SARAWAK – DIACUKAN DAN DIROMPAK DENGAN MUNCUNG SENAPANG!

SARAWAK – DIACUKAN DAN DIROMPAK DENGAN MUNCUNG SENAPANG!


Kini Sarawak Report dapat mengemukakan bukti di sebalik aduan yang meluas yang mengatakan gerombolan samseng kerapkali digunakan oleh syarikat-syarikat pembalakan untuk membalak menggunakan lesen berkontroversi ke atas tanah-tanah oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.


Pada minggu lepas kami telah menerima sesalinan video mengenai suatu kejadian yang menayangkan seorang pembalak dari syarikat pembalakan yang terbabit telah mengancam dan menakut-nakut penduduk-penduduk kampung menggunakan sepucuk senjata api. Menurut penduduk-penduduk dari kampung Geran Stumbin, Sri Aman, Sarawak itu, pekerja syarikat Sentiasa Maju Sdn. Bhd., telah mengacukan senapangnya dan mengancam sambil mengatakan “syarikat itu ada ramai samseng yang boleh mereka gunakan”. Amaran seperti itu amat jelas bagi penduduk-penduduk rumah panjang berkenaan yang cuba mempertahankan tanah dan dusun buah-buahan mereka yang telah berusia ratusan tahun itu.


Bukti sebegini mengesahkan terdapatnya banyak lagi kisah-kisah ancaman yang serupa dilakukan di seluruh negeri Sarawak. Kisah-kisah penggunaan samseng yang menakutkan yang diupah oleh syarikat-syarikat pembalakan dan kerajaan BN pimpinan Taib Mahmud boleh didengar dalam kebanyakan komuniti yang terlibat. Samseng sebegini bergerak dalam konsesi ladang-ladang kelapa sawit dan kawasan-kawasan pembalakan di mana tugas utama mereka adalah untuk menakut-nakutkan orang tempatan serta memintas sebarang penghadang yang didirikan oleh orang-orang kampung yang mempertahankan harta peninggalan generasi yang terdahulu. Kini, tindakan pekerja Sentiasa Maju itu telah dirakam sebagai bukti tuannya akan menggunakan lebih ramai samseng untuk bertindak seterusnya jika penduduk kaum Iban di Geran Stumbin itu menghalang usaha mereka.

Teknologi canggih telah berjaya mengesan kegiatan haram dalam hutan

Sehingga ke hari ini orang-orang asal yang empunya tanah sudah tidak tahu kepada siapa mereka hendak mengadu dan mencari perlindungan dari para pembuli. Perasaan takut sudah menghantui orang-orang kampung, dan pemberontakan dikatakan memberhaya dan sia-sia. Sebaliknya, pihak polis telah menafikan segala bentuk aduan masalah orang-orang kampung itu, dan siasatan ke atas sebarang bentuk kekerasan jarang dilakukan. Ini kerana polis tahu bahawa ‘bos’ kerajaan Sarawak, selalunya inginkan orang-orang kampung meninggalkan tanah-tanah mereka agar beliau dapat ‘membangunkannya’. Ketua-ketua polis di sesebuah daerah atau bahagian dikatakan menikmati hidup mewah hasil hubungan mereka dengan pengurus-pengurus syarikat-syarikat pembalakan yang kaya.


Orang-orang kampung telah tidak berdaya dan tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Taib telah dapat duduk dengan selesanya di pejabatnya di bangunan PELITA di Kuching, mengagih-agihkan rampasannya dengan saudara-saudaranya, sambil berpura-pura perbuatan-perbuatan itu adalah atas nama ‘kemajuan dan pembangunan’. Walaupun beliau diketahui mencampur-adukkan tugas menteri dengan perniagaan dan rakan-rakan niaga samsengnya pula sentiasa menentang protes-protes yang menghalang aktiviti-aktivit di hutan-hutan.

Kami ingin mengemukakan persoalan mengenai beberapa kes orang-orang tempatan yang hilang secara misteri. Apakah yang telah terjadi kepada Kelsau Naan, ketua kumpulan blockade yang didapati hilang pada Oktober 2007 dan kemudiannya ditemui mati di dalam hutan? Ahli-ahli keluarganya amat yakin dia telah dibunuh, tetapi kes tersebut tidak disiasat dengan cara yang memuaskan.


Apakah peluang pemilik tanah asal yang dibelengu kemiskinan ini, terperangkap di kampung-kampung mereka dan suara-suara mereka pula tidak didengar? Inilah sebabnya ‘kemajuan dan pembangunan’ yang direncanakan oleh Taib Mahmud selalunya TERAKHIR. Hanya beliau sendiri, ahli-ahli keluarganya dan juga kroni-kroni taukey kayu balak sahaja yang menikmati keuntungan dari tanah asal (NCR).


Walau bagaimana pun, teknologi semakin hari, semakin mampu mengimbangi kuasa. Ianya juga semakin cepat menembusi ketebalan hutan belantara Sarawak. Pada kejadian tersebut, salah seorang dari penduduk kempung yang terlibat telah membawa telefon bimbit berkameranya dan berkesempatan merakamkan kejadian yang berlaku. Malangnya, cip storan pada telefonnya agak terhad dan hanya sebahagian sahaja rakaman dapat dibuat. Tetapi rakaman yang agak kurang jelas itu boleh dijadikan bukti yang kukuh untuk menguatkan lagi cerita-cerita orang kampung bahawa kekerasan tetap dilakukan oleh penyangak-penyangak syarikat pembalakan itu.


Apakah yang akan dikatakan oleh Ketua Polis mengenai kejadian ini apabila para peguam dari pejabat Ketua Pembangkang, Baru Bian, membawa kes ini ke mahkamah, bagi pihak penduduk Kampung Geran Stumbin nanti? Seperti kebiasaannya, pihak polis telah mengambil laporan daripada penduduk-penduduk kampung berkenaan, tetapi tiada sebarang tindakan lanjut dilakukan. Si penyangak yang menggunakan senjata api bagi menakut-nakutkan penduduk kampung pula sudah melarikan diri.


Sebenarnya penduduk-penduduk kampung tersebut telah membuat beberapa laporan polis mengenai pencerobohan, tetapi tindakan pihak polis hanya dilakukan apabila syarikat berkenaan melaporkan kehilangan kunci kenderaan mereka. Akhirnya ini pula yang menyebabkan pihak polis masuk ke kampung tersebut untuk menyoal-siasat penduduk kampung mengenai kejadian tersebut!

Boleh kita andaikan bahawa syarikat pembalakan itu telah melucutkan jawatan pekerjanya yang cuai itu, dan kemudian berpura-pura menganggap kejadian kehilangan kunci itu sebagai ‘masalah dalaman’ sahaja. Syarikat berkenaan harus membayar pampasan berhenti kerja dan membelasahnya, kerana jika tidak, Sarawak Report dan rakan-rakan seperjuangan dalam kes ini tetap akan mencari pekerja berkenaan untuk ‘mengorek’ cerita yang sebenar darinya.


Dengan bukti-bukti sebegini, sudah tentunya Taib tidak dapat meneruskan agenda pembangunannya yang penuh kepura-puraan. Selalunya agendanya berlandaskan kecurian dan rompakan. Kini, semua ini telah didedahkan dan terbuka. Taib kini sudah dapat dilihat setelus-telusnya, dan beliau juga akan diadili seadil-adilnya berdasarkan bukti-bukti nyata, kukuh dan jelas.

Soalan terakhir untuk Taib Mahmud

Taib Mahmud selaku Ketua Menteri Sarawak, dan Menteri Pemangunan Sumber dan Perancangan, dan juga Pengerusi PELITA, telah bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada Sentiasa Maju Sdn. Bhd.

Walau bagaimana pun, pemegang-pemegang saham dalam syarikat berkenaan tetap bermisteri. Walaupun syarikat berkenaan telah ditubuhkan pada tahun 1980, hanya beberapa bulan sebelum beliau menjadi menteri, siapa pemilik sebenar syarikat ini masih belum diketahui.

Apakah pertimbangan yang Taib gunakan untuk membuat keputusan untuk melayakkan syarikat tersebut untuk diberikan lesen pembalakan? Adakah beliau kenal siapakah pemilik syarikat tersebut, dan adakah beliau menganugerahkan lesen berdasarkan ‘peluang perniagaan’ yang cerah seperti yang disokong oleh bonekanya, Abdul Karim Hamza? Dengan bukti-bukti kukuh bahawa Taib biasanya menganugerahkan lesen-lesen kepada diri sendiri, maka umum tetap mengandaikan dan yakin bahawa Sentiasa Maju Sdn. Bhd. Adalah syarikat milik Taib. Atau, Taib sendiri ingin mengumumkan bahawa syarikat berkenaan bukan miliknya agar spekulasi-spekulasi selanjutnya boleh dihentikan? Atau, haruskah ianya menjadi sebahagian dari ‘rahsia Sarawak’ apabila kita menyentuh soal pembahagian tanah?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments