APABILA KAUM ORANG ULU TURUN KE BANDAR!

APABILA KAUM ORANG ULU TURUN KE BANDAR!

Mereka ini diketepikan oleh akhbar-akhbar yang dikawal oleh kerajaan, dan kemudiannya mereka mengambil ikhtibar untuk turun dari Hulu Baram dan menuju ke KL pada minggu lalu. Mereka bersuara menentang rancangan-rancangan Taib untuk membina Empangan Baram, yang akan memusnahkan sebahagian besar hutan hujan Sarawak dan seterusnya akan menempatkan semula orang-orang peribumi dari tanah-tanah hak mereka.

Para penganjur mereka mengatakan seramai 30 orang ke semuanya, termasuk kanak-kanak. Ada di kalangan mereka telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri yang agak besar bagi membolehkan mereka turun dari kawasan Long San di Lembah Baram. Jurucakap mereka, Willie Kayan, dari kaum Berawan, dipetik sebagai berkata, terdapat ramai kaum peribumi yang mereka wakili dalam kumpulan kecil itu.

“Kami adalah orang-orang yang miskin. Kaum Kenyah, Kayan, Berawan, Melayu dan Iban. Sedihnya, kami tak mampu mengutip wang yang cukup untuk membolehkan kaum Penan menyertaI kami” katanya kepada Sarawak Report.

Bagi orang-orang ini, yang telah bersungguh-sungguh menyampaikan mesej ke luar wilayah mereka, mereka telah mengambil masa 8 jam menaiki trak-trak melalui jalan-jalan syarikat pembalakan ke bandaraya Miri dan kemudiannya menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur, di mana mereka telah berjalan selama 3 hari membawa sepanduk-sepanduk di bandar berkenaan. Mereka mengadakan rapat-rapat umum di lapangan terbang, Chinatown dan di jalan-jalanraya dan seterusnya di Central Market. Terdapat penonton-penonton dan juga para pelancong yang memerhatikan rapat umum yang mereka anjurkan itu, tetapi langsung tiada sebarang pihak media yang sanggup membuat sebarang liputan.

Kekerasan oleh pihak polis


Sebaliknya dan sememangnya telah mereka jangkakan, kumpulan kecil mereka itu telah diperhatikan dan diawasi oleh pihak Cawangan Khas dan anggota polis berpakaian biasa. Pada suatu ketika sekumpulan pemberita dari TV Selangor (sebuah negeri ditadbir oleh pembangkang PKR) cuba merakamkan rapat umum yang dikelolakan itu telah menyebabkan pihak polis mengambil tindakan dengan serta-merta. Kumpulan rapat umum dan anggota pengambaran TV berkenaan telah diarahkan bersurai secara kasar oleh pihak polis supaya meninggalkan tempat itu.

“Orang-orang awam di Central Market telah menunjukkan minat mereka terhadap kami, mereka mengambil gambar kami dan bertanyakan soalan-soalan kepada kami dan mereka juga telah memperolehi risalah-risalah yang kami edarkan” kata Kayan “tetapi selepas itu kami dipaksa bersurai”.


Keberanian kumpulan kecil itu tidak sepatutnya dipandang ringan. Tetapi gerak-geri mereka adalah suatu petanda kepada perubahan yang besar di Sarawak sebagai orang-orang tempatan, yang biasanya kelihatan pemalu, telah memberikan reaksi kepada tekanan-tekanan melampau yang tidak lagi dapat mereka tanggung akibat rampasan-rampasan tanah oleh Taib. Empangan Baram tidak diperlukan, dan juga 12 buah empangan yang dirancang dibina oleh Taib dengan pinjaman modal sebanyak US$ 11 bilion yang telah ditawarkan oleh China, yang juga membekal tenaga pekerja dan kejuruteraan di belakang projek raksaksa itu.

Sarawak Report amat yakin bahawa tunjuk perasaan dari orang-orang Long San itu mungkin sebagai petanda menentang Taib. Sehingga kini Taib telah secara berterusan merampas tanah-tanah yang luas milik kaum peribumi negerinya sendiri untuk menambahkan kekayaannya, tetapi projek-projek yang amat besar itu juga menunjukkan kepada dunia betapa tamak-halobanya tanpa dapat dikawalnya lagi.

Menjadi terlalu tamak – dan disedari ramai

Taib dan keluarganya dan juga kroni-kroninya sememangnya diketahui ramai, bakal memperolehi keuntungan berbilion-bilion dari projek-projek raksaksa empangan itu. Sebab itulah mereka merancang untuk membina projek-projek “gajah putih” itu yang tidak diperlukan rakyat dan memusnahkan tanah-tanah dan hutan-hutan di negeri ini. Sebenarnya, rakyat Sarawak sendiri dan anak-anak mereka yang akan berusaha untuk mencari wang bagi membayar China, dalam bentuk cukai dan juga sumber-sumber alam mereka.

Kini rakyat Sarawak semakin sedar dan faham apakah yang Taib telah lakukan terhadap mereka dan juga negeri mereka di mana ketamakan Taib semakin menjadi lebih buruk selari dengan pertambahan kekayaannya. “Apabila orang-orang ini tiba di KL, mereka amat terpegun dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang mereka lihat” kata Willie Kayan. “Mereka tanya saya dari manakah datangnya belanja untuk membiayai pembinaan Menara Kembar Petronas itu?” dan sebagai jawapan, saya katakan kepada mereka bahawa sebahagian wang itu datangnya dari negeri Sarawak, hasil dari gas dan minyak dari telaga di perairan Sarawak. “Mereka kelihatan sedih mendengar penerangan itu, dan mereka mengambil banyak gambar”.

Para penunjuk perasaan dari Baram itu telah membawa bersama-sama mereka segala maklumat kepada orang-orang KL, tetapi mereka juga membawa balik maklumat-maklumat kepada kaum mereka di Baram. Maklumat tentang bagaimana negeri mereka di bawah pemerintahan Taib Mahmud telah dikebas sumber asli dan bagaimana ketika mereka hidup dalam kemiskinan, kekayaan bumi telah pergi entah ke mana.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments