan dan beliau berharap Kementerian Pertanian Persekutuan akan memperuntukkan perbelanjaan secepat mungkin. Masing juga menyatakan sejumlah RM75 juta diperlukan untuk memajukan kemudahan simpanan hasil tuai secara keseluruhan …

Menyentuh mengenai Delta Padi, menurutnya, sejak penubuhan syarikat tersebut beberapa tahun yang lalu sejumlah RM18 juta ti dibelanjakan untuk pembangunan. Ia telah melabur sejumlah RM8 juta untuk membina kemudahan memproses padi, sebuah kemudahan yang terbesar di Malaysia. Menurut Masing lagi, kerajaan Negeri akan membantu Delta Padi dalam usahanya mengatasi masalah tikus dan burung, dan juga dalam usahanya mencari pasaran padi. Beliau menyeru pada Lembaga Beras Kebangsaan atau BERNAS untuk menghulurkan bantuan”. [James Masing, Bernama 18/10/2004]

Kesalahan rasuah

Maklumat-maklumat di atas telah terbukti sahih pada Kerajaan Malaysia menerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dokumen-dokumen rasmi mereka dan juga kenyataan-kenyataan kementerian. Auditor-auditor kerajaan akan ditempatkan untuk menilai berapa banyakkah peruntukan kerajaan Negeri dan Persekutuan telah digunakan untuk membantu Delta Padi membangunkan projek berkenaan, di mana Ketua Menteri dan ahli-ahli keluarganya merupakan pemegang-pemegang utama saham-saham dalam usahasama tersebut.

Dalam konteks ini, mereka sekeluargan mungkin akan memikirkan sebahagian kecil dari jutaan ringgit itu boleh digunakan untuk membantu kaum Melanau dan Iban yang miskin di kawasan berkenaan akibat dari pemusnahan alam sekitar dan juga akibat banjir dan pencemaran sumber air bersih mereka disebabkan wujudnya ladang-ladang atas tanah-tanah NCR mereka.

Apakah yang tidah benar?

Oleh yang demikian Sarawak Report ingin bertanya apakah asasnya pihak media BN yang sering mengatakan dakwaan kami tidak benar, dan pada dasar apakah pihak SPRM masih enggan menjalankan siasatan ke atas Ketua Menteri Sarawak kerana menyalahgunakan kuasanya untuk menambahkan kekayaannya dan keluarganya?

Mungkin parti BN belum memahami sepenuhnya apakah maksud kesalahan rasuah? Dalam temubual yang dirakamkan pada minggu lepas, rakan politik Taib, YB Abdul Karim Hamza telah cuba menjelaskan tujuan sebenar Kertas Putih untuk menghalang media-media luar seperti Sarawak Report dengan menggunakan penjelasan-penjelasan yang panjang lebar yang telah menimbulkan kegelian di kalangan masyarakat Malaysia dan juga dunia.

Disamping menyangkal dakwaan ke atas laporan-laporan mengenai kekayaan Taib yang tidak berbukti, Hamza telah meminta penjelasan yang lebih terperinci! Menurut Hamza lagi, adalah ‘tidak adil’ bagi seorang Ketua Menteri tidak menggunakan segala peluang yang disediakan di pejabatnya, misalnya, untuk membeli “tanah-tanah yang murah” jika ada orang lain yang menawarkan kepadanya.

Hamza seterusnya dipetik sebagai berkata bahawa pejabat umum yang menurutnya dan rakan-rakan ahli BN yang lain bukan hanya sebagai jentera untuk member khidmat kepada masyarakat, tetapi juga sebagai alat untuk terlibat dalam perniagaan dan mengaut keuntungan diri hasil dari ‘jaringan-jaringan niaga’ yang wujud. Mencampur-adukkan politik dengan perniagaan sudah jelas membawa pengertian rasuah dalam politik, dan Hamza telah mengiakan secara terang-terang akan kesalahan ini.

Dalam sebuah wawancara bersama Radio Free Sarawak yang dapat didengar menerusi laman webnya http://www.radiofreesarawak.org/2010/12/episode-21/ Hamza menyatakan adalah ‘tidak adil’ jika hanya ahli-ahli perniagaan yang kaya-kaya sahaja yang boleh ‘menaiki pesawat mewah’, dan beliau juga bersetuju ahli keluarga orang politik juga perlu mengambil kesempatan kedudukan mereka pada ‘jaringan-jaringan’ yang ada. Beliau juga dipetik sebagai berseloroh menyatakan bahawa Perdana Menteri di UK dan USA berbuat demikian dan didapati “kaya-raya” secara kotor.

Sejak Abdul Taib Mahmud yang menerima gaji yang sederhana besar sesuai dengan konsep beliau sebagai penjawat awam, tetapi kekayaan yang telah beliau miliki adalah di luar dugaan; sejak beliau menganugerahkan kontrak-kontrak mewah kepada keluarganya sendiri; sejak beliau meminta jumlah wang yang banyak dan juga saham-saham yang banyak dari sebarang usahawan-usahawan yang memerlukan lessen untuk berniaga di Sarawak, dan sejak beliau kerap kali terbang menggunakan pesawat mewahnya, kita boleh mengandaikan bahawa Ketua Menteri menyetujui keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Hamza yang telah mengiaka kesalahan rasuah.

Berpihak kepada Delta Padi daripada jabatan-jabatan kerajaan Taib

Adalah jelas penglibatan Mesti Bersatu dalam usahasama Delta Padi membentuk salah satu ‘peluang perniagaan’ yang halal seperti yang dimaksudkan oleh YB Karim Hamza. Si kroni usahawan Hii Yu Peng telah terbukti member peluang kepada Ketua Menteri untuk melabur dalam kegiatan ‘membangunkan’ tanah-tanah NCR atas pulau tersebut untuk dijadikan projek padi.

Encik Hii Yu Peng sudah tentu telah melaburkan lebih banyak wangnya dalam usahasama ini, seperti yang biasa dibuat antara taukey-taukey lain bersama keluarga Taib sebelum ini di atas mana-mana kontrak yang beliau kawal sepenuhnya. Seperti pada usahasama yang lain, Taib sekluarga memang tidak perlu mengeluarkan satu sen pun di dalam Delta Padi sebagai balasan kepada lebih satu perempat dari kesemua pemegangan saham-saham yang diagihkan kepada mereka.

Satu perempat saham-saham yang lainnya dipegang oleh agensi kerajaan Negeri, PELITA, yang berkemungkinan besar menunggu masa yang sesuai untuk diswastakan kepada keluarga Taib, setelah peruntukan untuk membiayai projek itu diluluskan (sila baca bukti-bukti yang dikeluarkan di dalam Sarawak Report).

Sebagai balasan kepada pelaburan peribadi Hii Yu Peng, kerajaan Sarawak, khasnya LCDA telah menganugerahkan peluang yang sangat memuaskan kepada Delta Padi. ‘Peluang’ ini telah melonjak dengan ketaranya setelah Mesti Bersatu dikorporatkan pada bulan Mei 2007 dan penglibatannya dengan projek Delta Padi.

Kajian-kajian yang dilakukan oleh Sarawak Report menunjukkan plot-plot tanah terutamanya di Pulau Bruit telah diserahkan kepada Delta Padi.

3 plot di Sungai Lengan, Sibu (diperolehi pada 2005 – 2010) sebanyak 100 hektar dengan penawaran permulaan pada RM78,000

6 plot di Batang Lebaan, Sibu (diperolehi pada 2007) sebanyak 2,000 hektar dengan nilai RM2.5 juta

2 plot di Sungai Buloh (diperolehi pada 1999) sebanyak kira-kira 300 hektar secara percuma.

4 plot di Serendeng Sarikei (diperolehi pada 2009 dan 2010) sebanyak 1,000 hektar bernilai RM700,000

2 plot di Tulai, Meradong (diperolehi pada 2008) sebanyak 400 hektar bernilai RM310,000

4 plot di Paloh (diperolehi pada 2000-2005) sebanyak 7,700 hektar di sekitar 1998-2008 bernilai RM 2.75 juta

1 plot di Mukah (2008) sebanyak 5,000 hektar for RM 2.5 juta.

Hadir di mahkamah

Penyerahan tanah-tanah NCR ini kepada Delta padi telah mengakibatkan 8 buah perkampungan kaum Iban mengambil tindakan undang-undang, yang diwakili oleh peguam hak asasi manusia dan juga ketua PKR Sarawak, Baru Bian. Encik Bian akan terkejut apabila dia berhadapan dengan Ketua Menteri sendiri di mahkamah berhubung kes sivil kali ini, memandangkan sebelum itu para penduduk tempatan telah memberitahunya syarikat di sebalik Delta Padi adalah Rimbunan Hijau, yang juga diandaikan sebagai suatu kesilapan untuk menyembunyikan identiti Taib Mahmud yang sebenar.

Dengan ini Sarawak Report masih tertanya-tanya bilakah kes sivil yang menentang Ketua Menteri dikendalikan di mana-mana mahkamah Persekutuan di Malaysia, setelah banyak bukti yang telah diperolehi bagi mendedahkan kegiatan rasuah Barisan Nasional (BN) di Sarawak?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments