TAIB MALu UNTUK MENGUMUMKAN PERKAHWINANNYA PADA 15 HARIBULAN INI

TAIB MALu UNTUK MENGUMUMKAN PERKAHWINANNYA PADA 15 HARIBULAN INI

Kenapakah perkahwinan seorang Ketua Negeri perlu dirahsiakan? Kami boleh mengesahkan bahawa akhirnya Abdul Taib Mahmud akan melangsungkan perkahwinannya di Kuching pada hari Sabtu 15 haribulan Januari ini.

Kami juga mengandai pada masa itu Ketua Menteri akan mengumumkan nama, usia  dan identiti sebenar pengantin perempuan berkenaan? Dalam pada itu, Sarawak Report merasakan adalah perlu untuk mempamerkan beberapa gambar yang belum pernah diterbitkan sebelum ini sebagai bukti bahawa perkahwinan ini telah berlangsung dan Taib benar-benar adalah sekali lagi seorang suami.

Bukan ‘atuk, tapi sebenarnya seorang pengantin lelaki


Pada gambar ini, kedua-dua mempelai berpakaian pengantin serba putih. Kami mengesahkan bahawa lelaki, yang kelihatan kecil dan rendah sedikit dari isteri mudanya itu, adalah pengantin lelaki dan bukannya saudara yang lebih tua.

Umum telah seolah-olah diperlekehkan kerana status perkhawinan Ketua Menteri Sarawak bagaikan terpaksa diumumkan. Atau, adakah pasangan pengantin ini berada dalam keadaan yang terdesak atau terburu-buru? Dengan kerahsiaan yang disengajakan ini, tindakan Taib menimbulkan pelbagai spekulasi. Adakah Taib kini menjangkakan kehadiran pewaris yang kelima?


Perhubungan awam yang kurang baik?

Sebelum ini terdapat banyak skandal perkahwinan yang dikaitkan dengan keluarga Taib, di mana Taib telah dan sentiasa berusaha untuk menyembunyikannya memandangkan pilihanraya yang semakin hampir. Jika tidak, mengapakah perhubungan awam Taib dan BN yang semakin susut menjadi faktor majlis perkahwinan ini diadakan seolah-olah secara terburu-buru?

Selang masa senyap yang panjang tanpa sebarang pengesahan rasmi, telah menimbulkan andaian bahawa majlis seperti ini dirancang supaya perjalanan majlis dapat dikelolakan dengan sebaik mungkin. Seharusnya majlis perkahwinan diumumkan dan bukannya suatu yang dirahsiakan seolah-olah ianya suatu skandal, justeru itu mengapakah Ketua Menteri tidak dapat menguruskan majlis ini dengan bijak?

Di Negara yang mengamalkan kebebasan akhbar, sudah pasti Taib tidak dapat menikmati cuti Tahun Baru, setelah mengalami kemerosotan dalam perhubungan awamnya. Malahan beliau dapat bercuti dengan tenang bersama-sama isteri barunya itu untuk meraikan perkahwinan mereka di Syria di Timur Tengah.

Alangkah baiknya jika kita tahu siapakah ahli baru dalam keluarganya itu dan bagaimanakah kedua pengantin bertemu dahulu?  Orang-orang kenamaan perlu menerima dengan cermat sebarang hakikat yang menyentuh perkara ini – kerana ianya sebahagian dari tugas dan tanggungjawab mereka.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments