BOMOH SUUT MEMILIKI BERATUS-RIBU SAHAM DALAM SAMLING – EKSKLUSIF!

BOMOH SUUT MEMILIKI BERATUS-RIBU SAHAM DALAM SAMLING – EKSKLUSIF!

Lumayannya profesyen menjadi seorang bomoh telah tersalah tafsir. Kini Sarawak Report dapat membuktikan bahawa bomoh yang bekerja dengan Taib merupakan salah seorang yang terkaya di Sarawak! Kami boleh mendedahkan bahawa bomoh berkenaan memiliki saham yang bernilai beratus-ratus juta ringgit dalam salah sebuah syarikat pembalakan terbesar di dunia, Samling Global.

Samling yang dikatakan sebagai pembekal papan lapis tropika terbesar di dunia, memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja di kalangan ahli-ahli keluarga Yaw Teck Seng di Sarawak. Namun, setelah berdekat-dekat menjalin persahabatan dengan Taib Mahmud maka perniagaan mereka berkembang ke luar negara. Laporan Tahunan syarikat itu menyatakan bahawa aset globalnya bernilai $1.3 billion US (kira-kira RM3 billion) dan nilai tersebut adalah semasa nilai pasaran yang rendah.

Gergasi pembalakan, yang mengaut keuntungan dari kerja-kerja menebang hutan-hujan tropika Sarawak, terima kasih kepada konsesi daripada Taib Mahmud, telah diapung sebagai syarikat awam dalam tahun 2007 di bursa Hong Kong. Tetapi, beberapa minggu kebelakangan ini Kerajaan Norway telah mengharamkan pelaburan dalam Samling setelah siasatan mereka membuktikan syarikat tersebut terlibat dengan pembalakan haram dan kegiatan memusnahkan alam sekitar. Terdapat aduan-aduan dari rakyat Sarawak yang menyatakan bahawa Samling telah menceroboh tanah-tanah mereka.

Saham bomoh itu yang bernilai RM300 juta!


Siasatan kami menunjukkan ketika keseluruhan syarikat itu dimiliki oleh keluarga Yaw, terdapat seorang dari pemegang utama saham-saham berdaftar sebagai memiliki lebih 5% saham pada 2010. Pemegang utama saham berkenaan adalah bomoh yang bekerja untuk Taib. Bomoh Ahmad bin Haji Su’ut disenaraikan sebagai pemegang 5.5% saham di Samling Global dengan jumlah pegangannya 225,592,070 saham, yang dipegangnya menerusi syarikatnya, Tapah Plantations! Adakah dia memperolehi saham sebanyak itu menggunakan ilmu hitam?

Laporan Tahunan (2010) Samling Global mengesahkan dengan jelasnya bahawa Ahmad bin Haji Su’ut sememangnya pemegang 5.5% saham tersebut. Tambahan pula, dokumen-dokumen yang dikeluarkan pada masa pasaran syarikat itu dilancarkan pada 2007 jelas menunjukkan bomoh itu memegang 225,592,070 saham juga. Sebaik sahaja setelah dilancarkan nilai saham itu mencecah setinggi $100 juta USD. Jika dalam nilai matawang ringgit kini, nilainya adalah RM300 juta!

Apakah kebenarannya?


Fakta ini amat menakjubkan, tetapi secara luarannya seseorang mungkin yakin bahawa bomoh tersebutlah pemegang saham yang sebenarnya. Jika benarlah sedemikian, maka bomoh itu memang mahir bermain ilusi! Atau mungkinkah bomoh itu bertindak selaku proksi bagi menyembunyikan pemegang sebenar saham yang bernilai berjuta-juta ringgit itu?

Sejak begitu lama bomoh tersebut telah berkhidmat untuk Taib selaku penasihat kerohaniannya dan juga sebagai orang yang boleh dipercayainya. Bomoh tersebut melakukan magis ilmu hitamnya bagi pihaknya dan adik iparnya juga merupakan kenalan rapat adik Taib. Sebagai balasan Ketua Menteri menghadiahkannya dengan banyak plot tanah dan konsesi-konsesi, seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel-artikel terdahulu. Dengan ini adillah kita bertanya adakah Ketua Menteri itu telah memberikan kepercayaannya kepada bomoh itu untuk mengendalikan saham-sahamnya?

Sarawak Report pernah suatu ketika dahulu melaporkan mengenai tabiat Ketua Menteri yang menyembunyikan pemilikannya ke atas saham dengan memaksa wakil-wakilnya menandatangani dokumen-dokumen rahsia. Kami juga mempunyai bukti-bukti kukuh yang ditandatangani oleh ahli-ahli keluarganya sebagai pemegang hartanya bernilai berjuta-juta di US. Adakah bomoh itu telah menandatangani dokumen yang serupa untuk bosnya juga?

Di manakah jawapannya


Seluruh negeri Sarawak kini tertanya-tanya bagaimana cara seseorang bomoh dari golongan orang bawahan dapat menemui sejumlah wang yang banyak untuk membeli saham-saham Samling yang banyak. Hakikatnya, Ketua Menteri adalah orang yang sebenarnya mempunyai kawalan ke atas konsesi-konsesi perladangan dan pembalakan kepada Samling.

Sarawak Report mempunyai bukti bahawa dua buah rumah mewah (mansions) di US yang diberikan oleh Samling kepada keluarga Taib. Salah satu dari rumah tersebut telah dipindahmilik dengan harga serendah US$1 sahaja! Pegangan harta Samling di US juga melibatkan keluargan Taib. Jika pendedahan ini tidak benar, maka kami ingin mendengar penafian secara terbuka.

Lagi banyak proksi?


Sebenarnya bomoh itu bukanlah seorang pemegang utama saham-saham yang boleh dikaitkan dengan Ketua Menteri berdaftar dengan Samling. Sebagai memenuhi kewajipan mereka, syarikat berkenaan terpaksa mendedahkan dua lagi nama individu yang dikenali oleh orang-orang Sarawak. Hamed Bin Sepawi, sepupu Ketua Menteri, yang selalunya dilibatkan dalam soal-soal konsesi tanah dan juga kontrak-kontrak gergasi di negeri Sarawak adalah seorang. Manakala seorang lagi, Wan Morshidi Bin Tuanku Abdul Rahman, yang keluarganya berkait rapat dengan Abdul Rahman Ya’kub, bekas Ketua Menteri Sarawak suatu ketika dahulu, yang berminat dalam Samling. Kedua-dua Hamed dan Morshidi ‘memiliki’ 5% saham syarikat semasa ianya dilancarkan, mana kala bomoh Ahmad Haji Su’ut pula, 5.44%.

Upah yang diterima oleh bomoh tersebut membolehkannya hidup mewah yang amat selesa. Tetapi tahap kekayaannya tidaklah setara dengan jumlah saham yang besar yang dipegangnya dalam Samling. Sebaliknya, dengan gaji Ketua Menteri lebih RM20,000 sebulan tidak akan membolehkan Abdul Taib Mahmud menikmati cara hidup yang sangat mewah seperti kemewahan yang dikecapi oleh si bomohnya itu!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments