RASUAH DARI TAIB – TIDAK TERLAMBAT?

Menurut laporan dalam akhbar Borneo Post, Taib dan parti BN telah berusaha ‘menyedapkan’ hati para pengundi di Pulau Bruit dengan menjanjikan pelbagai-bagai rancangan pelaburan! Kini hanya seminggu yang lalu Sarawak Report telah mendedahkan bagai mana Ketua Menteri dan ahli-ahli keluarganya Berjaya menjana berjuta-juta ringgit dengan merompak penduduk yang sekaum dengannya tanah-tanah NCR. Mungkin inilah cara yang begitu terhad mereka mengurangkan kerosakan yang telah dilakukan! Dalam siasatan yang kami jalankan Ketua Menteri didedahkan bagai mana dia menggunakan kawalan penuhnya ke atas pembahagian tanah-tanah dan lesen konsesi kelapa sawit yang kini telah meliputi lebih separuh dari pulau tersebut kepada dua orang saudaranya dengan harga yang terlampau murah. Setelah hanya 12 hari mereka diberikan konsesi itu oleh kerajaan negeri (terima kasih kepada Taib), mereka menjual konsesi itu dengan keuntungan sebanyak RM40 juta!

Kami seterusnya mendedahkan bagai mana Ketua Menteri itu memberikan separuh lagi pulau itu kepada sebuah syarikat, Delta Padi, di mana beliau sendiri memiliki saham yang banyak! Beliau dan saudara-saudaranya terus memiliki saham yang banyak dalam syarikat-syarikat yang mengusahakan ladang kelapa sawit di hampir keseluruhan pulau itu, dan mendatangkan masalah kepada orang-orang tempat dengan membersihkan hutan serta mencemarkan sungai-sungai di situ. Dan untuk mempastikan keluarganya mendapat lebih banyak wang daripada projek-projek, Taib telah juga ‘mencurahkan’ peruntukan kerajaan yang amat banyak ke dalam syarikatnya sendiri untuk menanam padi!

Mengurangkan kadar kerosakan

Kini kerakusan dan hasil rompakannya telah didedahkan. Taib kini mula mendekati masyarakat di pulau itu dengan menjanjikan pelaburan. Adakah ianya sudah terlambat? Dalam usaha mengumumkan proses jual-beli yang dilakukan enam taun yang lepas, akhbar Borneo Post telah memperincikan tahap kemiskinan penduduk.
“Orang-orang di Pulau Bruit kini hidup dalam kemiskinan”, kata akhbar itu. “Mereka dikategorikan miskin tegar dan mereka terus bekerja dan berusaha membawa pulang apa yang dapat mereka temui. Kaum nelayan hanya dapat keluar menangkap ikan selama empat bulan dalam setahun dan memperolehi pendapatan hanya RM350 sebulan, mana kala kaum petani yang bergantung penuh pada tanaman padi pula hanya mendapat RM300 sebulan”.

Disamping itu, kami cuba mendedahkan sejelas-jelasnya keluarga Taib dapat menikmati keuntungan berjuta-juta ringgit hasil dari rampasan tanah-tanah NCR dan menjualnya. Kenapakah orang tempatan tidak mendapat apa-apa pada waktu itu, dan kenapakah tiada apa-apa diberikan kepada mereka ini, sehinggalah pendedahan ini dibuat?

Jika Taib sekeluarga betul-betul perihatin terhadap para penduduk yang sekaum dengan mereka, sudah tentu mereka akan berkongsikan sebahagian dari RM40 juta termasuk juga semua duit yang telah mereka perolehi, dan seterusnya membayar pampas an tanah yang telah mereka rampas itu.

Tetapi, sudah tentunya tidak berbuat apa-apa, sehinggalah perbuat mereka diketahui umum! Sehingga ke hari ini juga, Ketua Menteri itu hanya mengumumkan “pelan-pelan” untuk membantu. Dan “pelan-pelan” tersebut akan merangkumi cara mendapatkan pelaburan kerajaan di dalam pelbagai-bagai projek. Pada perkiraan anda, berapakah peruntukan yang mencukupi untuk membantu orang-orang tempatan, dan berapakah keuntungan yang bakal diperolehi oleh syarikat-syarikat keluarga Taib, yang sudah pasti akan bertambah kaya?

Taib mampu membantu jika belia perihati – beliau tersangat kaya!

Jika Taib betul-betul ingin membantu orang-orang tempatan di pulau itu, beliau akan mengeluarkan wang dari simpanan keluarganya untuk mendapatkan janakuasa-janakuasa elktrik dan juga bekalan air bersih. Dengan demikian, sekurang-kurangnya keuntungan berbilion-bilion ringgit hasil ekploitasinya ke atas penduduk-penduduk di pulau itu, adalah baik jika beliau mengembalikan sedikit dari apa yang telah diambilnya. Sebenarnya beliau pernah dirakam ketika berucap dengan sombong, “saya ada wang lebih dari yang saya dapat belanjakan”. Dengan rakaman sedemikian, kenapa tidaknya beliau sanggup membelanjakan sebahagian dari wangnya untuk meringankan beban penduduk-penduduk miskin di Pulau Bruit yang telah beliau rompak? Adakah idea ini timbul sewaktu beliau mengerjakan haji pada bulan lepas? Teruskanlah bermimpi indah-indah, beliau takkan menghiraukan nasib saudara seagamanya, selain orang-orang asli yang beliau tipu dan seksa di Sarawak!

Sentiasa disuruh “menunggu”

Sebaliknya, akhbar Borneo Post yang dikawal kerajaan it uterus menjelaskan sebagaimana biasa dilakukan, penduduk-penduduk disuruh “bersabar”. Seperti biasa juga mereka disuruh “menunggu” sehingga kemudahan-kemudahan asas dan pembangunan diadakan. Setelah mereka menunggu selama 30 tahun di bawah kerajaan Taib, apakah maknanya penantian beberapa taun lagi bagi mereka? Seorang ketua masyarakat di kawasan tersebut telah memberitahu akhbar berkenaan bahawa penduduk-penduduk yang dibelengu kemiskinan amat memerlukan bekalan air bersih, tetapi:

“mereka memahami kerajaan hanya akan membekalkan air bersih pada tahun 2012. Sementara itu mereka bergantung pada tadahan air hujan untuk diminum, mencuci, pembersihan dan kerja-kerja lain”. Sementara itu, Borneo Post juga menjelaskan, jalan berturap yang terbail di pulau itu sepanjang 7 hingga 8 kilometer sahaja menghubungkan Kampung Bruit dengan Kampung Tekajong, dan seperempat dari jumlah penduduk telah terpaksa meninggalkan pulau itu untuk mencari kehidupan yang lebih selesa.

Janji pilihanraya

Kini, setiap penduduk Sarawak seharusnya berhati-hati denganucapan-ucapan para YB mengenai “projek-projek yang telah dirancangkan” menjelang pilihanraya. Ini adalah kerana “rancangan” menjelang setiap pilihanraya akan hilang dengan sendirinya sehinggalah ke pilihanraya berikutnya. Dengan itu Taib sebenarnya tidak menawarkan sebanyak mana untuk mendapatkan sokongan para pengundi di Pulau Bruit. Mungkin dia sentiasa menganggap penduduk-penduduk pulau itu sangat miskin dan bodoh! Lagi pun, berapa lah nilai janji-janji dari seorang yang terbuktinya pencuri!

Peringkat-peringkat pembangunan

Akhbar the Borneo Post juga bersetuju dengan alasan si Taib tua yang mengatakan “bersabarlah, kerana pembangunan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat”. Dengan ini, Sarawak Report ingin peringkat-peringkat berdasarkan bukti-bukti yang dapat dilihat:

– Peringkat pertama, Taib mengambil tanah NCR anda dan memberikannya kepada dirinya sendiri dan ahli keluarganya.

– Peringkat kedua, Taib menjualkan tanah tersebut kepada taukey kaya yang akan menawarkannya saham-saham dalam syarikatnya supaya dia akan terus mengaut keuntungan.

– Peringkat ketiga, syarikat tersebut akan menebang semua kayu pada tanah itu dan seterusnya memusnahkan sumber makanan anda.

– Peringkat keempat, kemudian syarikat tersebut akan membuka ladang kelapa sawit yang seterusnya akan mencemarkan bekalan air serta membunuh ikan-ikan di dalamnya.

– Peringkat kelima, sebuah “rancangan pembangunan dan pembangunan infrastruktur” diumumkan. Mari kita perhatikan Peringkat Kelima ini, sebab bunyinya seolah-olah akhirnya terdapat semacam bentuk bantuan dan pampasan dari kerajaan.

Peringkat Kelima

Kini Pulau Bruit berada di peringkat kelima fasa-fasa pembangunannya, dengan pengumuman belanja sebanyak RM400 juta untuk memperbaiki taraf hidup penduduk di situ! Sekarang berdasarkan rekod-rekod Taib selama ini, apakah tindakannya dengan adanya peruntukan sebanyak itu, di mana beliau sendiri mempunyai kawalan sepenuhnya? Sudah pasti, setelah 30 tahun, adakah pengundi percaya bahawa peruntukan sebanyak itu tidak akan membawa sebarang manfaat kepada mereka?

Perkara pertama yang harus kita ambil kira adalah, jika terdapat peruntukan sedemikian, kepada siapakah di antara adik-beradiknya atau anak-anaknya yang akan ditawarkan kontrak melaksanakan projek? Perkara seterusnya perlu diambil kira adalah, berapakah jumlah baki dari peruntukan itu untuk sub-kontraktor seterusnya? Adakah Taib akan memotong sebanyak 50%? 75% atau lebih dari itu?

Akhirnya, setelah syarikat binaan memulakan kerja-kerja, berapakah yang akan dibelanjakan selepas digunakan untuk rasuah dan kecurian dilakukan? Pada akhirnya, sesuatu akan dibina dalam kawasan yang berkenaan (jika peruntukan itu tetap dikeluarkan), tetapi besar kemungkinannya peruntukan tidah akan dinikmati oleh penduduk setempat. Kita mungkin akan menyaksikan pembinaan sebatang jalanraya yang menghubungkan ladang kelapa sawit dengan pelabuhan? Atau sebuah pejabat syarikat ladang kelapa sawit? Atau rumah-rumah dan kelengkapan pembersihan air yang digunakan oleh pekerja-pekerja Indonesia?

Selamatkan diri anda, sebelum terlambat!

Sebuah kerajaan yang jujur dan harapan pampasan di mahkmah yang sangat diperlukan oleh penduduk-penduduk Pulau Bruit – seharusnya mereka bergantung harapan pada ketua PKR, seorang peguam tanah NCR, Baru Bian, yang pernah membantu mereka dan juga beratus-ratus lagi masyarakat yang ditipu seluruh Sarawak, daripada mereka mempercayai Ketua Penchuri, Abdul Taib Mahmud

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments