TAHNIAH, SIBU!

Mereka bertandang ke Sibu berduyun-duyun bersama janji-janji manis mereka. Mereka memperalatkan media-media yang dikawal oleh negeri ini untuk menyuntik penduduk Sibu dengan propaganda-propaganda mereka.

Sibu DIANCAM, jika tidak mengundi BN, ianya akan dihukum. Tetapi sebaliknya, penduduk-penduduk Sibu sudah faham akan kepentingan; Sibu tetap dengan pendiriannya dengan tidak mengundi BN sama sekali! Sila masuk, pilihanraya umum negeri kali ini!

Sibu adalah sebuah daerah yang kuat. BN amat memerlukan Sibu dan orang-orang Sibu tahu dan tidak lagi gentar dengan ancaman-ancaman yang diajukan. Seperti kebanyak orang-orang di Sarawak, Sibu telah mempelajari semuanya, dan mengetahui tipu helah serta rasuah kerajaan pimpinan Taib Mahmud. Selama 30 tahun Taib telah menguruskan negeri ini hanya untuk menjadikan dirinya kaya. Kini janji-janjinya tidak berkesan lagi

Kesalahan rasuah menyelubungi daerah Sibu pada kadar yang hebat. Badan pemerhati pilihanraya yang bebas, iaitu MAFREL telah mendapati: seramai 20 orang menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri, secara bergilir-gilir menghulurkan ‘peruntukan’ atau membuat janji-janji semasa kempen pilihanraya masa itu. Penyalahgunaan peraturan pilihanraya dan kewangan kerajaan digunakan untuk membeli undi, yang amat jelas menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya tahun 1954, dan Akta Kesalahan Rasuah tahun 1997. Walau bagaimana pun, dengan adanya kerajaan sekarang, kedua-dua Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak mengambil sebarang tindakan atas laporan-laporan yang dibuat oleh para pengadu.

Para pengundi di Sibu telah menemui pembohongan-pembohongan yang sering berlaku, maka mereka telah memilih dengan bijak. Mereka berjaya menyingkirkan BN, walaupun BN telah menggunakan pelbagai taktik untuk menafikan pengundian yang berkecuali dan adil. Sekali lagi MAFREL telah menemui bukti. Pertubuhan itu telah mendapati beribu-ribu nama pengundi telah dipindahkan dari tempat mereka biasa mengundi – suatu taktik lampau bagi menipu para pengundi untuk ‘salah’ memasuki tempat mengundi yang kemudiannya menghalang mereka membuang undi di situ. Perubahan di saat-saat akhir menunjukkan bahawa kehadiran pengundi pada kebiasaannya 59% menaik secara mendadak kepada 70% – siapakah pengundi-pengundi seramai lebih 11% ini pilih? Walaupun wujud penipuan sedemikian, tetapi Sibu tetap Berjaya menyingkirkan BN!

Cukuplah suapan RM200 yang dilakukan secara terang-terang oleh BN kepada setiap pengundi di Sibu

BN kini telah mendapat suatu pengajaran bahawa taktik kotor lama sudah tidak berbaloi lagi. Ketua mereka yang semakin uzur sudah menampakkan keletihannya, dan kesalahan rasuahnya tidak lagi berdaya memperalatkan pengundi di negeri Sarawak yang kian moden ini. Suratkhabar-suratkhabar kroninya pula telah bekerja sedaya upaya untuk BN, tetapi tidak juga berhasil. Para pengundi di Sarawak kini sudah bijak membuat pilihan dan mereka inginkan perubahan dan menghentikan kesalahan rasuah.

Tahniah dan syabas, Sibu. Kini, pengundi-pengundi lain di Sarawak pasti akan mengikut jejak langkahmu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments