28 Feb 2011

MIRACLE HARVEST MENDATANGKAN KEUNTUNGAN YANG AJAIB UNTUK RAZIAH DAN ROBERT!

This post is also available in: English, Iban

MIRACLE HARVEST MENDATANGKAN KEUNTUNGAN YANG AJAIB UNTUK RAZIAH DAN ROBERT!

Syarikat Miracle Harvest S/B, milik Raziah Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, dan suaminya Robert Geneid, sememangnya memperolehi keuntungan yang menakjubkan. Keuntungan yang menakjubkan bagi mereka adalah kerana syarikat berkenaan yang belum lagi beroperasi secara rasmi, menurut Pendaftar Syarikat-Syarikat Malaysia!

Sama seperti syarikat-syarikat tanah Raziah yang lainnya, Miracle Harvest, yang dikorporatkan pada 15hb Jun 2005, adalah beralamat di ibupejabat Kumpulan Parabena Sdn. Bhd. Kumpulan Parabena adalah dikendalikan oleh keluarga Geneid dan kami pula boleh mendedahkan bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud mempunyai pegangan saham-sahamnya menerusi syarikat Mesti Bersatu. Berdasarkan kajian-kajian kami geran-geran tanah yang telah dianugerahkan kepada pelbagai syarikat yang beralamat di ibupejabat yang sama, adalah melebihi keluasan kepulauan Singapura!

Rekod-rekod syarikat


Dalam kes Miracle Harvest, kelulusan telah diberikan oleh pejabat Pendaftar Tanah ke atas tanah seluas 12,000 hektar untuk perladangan kelapa sawit hanya tiga minggu sebelum syarikat itu dikorporatkan! Geran tanah yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang sebelum ini tidak wujud!

Jadi, dapatkah seseorang mengesan kehadiran Tangan Tuhan bekerja disebalik kemajuan yang menakjubkan ini, atau mungkin Taib Mahmud yang juga selaku Pengerusi Land Custody and Development Agency (LCDA)? Pihak LCDA telah mengambil tanah-tanah NCR atas nama Kerajaan Negeri dan kemudian menyerahkan tanah-tanah itu kepala keluarga Taib terutamanya kepada adiknya Raziah dan anaknya Mahmud Abu Bekir Taib, dan saudara-saudaranya yang lain.

Rekod-rekod dalam simpanan Pendaftar Tanah

Dalam keadaan syarikat Miracle Harvest suami Raziah, Robert Geneid adalah dinamakan sebagai orang yang boleh dihubungi berkaitan dengan geran tanah-tanah dalam simpanan Pendaftar Tanah. Dia juga telah meletakkan lokasi dan nombor telefon pejabatnya, yang sama dengan ibupejabat Kumpulan Parabena di Kuching, yang jelas menunjukkan bahawa Ketua Menteri terlibat langsung sebagai pemegang.

Premium-premium yang rendah bermakna rendahnya hasil negeri


Kajian-kajian kami mendapati bahawa tanah-tanah yang diserahkan kepada Miracle Harvest sebenarnya berharga murah tetapi setelah apabila ianya dijualkan semula harga pasarannya boleh melonjak.tinggi. Sejumlah 11 lot telah diserahkan kepada Miracle Harvest dan sebuah lagi syarikat milik keluarga Geneid, Green Ace Resources, hanya dalam satu hari sahaja (iaitu pada 25.5.2005). Kesemua tanah tersebut berjumlah 20,000 hektar dengan premium hanya RM15 juta sahaja. Tanah-tanah yang telah diserahkan tersebut ditandakan sebagai “OPL” – “Oil Plantation” (tanah untuk perladangan kelapa sawit).

Premium yang rendah ini bererti pulangan yang kecil kepada dana para pembayar cukai, tetapi keuntungan yang sangat lumayan pada keluarga Taib Mahmud. Ada kalanya, keluarga Taib tidak diminta untuk menjelaskan premium-premium itu ketika penyerahan dilakukan – dan menurut sumber dalaman, bayaran premium itu akan dijelaskan secara ansuran atau sebaik sahaja tanah-tanah itu dapat dijual.

Namun, pemilikan tanah-tanah tersebut telah berpindah dari keluarga Taib Mahmud. Pada tahun 2006 sebuah syarikat awam perladangan kelapa sawit, Kwantas telah mengumumkan bahawa ianya telah memperolehi 70% saham-saham dalam Miracle Harvest S/B (MHSB), dan juga 70% saham-saham dalam Green Ace Resources, di mana kedua-duanya beralamat di ibupejabat Kumpulan Parabena. Pada suatu perjanjian Green Ace Resources S/B (GARSB) telah menerima suatu kawasan seluas 7,000 hektar di Mukah, di sebuah kawasan Hutan Simpan Sungai Narub pada hari yang sama pada tahun 2005 di mana MHSB telah memperolehi geran-geran tanah juga.

Kwantas telah mengumumkan ianya telah membayar kira-kita RM17 juta untuk bahagian 70% sahamnya pada kedua-dua syarikat berkenaan, sementara itu premium asal untuk keseluruhan harga yang telah terlebih dahulu dituntut dari Parabena adalah kira-kira RM15 juta.

Sarawak Report ingin bertanya, kepada siapakah Kwantas membayar untuk pemerolehan tanah-tanah beberapa bulan setelah Miracle Harvest S/B mendapatkan geran-geran tanah itu? Adakah bayaran itu dibuat kepada Miracle Harvest yang belum didaftarkan untuk beroperasi, berdasarkan maklumat daripada pejabat Pendaftar Syarikat-syarikat? Kami juga ingin bertanya kenapakah MHSB terus beribupejabat di alamat Kumpulan Parabena dan diwakili oleh Robert Geneid, walaupun Kwantas telah memperolehi kebanyakan saham-saham berkenaan.

Untuk dijual!


Kini kami boleh mendedahkan bahawa Kwantas telah mula untuk melepaskan pegangannya ke atas geran-geran tanah berkenaan yang akan memberikan gambaran jelas kepada kita harga pasaran sebenarnya! Kerajaan Negeri Sarawak pada mulanya menerima hanya RM5 juta bagi bayaran 7,000 hektar tanah yang diserahkan kepada Green Ace Resources, tetapi pada akhir bulan lalu Kwantas mengumumkan persetujuannya menjual 70% sahamnya pada harga RM32.4 juta! Ini bermakna 30% pegangan yang ada pada keluarga Geneid dijangkakan bernilai separuh dari itu – harga yang sama dikenakan ke atas keseluruhan 20,000 hektar portfolio harta yang diserahkan kepada mereka oleh abang Raziah yang juga rakan-niaganya, Ketua Menteri Taib Mahmud, dalam tahun 2005.


Tanah NCR?

Apa yang meragukan adalah status tanah yang telah dijual ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kwantas jelas menunjukkan bahawa geran tanah itu masih berstatus sementara. Ini bermakna bahawa beberapa perjanjian rasmi diperlukan sebelum pembukaan tanah untuk tujuan perladangan boleh dimulakan.

Seperti yang selalu diamalkan, aspek ‘status sementara’ lesen-lesen itu diketepikan dan tidak dihiraukan di Sarawak, kerana syarikat-syarikat ladang kelapa sawit memandang remeh kewujudan NCR masyarakat-masyarakat asli yang dirampas tanah-tanah mereka. Memandangkan mereka telah membayar harga yang amat tinggi kepada ahli keluarga Ketua Kerajaan, maka kita boleh jangkakan sikap mereka ke atas tanah itu. Jelaslah, pada kes mahkamah yang lalu hakim telah menyalahkan kerajaan negeri kerana menyerahkan tanah NCR, dan bukannya menyalahkan syarikat-syarikat yang telah membeli geran-geran tanah itu. Nampaknya kes-kes tanah NCR yang semakin banyak dimenangi oleh orang-orang asli, maka trend pembelian tanah-tanah daripada keluarga Taib Mahmud dijangkakan semakin menurun!

Adakah masalah itu pada Lot 1, Blok 194 Oya-Dalat Land District di Sungai Narub Mukah? Adakah persengketaan tanah NCR? Adakah ianya sebahagian dari Hutan Simpan Sungai Narub? Atau adakah kedua-duanya sekali?


Bahaya “Greenwash”?


Syarikat yang membeli tanah-tanah berkenaan adalah Golden Agri Resources S/B, sebuah syarikat Perladangan Kelapa Sawit Indonesia yang rakus milik syarikat pembalakan gergasi Sinar Mas. Golden Agri telah mengeluarkan kenyataan bersifat ‘kehijauan’ pada awal bulan ini, 9hb Februari, apabila mereka mengumumkan bahawa mereka akan berhenti menebang pokok-pokok di Indonesia. Bolehkah kita percaya pada syarikat Miracle Harvest milik Raziah dan Robert yang akan menjualkan tanah-tanah kepada Golden Agri yang kononnya beralih menjadi sahabat alam sekitar?

  • http://yahoo Pandak segatak

    seumur hidup mereka tak aman…tuhan itu adil menghukum mereka nanti

  • Sil66

    Di Didunia yany hanya sementara ini biarlah mereka berkuasa dan kaya raya kerana menipu rakyat,tetapi di dunia yang kekal mereka akan meronta2 cukup sengsara atas balasan kejahatan dan kekejaman mereka diNereka lah tempatnya.

  • http://[email protected] anaksaribas

    anak haram makan harta rakyat…Tuhan akan membalas dgn seksaan azab di akhirat..Insyaallah…

  • ramraj

    Ada mata dibutakan,ada telinga dipekakkan,ada mulut dibisukan dan ada undang-undang orang bawahan dikuatkuasakan…inilah akibatnya….cakap pasal tanah kepada rakyat kebanyakannya tanah haram… kepada pemimpin halal/rakyat membanting tulang mengusaha tanah untuk bercucuk tanam NCR/pemimpin mengaris dakwat atas kertas Geran

  • tukau pagag

    bangkai……….

  • Av

    bila manusia tamak,tiadalah sikap perhatin tetapi siapa tahu mungkin suatu hari ada yang datang untuk mempertahankan semuanya..moga diberkati.

26 Feb 2011

Bukti yang kukuh! – Skandal Kumpulan Sanyan mendedahkan penglibatan Taib!

This post is also available in: English, Iban

Bukti yang kukuh! – Skandal Kumpulan Sanyan mendedahkan penglibatan Taib!

Pengemukaan bukti  dalam satu perbicaraan mahkamah yang pahit sedang dijalankan dalam Sibu. Kes mahkamah ini telah mendedahkan maklumat yang cukup mengejutkan tentang rasuah yang wujud dalam pusat kerajaan negeri Sarawak.

Kes mahkamah ini tidak mendapat liputan berita yang luas kerana keluarga Taib telah mencuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan perkara ini. Walau bagaimanapun, Sarawak Report telah memperolehi berbagai-bagai dokumen yang berkaitan dengan pendengaran mahkamah ini. Kesemua maklumat ini telah dibentangkan semasa sidang mahkamah terbuka.

Kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh pengusaha tempatan yang dihormati, iaitu Dato’ Ting Check Sii melawan bekas rakan kongsi beliau, Tufail Mahmud. Tufail Mahmud merupakan adik lelaki kepada ketua menteri Sarawak. Perbicaraan ini memberikan salah satu daripada banyak kefahaman yang terdekat tentang kaedah-kaedah haram yang digunakan oleh keluarga Taib untuk memperluaskan kawalan mereka ke atas kekayaan Sarawak. Kes ini menunjukkan dengan jelas tentang peranan langsung yang dimainkan oleh ketua menteri  dalam susun atur untuk melakukan serbuan  ke atas perniagaan dan konsesi negeri  dan bagaimana mereka menggunakan rangkaian pengusaha yang ikut kata dan ‘calon’ mereka untuk mengurus dan menyamar rompakan mereka terhadap negeri Sarawak.

Konsesi untuk dijual dan ‘calon’ untuk menyamar kepentingan keluarga

Salah satu aspek yang paling gelisah untuk kes ini adalah keterangan Ting tentang bagaimana ahli keluarga Taib menggaji calon-calon untuk menyamar perbuatan pilih kasih oleh ketua menteri dalam pemberian lesen dan konsesi negeri. Misalnya, bukti-bukti tertulis Ting menyatakan bahawa:

“Pada tahun 1987, saya mengasaskan syarikat Sanyan Lumber Sdn Bhd yang telah diberi konsesi pembalakan. Lima puluh peratus daripada saham syarikat tersebut dipegang oleh saya manakala Draman @ Morshidi bin Omar (calon yang mewakili Datuk Tufail) pula memegang kesemua lima puluh peratus saham yang tinggal. Datuk Tufail pada masa itu memberitahu saya bahawa beliau memerlukan seorang calon kerana abang beliau (Abdul Taib Mahmud) masih merupakan Menteri Perancangan Sumber. Datuk Tufail sekarang pula menyangkal kenyataan bahawa Draman adalah calon yang mewakili beliau, walaupun pada hakikatnya, Datuk Tufail dan saya adalah satu-satunya penandatangan bank bersama untuk syarikat ini.”

Pengakuan tersebut daripada Dato’ Ting tentang cara perniagaan beliau beroperasi boleh meninggalkan kesan yang amat buruk kerana sampai saat ini beliau adalah salah seorang daripada orang kepercayaan terdekat dengan keluarga Taib dan salah seorang daripada kebanyakkan towkay balak Sarawak. Beliau bekerjasama dengan adik Taib Mahmud, iaitu Tufail sebagai pemilik bersama Kumpulan Sanyan, yang mengawal 25 syarikat-syarikat yang berlainan selama 25 tahun. Syarikat-syarikat perusahaan yang dibawah kumpulan Sanyan ini juga mengguntungkan beberapa adik-beradik ketua menteri, termasuk: Arip Mahmud, Onn Mahmud, dan Ibrahim Mahmud. Terdapat juga saham yang diserahkan terus kepada anak perempuan ketua menteri, Hanifah Taib, termasuk satu juta saham dalam Syarikat Sanyan Wood Industries. Sesungguhnya, Ting juga telah menceritakan kepada pihak ketiga bahawa ketua menteri sendiri telah berkata kepada beliau:

“Jika kamu menawarkan adikku lebih daripada 50% saham, maka lebih banyak konsesi (pembalakan) akan diberikan kepada kamu!” [oleh Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak]

Kenyataan itu mendedahkan pengurusan yang berunsur rasuah oleh ketua menteri terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau. Perbuatan ini hanyalah bertujuan untuk meningkatkan kekayaan diri sendiri. Ting telah menyatakan secara jelas bahawa tidak pernah ada sumbangan daripada adik-beradik Taib terhadap kos Kumpulan Sanyan dan mereka tidak membeli mana-mana saham syarikat tersebut. Sebagai balasan untuk konsesi balak, Ting telah menyokong adik-beradik ketua menteri dengan cara sebegini. Inilah bagaimana perniagaan Ting boleh berjaya.

Namun, ini jelas menunjukkan bahawa akibat dengan meletakkan kepercayaan dalam tawaran sebegini, Ting telah menyebabkan kejatuhan dirinya. Pemilikan majoriti saham oleh Tufail telah membolehkan beliau mengambil kesempatan untuk merebut kawalan terhadap konglomerat yang bernilai lebih daripada 400 juta US dolar, meskipun beliau tidak menyumbang walau seringgit pun kepada konglomerat tersebut.

Didedahkan kepada orang awam

Alasan inilah yang menyebabkan Ting menjadi salah seorang daripada peningkatan jumlah pengusaha yang membuat keputusan berani untuk membawa aduan beliau dihadapan mahkamah awam untuk melawan keluarga yang berkuasa dalam Sarawak.

Selain itu, pengenalpastian Encik Moshidi bin Omar sebagai calon yang mewakili Tufail Mahmud dan tuduhan lain dapat dibuktikan melalui maklumat yang didokumenkan dan diperolehi dari Pendaftar Syarikat (ROC). Moshidi bin Omar telah disenaraikan sebagai pemegang saham dalam beberapa perniagaan yang dikendalikan oleh Tufail, tetapi dia tidak memiliki status berasingan sebagai seorang usahawan dan ‘menjual’ saham dia secara tetap kepada Tufail Mahmud pada masa yang sesuai.

Goodmatch Sdn Bhd, satu lagi syarikat milik Kumpulan Sanyan

Menurut dokumen mahkamah, anak syarikat Sanyan, iaitu Goodmatch Sdn Bhd, memberikan satu lagi contoh utama tentangpenyalahgunaan calon untuk menyamar konflik kepentingan bagi pihak Ketua Menteri dan keluarganya. Goodmatch Sdn Bhd digunakan oleh Ting dan Tufail pada tahun 1993 untuk menyertai satu usaha sama dengan Koperasi Noda Jepun dalam satu pembinaan kilang papan kayu lapis.

Goodmatch bukan sahaja diberikan konsesi balak oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber (iaitu Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak), tetapi syarikat tersebut juga diberikan 5 tahun “Pioneer Status” untuk projek usaha sama ini, dan kemudiannya dilanjutkan selama 5 tahun lagi oleh Menteri Kewangan (iaitu Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud). Hal ini membolehkan syarikat Goodmatch mencapai pembebasan cukai sehingga 100%!

Menurut portal rasmi kerajaan negeri Sarawak, “Pioneer Status” sesuai digunakan untuk “projek-projek strategik dalam industri berteknologi tinggi dengan pelaburan modal tinggi, mempunyai kandungan penyelidikan dan perkembangan (R&D) yang tinggi, atau mempunyai hubungan yang intensif”. Jadi bagaimana sebuah kilang kayu papan lapis dapat memenuhisyarat-syarat yang ditetapkan merupakan suatu hal yang menarik. Sementara itu, Tufail Mahmud jelas menganggap bahawa penyamaran pemilikan saham dalam syarikat yang disokong oleh beliau dengan menggunakan Encik Morshidi Omar sekali lagi sebagai calon pengarah dan pemegang saham untuk lima tahun yang pertama, dengan memiliki 55% saham berbanding dengan 45% saham oleh Ting adalah satu rancangan yang bijak.

Sememangnya, dokumen-dokumen untuk syarikat-syarikat yang berdaftar menunjukkan bahawa Tufail tidak dilantik menjadi pengarah Goodmatch sehingga tahun 2002, setelah “Pioneer Status” dan lesen balak habis tempoh. Demikian juga, beliau tidak menjadi pemegang saham secara terbuka sehingga 1998 setelah Goodmatch menjual 54.997% saham kepada Datuk Tufail, meninggalkan Ting dengan 45% saham dan Encik Morshidi Omar terus menjadi pengarah tetapi dengan hanya RM 1.00 saham dalam syarikat! Memandangkan Goodmatch merupakan anak syarikat dari Kumpulan Sanyan yang dimiliki bersama dan dikawal oleh Ting dan Tufail, kesimpulan bahawa Morsidi Omar memang hanyalah calon (seperti yang dinyatakan oleh Ting) tidak dapat dielakkan.

Tetapi, selagi ada keraguan yang tinggal, bukti Tufail sendiri dalam mahkamah telah membuktikan status Morsidi bin Omar sebagai seorang calon. Walaupun Encik Omar pada mulaannya berdaftar sebagai pemilik awam, Tufail sekarang mengakui hal tersebut semudah seperti ayat dibawah:

“Goodmatch ditubuhkan termasuk saya dan pempetisyen [Ting] sebagai pemegang saham dan pengarah.”

Pada tahun 1999, Goodmatch telah menerima lebih daripada RM 10 juta keuntungan dari aktiviti usaha sama sahaja yang mana 55% daripada keuntungan tersebut pergi ke adik-beradik ketua menteri.

Ketua Menteri terlibat

Bukti Dato’ Ting adalah amat jelas bahawa Ketua Menteri sendiri benar-benar terlibat dalam tatacara tersebut dan penyalahgunaan kuasa politik beliau untuk mengawal mereka. Dalam kes syarikat Sanyan Lumber contohnya, selepas konsesi balak diperbaharui secara tahunan selama 16 tahun, Taib telah membatalkan konsesi tersebut selepas Ting dan Tufail berkelahi antara satu sama lain sebagai rakan kongsi perniagaan. Menurut kenyataan Ting, beliau menjelaskan bahawa:

“Konsesi balak tersebut tidak diperbaharui pada bulan Julai 2003 dan sebagai gantian, konsesi tersebut telah diberikan kepada Misi Gagah Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Datuk Tufail melalui calon lain….Misi Gagah sekarang menduduki bekas pejabat Sanyan Lumber dan terus menggunakan bekas kakitangan yang mana gaji tersebut terus dibayar oleh Sanyan Lumber sehingga tahun 2006 selepas perbuatan ini dihentikan oleh Jabatan Buruh.”

Sarawak Report kini boleh menunjukkan bahawa pemegang saham utama Misi Gaga, iaitu Eleanor Ong memang adalah setiausaha peribadi Tufail! Kami ingin tanya apakah asas yang digunakan oleh Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber) sehingga beliau mencapai kesimpulan bahawa tawaran Eleanor Ong adalah paling sesuai untuk diberikan konsesi balak ini? Adakah kerana dia adalah calon kepada adik ketua menteri atau  dia mempunyai keselamatan kewangan, kepakaran, dan kelayakan alam sekitar untuk membolehkan dia merayau dalam hutan untuk menbalak?

Keadaan yang geli seperti ini bukan sahaja menunjukkan dengan jelas bahawa tindakan kejam yang sedia diambil oleh Ketua Menteri untuk memastikan kawalan keluarga beliau terhadap lesen pembalakan utama tidak terjejas, tetapi juga menggambarkan bagaimanakah perangai sebegini boleh dilakukan secara terang-terangan. Ketua Menteri dan keluarganya jelas punya malas untuk menyembunyikan bagaimana mereka memeras ugut perniagaan dalam Sarawak kerana mereka telah melarikan diri dengan amalan-amalan tersebut terlalu lama.

Namun, menurut Pendaftar Syarikat (ROC), Goodmatch, yang saat ini dikawal oleh Tufail dan keluarganya, baru sahaja mengeluarkan sebanyak RM 500, 000 pinjaman dari RHB Bank. RHB Bank sebelum ini dimiliki oleh keluarga Taib dan sentiasa bersedia untuk  memberikan pinjaman yang banyak kepada keluarga tersebut.

Sesungut Taib menjangkau setiap perniagaan

Bukti Ting dalam mahkamah tentang perkembangan Kumpulan Sanyan telah memberikan penjelasan bagaimana Taib memaksa kepentingan keluarga beliau terhadap kesemua perniagaan dalam negeri Sarawak dan seterusnya mendapat keuntungan dari setiap syarikat perusahaan. Towkay tersebut menunjukkan bahawa beliau menyumbang semua wang dan pengurusan untuk pembinaan konglomerat dan Menara Sanyan dalam Sibu. Sumbangan dari adik-beradik Taib Mahmud hanyalah hubungan penting mereka dengan Ketua Menteri.

Walaupun demikian, kata Ting, Tufail Mahmud sering tegas dengan permintaan kongsi untung yang lebih besar dan kawalan terhadap majoriti saham syarikat. Permintaan ini tidak mungkin dapat ditolak kerana abang Tufail berkuasa untuk membenarkan atau menghentikan pemberian lesen-lesen utama. Rekod menunjukkan bahawa gaji Ting juga hanya separuh berbanding dengan gaji Tufail. Sesetengah sumber menyatakan bahan gurauan Kumpulan Sanyan ialah  sementara Ting adalah pengurus pada hari siang, Tufail bertanggungjawab sebelah malam. Ini adalah merujuk kepada ketidakhadiran Tufail semasa waktu pejabat and juga perabot bilik tidur yang diimport ke dalam pejabatnya dalam Menara Sanyan.

Dalam aspek lain, adalah sangat jelas bahawa pengusaha seperti Ting boleh mendapat manfaat dari ganjaran menarik, dengan pertolongan Ketua Menteri, selagi beliau bekerjasama dengan tuntutan tamak sekeluarga Taib. Memang, perkara yang terkenal untuk diperhatikan ialah penyelesaian pembinaan Menara Sanyan dan kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan pejabat mereka ke dalam 11 tingkat dalam bangunan tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan Sanyan berupaya untuk beruntung secara langsung semasa ruangan pejabat dilaporkan berlebihan. Pelita Towerview Sdn Bhd merupakan anak syarikat bagi Sanyan Holdings, yang memiliki Menara Sanyan, yang mana Tufail memiliki saham 56% dan Ting memiliki saham 44%. Ini bermakna terdapat konflik kepentingan yang jelas dalam keputusan Taib untuk menghabiskan wang pembayar cukai untuk menyewa pejabat.

Demikian pula, dari saat Ting melibatkan diri dalam perniagaan dengan Tufail dan juga Arip (abang/adik lelaki Tufail) pada awal 80-an, bukti beliau menunjukkan lebih jelas bahawa satu rangkaian kontrak berharga datang ke pelbagai syarikat mereka. Ganjaran seperti ini mungkin tidak berlaku untuk syarikat yang tidak mempunyai hubungan yang begitu baik dengan golongan politik yang berpengaruh. Itulah sebabnya ahli keluarga Taib didapati menikmati kerjaya mereka sebagai pengarah-pengarah merentasi negeri dan menduduki jawatankuasa-jawatankuasa syarikat yang mereka tidak layak dan yang mana mereka juga tidak meyumbang apa-apa.

Sanyan dan Syarikat perkapalan Achipeligo

Dengan cara ini, usaha perniagaan pertama Kumpulan Sanyan pada tahun 1983 adalah Binta Corporation Sdn Bhd. Kenyataan bersumpah mahkamah menjelaskan bahawa ini adalah salah satu daripada siri syarikat-syarikat perkapalan yang beruntung daripada kontrak dengan syarikat perkapalan Achipeligo untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan dari pelabuhan Tanjung Manis. Syarikat perkapalan Achipeligo pada gilirannya telah diserahkan monopoli atas pengendalian semua perkhidmatan perkapalan dalam Sarawak oleh Ketua Menteri dan syarikat tersebut dimiliki spenuhnya oleh adik lelaki Ketua Menteri, iaitu Onn Mahmud.

Tujuan Achipeligo amat jelas. Syarikat ini bertindak sebagai syarikat ‘penjaga pintu’ klasik untuk Taib, tanpa sebarang infrastruktur dan hanya mempunyai beberapa kakitangan syarikat. Hal ini hanya untuk membolehkan Onn untuk mengenakan ‘cukai’ dan mengawal semua penghantaran kayu balak yang meninggalkan Sarawak. Beberapa orang dalam telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa semua pengeksport asing harus membayar rasuah dari segi US dolar dan dimasukkan ke dalam siri syarikat-syarikat milik Taib yang ditubuhkan di Hong Kong supaya mereka dibenarkan untuk menjalankan perniagaan mereka untuk mengangkut kayu balak dari Sarawak.

Di bawah sistem tersebut, berat kayu balak yang telah dieksport akan dijumlahkan setiap bulan dan Kin Kwok Shea, pengurus pejabat Onn di Hong Kong kemudian akan memberitahu syarikat-syarikat perkapalan tentang potongan yang perlu dibayar oleh mereka dan di mana wang perlu dimasukkan ke dalam pelbagai syarikat milik Taib di Hong Kong. Amalan ini didedahkan kepada orang awam oleh pihak berkuasa cukai Jepun pada tahun 2007 semasa mereka menuntut supaya cukai dibayar atas perbelanjaan rasuah perniagaan yang tidak diisytiharkan oleh syarikat-syarikat perkapalan Jepun.

Pihak berkuasa cukai tersebut telah mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 10 juta US dolar atas pengetahuan mereka telah dibayar kepada syarikat Regent Star di Hong Kong, yang mana Kin Kwok Shea adalah pemegang saham berdaftar. Sumber-sumber utama telah mengesahkan dengan Sarawak Report bahawa sebenarnya Shea, seperti Morsidi bin Omar, hanyalah seorang calon mewakili Onn Mahmud. Onn Mahmud pula mewakili abang/adik lelaki beliau iaitu Ketua Menteri Sarawak sebagai penerima manfaat dari rasuah penghantaran tersebut.

Dana yang dikumpul oleh Achipeligo untuk Ketua Menteri berjumlah berbilion-bilion ringgit setiap tahun, menurut orang dalam, yang menggambarkan Achipeligo sebagai ‘lembu wang’ atau ‘lombong emas’ untuk keluarga Taib. Operasi inilah yang menyediakan asas untuk kekayaan keluarga tersebut sehingga warisan bertaraf dunia bagi hutan hujan tropika Sarawak dilucutkan pada awal dekad ini.

Sumber lain mengatakan bahawa kelebihan bagi Achipeligo dalam jangka masa ini ialah syarikat tersebut adalah satu-satunya yang mempunyai kawalan tentang pengumpulan statistik pembalakan, yang membolehkan syarikat tersebut membekalkan maklumat palsu kepada kerajaaan (dikendalikan oleh abang/adik lelaki M.D) , yang kemudiannya diserahkan kepada Pertubuhan Kayu Balak Tropika Antarabangsa (ITTO). Dengan cara ini, Sarawak dapat memberi satu tanggapan yang baik tentang pembalakan lestari dan untuk menyamar tahap rompakan tamak yang sebenarnya berlaku!

Dalam konteks ini, Kumpulan Sanyan milik Ting berupaya untuk mendapat banyak kontrak yang baik untuk Achipeligo untuk menyediakan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat perkapalan. Mereka menerima kontrak-kontrak tersebut berkat perlakuan yang dibenarkan oleh Onn untuk memihak kepada adik-beradik beliau, Arip dan Tufail (yang merupakan rakan kongsi Ting). Sanyan kemudiannya mengambil kesempatan dari konsesi pembalakan dan memperkembangkan kilang papan sekali lagi berkat sokongan aktif yang diberikan oleh Ketua Menteri.

Menari dengan syaitan?

Orang dalam telah mengesahkan dengan Sarawak Report bahawa sementara cara yang sama digunakan oleh adik-beradik Mahmud untuk menyamar saham dan kedudukan pengarah mereka, mereka sendiri juga memainkan peranan calon untuk Ketua Menteri. Sebahagian besar keuntungan dari empayar perniagaan Taib disalurkan terus kepada Abdul Taib Mahmud diri sendiri. Pola ini sejajar dengan bukti-bukti dokumentari yang ditemui oleh Sarawak Report di Amerika Syarikat, yang menunjukkan bahawa Taib secara rahsianya memerlukan anggota keluarganya memegang saham sebagai tabung amanah untuk beliau dan ini menjelaskan kekayaan yang banyak dan rangkaian hartanah beliau dalam Malaysia dan luar negara.

Sumber kami mendedahkan secara lebih lanjut maklumat yang mengejutkan bahawa Taib mengawal calon keluarga beliau dengan memaksa mereka menandatangani surat letak jawatan yang tidak bertarikh dan borang pemindahan saham, yang kemudiannya disimpan oleh Ketua Menteri! Jika sesiapa daripada calon-calon tersebut berkelahi dengan keluarga Taib, Ketua Menteri dapat menggunakan tandatangan mereka (calon) supaya calon tersebut dapat disingkirkan! Onn Mahmud sendiri dipercayai telah berkelahi dengan cara sebegini sebelum skandal rasuah dan dia telah dipinggirkan daripada kebanyakkan perniagaan keluarga Taib pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pengalaman Dato’ Ting juga menunjukkan bahawa pengusaha yang mendapat keuntungan dengan ‘bermain dengan sistem’ boleh berada dalam keadaan yang sama bahaya akibat perlakuan kejam oleh keluarga Taib. Dalam bukti tersebut, Ting mendedahkan bahawa dengan membenarkan Tufail mengawal kebanyakkan saham dalam syarikat dan juga mengizinkan beliau (Tufail) membawa lebih ramai ahli keluarga untuk menjadi pengarah-pengarah dalam jawatankuasa syarikat, beliau (Ting) secara tidak langsung memberikan rakan kongsinya (Tufail) cara untuk merebut kawalan syarikat yang hanya menerima sumbangan yang amat sedikit oleh beliau (Tufail). Ting menulis:

“Pada tahun 1998, [Tufail] meminta supaya abang/adik lelaki beliau Dato Haji Ibrahim bin Mahmud dilantik sebagai pengarah Sanyan Holdings dan [saya] setuju dengan permintaan tersebut. Pada awal tahun 2003, beliau (Tufail) sekali lagi meminta anak perempuan beliau Anita Hamidah Tufail untuk dilantik sebagai pengarah dan I juga setuju dengan permintaan tersebut. Dengan penambahan anggota keluarga beliau pada lembaga pengarah, beliau (Tufail) mampu menguasai syarikat tersebut dan mengabaikan kepentingan [saya].”

Pergaduhan

Ting menyalahkan kerosakan hubungan dengan bekas rakan kongsi atas keputusan yang membenarkan Anita, seorang mahasiswi yang baru sahaja selesai kolej, masih berusia 20-an tanpa pengalaman perniagaan, untuk menyertai lembaga pengarah tersebut. Ting juga menyatakan bahawa Anita dengan segera mengkritik tentang cara Sanyan Holdings dijalankan perniagaannya dan hubungan mereka menjadi semakin buruk. Dengan menggunakan undi abang/adik lelaki Tufail iaitu Ibrahim dan anak perempuan beliau, Tufail dapat meluluskan rampasan kuasa lembaga pengarah dan menyinkirkan Ting dari jawatannya sebagai pengarah urusan seluruh syarikat dan juga semua anak-anak syarikat dibawahnya.

Setelah mengambil alih semua syarikat bernilai berjuta-juta dolar tersebut, yang mana mereka tidak menyumbang apa-apa, keluarga Tufail kemudiannya menghentikan semua pembayaran dan dividen untuk Ting dan bertindak sejauh mungkin sehingga menyinkirkan Ting dari pejabat di bangunan Sanyan dan memecat semua kakitangan jangka panjang yang dianggap setia kepada Ting. Ting mengaitkan perlakuan pendendam ini kepada salah satu anak saudara beliau, iaitu seorang jurutera berkelayakan dan seorang pekerja, yang telah diturunkan pangkat kepada peranan seorang atendan tandas!

Sarawak Report berpendapat bahawa tidak ada bukti yang lebih jelas lagi tentang tahap rasuah yang ditimbulkan oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud kepada negara beliau selama 30 tahun yang lepas berbanding dengan bukti skandal yang dibawa di dalam kes Sanyan ini. Keluarga Taib akan melakukan yang terbaik untuk memastikan supaya keputusan penghakiman tidak memihak kepada kes mahkamah Ting yang menuntut pampasan dan mengembalikan hak beliau terhadap syarikat tersebut tetapi mereka tidak dapat menyembunyikan fakta-fakta yang telah dibawa ke hadapan mahkamah.

  • anakjawa

    Hahahaha……. Begitu la akibatnya jika berusan dengan penyangak.

  • huiyup

    setiap perbuatan pasti ada pembalasan…

26 Feb 2011

‘keusahawanan’ taib di miri – kegiatan rasuahnya didedahkan

This post is also available in: English, Iban

‘keusahawanan’ taib di miri – kegiatan rasuahnya didedahkan

Pada penghujung tahun lalu, semasa majlis pecah tanah untuk jalan baru Taman Tunku – Taman Jelita di Miri, Taib Mahmud telah membidas ‘rasa cemburu’ sesetengah pihak terhadapnya. Seperti yang dinyatakan oleh salah seorang saksi yang hadir di majlis tersebut, Taib dipetik sebagai berkata:


“Orang-orang Sarawak harus menyingkirkan mana-mana ahli politik yang memiliki sentimen “anti-orang kaya-kaya” kerana dengan ini akan menghindar negeri ini untuk membangun”. [htt://lifeisreallybeautiful.com]

Dengan kata-kata Taib itu, kita boleh simpulkan bahawa Ketua Menteri itu tidak suka pada para pengkritik yang mempersoal kekayaannya yang melampaui batasan! Seperti pada majlis-majlis lain, Taib memang gemar pada temanya “kekayaan kami, kebaikan untuk anda semua, yang membawa maksud bahawa status kekayaannya dan keluarganya adalah baik untuk orang lain.

Contoh perdana dari Jalan Taman Tunku – Taman Jelita!


‘Keusahawanan’ ini adalah suatu contoh yang amat tepat bagai mana keluarga Taib boleh menjadi kaya. Namun, pada hakikatnya, ‘keusahawanan’ yang digunakan pada projek itu langsung tiada elemen kerja keras, kepakaran atau rekacipta kerajaan Taib Mahmud.


Pembinaan jalan yang dipra-rasmikan pada majlis pecah tanah itu, seperti mana yang diceritakan oleh Borneo Post, sebuah akhbar pengampu BN, bahawa “sebatang jalan akses bernilai RM18 juta yang menyusuri lapangan terbang Miri akan dibina oleh pemaju yang juga pemilik tanah iaitu Kumpulan Parabena Sdn. Bhd”. Petikan akhbar berkenaan menghuraikan dengan lebih lanjut bahawa Pengarah urusan bagi Kumpulan Parabena S/B adalah adik Taib Mahmud sendiri, Raziah Mahmud. Dunia tertanya-tanya bagai mana adik kepada Ketua Menteri yang menguruskan sebuah syarikat telah memperolehi sebidang tanah negeri dan kemudiannya kontrak pembinaan jalan berkenaan pula dibiayai oleh kerajaan negeri tanpa timbulnya isu-isu utama konflik kepentingan, Borneo Post sebaliknya terus melaporkan:

“Parabena bercadang untuk melibatkan diri dalam pembinaan kampus universiti, poliklinik dan infrastruktur-infrastruktur lain di lokasi strategik ini”


Jelaslah jika Raziah ingin ditawarkan wang kerajaan negeri untuk melaksanakan projek-projek (atau setidak-tidaknya menjualkan projek-projek itu kepada syarikat-syarika pembinaan lain), maka keputusan berbuat demikian adalah terletak di tangannya sendiri! Kes seperti ini pernah kita dengar, di mana Kumpulan Parabena kerapkali memperolehi bilangan projek-projek besar yang banyak di masa lalu.

Parabena adalah sumber keuntungan bagi Miri


Sarawak Report telah mendokumentasikan bagai mana Kumpulan Parabena telah menerima tanah-tanah NCR dan tanah-tanah negeri bernilai beratus-juta ringgit pada masa-masa lalu, kebiasaan menggunakan penyamaran pelabagai ‘front companies’ yang beribupejabat di alamatnya sendiri di Kuching. Ini juga termasuk tanah-tanah yang berhampiran dengan lapangan terbang Miri, yang terkenal sebagai Bandaraya Minyak Sarawak.

Sebaik sahaja Taib menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri beliau telah menyerahkan 800 ekar tanah perdana itu kepada syarikat ahli keluarganya sendiri, Concordance Holdings pada bulan November 1982. Kemudian tanah perdana itu dipindahmilik kepada Kumpulan Parabena, yang hanya merupakan anak syarikat sahaja, dan kemudian, menurut laporan Borneo Post, keluasan tanah itu ditambah sehingga 2,000 ekar. Setelah 30 tahun mengaut keuntungan menerusi pembangunan perumahan, yang telah membolehkan Raziah memperolehi berjuta-juta ringgit, projek berkenaan kini telah menuju ke fasa kedua, justeru itu ianya memerlukan sebatang jalan masuk dibina menggunakan pembiayaan kerajaan.

Orang-orang di Miri telah menjelaskan kepada Sarawak Report bahawa alasan asal pemberian tanah di situ adalah untuk menyokong syarikat milik bumiputra, untuk membangunkan kemahiran orang-orang tempatan. Namun, si Pengarah Urusannya, Raziah Mahmud telah mengenepikan syarat-syarat itu, maka diapun diketahui menjualkan semula tanah untuk mendapat keuntungan berlipat-ganda kepada pembangun yang tulen seperti Hock Seng Lee – atau, dalam kes melaksanakan projek jalan, Rich Venture Construction S/B, yang dimiliki oleh kroni kerajaan Taib Mahmud, Hii King Chiong!

Siapakah para pewaris Parabena?


Perlu kita ingat bahawa tanah perdana seluas 2,000 yang diperolehi Kumpulan Parabena secara percuma itu, harus juga kita ketahui siapakah para pemegang saham-saham dalam syarikat itu. Setelah disiasat secara menyeluruh, kita mengetahui bahawa pemegang utama saham-saham dalam syarikat itu adalah Ketua Menteri sendiri, menerusi saham-sahamnya dalam Mesti Bersatu S/B, yang seterusnya memegang saham-saham dalam Miri Properties dan Dalam Development. Concordance Development, sebuah lagi pemegang saham dalam Kumpulan Parabena, adalah milik syarikat CMS, iaitu syarikat induk milik keluarga Taib! Syarikat-syarikat pemegang saham yang lain kesemuanya dimiliki oleh ahli-ahli keluarganya, terutamanya Raziah bersama suami ketiga Raziah, iaitu Robert Geneid.

Mesti Bersatu (dan seterusnya Ketua Menteri) merupakan pemegang utama dalam Royal Mulu Resort yang kini berkontrovesi itu, yang telah mendapat untung dari tanah percuma yang diasingkan oleh Taib dari tanah-tanah NCR orang-orang tempatan, juga dari subsidi-subsidi kerajaan negeri yang amat besar, terima kasih kepada keputusan Ketua Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan!

Maka dengan itu adalah wajar kami menyoal Taib yang gemar menyamakan Kumpulan Parabena dengan konsep keusahawanan berguna, sebuah syarikat milik keluarganya yang telah menjadi makmur bukan hasil kerja keras, tetapi sebaliknya hasil mengeksploitasikan jaringan-jaringan dalam kerajaan untuk mengaut tanah dan juga kontrak-kontrak, yang kemudiannya dijual kepada pihak-pihak lain untuk melaksanakan kerja?

Kedua, apakah faedahnya bagi orang-orang Sarawak secara keseluruhannya di mana Ketua Menteri dan keluarganya memperolehi keuntungan yang besar dengan tidak melakukan apa-apa kerja atas tanah-tanah yang telah dirampas?

Bagaimanakah pemerolehan kekayaan secara korup itu dapat memberi faedah kepada orang lain dan kenapakah ianya dikatakan salah atau ‘bersifat cemburu’ untuk mempersoalkan dan mengkritik rompakan atau kecurian yang dilakukan oleh Taib sekeluarga? Adakah kita tidak boleh cemburu pada seorang perompak atau pencuri yang telah menjadi kaya dan mewah, di mana pencuri atau perompak itu sememangnya menyalahi undang-undang?

Lagi banyak rasuah di Miri


Kehadiran Taib pada majlis pecah tanah adiknya di Miri merupakan salah satu contoh kegiatan ‘keusahawanannya’ di seluruh Sarawak. Sebuah lagi pembangunan utama di bandaraya yang memberikan contoh yang amat menjijikkan pada kerosakan akibat ketamakan keluarga Taib Mahmud.

Di awal 1990-an, Taib telah menghalakan pandangannya ke arah tanah perdana di tepian pantai bandar itu, Taman Selera. Kawasan ini adalah tapak bersejarah sejak beratus tahun bagi kediaman Residen, rumah-rumah Pegawai Daerah dan Pegawai Perubatan. Ketiga-tiga bangunan itu merupakan bangunan warisan yang memberikan seri kepada bandar itu.

Taib telah merampas 20 ekar tapak rekreasi awam untuk dirinya sendiri untuk membolehkannya membina Hotel Marriot yang serba moden. Tapak tersebut juga telah menempatkan tempat letak kereta awam di mana majlis perbandaran telah melaburkan berjuta-juta ringgit wang rakyat, tetapi telah dimusnahkan. Raziah, selaku Pengarah projek berkenaan telah berjanji dengan Walikota untuk membayar gantirugi ke atas pengambil-alihan tempat letak kereta awam itu, tetapi setelah 20 tahun, Bandar Miri masih lagi tertunggu-tunggu!

Syarikat yang memperolehi tapak pada kadar yang amat minima itu adalah Majupun S/B. Ahli-ahli Lembaga Pengarah dalam Majupun adalah Raziah, suami berketurunan Lebanonnya dan seorang lagi anak Taib, Hanifah. Sekali lagi para pemegang dalam Majupun adalah syarikat-syarikat milik keluarga Taib, Boble Strike S/B, dan Bakraz Holdings. Dan sekali Ketua Menteri sendiri adalah pemegang utama kepentingan dalam syarikat-syarikatsyarikat menerusi saham-sahamnya di Mesti Bersatu dan Miri Properties dan Kumpulan Parabena!

Keuntungan yang lumayan


Dengan cara demikian Taib Mahmud telah merampas kawasan tanah yang terluas dan yang paling berharga di Miri untuk dirinya dan juga untuk ahli-ahli keluarganya, di mana kumpulan Hotel Marriot tetap menghargai ‘usaha licik’ itu (kumpulan berkenaan yang beribupejabat di US diketahui akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Royal Mulu Resort yang korup, yang menjadi bahan ketawa kerana gemar menganggap dirinya sebagai usahasama ‘eko-pelancongan’)

Malah Taib juga berjaya memperoleh keuntungan yang besar dari penjualan tapak untuk membangunkan Taman Selera – 4 ekar kawasan perdana yang diambilnya dari kemudahan awam – dengan harga sebanyak 12 juta kepada syarikat kroninya, Shin Yang, yang kini sedang membina tiga lagi blok kondominium di atas tapak yang suatu ketika dahulu, paling menarik di Miri dan juga merupakan taman rekreasi awam.

Sekali Sarawak Report ingin bertanya ke manakah ‘budaya keusahawanan’ yang membolehkan Taib mendapat tepukan gemuruh dan siapakah yang mendapat faedah selain dari dia sendiri?

Sungguh memalukan


Sempena majlis perasmian pelancaran pembangunan Jalan Taman Tunku-Taman Jelita, pasukan-pasukan Tarian Naga kaum Cina dan juga peragaan pakaian tradisi kaum-kaum tempatan yang lain dilihat sebagai meraikan kekayaan keluarga Taib Mahmud dan mendengar hujah-hujahnya yang membidas kritikan-kritikan kekayaannya!

Maka jelaslah, persembahan sempena menyambut ketibaannya telah dikatakannya sebagai hasil yang rakyat perolehi seperti yang diperolehinya! Namun, kekayaan yang telah diperolehinya sebenarnya adalah hasil rompakan tanah-tanah orang-orang itu dan juga pengeksploitasian ke atas sumber kewangan negeri!

Pada majlis tersebut juga, paket-paket makanan dan minuman diberikan kepada semua orang yang hadir di situ. Para pengunjung juga diambil gambar mereka yang boleh kita lihat sebagai berlumba-lumba mendapatkan cebisan-cebisan makanan dari kekayaan haram Ketua Menteri!

Ketua Menteri itu juga dikatakan memberikan RM50 kepada setiap orang pengunjung yang juga dilihat sebagai membeli undi menggunakan harta haramnya. Sarawak Report ingin menasihatkan para pengunjung agar tidak membiarkan undi mereka dibeli sebegitu murah hanya kerana Ketua Menteri itu telah menyebabkan mereka hidup sengsara. Sarawak Report juga mengingatkan mereka bahawa Ketua menteri itu sedang menyimpan berbilion-bilion ringgit wang mereka di dalam akaun-akaun banknya yang seharusnya dikeluarkan untuk membina sekolah-sekolah, kemudahan-kemudahan kesihatan, bekalan elektrik, air bersih dan jalan-jalan yang selesa dilalui, di mana kesemuanya tidak akan dibelanjakan oleh Ketua Menteri!

  • anita

    taib setan

  • man

    bila taib nak mati. taib pegi mati cepat. lelaki gatal kahwin cucu. tak malu…eee miang, tamak, panyagak. ada sembahyang ke taib oi. takan nabi awak ajar awak menipu orang. tak rasa bersalah ke makan duit haram tu. tak lama lagi terburai perut awak dan kroni2 awak tu sesab makan duit haram.

  • sarawak warrior

    Banyak sebab mengapa TAHI harus disingkirkan. salah satu adalah kepura-puraannya dalam memperbodohkan rakyat sarawak. kebanyakan para YB yang rakyat pilih adalah di bawah BURIT

    ini.

    Bukan seorang sahaja YANG BODOH mewakili rakyat tetapi 99% adalah tahi kepada kepala TAHI.Rakyat sarawak adalah KULI kepada tuan tanah yang berambut putih ini. Kita akan terus begini sehingga TAHI dan tahi tahinya di flush terus ke dalam TANK…………..

    Saya tak PERCAYA kepada TAHI besar putih ini. ………. kahwin, hidup, mewah, berharta… semuanya dari rasuah serta kepentingan peribadi. Now ada Ura-ura nak buka BARAM DAM. If you dare than you will face your death row……….

  • hancur be end

    Bagi muslim yang beriman kepada balasan baik (surga) dan ancaman(neraka) dari Allah Yang Maha Besar takut untuk melakukan kejahatan. Pada pandangan saya mungkin Allah tidak sayang akan Taib Mahmud,keluarganya,kerabatnya dan kroni-kroninya. Sebab itulah mereka di biarkan didalam kesesatan dan cintakan dunia berlebih-lebihan,sehingga mereka lupa akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Kuasa. Adakah mereka fikir tidak akan diadili dan dihukum diakhirat nanti atas apa yang mereka lakukan didunia. Satu hari diakhirat sama seperti 1000 tahun didunia, adakah kita semua tahan dengan azab Allah Yang Maha Kuasa ini, maka tepuk dada tanyalah iman.

    Adakah mereka fikir mereka boleh hidup selama-lamanya didunia,tunggulah saat kematian yang akan kunjung tiba. Firaun yang mengaku tuhan itu mati, dan minta taubat pada Allah Yang Maha Kuasa, tetapi tidak diterima kerana nyawanya dihujung halkum. Janganlah kamu semua menyombong diri dan takbur seperti setan yang direjam, Bertaubatlah sebelum terlambat dan minta maaflah kepada rakyat jelata dan pulangkan hak rakyat sebelum kematian menjemput.

    Akhir kata dari saya untuk rakya Malaysia marilah kita tumbangkan kerajaan yang zalim ini dengan sama-sama mengundi Pakatan Rakyat untuk Selamatkan Malaysia supaya rakyat mendapat kesejahteraan hidup dibumi yang tercinta ini.

    "TAK NAK BN"

  • TAIP PALUI

    SUDAH TAU DIA BERSALAH..BERTINDAK!!!!!!!!!

23 Feb 2011

POLIS MENUTUP MULUT BARU BIAN – VIDEO EKSLUSIF!

This post is also available in: English, Iban

POLIS MENUTUP MULUT BARU BIAN – VIDEO EKSLUSIF!

Ketua Menteri, Taib Mahmud, dengan jelas dan ketaranya menafikan proses demokrasi digunakan menjelang pilihanraya yang semakin hampir. Sarawak Report telah memperolehi beberapa bahan video secara eksklusif yang menunjukkan bagaimana anggota polis dikerah untuk menghalang ketua PKR Baru Bian dari berucap di hadapan umum di kawasan pilihanrayanya sendiri. Kami juga difahamkan bagaimana Taib telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menafikan kebenaran mengadakan perhimpunan kepada pihak-pihak pembangkang! Sungguh memalukan!

Kejadian tersebut berlaku di pekan kelahiran Baru Bian, iaitu di Lawas, Sarawak. Ahli-ahli parti dan juga para penyokong yang dijemput ke perhimpunan yang diadakan di kedai kopi Sin Yang di mana mereka akan menjamu selera sambil mendengar ucapan-ucapan mengenai kecerahan masa depan mereka. Para penyokong dari kawasan pilihanraya tersebut hadir untuk mendengar mesej-mesejnya dan seterusnya akan membawa pulang mesej-mesej ke rumah-rumah panjang mereka. Seperti lazimnya, sebelum mereka mengadakan sebarang perhimpunan, mereka telah terlebih dahulu memohon kebenaran, tetapi seperti biasa juga, kebenaran sedemikian tetap dinafikan.

“Pihak polis tetap mengatakan tidak. Mereka tidak memberikan sebarang alasan” jelas Paul Bian, Penyelaras Kempen untuk Baru.


Kami menerima arahan dari orang atasan!


Para pekerja PKR mengatakan mereka tiada pilihan lain tetapi meneruskan perhimpunan tersebut. “Dengan menafikan kebenaran kami berhimpunan mereka telah menafikan hak-hak demokrasi kami” tambah Paul, yang juga saudara kepada Baru dan juga rakan politik kepada peguam hak asasi kemanusiaan itu. Paul menambah:

“Hak-hak kami telah dinafikan. Negara ini adalah negara demokrasi dan setiap rakyatnya berhak memberikan pandangan dan berhak berkumpul untuk menyampaikan maklumat yang tidak dapat kami sampaikan dengan cara lain. Kami di pihak pembangkan tetap tidak mendapat sebarang liputan media”

Baru Bian, yang telah menggegarkan kewibawaan Taib pada beberapa siri perbicaraan berkenaan dengan kes-kes persengketaan tanah-tanah NCR, mewakili pelbagai komuniti, menentang Ketua Menteri itu, hanya mendapati dirinya kalah pada pilihan 2006. Pada masa itu Baru Bian telah memulakan prosiding yang menyenaraikan amalan-amalan rasuah yang digunakan oleh BN untuk memenangi kerusi berkenaan hanya dengan majority 200 undi sahaja. Amalan-amalan dalam prosiding tersebut termasuklah rasuah dan pembelian undi. Namun, para hakim yang dikawal oleh Taib telah menolak kes tersebut dengan alasan ‘masalah-masalah teknikal perundangan’.

PKR merasakan Baru Bian seharusnya bebas untuk bercakap dengan orang-orang dari daerah kelahirannya. Menurut mereka lagi, Taib telah menggunakan taktik-taktik  yang amat kotor di samping menyalahgunakan kewibawaan polis pada peringkat awal pilihanraya, yang menampakkan rasa takutnya bahawa Sarawak kini kian bangkit terhadap kerajaan autoritariannya. Kekuasaannya selama 30 tahun telah mendatangkan kekayaan kepada keluarganya, tetapi sebaliknya telah menyebabkan kemiskinan dan kesengsaraan ke atas orang-orang rumah panjang yang telah dirampasnya tanah untuk dijadikan kawasan pembalakan dan ladang-ladang kelapa sawit.

Perhimpunan secara aman telah diancam oleh provokasi anggota polis


Saksi-saksi mengatakan para tetamu ke perhimpunan tersebut telah tiba seawal pukul 7 malam itu dan menikmati minuman ringan. Kebanyakan tetamu yang hadir untuk mendengar ucapan Baru Bian telah datang melalui perjalanan yang jauh dari rumah panjang mereka di pedalaman. Keadaan cuaca menjelang perhimpunan itu adalah kurang baik dan keadaan jalan yang mereka lalui juga kurang baik telah mengambil masa berjam-jam lamanya, tetapi mereka tetap juga berusaha menghadirkan diri. Menurut laporan yang diterima oleh Sarawak Report, ada di kalangan mereka yang kurang di segi pendapatan telah datang sehari sebelum perhimpunan itu, dan telah terpaksa bermalam di kawasan terbuka di sekitar pekan Lawas.

Pada kira-kira pukul 7.15 malam itu, menurut para pengelola perhimpunan, sepasukan anggota polis tempatan telah tiba. Para saksi mengatakan seramai 20 anggota berpakaian seragam polis mana kala kira-kira sepuluh orang lagi anggota Cawangan Khas berpakaian biasa. Kehadiran pihak polis telah menghambarkan perhimpunan itu dan ada di kalangan pengunjung mulai meninggalkan premis berkenaan. Paul Bian menjelaskan bagai mana rancangan awalnya adalah untuk menayangkan video kepada orang ramai di awal perhimpunan itu – sebuah filem maklumat mengenai Baru Bian dan misinya serta dasar-dasar transformasinya untuk Sarawak. Tetapi pihak polis telah menghalang Paul untuk berbuat demikian.


“Kami merayu kerana kami tiada cara lain untuk berkomunikasi. Kami menjelaskan kami tidak mendapat sebarang liputan media suratkhabar atau TV, kenapakah mereka menghalang kami menayangkan video kami ini?” kata Paul. “Ketua pasukan polis itu menunjukkan rasa simpatinya, tetapi dia memberikan alasan bahawa dia menerima arahan daripada “pihak atas”! yang mungkin bermakna Ketua Polis atau bos-bos parti politik”.


Pada mulanya Bian telah menyediakan tiga orang speaker untuk berucap pada perhimpunan itu, “Saya telah menjemput ketua kaum, Pemancha Jenging Anak Radin, yang telah meninggalkan BN kerana mendapati tanahnya dirampas dan juga peguam tanah hak NCR, Abun Sui, yang pernah memenangi kes-kes utama di kawasan itu, dan akhir sekali Baru Bian”. Namun, dengan tekanan dari pihak polis maka dia telah menyingkatkan masa berhimpun  dengan hanya menyuruh Baru Bian sahaja untuk berucap.

Tidak dibenarkanr

Berdasarkan video kami di sini Baru telah didatangi oleh anggota polis yang “meletakkan tangan pada bahunya”. Terdapat juga anggota polis di sebelah kiri dan kanannya. Mereka menyatakan padanya bahawa dia “tidak dibenarkan” berucap. Ada di kalangan saksi mengatakan bahawa kejadian tersebut amat menakutkan, kerana para tetamu telah menjadi semakin marah dengan tindakan polis itu.

“Kita ini ramai, jadi kita tentang mereka 30 lawan satu!” jerit salah seorang dari pengunjung ketika itu, jelas Bian. Maka oleh yang demikian, seperti yang terdapat pada video itu, Baru telah memutuskan untuk bertanggungjawab bagi meredakan perasaan marah para pengikutnya. Baru Bian telah memujuk para pengikutnya untuk bersabar dan memahami bahawa mereka perlu memberikan kerjasama kepada polis. Tanpa kepimpinan diplomatik Baru, perhimpunan tersebut mungkin akan bertukar menjadi peristiwa yang buruk, hanya kerana perhimpunan tersebut telah diprovokasikan oleh pihak polis.

Sebab inilah pengunjung yang marah telah terpaksa pulang ke rumah-rumah panjang mereka setelah hak demokratik mereka untuk hadir dan mendengar ucapan dari calon tempatan mereka dinafikan!

Sementara itu, pada tanggal 5hb Mac akan datang, Taib Mahmud akan mengadakan perhimpunan partinya untuk 5 ribu orang di Borneo Convention Center di Kuching, di mana kita takkan berasa hairan parti BN akan dengan mudah mendapat kebenaran polis untuk berhimpun! Sarawak Report menjangkakan tidak seorang pun dari para speaker yang berucap pada masa itu nanti akan menyentuh tentang amalan rasuah yang menyelubungi pembinaan Borneo Convention Center tersebut, yang telah mendapat restu dari Ketua Menteri dan dianugerahkannya kepada syarikat PPES Works, yang juga selaku “pakar binaan” kepada syarikat CMS milik keluarganya!

Mengetuai Lembaga Pengarah CMS adalah anak lelaki Taib sendiri, Mahmud Abu Bekir Taib, yang juga merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat itu. Sehingga saat kematiannya, maka saham-saham arwah Abu Bekir telah berpindah kepada ibunya, Laila Taib. Suami arwah Laila pula, iaitu Ketua Menteri telah, secara konsisten, menyerahkan banyak kontrak utama negeri ini kepada syarikat CMS di sepanjang 3 dekad. Maka dengan inilah harga saham CMS telah melonjak secara mendadak dalam beberapa bulan kerana menjangkakan kebanyakan wang negeri akan digunakan dalam projek-projek SCORE!

Menurut pihak PKR, amalan anti-demokratik pihak kerajaan dalam perkara berkenaan dan juga perkara-perkara lain telah menunjukkan bahawa kerajaan bersikap ‘counter-productive’. “Orang-orang ini bukannya takut, tetapi mereka merasa marah”, kata Paul Bian. “Kejadian ini telah membuka mata orang-orang ini akan apa yang sedang berlaku, dan peristiwa ini adalah pahit bagi mereka. Sejak kejadian ini, Baru Bian telah mendapat banyak undangan untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah di kampung-kampung di daerah ini. Mereka kata ‘datanglah ke tempat kami untuk berceramah’. Kejadian itu telah menjadikan mereka lebih berani menentang amalan-amalan tidak sihat pihak kerajaan itu”.

BN akan faham bahawa dengan mengecewakan dan mencetuskan kemarahan orang ramai di sesuatu kawasan pilihanraya bukanlah suatu cara yang bijak untuk memenangi pilihanraya. Orang awam akan mengandaikan bahawa BN kini takut kepada ketua pembangkang justeru mereka tidak akan membenarkan orang awam mendengarnya berucap!

  • http://yahoo Pandak segatak

    Saya berharap Baru Bian lebih cekal dan lebih bersemangat dengan hantu-hantu kerajaan ini yg cuba menutup mata dan telinga mereka yg tidk pekak mahupun buta….hancur mereka ini Baru Bian,rakyat sentias di belakang anda sebagai seorang penegak keadilan dan demokrasi di Sarawak/Malaysia yang sekarang sudah basi akibat perangai /tingkah laku pemerintah sekarang.

    • danny

      kita rakyat swk berharap Baru Bian yang akan memasuki DUN menyuarakan rintihan rakyat. Isu negeri seperti infrastruktur jalanraya SANGAT PENTING didedahkan!! kita perlu ingatkan pihak berwajib isu ini sangat penting di Swk. Jangan tunggu najib luluskan baru bertindak. Pihak JKR perlu dibangunkan dari tidor mereka selama ini. Mana dia JKR? Lebuhraya bila lagi mahu dinaiktaraf? sudah lebih 10 tahun saya berulang alik guna jalan ini…masih tak berubah2….sudah 2 kali election!!! kita harap JKR dibubarkan kalau langsung tidak berfungsi!!!! tubuh jabatan khas utk pantau pembinaan jalanraya/lebuhraya di swk!!!

  • tumbark

    ayuh rakyat sarawak bangkit lah dari lena yg pjg cukup lah sudah selama ini rakyat di perbodohkan atas nama pembangunan naik kan harga diri kita yg selama ini hanya bernilai rm 50 sahaja utk setiap undi SEDAR LAH KUASA DI TGN KITA RAKYAT!!!!!!!!!!!!

    • Munin Pitem

      sokong 100%

  • http://peacepink.ning.com/profile/LIMSC526 LIM SENG CHOON

    Sarawak kini telah menyaksikan kekecaman seorang veteran politik yang tamak kuasa, salahguna kuasa and anggap Bumi Kenyalang sebahagian tanah pusaka keluarga dirinya.

    Saya mangsa organised stalking selama 2 tahun dan juga remote electronic torture selama 6 bulan.

    Menyeru kesedaran orang ramai dari komuniti Sarawak tentang jenayah rahsia yang sedang berlaku di tanahair kita.

    email : [email protected]

  • yotokuu

    Kita tak boleh salahkan Abang-abang polis,Mereka bertindak mengikut arahan orang yang berkuasa(uban). Mereka pun mcm rakyat juga tak ikut arahan susah pulak nanti,siapa nak kasih makan anak bini.Jauh disudut hati mereka benci juga dengan rejim uban ini cayalah.

  • yotokuu

    Kita tak boleh salahkan Abang-abang polis,Mereka bertindak mengikut arahan orang yang berkuasa(uban). Mereka pun mcm rakyat juga tak ikut arahan susah pulak nanti,siapa nak kasih makan anak bini.Jauh disudut hati mereka benci juga dengan rejim uban ini cayalah.BN kuat kerana medialah..Orang BN bukannya hebat sangat..TV,radio,suratkhabar adalah senjata kerajaan yg paling berkesan untuk berkempin…sebabnya di saja yg boleh megutuk dalam tv tiap-tiap hari.

  • kayu jati

    Wakeup sarawakian,janganla kita tidur lena di buai oleh mimpi-mimpi BN yang sudah sekian lama menjanjikan kemewahan itu, semuanya untuk kepentingan peribadi YB's saja tu. Kalau satu round lagi si urban tu control habislah tanah sarawak ni milik keluarga dia dan kuncu-kuncu yang sekongkol degannya……..UNDILAH PAKATAN RAKYAT, hanya untuk kali ini saja.

  • anak jati

    bangkitlah anak-anak sarawak.. buat perubahan.. jgn biar terus ditindas bn.. cukuplah dah 30 ditindas.. rakyat sarawak ada hak ada maruah..

    teruskan perjuangan.. bagi kesedaran kepada keluarga

  • drdee

    bangun anak sarawakkkkk…..

  • jo

    ayuh anak sarawak….gunakan kuasa undi anda….

  • 5127

    pelik kenapa org masih mengundi taip yang dah nyanyuk tuu!!!

  • http://[email protected] anaksaribas

    Lawan Tetap Lawan….rejim taib mesti disingkirkan dari bumi kenyalang ini…hak rakyat mesti dikembalikan kpd yg berhak.

  • AK SRWK

    Sama2 kita anak-anak Sarawak,kuatkan iman dan teguhkan pengaharapan kpd Tuhan,dgn kuat berdoa dan mohon campur tangan Sang Pencipta yang penyayang dalam apa jua perjuangan kita untuk meruntuhkan tembok kekerasan dan kerakussan menara UBAN(Taib dan Konco2nya).Tanpa DIA,kita takkan berhasil.Untuk Sdr, Baru Bian dan sdr, Abun Sui,Berjuanglah tanpa lelah dan mengalah.Good Luck…

  • jabai saribas

    Ayuh anak saribas khususnya dan anak sarawak amnya. bangkit lah dari tidur lena kalian. Janganlah tunggu sehingga tanah kerajaan habis di kebas YB2 gelojoh baru hendak berindak. Kita tengok lah kawasan di Kpg Pusa semua telah habis diserahkan kepada Tabung Haji. Tapi malangnya kita tak tahu apakah perjanjian TH dgn YB2 keparat 2. Gaji pekerja ladang hanya RM15.00 sehari.Untuk beli sekampit beras pun tak cukup. adakah itu namanya kemajuan.

  • http://www.ayamayaschapan.blog aya mayas chapan

    mariii..kita anak sarawak sama2 bangkit menentang kezaliman..kamek smua anak watan anak jati sarawak sik kan nyerah bulat2 kekayaan bumi sarawak tok dgn penghisap darah si kluarga rambut putih..penjajah rambut putih sik sedar drik..kita sokong baru bian mmpertahankan sarawak demi untuk rakyat sarawak..

  • http://- chubb

    marilah..bdak2 muda pg daftar…pg undi…jgn undi BN kta undi pembangkang x kira apa parti janji pembangkang

  • Munin Pitem

    yg ada peluang utk mgundi jgn salah pangkah, pangkahlah org yg benar2 tunaikan janji, yg setia,yg sanggup korban pertahankan hak NCR kita dan bukan "katak lompat" parti. AWAS ! kepada mereka yg suka melompat ada hukumannya kelak.

  • Melanau Cina

    Masalahnya kalau SNAP ni nanti banyak calonnya jadi katak. SNAP sekarang bukan macam SNAP yang dulu.. susah2..

  • jobor kawu pechah

    wahai SPRM..tugasan kamu semakin menimbun sekarang..

    kamu kena berkampung di Pejabat Ketua Menteri…di pejabat perhutanan sarawak…di pejabat forestry…di pejabat tanah dan ukur…di pejabat Ta’an…di pejabat Rimbunan hijau….di bilik ketua menteri…………..sekarang buktikanlah motto kitak ya…TIDAK ADA SESIAPA YANG TERKECUALI, TIDAK ADA SESIAPA YANG ISTIMEWA……janganlah pula TIDAK ADA PORNO YANG TERKECUALI, TIDAK ADA PORNO YANG TIDAK DI DOWNLOAD

  • mayangsari

    ITU MALANGNYA RAKYAT [email protected] INI KITA DITIPU

    DAN TERTIPU OLEH PEMIMPIN2 KITA,BAIK D PERINGKAT KPG MAHUPUN

    D PERINGKAT NEGERI DAN PUSAT.REALITI@MAKLUMAT SEBENAR BANYAK

    RAKYAT YANG TIDAK TAHU.TIPAH…TIPAH…TERTIPU LAGI…….

    PUN BEGITU,KAKITANGAN KERAJAAN KHUSUSNYA POLIS,SPRM,SPR DAN

    YG SEUMPAMANYA HANYA "MENGIKUT".UNDANG2 DIORANG SURUH KITA

    IKUT TETAPI MEREKA SENDIRI TIDAK IKUT.CONTOH,DIA TAK SURUH

    KITA PARKING 'LINE' KUNING TAPI DIAORANG BOLEH?????

    MACAMANA KITA ORANG ULU NAK TAHU PERKEMBANGAN SEMASA@

    MAKLUMAT SEBENAR JIKA DIHALANG UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

    JIKA BEGINI BERTERUSAN,MAKA KITA AKAN TERUS TERTIPU BUAT

    SELAMA-LAMANYA…TIPAH……TIPAH…TERTIPU LAGIIIII…….

  • Fattah

    We want Baru Bian to be our new Chief Minister to replace Pek Mo. We want Reformation!!!

21 Feb 2011

APABILA KAUM ORANG ULU TURUN KE BANDAR!

This post is also available in: English, Iban

APABILA KAUM ORANG ULU TURUN KE BANDAR!

Mereka ini diketepikan oleh akhbar-akhbar yang dikawal oleh kerajaan, dan kemudiannya mereka mengambil ikhtibar untuk turun dari Hulu Baram dan menuju ke KL pada minggu lalu. Mereka bersuara menentang rancangan-rancangan Taib untuk membina Empangan Baram, yang akan memusnahkan sebahagian besar hutan hujan Sarawak dan seterusnya akan menempatkan semula orang-orang peribumi dari tanah-tanah hak mereka.

Para penganjur mereka mengatakan seramai 30 orang ke semuanya, termasuk kanak-kanak. Ada di kalangan mereka telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri yang agak besar bagi membolehkan mereka turun dari kawasan Long San di Lembah Baram. Jurucakap mereka, Willie Kayan, dari kaum Berawan, dipetik sebagai berkata, terdapat ramai kaum peribumi yang mereka wakili dalam kumpulan kecil itu.

“Kami adalah orang-orang yang miskin. Kaum Kenyah, Kayan, Berawan, Melayu dan Iban. Sedihnya, kami tak mampu mengutip wang yang cukup untuk membolehkan kaum Penan menyertaI kami” katanya kepada Sarawak Report.

Bagi orang-orang ini, yang telah bersungguh-sungguh menyampaikan mesej ke luar wilayah mereka, mereka telah mengambil masa 8 jam menaiki trak-trak melalui jalan-jalan syarikat pembalakan ke bandaraya Miri dan kemudiannya menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur, di mana mereka telah berjalan selama 3 hari membawa sepanduk-sepanduk di bandar berkenaan. Mereka mengadakan rapat-rapat umum di lapangan terbang, Chinatown dan di jalan-jalanraya dan seterusnya di Central Market. Terdapat penonton-penonton dan juga para pelancong yang memerhatikan rapat umum yang mereka anjurkan itu, tetapi langsung tiada sebarang pihak media yang sanggup membuat sebarang liputan.

Kekerasan oleh pihak polis


Sebaliknya dan sememangnya telah mereka jangkakan, kumpulan kecil mereka itu telah diperhatikan dan diawasi oleh pihak Cawangan Khas dan anggota polis berpakaian biasa. Pada suatu ketika sekumpulan pemberita dari TV Selangor (sebuah negeri ditadbir oleh pembangkang PKR) cuba merakamkan rapat umum yang dikelolakan itu telah menyebabkan pihak polis mengambil tindakan dengan serta-merta. Kumpulan rapat umum dan anggota pengambaran TV berkenaan telah diarahkan bersurai secara kasar oleh pihak polis supaya meninggalkan tempat itu.

“Orang-orang awam di Central Market telah menunjukkan minat mereka terhadap kami, mereka mengambil gambar kami dan bertanyakan soalan-soalan kepada kami dan mereka juga telah memperolehi risalah-risalah yang kami edarkan” kata Kayan “tetapi selepas itu kami dipaksa bersurai”.


Keberanian kumpulan kecil itu tidak sepatutnya dipandang ringan. Tetapi gerak-geri mereka adalah suatu petanda kepada perubahan yang besar di Sarawak sebagai orang-orang tempatan, yang biasanya kelihatan pemalu, telah memberikan reaksi kepada tekanan-tekanan melampau yang tidak lagi dapat mereka tanggung akibat rampasan-rampasan tanah oleh Taib. Empangan Baram tidak diperlukan, dan juga 12 buah empangan yang dirancang dibina oleh Taib dengan pinjaman modal sebanyak US$ 11 bilion yang telah ditawarkan oleh China, yang juga membekal tenaga pekerja dan kejuruteraan di belakang projek raksaksa itu.

Sarawak Report amat yakin bahawa tunjuk perasaan dari orang-orang Long San itu mungkin sebagai petanda menentang Taib. Sehingga kini Taib telah secara berterusan merampas tanah-tanah yang luas milik kaum peribumi negerinya sendiri untuk menambahkan kekayaannya, tetapi projek-projek yang amat besar itu juga menunjukkan kepada dunia betapa tamak-halobanya tanpa dapat dikawalnya lagi.

Menjadi terlalu tamak – dan disedari ramai

Taib dan keluarganya dan juga kroni-kroninya sememangnya diketahui ramai, bakal memperolehi keuntungan berbilion-bilion dari projek-projek raksaksa empangan itu. Sebab itulah mereka merancang untuk membina projek-projek “gajah putih” itu yang tidak diperlukan rakyat dan memusnahkan tanah-tanah dan hutan-hutan di negeri ini. Sebenarnya, rakyat Sarawak sendiri dan anak-anak mereka yang akan berusaha untuk mencari wang bagi membayar China, dalam bentuk cukai dan juga sumber-sumber alam mereka.

Kini rakyat Sarawak semakin sedar dan faham apakah yang Taib telah lakukan terhadap mereka dan juga negeri mereka di mana ketamakan Taib semakin menjadi lebih buruk selari dengan pertambahan kekayaannya. “Apabila orang-orang ini tiba di KL, mereka amat terpegun dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang mereka lihat” kata Willie Kayan. “Mereka tanya saya dari manakah datangnya belanja untuk membiayai pembinaan Menara Kembar Petronas itu?” dan sebagai jawapan, saya katakan kepada mereka bahawa sebahagian wang itu datangnya dari negeri Sarawak, hasil dari gas dan minyak dari telaga di perairan Sarawak. “Mereka kelihatan sedih mendengar penerangan itu, dan mereka mengambil banyak gambar”.

Para penunjuk perasaan dari Baram itu telah membawa bersama-sama mereka segala maklumat kepada orang-orang KL, tetapi mereka juga membawa balik maklumat-maklumat kepada kaum mereka di Baram. Maklumat tentang bagaimana negeri mereka di bawah pemerintahan Taib Mahmud telah dikebas sumber asli dan bagaimana ketika mereka hidup dalam kemiskinan, kekayaan bumi telah pergi entah ke mana.

  • Sil66

    Terima kasih kerana berani menampilkan diri,jangan malu dan takut di atas kebenaran untuk mengetenggahkan perhatian atas masalah Orang Asal yang sentiasa di tindas oleh TAIB….. " Agi Idup Agi Ngelaban" Jangan takut jangan undur sampai ke titisan darah terakhir….Keep up our strenght and don't give up…

  • Krul

    Amat sedih & trharu di atas pngorbanan pribumi yg ditindas. Ayuh org S'wak & Sabah kita tukar k'jaan… jgn takut kpd ancaman BN. Generasi M'sia prlukan kita utk mmbuat prubahan. Kami di Smennjung juga mahu menumbangkan rejim BN…

  • ucu tuai

    go for New Sarawak…change needed…

19 Feb 2011

PEMERINTAHAN PENYANGAK DI BUMI SARAWAK

This post is also available in: English, Iban

PEMERINTAHAN PENYANGAK DI BUMI SARAWAK

Gambar-gambar Minggat Anak Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat yang sungguh memilukan umum di seluruh dunia telah menceritakan sendiri tentang masalah-masalah di Sarawak. Kedua-dua anak beranak ini telah dicederakan dengan teruknya pada malam 14 Februari 2011 oleh para pembalak, yang telah

 

mencerobohi hutan di tanah hak adat mereka. Minggat telah ditinggalka nyawa-nyawa ikan di anak-anak tangga pejabat pengurus syarikat dan kini menunggu masa untuk pulih sepenuhnya bagi membolehkan beliau menceritakan kejadian yang menimpanya, manakala anaknya pula berjaya merangkak untuk melarikan diri di dalam malam yang gelap, untuk mendaptkan bantuan kaum keluarganya di rumah panjang.

Nasib masih menyebelahi mereka kerana kedua-dua mangsa berkenaan sedang dirawat di hospital di bawah kawalan rapi polis, kerana mereka direman atas kejadian itu. Sementara itu, tiada sebarang siasatan atau tangkapan dilakukan ke atas para penyerang mereka, walaupun ibu pejabat mereka di Sungai Rusa dikenali ramai. Sebelum itu, Minggat dan keluarganya pernah membuat banyak laporan polis beberapa tahun yang lalu mengenai pembalakan haram yang dijalankan di kawasan mereka tetapi polis tetap berdiam diri.

Hak-hak Orang Asal tidak dihiraukan oleh pihak-pihak yang berwibawa

Ketidakadilan yang dialami oleh Minggat dan keluarganya adalah perlakuan pihak-pihak yang memerintah. Isteri Minggat, Jelembai, yang mengatakan bahawa suaminya mempunyai peluang yang tipis untuk pulih sepenuhnya, telah memberikan keterangan kepada Radio Free Sarawak dalam temubual eksklusif:

“Semua orang kini gentar menghadapi samseng-samseng ini”

Menurut Jelembai, suaminya pernah beberapa kali membuat laporan mengenai pembalakan haram itu kepada pihak-pihak polis, Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Kerja Raya, dan sehingga bulan Disember tahun lalu, di mana dia mengadu bahawa kawasan-kawasan huma dan denai-denai ke dusun mereka dirosakkan oleh para penceroboh itu. Namun, pihak-pihak tempat mereka mengadu itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas samseng-samseng yang mengasari dan juga mencerobohi kawasan komuniti Iban itu.

Setelah tidak tahan lagi dengan pencerobohan yang berterusan ke atas tanah NCR mereka di Sungai Rusa dan Sungai Kuba (Kiba), kedua-dua beranak berkenaan telah memutuskan untuk berjumpa pihak pengurusan syarikat pembalakan pada petang 14 Februari. Mereka berharap dapat merundingkan sebarang pampasan-pampasan dari pihak syarikat. Namun tujuan mereka ke pejabat syarikat berkenaan telah mendedahkan mereka kepada serangan.

Kegagalan pihak polis

Jika pihak polis ingin memelihara keamanan, mereka seharusnya telah bertindak dan mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan ke kem pembalakan berkenaan, dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan pihak syarikat. Namun, memandangkan pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu komuniti, kedua-dua Minggat dan anaknya telah mengambil keputusan untuk menghadapi para pembalak itu.

Serangan yang telah dikenakan ke atas kedua-dua Minggat dan Juan telah menunjukkan betapa yakinnya syarikat-syarikat pembalakan bahawa kegiatan pembalakan haram mereka tidak dapat dihentikan oleh sesiapa. Para samseng ini merupakan penguatkuasa kepada dasar Taib untuk merampas hak-hak orang tempatan, dan pihak polis dan pihak-pihak berwibawa yang lain kini tahu bahawa pemeliharaan undang-undang bukanlah tanggunjawab mereka lagi.

Pemerintahan gerombolan penyangak

Sarawak Report kini telah percaya bahawa penggunaan samseng dan kekerasan adalah suatu instrumen dasar yang digunakan oleh Kerajaan BN, yang menaja syarikat-syarikat pembalakan. Samseng dan kekerasan amat berleluasa di negeri Sarawak, dan BN tidak boleh berpura-pura menganggap kejadian ini terpencil dan luar biasa. 

Hanya pada hujung minggu lalu sebuah kejadian yang menakutkan telah dialami oleh penduduk-penduduk Rumah Ranggong, di mana terdapat segerombolan samseng yang diangkut menggunakan dua buah bas telah diletakkan dalam keadaan berkawal di hadapan rumah-rumah panjang berkenaan. Para penduduk percaya bahawa samseng-samseng itu telah diupah oleh syarikat Niamas Istimewa Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat BLD Resources, yang membalak di kawasan berkenaan untuk menakut-nakutkan para penduduk di situ. Pada kejadian ini pihak polis telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian, dan kedua-dua pihak telah berada jauh di antara satu sama lain.

Tetapi kenapakah samseng-samseng yang bersenjata itu tidak dihantar balik ke Sibu, dan syarikat pembalakan penaung mereka tidak disiasat? Ini kerana selama bertahun-tahun lamanya orang-orang seperti ini telah digunakan oleh Taib Mahmud untuk melakukan kerja-kerja kotor di seluruh bumi Sarawak. Misi mereka hanyalah untuk menimbulkan rasa takut di kalangan orang-orang tempatan dan empunya tanah-tanah NCR supaya kroni-kroni Taib dapat membalak dan menjual kayu-kayu bernilai tinggi untuk membolehkannya dan juga keluarganya bertambah kaya. Kini kekerasan yang mereka lakukan telahpun dirakamkan, dan taktik-taktik sedemikian tidak dapat mereka lakukan secara tersembunyi.

 

Akhirnya mereka membalas serangan

Pada bulan lepas sebuah perkampungan telah diberikan amaran menerusi telefon bimbit bahawa segerombolan samseng 20 orang telah dihantar untuk menakut-nakutkan komuniti di situ, dan dengan panggilan-panggilan telefon komuniti di situ berjaya mendapat sokongan seramai 500 orang kampung untuk mengelilingi dan menangkap para penceroboh mereka itu. Kes-kes seperti inilah yang ditentang hebat di mahkamah dengan bantuan ketua pembangkang PKR, peguam hak asasi orang asal Baru Bian dan rakan-rakan peguam hak asasi kemanusiaannya.

Dan pada hari juga sebuah lagi kes tanah NCR telah yang menang menentang Kerajaan Negeri di mahkamah Kuching dan jumlah pampasan yang besar dijangka akan dituntut daripada syarikat pembalakan yang terbabit. Masa berlalu begitu pantas untuk Abdul Taib Mahmud.

  • miz

    BULLSHIT PARA SAMSENG BERKENAAN!AYUH RAKYAT SARAWAK BANGKITLAH PERTAHANKAN HAK ANDA SEMUA..DONT LET THE BULLSHIT TAKE UR RIGHT…

  • http://tiada gilbert ak lai

    saudara dayak yg duduk di sarawak jangan menyokong kerajaan BN jangan diperbodohkan lagi anak cucuk kita akan hidup menderita sepanjang masa.mulai hari ini kita mesti berubah kalau tidak kamu akan mendapat bencana yg lebih dasysat di masa hadapan

  • eyan

    gogogogogo!!!!baru bian!!!

  • Besi api

    Jangan membiarkan orang lain merampas hak kita.Ayuh..Bangkitlah Bersatu untuk mempertahankan hak kita.Hapuskan samseng yang mengganggu-gugat milik kita

  • http://yahoo Pandak segatak

    Itu hak anda..kalau hak dilanggar potong sahaja kepala mereka itu…jangan potong kepala samseng itu sahaja,potong sekali kepala bos mereka dan merka yang menaja samseng itu….lancau di ORANG ITU.

  • awi

    kerajaan negeri nampaknya mengamalkan pemerintahan bercorak kuku besi. mereka telah pun mengupah para samseng untuk memenuhi citarasa hati mereka, terutamanya Taib. marilah kita sama-sama hentikan sokongan kita kepada pemimpin yang sekarang ini.

  • BiarPutihTulang

    Agi Idup Agi Ngelaban my brethens!

    Malaysia is a joke if it's people is not cared for!

    Dum Spiro Spero! For the revival of the Kingdom of Sarawak! For the revival of the PRIDE of Sarawakians! We shall not be raped by a racially bias government! We shall no longer be the slave of one family! We are SARAWAKIANS and as long as we draw breath, we will fight for our hopes and out DIGNITY!

    Dum Spiro Spero,Agi Idup Agi Ngelaban!!

  • saudara prihatin

    Ayuh, sahabat-sahabat di Sarawak, kita jatuhkan kerajaan samseng yang ada sekarang, kembalikan hak-hak asal kepada penduduk pribumi, walaupun aku tidak berada disana, namun keperitan saudara pribumi aku sama merasanya…bangunlah, kerana pengajaran kepada tindakan jahat pemimpin yang ada sekarang di sarawak perlu dibalas…jangan biar tanah adat, hak hidup pribumi, masa depan anak-anak terus dihimpit oleh nafsu jahat pemimpin samseng di Petrajaya…HIDUP PRIBUMI & KEKALKAN TANAH ADAT DAN SUMBER ASLINYA…SESUNGGUHNYA KEMODENAN YANG DIBAWA OLEH PEMIMPIN SAMSENG SEKARANG MENGHANCURKAN HAK DAN ADAT PRIBUMI

  • kucing hitam

    Pilihan raya nanti perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengajar BN

  • anak iban

    Sepatutnya para samseng tiada di muka bumi keyalang yg boleh rakyat merana .Sama 2 kita bangsa hapuskan pemerintahan ini & bersedia menerima pemerintahan baru taib sebelum kita lumpuh oleh kuasa taibbb…..

    kita anak bumi keyalang bangun ,bangkit semangat jangan biarkan pengorbanan Rentap sia sia…

  • Sil66

    Saya berharap agar Kerajaan PBB BN akan meneruskan cara pemerintahan kuku besinya agar kapal PBB BN tengelam dengan cepat.

  • http://yahoo Pandak segatak

    Manusia yang tak malu berlagak kaya dengan duit rakyat…..malu lah itu bukan kekayaan kamu tapi hasil dari penipuan dan penindasan.Neraka pun tak mahu terima mayat kamu nanti…..api pun tak mahu makan kamu nanti kerana dosa yang terlalu berat….kamu akan mengepalai syaitan sentiasa menyusahkan org sama seperti tindakan kamu masih berpijak di bumi ini…KAMU AKAN DIINGATI SEBAGI MANUSIA YANG TIDAK BERTAMADUN DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIA SETELAH MATI NANTI…..Tuhan akan menghukumi kamu habi-habisan nanti sampai 7 keturunan kamu sekiranya masih makan duit kekayaan itu hasil dari penindasan rakyat miskin ini…amen

  • nurbisa

    Penyelesaian untuk masaalah ini, bagi saya ada dua perkara penting yang harus kita lakukan bersama-sama..Pertama:UNDI KITA, tolak pemeritahan yang ada sekarang dengan undi kita. Kedua:Menuntut dan mempastikan pilihanraya dijalankan dengan penuh KEADILAN dan KETELUSAN. Maksudnya, tiada penyalahgunaan kuasa dan pengunaan dana awam oleh pihak yang berkenaan.

  • yotokuu

    Sebenarnya rakyat tak kesah andainya Pemimpin itu nak kaya,itu haknya dlm fitrah hidup.Dlm memajukan sesebuah negara ianya mesti selari dalam semua espik.Contohnya kalau nama saja negeri maju ada bangunan adun canggihlah,scorelah,hidrueletrik 8bijiklah mcm-mcm lagi tapi rakyatnya terutama di luar banda hidup kais pagi makan pagi.Inilah rentehan dihati rakyat Sarawak sebenarnya.pemimpin yang untung rakyat makam batu.tanah dah habis sebab tu makam batu….

  • yotokuu

    Sebenarnya rakyat tak kesah andainya Pemimpin itu nak kaya,itu haknya dlm fitrah hidup.Dlm memajukan sesebuah negara ianya mesti selari dalam semua espik.Contohnya kalau nama saja negeri maju ada bangunan adun canggihlah,scorelah,hidrueletrik 8bijiklah mcm-mcm lagi tapi rakyatnya terutama di luar banda hidup kais pagi makan pagi.Inilah rentehan dihati rakyat Sarawak sebenarnya.pemimpin yang untung rakyat makam batu.tanah dah habis sebab tu makam batu….last sekali nanti batu tu yang hinggap di kepala menteri

  • 5127

    gulingkan sjak kerajaan Taib macam Mubarak…mereka berdua 2xlima..

    • lalid kuyad

      Taib Mubarak………….

  • jobor kawu pechah

    16 april 2011……….game over…GAME OVER…game over…GAME OVER…game over…GAME OVER…game over…GAME OVER…game over…GAME OVERgame ogame over…GAME OVER…ver…GAME OVER……game over…Ggame over…GAME OVER…AME OVER…game over…GAME OVER…game over…GAME OVER…game over…GAME OVER…game over…GAME OVER…

  • http://ibanuniversal bungai nuing

    Bab2 samseng ini memang wujud sejak dari awal lagi di Sarawak,perkara ini tidak akan berkesudahan selagi usaha yang tidak telus dilakukan oleh pihak berkuasa.Samseng-samseng di Sarawak umpama seperti anjing yang hanya makan tai,kebanyakaan mereka adalah askar2 upahan yang sanggup mati demi sesuap nasi dan nyawa mereka amat tidak bernilai sekali.Mereka kebanyakan didalangi oleh puak-puak tertentu di Sarawak yang berasal daripada bandar-bandar besar khususnya dari Sibu.Cadangan saya kepada pihak-pihak berkuasa hantar saja samseng-samseng ini balik ke negara asal mereka.Bagi orang kampung yang sering diugut oleh samseng2,kamu biarkan sahaja kerana kuasa Tuhan akan menghukum mereka,kesian samseng2 ini kan sebab tiada tuhan di dalam hati dan kehidupan mereka,mati pun nanti terus masuk neraka.Jadi orang kampung jangan bimbang kita ada Tuhan "yesus"dibelakang kita,sesungguhnya dia maha adil dan maha menyayangi anda..amen

  • Av

    Doalah supaya Bapa di atas mengantar anaknya untuk mempertahankan semua ini..dont give up!

  • usop

    ak walaupon org semenanjung..ak xsokong kerajaan taib..sarawak properties for sarawak people..wake up sarawak people..tentanglah kerajaan yang zalim

  • anakjati sarawak

    sumpit je samseng-samseng tu dengan ipoh lepas tu tengok sampai ke tak mereka ke hospital

17 Feb 2011

‘KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN’ KEMANAKAH WANG ITU PERGI?

This post is also available in: English, Iban

‘KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN’ KEMANAKAH WANG ITU PERGI?

Ketika Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan kroni-kroni pembalakannya memanipulasi tanah-tanah NCR milik masyarakat rumah panjang dan kampung, mereka juga menaburkan janji-janji yang sama. Mereka menjanjikan ‘kemajuan dan pembangunan’. Kebanyakan orang tempatan tidak mendapat apa-apa dari pokok-pokok yang ditebang dan juga dari tanah-tanah NCR yang telah diasingkan dari kawasan yang telah dibuka oleh nenek-moyang mereka. Bagi mereka yang menerima pampasan beberapa ringgit, mereka hanya boleh membeli beras sekilo-dua sahaja. Namun, mereka diberitahu bahawa Taib akan memperbaiki hidup mereka dengan memberikan segala kemudahan yang harus ada di zaman moden ini seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik 24-jam, jalan-jalan raya yang baik dan berturap, sekolah yang kondusif untuk anak-anak mereka, hospital dan klinik yang dikendalikan oleh para pakar, peluang-peluang yang luas untuk melanjutkan pengajian dan juga peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

Namun, setelah 30 tahun, apakah yang dapat kita lihat dan nikmati? Apa yang kita tahu adalah Taib dan rakan-rakan penyangak pembalakannya telah menebang sebanyak satu setengah juta hektar hutan kayu keras tropika bernilai berbilion-bilion dollar US di Sarawak. Mahkamah-mahkamah di Malaysia pula sedang membantu orang-orang tempatan ini mendapat kembali tanah-tanah NCR mereka. Tetapi orang-orang tempatan ini masih hidup serba kekurangan dan daif.

Orang-orang tempatan ini tiada lagi hutan untuk membekalkan buah-buahan, makanan dan haiwan-haiwan buruan untuk membolehkan mereka menjalani hidup berterusan, dan sungai-sungai mereka yang jernih dan indah pula telah dirosakkan dan dicemari. Ikan-ikan sungai banyak yang mati dan hampir pupus, dan air sungai pula tidak lagi selamat untuk diminum dan memasak makanan ataupun kerja-kerja mencuci dan pembersihan. Pengangkutan melalui sungai tidak lagi selamat kerana dipenuhi oleh rumpair yang hidup subur oleh baja-baja dari kawasan-kawasan perladangan. Sementara itu, pendatang-pendatang dari negera-negara jiran pula dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang kerana sanggup diupah dengan murah, mana kala kaum lelaki orang-orang tempatan yang tidak berpeluang bekerja hanya duduk sepanjang hari dan ramai yang terlibat dalam kegiatan pengambilan alcohol yang tidak terkawal, yang mudah didapati dari kedai-kedai dengan tiada sekatan undang-undang kerajaan pimpinan Taib Mahmud.

Sarawak merupakan negeri yang terkaya di Malaysia dengan bilangan penduduknya yang kecil, dan penduduknya juga adalah di antara yang termiskin di negara yang telah merdeka selama lebih 40 tahun. 30 tahun dipimpin oleh Taib, Sarawak masih lagi tidak mempunyai akses jalan yang baik, tiada bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik 24 jam untuk semua penghuni rumah panjang dan perkampungan. Anak-anak mereka yang baru berusia 7 tahun dipaksa berdikari dengan menghuni asrama di sekolah-sekolah yang berada jauh dari kediaman mereka – ada di antara kanak-kanak itu diperkosa oleh para pembalak dalam perjalanan mereka ke sekolah. Kemudahan kesihatan dan perubatan di negeri Sarawak juga sukar diperolehi atau dikunjungi oleh rakyatnya, seperti yang telah kami dedahkan dahulu. Kadar kematian di kalangan kaum ibu semasa bersalin adalah 3 kali ganda dari kalangan ibu-ibu di negeri-negeri lain di Malaysia, dan 10 kali ganda berbanding dengan di UK dan Australia.

Ke manakah pergi semua wang itu? Siapakah sebenarnya yang menikmati kemajuan dan pembangunan? Ketika Taib Mahmud akan meraikan ulangtahun ke-30 sebagai Ketua Menteri, kami mengambil keputusan untuk menerbitkan beberapa gambar dan imej yang telah dihantar oleh pembaca-pembaca setia kepada Sarawak Report. Taib bersaudara terdiri dari 10 orang , dan beliau mempunyai 4 orang anak dan ramai lagi ahli keluarga yang lainnya yang turut mendiami rumah-rumah mewah seperti beliau.

Keluarga-keluarga para kroni politik dan perniagaannya pula, di mana gambar-gambar rumah mewah mereka juga kami terbitkan di sini, adalah golongan individu yang paling bertuah yang telah menerima dan menikmati hidup hasil dari pemberian tanah-tanah NCR yang diasingkan dari NCR orang-orang asal, oleh Taib Mahmud sebagai ketua Menteri, juga selaku Menteri Sumber dan Perancangan, juga selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak (STIDC), juga selaku Pengerusi LCDA, dan jawatan-jawatan utama yang lain yang memberikan beliau segala kuasa ke atas Kerajaan Sarawak dan sumber-sumber asli negeri ini.

  • eyan

    nah!duit tu banyak masuk dalam kocek bos saja..korek2 slow,check2..cnfrm kantoi…

  • eyan

    sarawakian!dah tahu pemerintahan sarawak bnyak makan sendiri,masih lagi undi BN…..penduduk sekrang harus di bagitau,jangan terpedaya dengan tipu helah BN..

  • ibansarawak

    Ya kemana duit segala pembangunan?? kalo macam nie negara akan bertambah miksin..say no to taib..and his konco2

  • i rakyat Malaysia

    bangunlah dari janji-janji kosong…dah berpuluh-puluh tahun menunggu..sampai bila rakyat tersedar….

  • ank s,wak

    KICK TAIB & BN !!!

  • yotokuu

    Manusia kalau tak menipu,mencuri dan rasuah tak akan kaya.Apatahkan lagi orang Islam..tak boleh kaya sebenarnya.Kalau orang islam kaya taraf jutawan mesti tipu punya riba dan rasuah.sendiri tanggung nanti.

  • yotokuu

    Manusia kalau tak menipu,mencuri dan rasuah tak akan kaya.Apatahkan lagi orang Islam..tak boleh kaya sebenarnya.Kalau orang islam kaya taraf jutawan mesti tipu punya riba dan rasuah.sendiri tanggung nanti.Tak caya buka Kitap AL-QURAN.

  • jobor kawu pechah

    forestry??????

    jabatan perhutanan??????

    jabatan tanah dan ukur????????

    CM??????????

    Ta'ann?????????

    Rimbunan hijau?????????

    SPRM …. jalankan tugas anda………cepat…kalau tidak…

16 Feb 2011

KETUA MENTERI YANG SOMBONG BERGELUT DENGAN KEMATIAN!

This post is also available in: English, Iban

KETUA MENTERI YANG SOMBONG BERGELUT DENGAN KEMATIAN!

Sarawak Report telah membongkar suatu maklumat yang mengejutkan di mana Ketua Menteri Taib Mahmud, tanpa disedarinya sedang mempertaruhkan nyawanya sendiri terbang menaiki pesawat yang kurang selamat! Ini mungkin sikap bongkak dan sombongnya di mana dia sentiasa menganggap dirinya lebih mengetahui daripada para pakar penerbangan, dan dia telah meletakkan ahli politik kroninya mengawasi pesawat peribadinya itu.

Kami telah menemui bukti-bukti di mana selama beberapa bulan dalam tahun 2004, Taib dan ahli-ahli keluarganya dan juga menteri-menteri dan rakan-rakan kroninya diterbangkan di dalam pesawat yang diakui oleh para juruterbang dan jurutera sebagai tidak selamat. Beberapa pucuk memo telah kami temui yang menunjukkan bahawa staf-staf yang bertauliah telah mengeluarkan amaran-amaran mengenai masalah-masalah yang telah dikenalpasti, tetapi telah tidak dihiraukan kerana lebih mengutamakan permusuhan dan persengketaan yang timbul dalam syarikat Hornbill Skyways, yang membekalkan pesawat jet berkenaan.

Tidak lama kemudian setelah 4 buah pesawat Hornbill jatuh terhempas dalam masa setahun sahaja, yang telah meragut lebih sepuluh nyawa, termasuk seorang menteri. Lesen operasi syarikat berkenaan pun digantung.

Pesawat persendirian!


Rasuah yang menyelubungi pemerolehan Taib ke atas pesawat persendiriannya telah didokumentasikan secara meluas. Sebagai Pengerusi dalam Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), Taib telah menganugerahkan dirinya sebuah pesawat persendirian berkenaan. Dalam tahun 2004, perbadanan yang dikawal oleh Kerajaan Negeri itu memiliki 70% saham dalam Hornbill Airways, dengan baki saham selebihnyha dimiliki oleh sebuah lagi pertubuhan Kerajaan Negeri, Yayasan Sarawak.

Orang dalaman menyatakan bahawa Taib yang menjawat jawatan sebagai ‘Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)’ dalam Hornbill dan dia telah didapati membekalkan diri sendiri dengan pesawat yang mahal dan mewah yang dibiayai oleh wang pembayar cukai Sarawak. Perbadanan pembalakan itu memerlukan helicopter, tetapi jet-jet milik perbadanan itu hanya dikhaskan untuk kegunaan Ketua Menteri sekeluarga termasuk juga tetamu-tetamunya. Pegawai-pegawai eksekutif yang lebih senior menyatakan bahawa Taib kini memiliki sebuah pesawat Cessna Citation dan sebuah helicopter yang diletakkan dalam keadaan bersedia digunakan pada bila-bila masa sepanjang 24/7 setiap hari untuk sepanjang tahun. Sekeping cek akan dikeluarkan oleh kerajaan Negeri untuk membiayai kos perkhidmatan berkenaan!

Sikap acuh-tak acuh yang berisiko


Namun, Ketua Menteri dilihat sebagai seorang yang sentiasa menguruskan banyak perkara dengan caranya sendiri, dan dalam pada itu sentiasa menganggap dirinya boleh mengatasi sebarang masalah termasuk menguruskan isu-isu keselamatan di mana nyawa-nyawa orang lain dipertaruhkan, termasuk nyawanya sendiri! Para professional dalam industri penerbangan memberitahu kami bahawa mereka amat terkejut setelah mereka mengetahui bahawa barisan pengurus dalam Hornbill adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang kurang berpengetahuan dalam soal penerbangan, dan bukannya para pakar dalam industri tersebut.

“Pihak pengurusan Hornbill langsung tiada pengetahuan tentang penerbangan” kata seorang dari pakar yang memberikan maklumat kepada kami.

Manakala seorang lagi mengesahkan, “Kini sudah menjadi suatu budaya di kalangan mereka untuk mengutamakan soal politik dari keselamatan”

Piawaian-piawaian industri menuntut bahawa sebarang syarikat penerbangan haruslah diuruskan oleh seseorang yang professional dan bertauliah dalam bidang penerbangan. Tetapi Taib dan lembaga pengarahnya telah memilih untuk melantik mana-mana ahli politik yang bersifat ‘ya, tuan’. Pengerusi Hornbill Airways merupakan seorang bekas pegawai bank dan ahli politik Aidan Wing, yang tidak mengetahui apa-apa dalam bidang penerbangan atau isu-isu keselamatan. Dengan kegemaran Taib menggunakan khidmat kroni-kroninya untuk mentadbir sesuatu, kebanyakannya tidak berkelayakan, suatu masa nanti, tanpa dapat kita duga, akan berlakunya malapetaka. Para professional yang memberikan maklumat kepada Sarawak Report mengatakan, masalah-masalah dalam pentadbiran dan pengurusan telah sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada 4 kejadian buruk yang berlaku dalam tahun 2004, dan akhirnya mengakibatkan lesen operasi mereka terpaksa dihentikan!


Pesawat Taib hanya menunggu masa untuk menemui kemalangan


Kami telah menerima maklumat yang ekslusif yang mengatakan bahawa kecuaian yang berlarutan dan tanpa disedari sesiapa di mana Ketua Menteri kerap menaiki pesawat yang tidak selamat selama beberapa bulan. Seorang jurutera utama telah mengutuskan surat kepada pihak pengurusan Hornbill dengan menyatakan kebimbangan pasukannya terhadap soal pembaik-pulihan pesawat HS125 yang digunakan oleh Ketua Menteri. Tetapi, luahan kebimbangan jurutera berkenaan telah tidak dihiraukan dan akhirnya dia diberhentikan bekerja dengansyarikat berkenaan, meninggalkan para staf yang kurang mahir mengambil alih tugasnya ke atas pesawat yang semakin hari semakin menjadi serius.

Beberapa ketika selepas itu, setelah pesawat itu menjalani pemeriksaan keselamatan di Singapura, menurut sumber dalaman, telah mengatakan bahawa pesawat berkenaan telah selama ini diterbangkan dengan bilah-bilah kipas yang bengkok pada salah sebuah enjin jetnya! Para pakar penerbangan telah memberitahu Sarawak Report bahawa kerosakan tersebut, jika tidak dihiraukan, boleh menyebabkan pesawat itu rosak di udara dan jatuh terhempas bersama-sama Ketua Menteri dan penumpang-penumpangnya.

Bilah-bilah kipas yang bengkok juga tidak dihiraukan oleh juru-juruterbang

Bukti-bukti yang kami terima berkenaan dengan budaya mengenepikan soal-soal keselamatan ini juga telah merebak kepada para juruterbang yang bekerja dengan syarikat Hornbill. Pemberi maklumat kami menyatakan bahawa para juruterbang mereka sedar akan kerosakan-kerosakan yang mereka alami, tetapi mereka terpaksa akur dengan segala perintah dan arahan yang mereka terima daripada pihak pengurusan syarikat.

Semua juruterbang terlatih harus tahu betapa pentingnya mereka mengutamakan hal-hal keselematan, tetapi dalam syarikat Hornbill, terutama dengan Taib yang bertindak sebagai tuannya, hal-hal keselamatan diketepikan. Namun Abdul Taib Mahmud sendiri langsung tidak mengetahui tentang seloh-belok penerbangan. “Menteri-menteri akan menaiki helikopter-helikopter berkenaan, duduk sambil merokok di dalam pesawat, dan juru-juruterbang pula terlalu sopan untuk menegur mereka, walaupun menteri-menteri yang bodoh itu berada hanya beberapa inci jaraknya dari tangki minyak”, kata seorang lagi pemerhati.

Taib sebagai pentadbir


Adalah terlalu daif bagi Taib dan syarikat penerbangannya untuk mengenepikan pendapat dan kepakaran para jurutera dan juruterbang mereka yang sentiasa cuba membantu memperbaiki hal-hal pentadbiran dalam syarikat. Kedaifan seperti ini bukan hanya menyebabkan Taib menemui ajalnya, tetapi juga para penumpangnya.


Syarikat Hornbill telah didakwa di dalam mahkamah oleh salah seorang bekas eksekutifnya, Asharat Ali, kerana telah dilayan dengan tidak adil. Asharat mendakwa dia cuba memberikan pandangan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam syarikat berkenaan. Kes berkenaan yang didengar semula sekitar bulan Mei ini nanti.

Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkan Sarawak mengeluarkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit untuk membiayai sistem pengangkutan ini. Pemilikannya yang terkini merupakan jet Cessna Citation, bernilai USD19.5 juta dan merupakan pesawat persendirian yang termahal di dunia hanya dikhaskan untuk kegunaan peribadinya sahaja. Senarai para penumpang yang pernah bersama-samanya menaiki pesawat tersebut terdiri daripada ahli-ahli keluarganya, rakan-rakannya dan juga bomohnya di sekitar Sarawak dan juga ke tempat-tempat lain di luar negara, bukan atas sebarang urusan rasmi.


Taib dipercayai akan membeli sebuah lagi pesawat yang lebih baik, yang juga akan dibiayai menggunakan wang pembayar-pembayar cukai Sarawak menerusi syarikat Hornbill dan STIDC. Namun pertimbangannya kali ini sudah dipengaruhi oleh nafsunya. Dalam tahun 2004 orang tua itu hampir-hampir terkorban dalam pesawatnya sendiri.

  • panji

    bagus la kalau taib mati. bn boleh cari penganti lain untuk menerajui sarawak. biar lah taib mampus awal dari menyusahkan rakyat sarawak

  • awi

    ketua menteri seharusnya mengakui bahawa dia bukanlah manusia yang tahu semua hal dalam dunia ini. dia seharusnya mengakui kepakaran serta nasihat yang diberikan oleh juruterbang yang mahir tentang keselamatan kapal terbang yang digunakan. keangkuhan hati akan membawa kehancuran.

  • Aiman

    Apa nak doa orang suruh mati…..kan kah kematian itu akan datang kepada semua kita.

    Biarlah Allah mengaturnya semua……kita yang masih hidup beramalah banyak2 untuk bekal di akhirat kelak.

    • dayang

      ko pi la mampus sekali dgn dia.

    • bujang

      kau dgn taib sama-sama mampus lagi bagus!

  • anak iban

    itu baru taib yanag mati tapi bukan konco2 nya ….kalau dikira berapa banyak kesengsaraan kita iban tidak dapat dibalas sekiranya taib mati kalau boleh sebelum penyangak itu mati kembalikan hak tanah ncr kita…mati taib ,mati taib,mati taib

  • brrr

    PEMBAYAR2 CUKAI YG TERUK MERANA DITEKAN, DIPERAS…LHDN tidak tahu apa yg mereka buat..cuma tahu kerja saja…

  • dayang

    taib tolong kembalikan hak peribumi sarawak. jual semua aset-aset yang kau dan kroni2 ambil secara haram dari rakyat sarawak dan kembalikan kepada rakyat sarawak. berpuluh tahun orang sarawak menderita macam tak merdeka dan kau dan kroni bersukaria. eeeee ..geramnya aku.

    • awg

      hidup dayang

  • dayang

    Wei mana pihak berkuasa. tak kan lah taib menyalahgunakan kuasa selama bertahun-tahun dengan wang berjuta-juta tak tau. korang komplot sekali ke? macam orang hutan je pihak berkuasa ni. bagi rasuah sikit terus diam. macam babi tak makan.

    • bujang

      cantekkkk! teruskan dayang…biar yang tak reti2 ni makan pedasnya.

  • ibansarawak

    ya..biar dia mati dlm tragedi nahas itu..supaya org yang lebih jujur dan amanah memerintah sarawak, selepas selama ini dahagakan pembagunan

  • 5127

    bagus taib mati…dari hitam kepala sampai putih masih mentadbir sarawak..tak ada orang lain kah yang sesuai…

  • pakcik abubakar1960

    salam sejahtera semua pembaca

    jangan doa taib mati nanti dia tak sempat tengok kejatuhan Barang Naik (Be End) pada PRU13 kelak. selamat

  • kamei terpadaya

    betul kata pakcik bakar.. teruskan taib pegang takhta ( RAJA SARAWAK ) all the best Taib. Agik Hidup…. agik ngelaban..

  • jobor kawu pechah

    hahaha be end dah nak game over gik kat serawak

  • combi

    Wlpn aku tngal d smnjung tp aku ksian mlihat pnipuan yg d bt taib..sudh lbih 20 thn kpg aku d sratok d printah oleh BN tp "apa pn tak de"…kmudahan api&air lngsung tak ada,jalan utk msuk ke kpg pn msih jln tanah & skira nya ujan amat mnyukar kn org kpg sdangkn jrak ke pekan tak smpai 5 klmtr.. D mna kh janji2 swaktu mngundi?????????

  • mza

    pada firasat aku, taib akan jatuh tersungkur sendirinya apabila pru dun sarawak ke-10 ni dimenangi oleh pakatan rakyat. masa tu dgn automatiknya kuasa km die terlucut dan terus mendapat strok akibat terkejut bn srwk boleh kalah.. pastu baru mati (jika diizin tuhan) baru tragis.. memang lahanat betul taib ni dalam tahun 2011 menuju ke era teknologi maklumat &globalisasi, ada jgk kg kat srwk takde bekalan asas air,api,jalan.. ishh2..

15 Feb 2011

Mahkota bertatah intan berlian keluarga Taib

This post is also available in: English, Iban

Mahkota bertatah intan berlian keluarga Taib

Abdul Taib Mahmud mungkin sekadar seorang Ketua Menteri di salah sebuah negeri di Malaysia yang menerima gaji rasmi yang sederhana, tetapi beliau sekeluarga mampu memperagakan barangan kemas setanding dengan apa yang dimiliki oleh golongan monarki dan kerabat-kerabat di-raja di dunia ini. Kaum perempuan dan wanita dari keluarganya sentiasa berasa megah untuk menunjuk-nunjukkan kekayaan itu, terutamanya pada leher dan lengan mereka, walaupun mereka berpura-pura tegas mengamalkan kebudayaan Islam.

Sarawak Report telah berjaya mengumpul banyak gambar untuk tatapan umum Sarawak, memberikan suatu gambaran jelas ke manakah wang yang banyak seperti yang dijanjikan untuk pembangunan dan kemajuan itu.

Kemanjaan dari Hutan


Hutan-hutan Sarawak ditebang dan sebagai balasan bagi orang-orang yang berhak ke atas tanah-tanah dijanjikan hidup moden yang serba selesa. Tetapi mereka telah dibiarkan untuk hidup miskin tanpa hutan tempat mencari makanan lagi. Ramai yang kelaparan kerana ikan-ikan dan haiwan buruan telah pupus, manakala pokok-pokok buah, dan huma atau sawah pula telah bertukar menjadi ladang kelapa sawit yang menyediakan tempat kerja hanya untuk golongan imigran sahaja.

Gambar-gambar ini membuktikan kepada umum kemanakah sebenarnya keuntungan itu berakhir, kebanyakannya untuk membeli barangan kemas untuk menghias tubuh badan ahli-ahli keluarga dan kroni-kroni Taib. Kami telah dan pernah menunjukkan gambar-gambar ini kerana orang kebanyakan jarang-jarang berpeluang melihat gambar seperti ini, dan kami percaya umum berhak untuk memahami tahap kekayaan yang diperolehi oleh keluarga pemerintah yang telah diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat selama 30 tahun ini.

Gambar-gambar ini bukan hanya mampu menunjukkan kepada kita ke mana sebenarnya khazanah alam Sarawak menghilang, tetapi ianya juga berakhir pada rumah-rumah dan premis-premis mewah keluarga berkenaan di serata dunia. Kami percaya, adalah adil jika orang Sarawak, yang kebanyakannya menjalani kehidupan antara yang termiskin di dunia ini, harus tahu betapa mewahnya hidup golongan pemerintah ini yang pernah manabur janji-janji bagi membasmi kemiskinan di kalangan rakyatnya.


Taib bukanlah seorang sultan atau raja

Dengan kemewahan dan kekayaan yang diperagakan oleh keluarga Taib, perlulah kita ingat bahawa mereka bukannya kerabat di-raja, tetapi sekadar ahli-ahli politik yang dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat untuk rakyat, bukannya memerintah atas rakyat, atau merampas hak-hak dan harta-harta rakyat. Kemewahan dan kekayaan Taib Mahmud adalah bukti ketidak-jujurannya sebagai seorang ahli politik. Maka, inilah sebabnya beliau menyembunyikan hakikat ini daripada pengetahuan rakyatnya, dan Sarawak Report telah memutuskan untuk menerbitkan gambar-gambar ini.

  • miz

    bulls**t development by lOGGING XTVT!REALLY BULLS**T!

  • Mohd Amin

    Bagus. Kamik suka anda membuka mata hati kamik dari kegelapan.Terus kan…… Kamik sokong sampai bila bila.

  • 5127

    kenapa xda org nak rompak keluarga taib?

13 Feb 2011

UNDANG-UNDANG KHAS UNTUK TAIB SEKELUARGA, DAN LAIN PULA UNTUK ORANG KEBANYAKAN?

This post is also available in: English, Iban

UNDANG-UNDANG KHAS UNTUK TAIB SEKELUARGA, DAN LAIN PULA UNTUK ORANG KEBANYAKAN?

Syabas! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!

Sarawak Report tidak menyalahkan pengambilan alcohol, tetapi meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar? Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud. Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia. Mungkin Taib sekeluarga selalu memikirkan bahawa mereka berada di atas undang-undang, di mana mereka menggubal undang-undang hanya untuk dikenakan ke atas orang lain.

Kami ingin mencadangkan kepada Taib untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagaimana beliau harus mendidik ahli-ahli keluarganya, meneladani kes Kartika Sari Dewi Shukarno. Elia, seperti mana yang kita ketahui pada entri terdahulu merupakan pewaris kepada harta yang bernilai berjuta-juta ringgit yang diterimanya daripada bapa saudaranya Taib, dalam bentuk tanah-tanah yang dirampas dari orang-orang asal. Justeru itu, Elia sudah pastinya telah melanggar undang-undang.

Pakcik Taib, kami ada menyimpan banyak lagi gambar yang menunjukkan ahli-ahli keluarga pakcik yang menunjukkan mereka berpakaian menjolok mata, gelas-gelas alkohol, barangan-barangan kemas mereka, walaupun pakcik sering berkhutbah sebagai seorang Muslim (mengalahkan seorang imam), tetapi akan menyebabkan mereka merasa marah terhadap pakcik.

  • ZAINAL ABIDIN AWANG

    SAYA MELIHAT ISU INI BUKAN SEBAGAI ISU KERAJAAN, YANG PENTING BAGI MENERUSKAN SERAWAK UNTK ORANG SERAWAK KETUA MENTERI PERLU BERUNDUR DAN SERAHKAN KEPADA PEMINPIN YANG LAIN YANG LEBIH MUDA DAN PUNYA PEMIKIRAN YANG WARAS UNTUK RAKYAT SERAWAK YANG AKAN DATANG.SALAM

  • http://yahoo Pandak segatak

    Bukan cerita baru di negara ini org kenamaanatau org kuat politk kebal dari undang-undang.Tidak pelik perkara ini sering berlaku di negara ini juga…..biar le!!!!!Merka yg gubal dan kuatkuasakan undang2.Kita ni siapa??????

    Malaysia pun hancur nanti…..

  • panji

    memang lsu terbabit hanyalah merupakan isu peribadi, cuma apa yang pasti sebagai seorang pemimpin yang beragama islam yang berlandaskan sunnh dan Al- quran sepatutnya beliu dan keluarga menjadi contoh kepada rakyat khusunya rakyat sarawak. ingatlah didunai ini hanya 1 persinggah yang kekal adalah dunia kematian…

  • yotokuu

    Sudah semestinya bergitu.Firuan pasti akan ujud lagi dikalangan umat manusia.Sebenarnya Firuan belum mati lagi.Pemimpin bila sudah lama memerintah mulalah jadi mcm firuan,tak sedar diri.Dlm kes keluaga taib,barangkali tak semuanya keluaga taib betul-betul islam..seperti yg kita tahu orang Melanau tak semuanya Islam,ada yg bukan islam dan ada yg buat-buat islam untuk kepenting.

  • pakcik abubakar1960

    salam untuk semua rakyat sarawakian

    apa kata kita jatuhkan pemimpin yang tidak boleh memimpin kita pada PRU ke 13 nanti. Berilah peluang kepada pembangkang jadik pemerintah dan kerajaan sekarang jadik pembangkang pulak.

  • mbiakkbg

    semua sahabat sarawakkian …

    kmk setuju ngan pakcik abu bakar1960 … better kita tukar dolok kerajaan kenek tuk jadi pembangkang.. pembangkang jadi kerajaan … sebab YB kerajaan kenek tuk kaya-kaya.. tp rakyat sarawak masih merempat mencarik kerja di negeri & negara org lain ….

  • ramraj

    Aku memang setuju dengan pandangan pakcik abu,kita ubah lagi…takkanlah orang sarawak lain tak pandai/tak berkelibar,,mungkin orang lain lebih pandai lagi daripada itu.Jangan ingat dia sorang aja pandai…undang-undang kalau budak curi besi buruk lima enam kilo diambil tindakan tapi yang curi puluhan hektar tanah,belanja wang rakyat senyap…apa yang dikata Pandak segatak ada kebenarannya.

  • rakyat biasa

    the best way.. sarawak no need join malaysia.

    • sabahan troll

      then same goes to sabah.. coz we borneo people never like semenanjung ..

12 Feb 2011

FAKTA-FAKTA TERSEMBUNYI MENGENAI KESIHATAN DI SARAWAK – KEMATIAN DI KALANGAN KAUM IBU

This post is also available in: English, Iban

FAKTA-FAKTA TERSEMBUNYI MENGENAI KESIHATAN DI SARAWAK – KEMATIAN DI KALANGAN KAUM IBU


Sarawak Report telah mendapat maklumat yang ekslusif mengenai skandal kesihatan yang berkaitan dengan kadar kematian sebenar di kalangan kaum ibu yang selama ini telah disembunyikan oleh Kerajaan Sarawak.

Para doktor dan pakar-pakar kesihatan yang merasa runsing dengan keadaan ini menjalankan siasatan mereka ke atas kadar sebenar kekurangan penjagaan kesihatan yang diberikan kepada penduduk-penduduk di negeri ini, walaupun negeri ini merupakan negeri yang kaya dengan sumber alam. Menurut kajian dan siasatan mereka kematian di kalangan kaum ibu yang melahirkan anak adalah lebih tinggi daripada yang diberikan kepada perangkaan rasmi, walaupun perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan bagi seorang penduduk di negeri ini adalah kurang dari satu perempat berbanding dengan yang dibelanjakan di Semenanjung Malaysia!

“Sarawak adalah negeri bekependudukan rendah yang diam secara bertaburan atau berselerak di serata negeri” kata salah seorang pakar kesihatan yang memberikan maklumat-maklumat kepada Sarawak Report. “Ini bermakna kita perlukan lebih banyak peruntukan untuk penjagaan kesihatan di negeri ini, bukannya kurang. Tetapi Kerajaan BN tetap memilih untuk mengabaikan orang-orang asli yang mendiami kawasan pedalaman.”

Tiada peralatan untuk kes bersalin yang bermasalah

Data dan statistik yang mengejutkan tetap dialami oleh para doktor yang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka di Sarawak. Seorang lagi pakar kesihatan mengatakan bahawa kebanyak wanita-wanita hamil dari kawasan pedalaman yang akan melahirkan anak terpaksa melalu risiko, kerana langkah-langkah keselamatan yang mudahpun tidak dihiraukan pihak-pihak yang berwajib.

“Langkah-langkah keselamatan ini adalah jauh lebih murah berbanding dengan membiayai perkhidmatan doktor udara” katanya. Walau bagai manapun, katanya lagi, jika sesuatu perkara itu tidak menguntungkan sesiapa dari golongan yang berkuasa dan berwibawa, maka kaedah yang boleh menyelamatkan ratusan nyawa seperti itu tidak akan dibangunkan.

Pakar berkenaan juga memberikan komen bahawa kemiskinan dan keadaan jalan yang amat sukar dilalui adalah penyumbang utama kematian kepada kaum ibu. “Rakyat semakin miskin dan harga makanan dan bahanapi pula kerap dinaikkan. Ini akan menyebabkan kaum ibu menjadi semakin tidak mampu untuk pergi ke hospital. Jika berlaku apa-apa kecemasan, jalan yang tidak baik akan menyukarkan golongan ini sampai di hospital”.

Statistik-statistik utama

Kebanyakan pakar kesihatan yang memberikan maklumat kepada kami menyatakan penyebab utama kematian yang menimpa kaum ibu di Malaysia adalah pendarahan, jangkitan penyakit, kekejangan otak, darah tinggi, dan komplikasi-komplikasi merbahaya yang lain. Keadaan-keadaan ini akan dapat dielakkan jika ibu-ibu yang hamil itu berada dekat dengan hospital. Namun jika mereka berada jauh, selalunya mereka akan meninggal dunia dalam perjalanan. Kekurangan para pakar kesihatan yang ditugaskan di kawasan pedalaman juga menyumbang kepada kurangnya pengawasan yang rapi terhadap kaum ibu ini sehingga dekat pada masa mereka melahirkan anak.

Namun para doctor mengatakan angka-angka yang dikemukakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak tetap mengelirukan dan cuba digunakan untuk memberikan gambaran kepada umum bahawa kadar kematian di negeri ini tidak tinggi dari di Malaysia secara keseluruhannya:

“Kami percaya bahawa Jabatan Kesihatan Sarawak telah memanipulasikan angka-angka ini. Mereka menyebut tentang angka-angka yang telah diselaraskan bagi seluruh Malaysia dan kemudiannya membahagikan dengan bilangan kehamilan di Sarawak. Tetapi pada hakikatnya, kadar kematian di kalangan ibu mengandung dan yang bersalin adalah tinggi. Suatu kertas kajian 1990-an yang diterbitkan dalam 2008 berdasarkan kajian sebenar menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 92 dari 100,000 mengalami kesukaran semasa bersalin, berbanding dengan 30 dari 100,000 seperti pada angka yang dimanipulasi oleh Jabatan Kesihatan Sarawak. Sejak sekian lama, tiada penambahbaikan dilakukan ke atas peralatan-peralatan kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan kami mencabar sekeras-kerasnya agar jabatan berkenaan menunjukkan bukti untuk menyokong statistik-statistik mereka itu.”

Perangkaan yang meragukan itu dapat diperolehi dari terbitan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang bertajuk ‘Health Facts About Sarawak’, yang diterbitkan dalam tahun 2008. Walau bagamanapun, ramai pakar kesihatan bersetuju bahawa terbitan tersebut bukanlah berdasarkan kajian-kajian di Sarawak sahaja, tetapi bagi seluruh Malaysia.

Sebaliknya para doktor mengatakan terbitan yang berjudul “Women and Health – Village Mothers, City Daughters” 2007, oleh Adeda Baer, memetik laporan dalam kajian “Sudden Maternal Deaths in Malaysia – A Case Report” oleh R Jejasothy di dalam Journal of Obstetrics and Gynaecological Research (Jilid ke-28, No 4, mukasurat 186-93) yang diterimapakai di peringkat antarabangsa sebagai mengira kadar kematian adalah 92 dalam 10,000 kelahiran.

Helikopter ‘Tidak sesuai untuk para pesakit, tetapi hanya sesuai untuk akaun bank Jabu!’


Para doktor yang memberikan maklumat kepada Sarawak Report mengatakan mereka menyalahkan kerajaan BN kerana kadar kematian yang mengejutkan disebabkan kerajaan BN lebih berminat mengadakan kelengkapan yang mahal-mahal untuk memberi peluang kepada para menteri untuk memperolehi kekayaan, tetapi bukannya mengadakan khidmat yang lebih murah dan praktikal yang dapat menyelamatkan nyawa.

Salah seorang dari pakar kesihatan yang pernah berkhidmat sebagai doktor udara memberitahu Sarawak Report bahawa dia pernah bertugas dengan khidmat yang dicengkam rasuah, yang melibatkan negara ini mengeluarkan belanja sehingga RM90 juta setahun. Katanya lagi:

“Perkhidmatan doktor udara ini adalah suatu pembaziran yang besar. Ia tidah boleh memuatkan pesakit yang berbaring dan tiada pula ruang yang cukup untuk doktor-doktor untuk membawa lebih dari beberapa biji pil-pil ubat. Kami pergi berpandukan penerbangan yang terjadual dan tiba di perkampungan pada masa yang sesuai dengan penerbangan dan bukannya pada masa pesakit memerlukan khidmat ini. Jarang kita dapat melakukan kerja-kerja menyelamat nyawa semasa kecemasan. Helikopter-helikopter itu hanya sesuai untuk doktor-doktor yang sihat dan bukannya sesuai untuk pesakit-pesakit yang merana!’

Pakar kesihatan berkenaan memberitahu Sarawak Report bahawa adalah lebih murah dan lebih berkesan jika para petugas para-medic diletakkan untuk mengawas sesebuah komuniti untuk membantu ibu-ibu yang bakal melahirkan anak dan kemudian menguruskan penghantaran mereka ke hospital-hospital pada masa yang difikirkan sesuai. Menurut pakar berkenaan peruntukan kerajaan itu sepatutnya dibelanjakan untuk membiayai ibu-ibu tersebut menginap di hospital sekurang-kurangnya dua minggu sebelum saat-saat melahirkan anak. Kedua-dua langkah ini, menurut pakar itu lagi, terbukti dapat menyelamatkan banyak nyawa ibu, tetapi sebaliknya, perkhidmatan Doktor Udara pula belum tentu dapat menyelamatkan apa-apa.

Walau baga manapun, pakar berkenaan memberikan satu sebab kenapa Kerajaan BN selalunya ingin mengekalkan perkhidmatan doktor udara itu.

“Ianya suatu rasuah. Para menteri berebut-rebut untuk mendapatkan kontrak perkhidmatan itu! Pada setiap pendaratan, kosnya adalah RM4,000. Kita akan mendarat sebanyak empat kali dalam sehari dan pada setiap perkhidmatan ada 3 buah helikopter. Syarikat akan memperolehi berjuta-juta ringgit dari kontrak perkhidmatan doktor udara ini, dan para menteri akan berebut-rebut untuk mendapatkannya secara bergilir-gilir!”

!

Sarawak Report telah menyiasat mengenai pemilikan syarikat yang telah mendapat kontrak yang terkini pada Perkhidmatan Doktor Udara ini, yang telah ditenderkan pada tahun 2009. Kami dapat mengesahkan bahawa pemegang utama saham-saham dalam syarikat berkenaan adalah Gerald Renytap Jabu, iaitu anak kepada Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu. Dengan ini kami ingin mencabar Kerajaan BN untuk menjawab tuduhan-tuduhan doktor-doktor bahawa kerajaan BN telah mengabaikan nasihat dari pakar-pakar perubatan dan membenarkan menteri-menteri mengutamakan keuntungan daripada nyawa-nyawa kaum wanita di Sarawak!

Kes Kam Agong

Ketua Menteri Taib Mahmud sendiri pernah mengakui bahawa kekurangan pekerja perubatan yang berkelayakan bertugas di pedalaman Sarawak. Dalam tahun 2008 Taib pernah dilaporkan mengakui bahawa hanya 22.2% jawatan pegawai-pegawai perubatan diisi untuk bertugas di klinik-klinik di Sarawak. Beliau juga mengakui bahawa satu-pertiga penduduk Sarawak langsung TIADA AKSES kepada mana-mana hospital atau klinik, berbanding 95% dari seluruh rakyat Malaysia. Hanya pada bulan lalu Perdana Menteri Najib pernah diejek kerana merasmikan sebuah klinik di Belaga khas untuk orang-orangorang pedalaman, hanya mendapati klinik berkenaan tidak ada doctor. Apakah ertinya membelanjakan peruntukan yang banyak untuk khidmat helicopter yang tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat? Ahli-ahli keluarga Kam Agong, seorang ibu yang mempunyai 8 orang anak yang meninggal dunia disebabkan kecuaian khidmat kesihatan telah mencetuskan kempen untuk menyebar-luaskan ketamakan dan rasuah yang telah membazir wang rakyat. Keluarga mendiang telah menyalahkan keadaan jalan yang teruk untuk menghantar ibu-ibu yang sarat mengandung yang terpaksa menanggung sangsara sepanjang perjalanan ke klinik hingga berjam-jam lamanya di belakang trak atau jeep terbuka.

Mereka telah menunjukkan bagaimana kekurangan penjagaan oleh para pakar di 4 buah klinik di seluruh Sarawak memberi makna bahawa ibu mereka telah menjalani pembedahan dan terkorban oleh pekerja yang tidak bertauliah. Sila kunjungan laman web mereka di http://kamagong.org/ untuk melihat sendiri. Sarawak diakui sebagai sebuah negeri yang terkaya di Malaysia, justeru elakkan para menteri yang tamak-haloba itu dari mendekati sumber-sumber asli Sarawak!

  • Lexmo

    Ini adalah angkara dari masalah akar umbi. Penyebabnya adalah Kebanyakkan Doktor di Malaysia/Sarawak tak sanggup berkhidmat di Pedalaman kerana tiada kemudahan. Dan selalunya para doktor hanya menumpukan perhatian terhadap klinikal dan bukan pengurusan. Yang membuat pengurusan adalah Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Pedalaman. Untuk menarik minat lebih ramai para Doktor untuk berkhidmat di luar bandar dan kawasan pedalaman khasnya di Sarawak, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberikan isentif yang lebih lumayan untuk para Doktor yang sanggup bertugas di kawasan pedalaman. Perkhidmatan para Doktor ini mungkin boleh diberi secara giliran dan tempoh yang singkat agar para Doktor tidak mengalami tekanan untuk bertugas di kawasan pedalaman. Flying Doctor Service harus dipergiatkan lagi seperti dahulu untuk memberi perkhidmatan Medevac kepada pesakit yang kritikal dari kawasan pedalaman ke Hospital. Ini semua cadangan dari saya yang inginkan perubahan dan agar rakyat dapat merasai keperhatinan kerajaan terhadap rakyat di Sarawak. Sekian terima kasih.

  • catherine pulis

    apa yang penting adalah kesedaran semua pihak,samada penduduk ,petugas mahupun pihak atasan,barulah masalah kesihatan dapat diatasi.Bukan hanya di sarawak,malah di mana-mana.

  • http://yahoo Pandak segatak

    Perkhidmatan doktor udara memang satu bentuk pembasiran yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada pendududk pendalaman.Bagi saya perkhidmatan ini hanya sesuai utk membawa pesakit dari klinik ke hospital bagi kes kecemasan. Masyarakat juga tertipu..Perkhimatan DOKTOR udara…tetapi siapa yang bertugas di dlm PKU ini adalah para medik..bukan kah ini membohongi masyarakat.Kalau tidak percaya cuba tanya jabatan kesihatan Sarawak..siapa kakitangan yang menggendalikan perkhidmata PKU ini…..pembohong besar!!!!!!!!dan penipu!!!!!

  • yotokuu

    Demokras!oh!.demokrasi!…RAKYAT DIGULUNGKAN KEKAYAAN DIUTAMAKAN..Inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh pemimpim dialaf ini.Malah ianya tetap berlaku dan terus berlaku sampai bila-bila.

  • jobor kawu pechah

    Sokonglah BN uttuk PRU akan datang semoga Sarawak akan terus maju jahanam

8 Feb 2011

ANG PAU UNTUK TAIB – BERJUTA-JUTA DALAM BENTUK WANG TUNAI!

This post is also available in: English, Iban

ANG PAU UNTUK TAIB – BERJUTA-JUTA DALAM BENTUK WANG TUNAI!

Semasa perayaan Tahun Baru Cina disambut kaum Cina, sumber dalaman telah mendedahkan bagaimana Abdul Taib Mahmud secara lazimnya mengeksploitasikan peluang tahunan itu untuk mencengkam para kroninya dari kaum Cina.

Kami telah menerima beberapa maklumat luarbiasa bagaimana Ketua Menteri mengunjungi kediaman-kediaman mewah kaum Cina di Sibu dan Miri setiap tahun, biasanya bersama-sama keluarganya untuk menerima cek-cek dan wang yang banyak daripada tuan-tuan rumah yang sentiasa merasa cemas.

Wang tunai untuk konsesi-konsesi


Rakan-rakan akrab Taib dari masyarakat keturunan Cina memang sudah tahu bahawa mereka harus membayar atau menjelaskan sesuatu jika mereka ingin terus menerima konsesi mengusahakan tanah dan hutan milik orang-orang asal.

Dalam kes konsesi, menurut keterangan daripada seorang usahawan Cina yang memberikan keterangan terus kepada Sarawak Report, wang pendahuluan untuk Taib perlu dirundingkan dan dimasukkan terus ke akaun-akaun banknya di luar negara. Kemudian, rundingan akan melibatkan saham-saham dan kedudukan ahli-ahli keluarganya dalam syarikat yang telah menerima konsesi untuk menebang hutan atau membuka ladang kelapa sawit. Kemudian, bagi kes pembalakan pula Taib akan meminta potongan RM100 untuk satu ton, yang akan terkumpul sehingga berbillion-billion ringgit setiap tahun. Selepas itu wujud pula skandal penipuan, di mana pengeksport-pengeksport terpilihan dikehendaki membayar sejumlah wang yang besar.

Namun, taukey-taukey ini sentiasa berada dalam keadaan putarbelit tradisi ang pow Cina, suatu bentuk eskploitasi yang kurang menyenangkan dan tamak.

Sampul-sampul merah


Tahun Baru sememangnya merupakan suatu musim di mana kaum Cina suka memberi hadiah-hadiah kepada golongan kanak-kanak dan rakan-rakan mereka, dan ini termasuklah sampul-sampul merah yang berisi wang. Kunjungan ke rumah kawan pada masa begini akan menimbulkan suatu perasaan mengharapkan yang baik diterima. Sampul merah berisi RM50 dianggap suatu pemberian yang amat murah hati. Tetapi Taib akan mempastikan dia mengharapkan ang pow yang lebih berisi dari itu jika dia sekeluarga yang terlibat!

“Ketua Menteri akan berkunjung, beberapa tahun bersama-sama keluarga saudaranya Jamilah dan anak lelakinya Sulaiman dan anak-anak mereka akan diberikan cek-cek RM100,000. Pemberian-pemberian seperti itu selalunya disambut dengan tadahan tangan mereka seberas nyiru!”

Seorang usahawan Cina terkemuka mendedahkan kepada kami bahawa Taib menerima pemberian sebegini sebagai haknya dan tuan-tuan rumah kaum Cina pula harus menurut permintaan jika mereka ingin disukainya. Sarawak Report difahamkan oleh usahawan berkenaan, bahawa amalan seperti ini adalah suatu bentuk serangan, kerana ianya adalah suatu pencerobohan ke atas kediaman mereka, tetapi mereka tiada pilihan lain.

Seorang lagi usahawan terkemuka yang telah lama marah memberitahu kami, “ini merupakan satu cara untuk membuat kaum Cina tunduk kepada kaum Bumi, untuk menunjukkan siapakah sebenarnya ‘bos’ mereka. Ianya amalan yang bersifat tamak haloba dan sungguh menjijikkan”.

Si bomoh pula sebagai pembawa beg – jangan kurang dari satu juta, ya!


Kami juga telah diberitahu oleh beberapa sumber yang lain yang menyatakan bomoh yang dahulunya rakan karib Taib, Ahmad Su’ut telah bertindak sebagai pengurus perniagaan Ketua Menteri itu pada musim perayaan sebegini. Sumber itu menjelaskan kepada kami bahawa cara sedemikian adalah untuk mengarahkan setiausaha Taib menelefon seseorang taukey sehari sebelum kunjungan Taib untuk bertanyakan nilai ang pow yang akan diserahkan. Biasanya si mangsa tiada banyak pilihan, menurut seorang lagi pemberi maklumat kami, bahawa “tidak kurang dari satu juta ringgit” aadalah dianggap memadai!

“Dia (Taib) bukan hanya berkunjung kerana hidangan kami” kata satu lagi sumber. Setelah berkunjung seseorang usahawan Cina akan ditinggalkan untuk menunaikan sejumlah wang yang dijanjikan. Wang-wang kertas itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam beg disediakan untuk menunggu kunjungan Ketua Menteri. Menurut seorang lagi pemberi maklumat kami, yang juga amat rapat dengan salah sebuah keluarga yang terkaya di sarawak:

“Taib datang berkunjung dan ‘menghormati’ rumah berkenaan, dan selepas itu akan meninggalkan bomoh dan pengawal peribadi tinggal sebentar. Sebaik sahaja Ketua Menteri telah bertolak maka tuan rumah akan menyerahkan beg yang berisi wang yang kemudiannya akan mereka bawa kepada Ketua Menteri!”

Jelaslah, sifat buruk itu tidak seharusnya ditunjukkannya sebagai seorang Ketua Menteri, yang sudahpun seorang multi-jutawan. Namun, para pemerhati menganggap ketamakannya dan sikapnya yang begitu optimis itu yang menggerakkannya untuk telah mengambil segala peluang atas setiap perayaan di mana dia akan mendapat hasil.

Kegagalan untuk menolak sebarang bentuk rasuah seperti ini dan keengganannya untuk berhenti menhisap sehingga sen yang terakhir dan juga sumber asli dari rakyat Sarawak mungkin membuktikan penghujung perjalanannya.

Pilihanraya pada pertengahan bulan Mac


Beberapa petanda yang menunjukkan bahawa Taib telah membuat perkiraan untuk mengadakan pilihanraya pada hujung bulan ini, kemudiannya ditunda ke pertengahan Mac. Agendanya untuk masa depan Sarawak, jika dia menang lagi, telah dapat dijangkakan. Mula-mula dia ingin mengganda kawasan ladang kelapa sawit dari sejuta hektar kepada dua juta hektar dan pelannya yang kedua adalah untuk memindah dan menempatkan semula serama 600,000 orang asli sebagai salah satu projek yang dia rancang untuk membina 12 buah lagi empangan seperti projek empangan Bakun yang berpotensi berbencana itu.

Kerakusan seperti ini akan akhirnya menjadi petanda cukuplah rasa sabar orang-orang asal terhadapnya yang akan menampakkan penentangan terhadapnya. Pakatan Rakyat yang diketuai oleh peguam NCR, ketua PKR Baru Bian tetap akan berjuang sehabis-habisnya untuk menghentikan malapetaka jika mereka diberikan kuasa untuk memerintah dan mengembalikan tanah-tanah NCR yang telah dirompak bali kepada orang-orang asal yang berhak ke atasnya. PR juga berjanji untuk merampas balik wang dari Taib untuk membayar bekalan air, elektrik dan jalanraya kepada mereka. Sekarang para pengundi sudah kian faham akan pilihan mereka dan keyakinan Taib yang sentiasa menganggap dirinya boleh menakut-nakutkan rakyatnya dan meraih undi mereka akan terbukti tidak berkesan lagi.

Sementara itu, para taukey yang ternampak nombor telefon Taib terpapar pada skirn telefon mereka untuk minggu-minggu yang akan datang akan mendiamkan diri pada musim Tahun Baru Cina 2011 ini,  kerana jika tidak wang mereka akan hilang begitu sahaja kepada kepada Taib.

  • Pampang SIBU

    Marilah kita berdoa semoga Tuhan menghentikan nafas hidup Taib esok. Kalau tidak, kita akan hilang tanah NCR akibat sikap kesetanan Taib terhadap rakyat Sarawak. Amin!!

    • panji

      walau macammana pun yang kita kata dan walau macam mana pun yang kita tulis rakyat sarawak pasti memilih taib dan kroni kroninya untuk memimpin sarawak.contah yang amat ketera sekali YB daud rumah bukan main indah dan besar di jalan matang tak setanding gaji dan elaun sebagai seorang wakil rakyat. tak padan langsung. bbegitulah juga dengan sahabat beliau YB Tuan Hj Julaihi………..

    • bujang

      jangan setakat berdoa, kita mesti bertindak, lepas itu barulah diiringi doa. barulah betul.

  • semenanjungprihatin

    Taib pasti hancur suatu hari nanti seperti yang berlaku di Mesir. Hidup pribumi sarawak!!

    • bujang

      eboh berangan mun sik bertindak!

  • bujang

    kita rakyat sarawak slow gilak molah perubahan, bercakap ajak pandae. cobalah gunakan peluang yang ada tok untuk sama-sama bersatu, kurangkan sengketa dan tumbangkan musuh rakyat yang durjana. Jgn berlengah agik..,dah kita tauk pemimpin sik betul.., agik juak bercakap banyak dan kosong!

5 Feb 2011

SEBERAPA BANYAK YANG ANAKANDA NAK IANYA PERCUMA, ANAKANDA!

This post is also available in: English, Iban

SEBERAPA BANYAK YANG ANAKANDA NAK IANYA PERCUMA, ANAKANDA!

Ketika PM Najib Razak mengadakan sesi penilaian ke atas rekod-rekod BN di Sarawak pada hujung minggu ini, kami ingin mencadangkan beliau juga perlu mengambilkira suatu maklumat yang mengejutkan yang kami dedahkan mengenai siasatan kami ke atas rampasan tanah terkini yang dilakukan oleh Taib. Sejak 3 tahun kebelakangan ini Ketua Menteri itu telah memberikan kepada anaknya yang tampan, Mahmud Abu Bekir Taib, tanah-tanah NCR seluar kepulauan Singapura – semuanya diberikan secara PERCUMA!

Kebanyakan tanah-tanah tersebut telah menjadi milik syarikat yang ditubuhkan untuk Mahmud yang dikenali sebagai Titanium Management. Titanium Management pernah menjadi perhatian umum kerana terlibat dalam beberapa skandal mendapat kontrak-kontrak tanpa melalui proses tender yang dikeluarkan oleh kerajaan Taib.

Titanium Management pada asal terletak di sebuah pejabat dalam bangunan syarikat CMS yang dimiliki oleh Taib sendiri, yang kerapkali terlibat dalam skandal-skandal mencuri kesemua jenis perniagaan yang paling menguntungkan. Sebenarnya Titanium kini telah berpindah pejabat ke blok bangunan pejabat yang dinamakan Titanium Tower, yang berdiri megah sebagai suatu lambing kejayaannya menyedut segala keuntungan dari kontrak-kontrak Negeri dan juga rampasan-rampasan tanah NCR sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang mana kami boleh mengesahkan keuntungannya mencecah berates-juta ringgit.

Walau bagaimanapun, selain dari Titanium Management, kami juga telah mengenalpasti berapa syarikat yang telah menerima tanah-tanah yang mana syarikat-syarikat itu dikawal oleh Taib Mahmud dan rakan kongsinya Chris Chung dan bekas Pengarah Kerjaraya, Michael Ting. Ke semua syarikat ini yang didaftarkan di bawah nama salah seorang atau ketiga-tiga mereka beroperasi dalam satu ruang pejabat dan berkongsi satu nombor telefon seperti yang digunakan oleh Titanium Management!

Dalam kes anak saya tanah harus diberikan secara PERCUMA!


Kami telah mendapati sebanyak 14 buah syarikat yang jelas dikawal oleh Titanium Management milik Mahmud Abu Bekir Taib, yang telah diberikan tanah-tanah berjumlah 70,000 hektar. Jumlah ini jauh lebih luas dari kepulauan Singapura.

Pada setiap satu kes pemberian tanah ini dilaksanakan di bawah kategori “Payment in Kind”. Ini merupakan salah satu cara menyebut tanah-tanah itu diberikan kepada anak Taib secara percuma.

Tanah-tanah lain pula turut ditawarkan secara percuma. Kebanyakan pemanfaat dari rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib hanya akan diminta bayaran yang paling minima pada suatu tarikh di masa hadapan. Tetapi apabila tiba pada anak Taib, bayaran adalah dihapuskan!

Apabila kerabat Taib bermaharajalela, rakyatnya merana

Perdana Menteri Najib seharusnya menganggap kemewahan Taib hasil rampasan demi rampasan yang dilakukannya ke atas tanah-tanahnya sendiri terlalu kontra dengan kadar kemiskinan teruk yang dialami oleh rakyatnya, sedangkan rakyatnya itu hidup di sebuah negeri yang suatu ketika dahulu dikatakan negeri yang terkaya di Malaysia.

Pada minggu-minggu yang akan datang Sarawak Report menjalankan siri-siri siasatan dan kajian terhadap akibat rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib. Perbuatannya itu telah menyebabkan kesengsaraan kepada mereka di mana kayu-kayu hutan mereka ditebang, tanah-tanah mereka dijadikan ladang kelapa sawit dan sungai-sungai mereka menjadi cetek akibat lumpur dan pencemaran. Setiap kali musim piliharaya mereka dijanjikan bekalan air yang bersih, tenaga elektrik, jalanraya yang sempurna, pekerjaan yang baru dan elemen-elemen pembangunan yang lain. Tetapi setelah 30 tahun memimpin negeri ini, Taib masih gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya untuk keselesaan rakyatnya sendiri.

Batang Ai sebagai contoh


Mari kita lihat keadaan di Batang Ai yang dihadapi oleh masyarakat Iban rumah panjang. Mereka telah dijanjikan RM70 juta dalam bentuk baikpulih prasarana dan perbelanjaan-perbelanjaan lain semasa pilihanraya kecil tahun 2009 oleh Taib dan BN. Sememangnya Taib mengumumkan perkara ini di depan para pengundi dan mencetaknya di akhbar-akhbar arus perdana sehari menjelang pilihanraya itu!

Ini adalah suatu kesalahan dan cubaan merasuah pengundi, yang boleh mengakibatkan Taib dimasukkan ke penjara jika dia dihadapkan ke mahkamah. Namun para pengundi telah memilih BN tetapi tetap tidak mempercayai janji-janji ini, kerana dua tahun kemudian hingga sekarang janji-janji itu belum ditunaikan sepenuhnya! Jurucakap PKR Nicholas Bawin menjelaskan kepada Sarawak Report bahawa orang-orang di Batang Ai belum melihat RM2, apa lagi RM70 juta yang dijanjikan itu!

Kami telah menghubungi beberapa penduduk rumah panjang yang telah dipaksa oleh Taib dalam tahun 1983 untuk meninggalkan kawasan asal mereka kerana memberi laluan kepada pembinaan empangan hidroelektrik (Taib dan BN kini merancang untuk memindahkan 600,000 orang asal untuk membolehkan 12 buah lagi empangan dibina jika mereka memenangi pilihanraya kali ini). Orang-orang Batang Ai telah digalakkan berpindah ke penempatan yang baru dan dijanjikan bekalan air dan elektrik percuma, termasuk dijanjikan peluang-peluang mendapat pekerjaan yang sempurna dan pembangunan. Kami telah bertanya sudahkah janji-janji itu ditunaikan sepenuhnya?

Kami terkejut kerana mendapati setelah hampir 30 tahun mengharapkan janji-janji tertunai, kebanyakan rumah panjang masih TIADA BEKALAN AIR! Malah di rumah panjang Wong Pandak dan Wong Panjai, para penghuninya masih menggunakan air hujan yang ditadah. Begitu juga kanak-kanak sekolah di asmara sekolah Nanga Kesit tiada bekalan air bersih untuk diminum, mana kala rumah-rumah panjang di Scheme 1 dan Scheme 2 di kawasan Sebeliau tiada air bersih untuk mandi kerana sungainya berlumpur dan berkelodak akibat hakisan dari ladang-ladang kelapa sawit yang telah kian lama memenuhi sungai di situ.

Tiada bekalan elektrik


Seperti di kebanyakan kawasan di Sarawak, keluarga-keluarga miskin di Batang Ai kerap kali dipotong bekalan elektrik mereka kerana gagal menjelaskan bil-bil elektrik. Ini tidak menepati janji-janji BN semasa penduduk-penduduk itu ditempatkan di kawasan yang baru yang seharusnya menikmati bekalan elektrik percuma! Janji-janji Taib dan BN rupa-rupanya bohong-bohong belaka! Tambahan lagi, orang-orang tempatan pernah dijanjikan keuntungan hasil dari tanah-tanah mereka yang diambil dan diusahakan oleh syarikat-syarikat perladangan. Namun keuntungan walau kecil mana pun belum lagi mereka terima, dan kawasan yang kecil untuk mereka bercucuk tanam pula berada terlalu jauh dari tempat mereka.

Seperti mana yang dihadapi oleh kebanyakan komuniti tempatan di seluruh Sarawak, hutan yang pernah menjadi tempat mencari makanan dan tempat berteduh dahulu, telah pun dirampas dari mereka, tetapi keuntungan dan kemewahan yang terjana dari hutan-hutan itu telah disalurkan ke lain tempat. Sebaliknya Taib mempunyai rekod yang baik memenuhi janji-janji terhadap golongan orang-orang tertentu sahaja. Golongan ini terdiri dari ahli-ahli keluarganya sendiri dan juga kroni-kroninya dan rakan-rakanniaga yang kaya raya.

Kemewahan hidup Ketua Menteri dan keluarganya amat jauh berbeza dengan kemiskinan dan kesengsaraan hidup yang membelengu rakyatnya yang telah dirampasnya tanah-tanah. Inilah merupakan rekod-rekod yang perlu dinilai oleh PM Najib Razak semasa dia mengatur strategi-strategi menjelang pilihanraya negeri nanti. Rekod-rekod sebeginilah yang perlu dibandingkan dengan rekod-rekod pemimpin-pemimpin luar negara seperti Robert Mugabe dari Zimbabwe … atau Hosni Mubarak dari Mesir, atau Zine El Abdine Ben Ali dari Tunisia, atau Ali Abdullah Salleh dari Yemen, yang pernah dipetik sebagai berjanji tidak akan menggugat kesabaran rakyatnya dengan minta dipilih semula untuk penggal seterusnya setelah 30 tahun berkuasa.

Cukuplah sudah untuk Taib

Namun Taib fikir dia masih boleh memimpin dan baginya orang-orang Sarawak masih memerlukannya sebagai pemimpin mereka lebih dari 30 tahun. Bagi dirinya juga beristeri muda akan menambahkan tenaganya untuk terus bekerja merampas hak-hak rakyatnya untuk diri nya dan keluarganya. Sedangkan Sarawak kini sudah dihangatkan dengan lebih 200 kes-kes mahkamah berkaitan dengan rampasan-rampasan yang dilakukannya. PM Najib harus memikirkan apakah sejauh manakah dan seberat manakah tahap kesabaran rakyat Sarawak sanggup bertahan dan berhadapan dengan semua ini?

  • http://yahoo Pandak segatak

    Ikutlah jejak rakyat mesir…kita gulingkan dinasti Mahmud/family and croniesnya pada pilihanraya nanti.Iban harus sedar diperbodohkan manusia kejam seperti taib ini..Lebih keji dari binatang..Mati nanti pun tuhan halau dia dan syaitan pun tdk sanggup menerimanya di neraka kerna dosanya terlalu besar.Dia bersenang lenang tapi berapa banyak rakyat negeri ini yang merana akibat kemiskinan…tuhan bagus awalkan kiamat dunia ini agar manusia yang durjana seperti mereka ini dipanggang di neraka. Tuhan usnahkan mereka yang tidak berhati perut ini…pemusnah antara manusia,ajar seluruh ahli keluarga mereka ini agar bagaimana hidup merana di akhirat,,,tuhan hukum mereka ini…sebelum mereka ini meninggalkan bumi dan campakkan mayat mereka ini ke api neraka.

  • http://walinongsari.wordpress.com Walinong Sari

    Semsa perjumpaanPM dengan ADUN Sarawak, tak nampak pon KM ?

  • http://tiada gilbert ak lai

    musnahkan BN di sarawak dgn segera dan tukar yg lain lepas itu ambil balik hartanya dan kembalikan kpd rakyat sarawak wahai org dayak jgn diperbodohkan lagi oleh taib mahmud ketua samseng sarawak.kenapa org dayak masih banyak yg bodoh.jangan undi barisan.anak cucuk akan menderita seumur hidup

  • rizal

    Harta banyak tp tak halal akan jadi bebanan dalam kubur

  • akay

    selagi golongan tua yang merupakan pengundi tegar dan setia pada BN, BN tetap berkuasa…ayuh Pakatan Rakyat, dekatai pengundi muda untuk ubah pemerintah sekarang supaya TAIB MAHMUD DAN KONCO-KONCO NYA TUMBANG…

  • ctta

    LAWAN TETAP LAWAN….SAPA2 CALON BN

  • panji

    lawan dah memang tetap lawan. adakah rakyat sarawak mampu? kita cuma mampu berkata kata dengan semangat yang berkobar – kobar yang pasti bila pru siapa yang menang??????? yang jelas rakyat sarawak itu sendiri yakin akann perjuangan mereka. perjuangan demi keadilan

    • http://tiada gilbert ak lai

      sebab org dayak udah kena jampi ketua samseng sarawak taip mahmud banyak bomoh

  • aku

    Aku dah nyeluak dgn Taib. Manis mulut lembut bicara, yapi zalim.Akhirat baruk tauk pembalasan.Org jahat nang panjang umurnya,

  • dayang

    sungguh kejam taib dan kroni. sprm tolong cepat bertindak dan kembalikan hak milik rakyat sarawak.

  • mona

    taib dan kroni bukan manusia tapi binatang. 30 tahun hidup dengan menindas rakyat tanpa rasa bersalah dan belas kasihan. hidup mewah dengan duit haram tanpa rasa takut. memang binatang buas.

  • didi

    buang taib dari negeri sarawak dan semua harta yang dimiliki secara haram tlg kembalikan kepada rakyat sarawak. biar dia merempat di negeri asing. sarawak bukan untuk taib. dia telah memusnahkan sarawak dengan menjual tanah2 dan menindas penduduk peribumi. taib setan.

  • sasalia

    taib pergi la mampus. orang tua miang. kahwin anak dara. rompak hak rakyat sarawak. anak2 taib tak malu betul senyum ketawa degan kemewahan yang ada tapi tak sedar itu semua hasil rompakan.bila la pihak berkuasa nak sumbat korang ke dalam penjara? penyangak macam korang patut dah dari baby tinggal dalam penjara sebab bapa korang si taib tu bagi korang makan hasil rompakan.

  • saya

    sprm duk negok je..bantai ikan bilis..jerung tua ni dia biarkan..dem it

  • yotokuu

    Inilah kalau kita lambat bertindak..seharusnya jawatan ketua menteri ini dihad lima atau sepuluh tahun sekali.kalau tak inilah jadinya rakyat yang susah..nak sumbat taip dlm penjara?susah,lepas jadi ketua menteri dia ambik pangkat Tun pulak.Kalau dah Tun nak buat mcm mana?.

    • Pandikar

      Kenapa dengan pangkat TUN? Apa Tun tak boleh didakwakah? Sultan pun boleh diheret ke mahkamah…Tun Ling Liong SIk pun turun naik mahkamah…Apa pun pangkat dia…biar ALLAH saja yang menjatuhi hukuman ke atas TUN TAIB tu….matinya nanti takde orang nak kenang…malah makin banyak sumpah seranah di hantar untu TUN TAIB masuk lubang kubur…tunggu masa je malaikat datang cabut nyawa TUN TAIB…

  • http://www.ayamayaschapan.blog aya mayas chapan

    bangkit lah rakyat sarawak..kita bangkit tentang lawan kezaliman si penyangak harta rakyat sarawak..kita pangkah pembangkang..bukan bn..

  • jurutera simunjan

    insaflah wahai manusia, jika dirimu bernoda, dunia ini hanyalah naungan, tuk makhluk ciptaan tuhan, dengan tiada terduga dunia ini kan binasa, kita kembali ke asalnya, menghadap tuhan yang esa

5 Feb 2011

Teman wanita timbulan ketua menteri mendapat kontrak membina hospital jantung bernilai berjuta-juta ringgit – ekslusif!

This post is also available in: English, Iban

Teman wanita timbulan ketua menteri mendapat kontrak membina hospital jantung bernilai berjuta-juta ringgit – ekslusif!

Kini Sarawak Report mendedahkan beberapa siri skandal yang berkaitan dengan ‘Hospital Jantung’ Kuching yang baru dirasmikan setelah menjalankan siasatan-siasatan.

Hospital berkenaan, yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak beberapa minggu yang lalu, adalah merupakan hospital yang paling mahal pernah dibina di Malaysia jika dikira per katil pesakitnya.

Tambahan pula kami telah mendapati ada di kalangan pesakit-pesakit telah ditolak dari mendapatkan rawatan menyelamat nyawa kerana kelengkapan-kelengkapan perlu di situ belum tidak mencukupi untuk melakukan sebarang pembedahan. Kebanyakan kelengkapan di situ juga didapati using atau ketinggalan zaman dan hanya sebuah saja wad yang kelihatan beroperasi di dalam hospital lapan tingkat itu. Hospital berkenaan sepatutnya siap dibina pada tahun 2006 dan ini bermakna projek tersebut telah kelewatan enam tahun!

Tidak cekap dan rasuah yang jelas yang mengejutkan

Keadaan-keadaan seperti ini terbuka kepada persoalan-persoalan yang serius atas ketidakcekapan Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi SUPP George Chan. Chan yang selaku menteri yang mengawas hal-hal kesihatan di Sarawak telah memulakan dan mengawas projek pembinaan tersebut.

Kesalahannya ditambah pula dengan hakikat bahawa dia telah membenarkan teman wanitanya, Christina Foo untuk melaksanakan kerja-kerja pembelian kebanyakan peralatan perubatan yang bernilai berjuta-juta ringgit untuk hospital berkenaan. Foo telah menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Trend-Nics.

Cik Foo yang dikatakan cantik dan cergas merupakan teman wanita George Chan sejak beberapa tahun semasa Chan masih lagi berkahwin dengan isteri pertamanya. Walau bagaimanapun, para pakar dan para pemberi maklumat bersetujukan bahawa kontrak berkenaan tidak memerlukan khidmat orang tengah, malah Cik Foo bukanlah orang yang layak untuk projek ini. Persoalannya di sini berapakah keuntungan yang diperolehi oleh skandal Chan berdasarkan saham utama yang bernilai RM130 juta dalam kontrak untuk membeli peralatan dan kelengkapan, yang kini masih lagi kekurangan.

Untuk menutupi?


Kami mendapati terdapat cubaan untuk menutupi penglibatan Cik Christina Foo dalam skandal Trend-Nics dan juga cubaan untuk menyembunyikan kedudukannya selaku Pengarah dalam syarikat berkenaan.

Siasatan kami ke atas Trend-Nics menjumpai beberapa dokumen rasmi yang membuktikan bahawa para Pengarah syarikat berkenaan sebenarnya didaftarkan sebagai dua lagi Cik Foo bernama Florence dan ‘Celine’. Penyamaran ini Nampak berjaya menjauhkan identiti Christina Foo yang sebenarnya daripada syarikat berkenaan. Walau bagaimanapun, pemegang saham 100% dalam Trend-Nics telah didaftarkan atas sebuah lagi syarikat bernama Chastain Sdn. Bhd. Syarikat Chastain adalah 80% dimiliki oleh Christina Foo, yang berdaftar sebagai seorang pengarah beralamat di Kasuma Resort. Pengarah-pengarah yang lainnya adalah Florence Foo memiliki 10% dan 10% selebihnya dimiliki oleh ‘Celine’ – nama kedua Christina Foo!

Sumber dalaman memberitahu Sarawak Report bahawa mereka percaya Trend-Nics dapat memperolehi kontrak setinggi RM40 juta itu. Jika dakwaan itu benar, Sarawak Report ingin mengetahui sama ada terdapat sebahagian dari jumlah peruntukan itu dikaut oleh George Chan untuk membiayai hidup mewahnya bersama isteri mudanya?

Merompak pesakit!

Masyarakat di Kuching kini semakin terdesak untuk memerlukan sebuah hospital yang baru. Berjuta-juta ringgit duit pembayar cukai telah digunakan untuk membiayai projek berkenaan. Namun sumber dalaman yang arif dalam soal-soal perubatan mengatakan kepada Sarawak Report bahawa Kerajaan BN telah membina sebuah hospital gajah putih dan bukannya sebuah hospital baru seperti yang diharap-harapkan. Pada mulanya mereka tahu bahawa hospital berkenaan dibina sebagai hospital kanser swasta dan bukannya untuk kegunaan orang awam. Ianya tidak memenuhi keperluan orang ramai kerana jaraknya berbatu-batu dari Kuching, ditambah pula tiada laluan perkhidmatan bas. Malah pembinaannya mengambil masa yang begitu lama dan kebanyakan peralatan dan kelengkapannya sudah using dan ketinggalan zaman!

Suatu sumber yang boleh dipercayai yang ada kaitannya dengan Kementerian Kesihatan dipetik sebagai berkata kepada Sarawak Report:

“Pada mulanya hospital itu dibina untuk para pesakit yang kaya-kaya, yang hanya mampu digunakan oleh pembayar yuran perubatan sahaja, dan amatlah salah bagi Kerajaan Persekutuan yang telah membayar wang yang begitu besar jumlahnya untuk harga sebuah hospital yang tidak sesuai dengan pesakit kerajaan, dan ianya juga bukan direka khas untuk bilangan pesakit kerajaan yang ramai sebagaimana yang biasa diterima oleh hospital kerajaan”

Sarawak Report dapat merumuskan kenapa hospital Kota Samarahan itu telah dirasmikan sebagai hospital negeri adalah sebenarnya untuk menutup kes kecurian yang besar dan kegagalan para menteri BN. Projek berkenaan telah dimulakan dalam tahun 2003 sebagai usaha untuk membina sebuah hospital swasta untuk kegunaan ‘pelancong kesihatan’ dari luar negara. Kementerian George Chan yang membiayai projek yang dinamakan Sarawak International Medical Center (SIMC) dengan peruntukan sebanyak RM473 juta.

Namun, kos pembinaannya telah melonjak naik dan kenapa tidaknya, kerana Chan dan Taib telah bersetuju untuk membayar para kontraktor menggunakan matawang Euro, yang meningkat dari RM3.2 kepada RM4.8 dalam jangka masa berkenaan. Ini telah menyebabkan kos meningkat sehingga RM660 juta, menurut sumber dalaman. Akhirnya syarikat rakan kongsi telah menarik diri. Adalah dipercayai mereka telah hilang keyakinan untuk berhadapan dengan amalan-amalan rasuah dan tidak cekap!

Gajah putih memperdayakan orang awam


Cara penyelesaian yang digunakan oleh Taib dan menteri-menterinya adalah dengan memaksa Kerajaan Pusat untuk membeli hospital berkenaan dan membukanya kepada orang awam! Rundingan demi runding telah berkisar kian lama, tetapi Taib telah memohon bantuan Najib untuk membersihkan namanya menjelang pilihanraya negeri ini.

Najib telah berjanji untuk membayar sejumlah RM400 juta untuk hospital berkenaan.

Para pakar telah membuat perkiraan bahawa hospital itu merupakan yang termahal pernaha dibina di Malaysia berdasarkan perkiraan sebuah katil pesakit. Perkiraan biasa adalah RM1.2 juta untuk menguruskan sebuah katil pesakit. Pelan asal bagi SIMC adalah untuk kelengkapan 300 buah katil yang bernilai RM473 juta, yang sudah RM1.57 juta lebih mahal untuk pengurusan sebuah katil.

Namun, semasa projek berkenaan siap 6 tahun lewat, kemudahan rawatan kanser itu telah dilupakan begitu juga jumlah katilnya, menyebabkan bilangan katilnya 137 buah dengan kos dianggarkan RM660 juta. Perkiraan ini adalah berdasarkan harga RM4.8 juta sebuah katil, atau hampir lima kali ganda lebih mahal dari hospital biasa.

Sumber dalaman mengadu bahawa jika jumlah wang sebesar itu yang digunakan untuk membina hospital umum biasa maka amat modenlah kelengkapan yang digunakan – bukan sekadar sebuah hospital kecil yang dibina khas untuk pesakit jantung sahaja!

Suatu pembaziran – hospital baru tetapi kelengkapannya usang dan tiada bekalan oksigenpun!


Sarawak Report mendapati walaupun dengan nilai harga hospital yang setinggi itu, kunjungan para pesakit telah ditolak kerana kekurangan kelengkapan perubatan. Sumber dalaman juga menyatakan bahawa para doctor tidak berupaya melaksanakan tugas-tugas pembedahan kerana kekurangan peralatan untuk pembekalan oksigen

Usang!


Kekurangan bekalan oksigen bukanlah masalahnya. Kesemua kelengkapan yang ditempah kini menjangkau usia sepuluh tahun yang lalu, kerana menjangkakan pembinaan hospital berkenaan dapat siap pada 2006. Kami telah mengambil beberapa gambar untuk membuktikan bahawa katil-katil pesakit dan kelengkapan-kelengkapan perubatan yang lain masih berbungkus dan diletak-letakkan di sepanjang koridor-koridor yang kosong. Hanya tingkat 3 hospital lapan tingkat itu digunakan. Ini kerana kelengkapan-kelengkapan itu sudah begitu usang, dan para doctor mengatakan ianya sudah ketinggalan zaman jika digunakan untuk melakukan pembedahan jantung dan kebanyakan kelengkapan di situ harus diganti.

Sumber dalaman juga memberitahu Sarawak Report bahawa mereka pernah bertikam lidah dengan Cik Christina Foo mengenai cadangan membeli katil-katil pesakit yang murah dan melabelkannya sebagai mahal – perbezaan harga antara RM2,400 dan RM48,000 sebuah! Seorang lagi pemberi maklumat menceritakan beliau pernah dipanggil oleh Sulaiman Taib, iaitu anak kepada Ketua Menteri yang juga suami kepada Anisa, anak George Chan, untuk memberikan penjelasan kenapa dia ‘terlalu sukar’. Sulaiman dipetik sebagai mengancamnya “kami boleh menghapuskan kamu serta-merta” – walaupun ketika itu Sulaiman tiada tanggungjawab rasmi ke atas projek berkenaan.

Skandal ini sedang dalam perhatian dan siasatan beberapa pihak yang berkepentingan. Namun, apa yang jelas adalah pesakit-pesakit yang malanglah yang telah dirompak dan ditipu oleh kerakusan dan tamak haloba Kerajaan BN.

Semasa mengadakan lawatan ke Belaga dahulu, Perdana Menteri Najib merasmikan sebuah hospital yang tidak mempunyai doctor. Kemudian dia telah merasmikan Hospital Jantung di Kuching, di mana doctor-doktor tidak dapat melakukan sebarang pembedahan! Apakah jenis rekod yang dicapai oleh kerajaan ini?

  • hancur be end

    Beginilah realiti yang telah atau sedang berlaku di Malaysia sejak dari rejim Tun Mahathir hingga sekarang, perompak-perompak yang di bayar gaji oleh rakyat jelata untuk berkhidmat menguruskan negara mengambil kesempatan merompak wang rakyat secara diplomasi.

    Maka saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya di Sarawak membuat protes dengan mengundi Pakatan Rakyat dan menolak Barisan Nasional dan parti komponennya pada pilihanraya umum terdekat ini.

    Kita harus berani menegakkan keadilan dan memastikan perompak-perompak ini dihukum apabila kerajaan baru memerintah.

    Selamatkan Malaysia…..

  • danny

    kamek setujuk sama hancur be end! kamek sendiri adalah pembayar cukai yg sangat tinggi! mauk tauk berapa? kamek bayar hampir RM6,000.00 tahun lepas. utk makluman juga cukai tambahan bonus 5-6 tahun lepas juga dikenakan sidak LHDN. apa mauk kenak cukai lagi…masa ya 5-6 tahun dah dikenakan cukai lepas ya 5-6 tahun kemudian dikenakan lagik!!! apa perintah sik ada duit!!! utk makluman juga kita empun rayuan mintak bayaran ansuran sik di layan sidak LHDN. kamek ada bukti bersurat dan anta surat bantahan ke ketua pengarah LHDN Swk & ketua pengarah penilai di KL. sik berani sidak jawap balik…diam ajak…tok buktinya sidak LHDN tok si Luncai la..kamek mauk saran kjn ambik duit/cukai lebih tinggi atas syarikat koporat..apa mauk cukai atas org perseorangan gaji sederhana mcm kamek…mun mauk cukai personel cukai atas org gaji lebih besar 10k ke atas sebulan…jgn buat rakyat marah…sana sine cukai..cukai astro…cukai credit card…sidak bank sendirik madah kjn sik ada duit…cara kjn carik duit sik betul cara…menyakitkan hati rakyat..dah la kenak cukai…cine pi duit ya…polah la jeraya bagus2 dari miri/kg/miri…tok jln btu-sibu paling teruk…kita empun mulut dah berbuih madah…kita harap wakil rakyat dap /pkr suarakan hal tok di DUN cepat2…kawan2 nak sokong saya sokong la…saya pentingkan pembangunan fizikal jeraya…minggu depan kamek balit kg..memang sakit hati nanga jalan teruk..kereta gup…gup goncang…rosak la kereta…najib dah lamak berik peruntukan khas polah jalan…apa JKR polah…makan gaji buta ajak..kamek org bayar cukai sik ada apa2 perubahan…

5 Feb 2011

LAGI RAMAI CROCODILE BIN ABDULLAH – EKSKLUSIF!

This post is also available in: English, Iban

LAGI RAMAI CROCODILE BIN ABDULLAH – EKSKLUSIF!

Sarawak Report boleh mendedahkan kepada umum terdapat beberapa orang lagi YB yang telah menukar agama mereka dalam Kerajaan Negeri pimpinan Taib Mahmud, di mana mereka ini menyembunyikan hakikat yang mereka memeluk agama baru dari diketahui oleh para pengundi Dayak di konstituensi mereka. Para YB yang pemalu ini termasuklah Menteri James Dawos yang mewakili konstituensi Mambong dan juga Johnical Rayong yang mewakili SUPP dalam konstituensi Engkilili.

Kedua-dua lelaki ini telah berkahwin dengan wanita Muslim dan di bawah undang-undang Malaysia kedua-dua mereka adalah sah sebagai Muslim. Walaupun hakikatnya demikian, kedua-dua mereka belum lagi memberitahu secara rasmi akan agama baru dan nama baru mereka itu yang mereka gunakan dalam segala urusan rasmi dalam konstituensi mereka. Para pengkritik hari ini menuntut agar orang-orang kenamaan haruslah berterus-terang mengenai soal agama mereka dan tidak seharusnya dirahsiakan.

Apa yang dimalukan?


Jurucakap kepada PKR Abang Zul, seorang Muslim, hari ini memberikan komen:

“Kita tidak seharusnya akan pegangan agama kita. Anda harus mendedahkan agama pilihan anda kepada umum. Anda tidak perlu risau kerana umum faham bahawa wujudnya kebebasan beragama”

Beberapa isu ditimbulkan kenapa ramai pada YB dari BN yang memeluk agama baru dan juga kenapa mereka merahsiakannya daripada konstituensi mereka? Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa ahli-ahli politik seperti ini memeluk agama baru untuk merebut peluang kenaikan status dan juga untuk mengambil hati Ketua Menteri, yang telah dikritik kerana menindas kaum bukan Islam. Pada keadaan yang lain pula, undang-undang yang ada sekarang menghendakkan seseorang yang bukan Muslim memeluk agama Islam jika dia ingin berkahwin dengan orang Muslim, ini juga dianggap sebagai menindas orang yang bukan Islam, yang dikira sebagai agama yang lebih rendah statusnya di sisi undang-undang Malaysia.

Keadaan-keadaan kedua-dua Dawos dan Rayong mungkin sama di mana pemelukan agama baru itu berlaku di atas ranjang dan kemudian mereka menguruskan pernikahan secara senyap-senyap di Majlis Agama. Dawos yang telah beristeri dan mempunyai tiga orang anak, telah mengahwini seorang gadis Islam yang muda dan lincah yang profesyennya sebagai penyanyi dari kumpulan terkenal Elite empat-lima tahun lalu. Namun Dawos belum lagi mengisytiharkan kepada umum bahawa dia telah berkahwin kali kedua atau memelukan agama barunya itu. Malah Dawos masih dilihat pergi bersembahyan di Gereja Katolik di Kuching bersama isteri pertamanya yang beragama Kristian, di mana kesalahan itu dianggap sebagai bigamy!

Mari bersamaku bertemu pengundiku?


Dalam kes Johnical Rayong pula kita mengetahuinya menerusi teman lelaki kepada isteri pertamanya yang marah mengatakan bahawa YB dari Engkilili itu pernah memujuk isteri pertamanya itu untuk hadir bertemu pengundi di konstituensi berkenaan bagi membantu dalam kempen pilihanraya!

Ini bukanlah pertama kalinya dia dituduh cuba mengelirukan konstituensinya. Pada pilihanraya yang lalu tahun 2006 dia memenangi kerusi bagi pihak parti pembangkang SNAP dan menentang hebat pakatan BN. Namun, kurang dari sebulan selepas pilihanraya dia telah keluar parti dan menyertai SUPP! Sarawak Report kini tertanya-tanya adakah Rayong itu seekor katak atau seekor buaya darat?

Perkahwinan kedua dan pemelukan agama barunya dilihat sebagai tidak menyenangkan ramai pengundi di konstituensinya, memandangkan penganut Kristian merupakan bilangan paling ramai, dan mungkin hakikat ini yang cuba dirahsiakannya. Sarawak Report percaya rakyat berhak untuk mengetahui sifat-sifat orang-orang kenamaan yang mewakili mereka.

Isteri pertama diceraikan menerusi SMS!


Sumber dalaman memberitahu kita bahawa isteri pertama Rayong, Patricia Dexter Sudok, seorang staff nurse yang bertugas di Kuching, mengetahui akan kecurangan suaminya dan juga kekerapan suaminya menggunakan SMS. Akhirnya YB berkenaan telah mengirimkannya suatu teks SMS yang mengatakan bahawa dia telah berkahwin kedua kali dan memeluk agama baru.

Puan Patricia kemudiannya pergi ke Majlis Agama Islam di Kuching  di mana dia ditunjukkan sijil pertukaran agama yang menyatakan wakil rakyat Engkilili itu telah memeluk agama baru pada 29 Januari 2010. Mereka memberitahunya bahawa suaminya telah berkahwin dengan Kamasiah Binti Abdul Jalil, seorang janda berusia 30-an beranak dua, yang bekerja di Pejabat Ketua Menteri!

YB berkenaan kemudiannya telah berpindah bersama-sama isteri barunya itu ke sebuah apartment di Batu 7, Kota Sentosa. Namun Rayong tetap enggan menceraikan isteri pertamanya dan isterinya itu pula mengadu bahawa Rayong selalu memujuknya untuk berkempen di Engkilili supaya konstituensinya akan menganggap pasangan itu masih berkahwin sebagai pasangan suami isteri Kristian yang sah!

Sarawak Report percaya rakyat Engkilili mengharapkan YB yang jujur, dan jika seseorang lelaki boleh berbohong mengenai sesuatu perkara, maka dia juga boleh berbohong mengenai perkara lain. Si katak mungkin dianggap pengganggu, tetapi seekor buaya adalah lebih merbahaya!

  • http://titun titun

    senang aja hendak tahu dia org sudah bertukar status, cuba suruh dia org makan babi, tengok YB ini berani ke tak makan, kalu tak bermakna sah lah dia sudah, menyelam… setuju tak

  • tatan

    orang macam ini tidak kesah makan babi ke atau makanan itu halal atau tidak….dia tidak peduli hakum tuhan….MONEY overrule all

  • Anaconda Of Christ

    Hahahahahahaha….org mcm ni kita anggap sbagai org yg pagan…sbb kristian pun dia x….islam pun x…beri malu pada kedua2 agama dan bangsa….hampeh2….god will judge them

  • http://www.gmail.com boontok

    kalau dah beristeri 2….mcm mana nak jujur, manusia adalah spesies mahluk tuhan yang baik rupa bentuk tp hati manusia tak smua yang bersih,,setakat tukar agama untuk ambi nama je..

4 Feb 2011

WAKIL RAKYAT BN MENYEMBUNYIKAN PEMELUKAN AGAMA BARU MEREKA

This post is also available in: English, Iban

WAKIL RAKYAT BN MENYEMBUNYIKAN PEMELUKAN AGAMA BARU MEREKA!

Pada kali ini Sarawak Report boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengenai beberapa orang wakil rakyat BN yang telah memeluk agama baru dan lantaran itu menerima nama baru. Namun demikian mereka didapati masih gemar menyembunyikan perkara tersebut kerana khuatir diketahui oleh para pengundi di kawasan pilihanraya yang mereka wakili itu! Salah seorang di kalangan para wakil rakyat itu adalah YB Efendi bin Abdullah, atau nama lahiriahnya Sylvester Entrie.

Beberapa minggu yang lalu Efendi Abdullah telah merasa tercabar atas perkara tersebut semasa temubual menerusi radio. Pengacara bebas Radio Free Sarawak telah menelefon ahli politik berekanaan untuk bertanyakan mengenai berita mengenai soal-soal kebajikan mangsa-mangsa banjir di kawasan yang diwakilinya di Marudi.

“Siapa Papa Orang Utan?”

Walau bagaimana pun, ahli politik berkenaan kelihatan enggan bekerjasama dengan radio tersebut dan berulangkali bertanyakan nama Papa Orang utan. Dia juga enggan berbual dalam bahasa Iban atau Melayu, iaitu dua bahasa utama yang digunakan di kawasan pilihanranya yang diwakilinya.

“Saya tak perlu memberi kenyataan di sini, jika anda nak tahu pergilah ke kawasan-kawasan itu dan lihat sendiri apa yang berlaku di situ”, katanya secara kasar kepada pengacara itu. Walau bagaimana pun, pengacara radio tersebut menyatakan ada pendengar-pendengar yang bimbang akan malapetaka yang menimpa sanak-saudara mereka di situ.

Saya tak perlu beritahu kepada konstituensi saya

“Tak apa, tak apa”, katanya sebagai respon. “Tidak apa, saya tak kesah sama ada mereka nak tau atau tidak, kerana saya telah melakukan tugas saya … apa yang saya tahu setelah saya turun padang ada di kalangan mereka telah menelefon saudara-mara mereka dan  bukanlah tugas saya untuk menghebahkan perkara ini!”

Crocodile bin Abdullah!

Setelah terkilan apabila dikatakan tiada rasa hormat kerana dituduh enggau memberikan nama sebenarnya, pengacara berkenaan secara tidak sengaja mengetengahkan nama baru ahli politik teresebut

“Jika anda mengatakan saya tidak bersopan, bagaimanakah cara yang paling sopan untuk memanggil anda?” kata pengacara berkenaan. “Adakah anda ingin saya panggil anda sebagai YB Sylvester Entrie atau YB Efendi Abdullah?!”

Entrie/Efendi pernah disuspek orang dalaman menyembunyikan pemelukan agama barunya, Islam, untuk mengelakkan kawasannya dibahagikan, yang mengandaikan dia mempunyai motif politik dan juga untuk mendapatkan kenaikan pangkat. Responnya terhadap soalan pengacara itu bernada marah dan kelihatan tidak bijak.

“Oh tidak! Anda tak perlu sebut YB, nama saya Entrie! Itu sudah OK. Yah!”

“Tapi saya ingat nama anda YB Efendi Abdullah juga?” [Berhenti seketika]

“Saya boleh menjadi orang ini, saya boleh menjadi orang itu, saya boleh menjadi sesiapa saja …”

“Tiada gunanya anda marah, jangan marahkan saya”, kata pengacara itu lagi.

“Tidak, bukannya begitu, lihatlah anda sedang menyentuh soal peribadi saya! Sama ada saya Efendi bin Abdullah atau Amat bin Abdullah atau Crocodile bin Abdullah itu hak saya! Begitukah caranya kamu sebagai pemberita!” Dengan itu dia menghentikan perbualan secara berteriak “tak ada gunanya berbual dengan kamu, terima kasih!”

Kami dapat mengesahkan juga terdapat beberapa orang lagi di kalangan ahli-ahli politik BN yang telah memeluk agama baru dan kami ingin menasihatkan mereka itu untuk berterus terang dengan para pengundi mereka sementara mereka masih ada masa!

  • akay

    soal agama tidak perlu dipersoalkan.samada islam,budha, kristian atau apa saja yang mewakili rakyat tidak perlu dipersoalkan.apa yang penting ikhlas,jujur dalam tanggungjawab…semua agama menyeru kebaikan..adil,telus dan sanggup bekeroban untuk rakyat adalah lebih penting dan TUMBANGKAN BN lebih penting

    • sasalia

      orang tanya jawablah. apahal nak sembunyi2. kita patut bangga dengan kepercayaan kita kan? apasal malu nak bagitau. tukar agama olok-olok semata -mata sebab politik la tu. Gila punya efendi. ops.. silap namanya YB crocodile abdullah. kesian dah tak ada nama yang sesuai hanya crocodile abdullah yang sesuai. nasib baik bukan babi abdullah

  • Bang Bangg sharp sho

    The real idiots are all Sarawak's YB who lick and suck Taib's s***s for Taib to become rich by grabing rakyat's land. All these YBs are the crabs who influence rakyat to vote for BN / Taib. Next election rakyat Sarawak should be able to ligthen our light to ensure darkness with BN/Taib forever. Amin

  • Mohd Amin

    harap rakyat serawak jgn jadi bodoh sokong BN dapat komputer free sahaja. Pemimpin BN kaya raya di luar negara kawin pun orang lawa lawa… Rakyat jugak terlopong tengok pemimpin gila berbini lawa

  • yotokuu

    Saya setuju dengan akay,soal agama tidak penting disini..yang penting jujur,bertanggungjawab semua agama kearah kebaikan.

4 Feb 2011

BOMOH SUUT MEMILIKI BERATUS-RIBU SAHAM DALAM SAMLING – EKSKLUSIF!

This post is also available in: English, Iban

BOMOH SUUT MEMILIKI BERATUS-RIBU SAHAM DALAM SAMLING – EKSKLUSIF!

Lumayannya profesyen menjadi seorang bomoh telah tersalah tafsir. Kini Sarawak Report dapat membuktikan bahawa bomoh yang bekerja dengan Taib merupakan salah seorang yang terkaya di Sarawak! Kami boleh mendedahkan bahawa bomoh berkenaan memiliki saham yang bernilai beratus-ratus juta ringgit dalam salah sebuah syarikat pembalakan terbesar di dunia, Samling Global.

Samling yang dikatakan sebagai pembekal papan lapis tropika terbesar di dunia, memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja di kalangan ahli-ahli keluarga Yaw Teck Seng di Sarawak. Namun, setelah berdekat-dekat menjalin persahabatan dengan Taib Mahmud maka perniagaan mereka berkembang ke luar negara. Laporan Tahunan syarikat itu menyatakan bahawa aset globalnya bernilai $1.3 billion US (kira-kira RM3 billion) dan nilai tersebut adalah semasa nilai pasaran yang rendah.

Gergasi pembalakan, yang mengaut keuntungan dari kerja-kerja menebang hutan-hujan tropika Sarawak, terima kasih kepada konsesi daripada Taib Mahmud, telah diapung sebagai syarikat awam dalam tahun 2007 di bursa Hong Kong. Tetapi, beberapa minggu kebelakangan ini Kerajaan Norway telah mengharamkan pelaburan dalam Samling setelah siasatan mereka membuktikan syarikat tersebut terlibat dengan pembalakan haram dan kegiatan memusnahkan alam sekitar. Terdapat aduan-aduan dari rakyat Sarawak yang menyatakan bahawa Samling telah menceroboh tanah-tanah mereka.

Saham bomoh itu yang bernilai RM300 juta!


Siasatan kami menunjukkan ketika keseluruhan syarikat itu dimiliki oleh keluarga Yaw, terdapat seorang dari pemegang utama saham-saham berdaftar sebagai memiliki lebih 5% saham pada 2010. Pemegang utama saham berkenaan adalah bomoh yang bekerja untuk Taib. Bomoh Ahmad bin Haji Su’ut disenaraikan sebagai pemegang 5.5% saham di Samling Global dengan jumlah pegangannya 225,592,070 saham, yang dipegangnya menerusi syarikatnya, Tapah Plantations! Adakah dia memperolehi saham sebanyak itu menggunakan ilmu hitam?

Laporan Tahunan (2010) Samling Global mengesahkan dengan jelasnya bahawa Ahmad bin Haji Su’ut sememangnya pemegang 5.5% saham tersebut. Tambahan pula, dokumen-dokumen yang dikeluarkan pada masa pasaran syarikat itu dilancarkan pada 2007 jelas menunjukkan bomoh itu memegang 225,592,070 saham juga. Sebaik sahaja setelah dilancarkan nilai saham itu mencecah setinggi $100 juta USD. Jika dalam nilai matawang ringgit kini, nilainya adalah RM300 juta!

Apakah kebenarannya?


Fakta ini amat menakjubkan, tetapi secara luarannya seseorang mungkin yakin bahawa bomoh tersebutlah pemegang saham yang sebenarnya. Jika benarlah sedemikian, maka bomoh itu memang mahir bermain ilusi! Atau mungkinkah bomoh itu bertindak selaku proksi bagi menyembunyikan pemegang sebenar saham yang bernilai berjuta-juta ringgit itu?

Sejak begitu lama bomoh tersebut telah berkhidmat untuk Taib selaku penasihat kerohaniannya dan juga sebagai orang yang boleh dipercayainya. Bomoh tersebut melakukan magis ilmu hitamnya bagi pihaknya dan adik iparnya juga merupakan kenalan rapat adik Taib. Sebagai balasan Ketua Menteri menghadiahkannya dengan banyak plot tanah dan konsesi-konsesi, seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel-artikel terdahulu. Dengan ini adillah kita bertanya adakah Ketua Menteri itu telah memberikan kepercayaannya kepada bomoh itu untuk mengendalikan saham-sahamnya?

Sarawak Report pernah suatu ketika dahulu melaporkan mengenai tabiat Ketua Menteri yang menyembunyikan pemilikannya ke atas saham dengan memaksa wakil-wakilnya menandatangani dokumen-dokumen rahsia. Kami juga mempunyai bukti-bukti kukuh yang ditandatangani oleh ahli-ahli keluarganya sebagai pemegang hartanya bernilai berjuta-juta di US. Adakah bomoh itu telah menandatangani dokumen yang serupa untuk bosnya juga?

Di manakah jawapannya


Seluruh negeri Sarawak kini tertanya-tanya bagaimana cara seseorang bomoh dari golongan orang bawahan dapat menemui sejumlah wang yang banyak untuk membeli saham-saham Samling yang banyak. Hakikatnya, Ketua Menteri adalah orang yang sebenarnya mempunyai kawalan ke atas konsesi-konsesi perladangan dan pembalakan kepada Samling.

Sarawak Report mempunyai bukti bahawa dua buah rumah mewah (mansions) di US yang diberikan oleh Samling kepada keluarga Taib. Salah satu dari rumah tersebut telah dipindahmilik dengan harga serendah US$1 sahaja! Pegangan harta Samling di US juga melibatkan keluargan Taib. Jika pendedahan ini tidak benar, maka kami ingin mendengar penafian secara terbuka.

Lagi banyak proksi?


Sebenarnya bomoh itu bukanlah seorang pemegang utama saham-saham yang boleh dikaitkan dengan Ketua Menteri berdaftar dengan Samling. Sebagai memenuhi kewajipan mereka, syarikat berkenaan terpaksa mendedahkan dua lagi nama individu yang dikenali oleh orang-orang Sarawak. Hamed Bin Sepawi, sepupu Ketua Menteri, yang selalunya dilibatkan dalam soal-soal konsesi tanah dan juga kontrak-kontrak gergasi di negeri Sarawak adalah seorang. Manakala seorang lagi, Wan Morshidi Bin Tuanku Abdul Rahman, yang keluarganya berkait rapat dengan Abdul Rahman Ya’kub, bekas Ketua Menteri Sarawak suatu ketika dahulu, yang berminat dalam Samling. Kedua-dua Hamed dan Morshidi ‘memiliki’ 5% saham syarikat semasa ianya dilancarkan, mana kala bomoh Ahmad Haji Su’ut pula, 5.44%.

Upah yang diterima oleh bomoh tersebut membolehkannya hidup mewah yang amat selesa. Tetapi tahap kekayaannya tidaklah setara dengan jumlah saham yang besar yang dipegangnya dalam Samling. Sebaliknya, dengan gaji Ketua Menteri lebih RM20,000 sebulan tidak akan membolehkan Abdul Taib Mahmud menikmati cara hidup yang sangat mewah seperti kemewahan yang dikecapi oleh si bomohnya itu!

  • tatan

    can this bomoh predict whether taib will retain his sit in this coming election…sarawak report should interview him

    But i can predict that BN is going to be defeated…the dayak are begining to know who Taib really is..after the exposure from "Radio free sarawak" and "sarawak report"

    if all of taib wealth is expose i think taib is even richer than the sultan of Brunei

  • ramraj

    Tatan,aku fikir orang kamu memang sudah lama mengetahui perkara ini disebabkan Jabu masih lagi bersekongkol, mereka buat tak tahu,kamu lihat sekarang sejak pbds/snap tidak bersama taib,taibpun dah pening kepala…kamu ada baca utusan borneo 20.3.2011 pagi tadi yangmana muhidin kata "tolak hantu dan jembalang dari semenanjung"habis tu dia datang dari mana? kalau gitu kita juga tolak dia dan taib pada pilihanraya akan datang.o.k.

  • http://yahoo bujang saratok

    OK GENG BETUL TU…TOLAK SEMUA HANTU JEMBALANG YANG MASIH BERKUASA SEKARANG DI SARAWAK..

3 Feb 2011

Elia geneid contoh belia sarawak yang menjadi kaya sebagai perampas tanah!

This post is also available in: English, Iban

Elia geneid contoh belia sarawak yang menjadi kaya sebagai perampas tanah!

[Hasil nukilan penulis undangan dari majalah Asian Tatler]

Semua kita ingin sama seperti usahanita dan pemudi elitis, Elia Abas/Geneid! Dia mungkin kelihatan seperti anak gadis yang gemar berpesta, tetapi Elia dalam usia semuda 20-an suatu ketika dahulu sudah mendapat status sosial yang tinggi dengan menceburkan dirinya dalam industri perladangan kelapa sawit, dan juga memiliki beberapa siri konsesi bernilai berjuta-juta ringgit!

Tetapi, wanita yang tampak cantik dan hebat ini juga merupakan anak saudara Ketua Menteri Taib Mahmud dan oleh itu dia memiliki beberapa ciri (jika tersembunyi) menarik. Keluarga Taib sememangnya mempunyai ahli-ahli keluarga yang muda yang boleh dijadikan contoh dan tauladan kepada kaum muda di negeri Sarawak ini, dengan menunjukkan kita cara bagaimana hendak merebut ‘peluang sama rata’ yang diberikan menerusi projek-projek kerajaan!

Ketika Taib menyeru kepada semua kaum muda-mudi di kalangan rakyatnya untuk menunjukkan kekuatan dan inisiatif dan menambahkan usaha untuk keluar dari belengu kemiskinan, beliau harus merasa bangga kerana anak-anak saudaranya telah berjaya melalui jalan-jalan menuju ke arah kekayaan dan kemewahan,

Pesta-pesta ria yang akan merinduimu Elia!

Lebih mengkagumkan, Elia telah menjadikan dirinya sebagai wanita yang mewah, di samping  mampu melibatkan dirinya dalam banyak pesta keramaian dan bergaul dengan ramai kenalan lelakinya! Elia telah melalui dua perkahwinan dan tiga pertunangan dalam masa dua tahun dan ini merupakan suatu perkara yang hebat dilalui orang perempuan muda sepertinya!

Bolehkah Elia dianggap bertuah kerana dia memiliki kemewahan yang mampu dibayarnya untuk berpesta-ria? “Bekerja keras dan berpesta sepuas-puasnya” adalah cogankata yang Taib seru kepada anak-anak saudaranya sejak mereka masih kecil lagi! Apakah yang kita tahu mengenai perniagaan yang diceburi oleh Elia, dan bagaimana dia mengoptimumkan peluang yang telah diterimanya dan juga rakan-rakanniaganya yang lain? Dalam tahun 2008 Elia berjaya memeterai perjanjian dengan LCDA yang kebetulannya dikawal oleh bapa saudaranya, Taib Mahmud. Elia ternampak peluang, manakala orang lain adalah terlalu lambat dan malas yang akhirnya menyebabkan mereka tidak menyedari tanah-tanah masih ada untuk diusahakan!

Sebenarnya Elia yang bermata helang itu telah menguruskan pembahagian hampir 10, 000 hektar tanah NCR dari orang-orang asal di kawasan Tatau di daerah Bintulu tanpa disedari atau diketahui oleh mereka! Elia telah bergerak pantas dan (diandaikan tiada seorang pun berminat ke atas tanah tersebut) maka dia telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM5.5 juta dari tanah tersebut. Nilai tersebut merupakan sebahagian kecil dari nilai sebenar dan Elia telah bersetuju bahawa pembayaran dilakukan secara beransur-ansur! Betapa bijaknya Elia berniaga!

Iban ‘bodoh’ untuk menyedari hakikat mereka ditipu!


Sarawak Report telah mengemukakan beberapa persoalan dan telah berjaya mengetahui bahawa tanah-tanah NCR milik masyarakat Iban di Tatau telah sebenarnya diukur dan dibahagi oleh Taib Mahmud pada tahun 1996. Apa yang kelihatan bodoh dan dungunya di sini adalah kemiskinan kaum Iban ini telah menghalang mereka mendapatkan khidmat seorang peguam untuk membawa kes ke mahkamah, jadi bagai manakah kita boleh menjangkakan bahawa mereka boleh merebut peluang seperti yang dikatakan Taib sebagai peluang yang ada di depan mata mereka sendiri? Pada minggu yang lalu, Taib dipetik sebagai mengatakan pengkritik-pengkritiknya sebagai ‘ketam’ yang hanya pandai mengkritik atau mencemburui kekayaan yang dimiliki oleh perampas tanah seperti anak saudaranya, si Elia itu, dan juga ahli-ahli keluarganya yang lain. Sebenarnya Taib telah membidas kritikan-kritikan ke atas kemewahan yang dikecapinya, dan kami percaya bidasan seperti ini akan beliau jadikan sebagai landasan ucapan-ucapannya semasa pilihanraya nanti. Kita ada seorang Ketua Menteri yang amat bijak – tahniah kepada kemewahan yang dimilikinya, dan kita ingin mengingatkan semua orang mengenainya dan bagaimana bijaknya engkau memperolehi semua ini!

Sebaik sahaja orang-orang Iban telah kehilangan tanah-tanah mereka, Taib seterusnya menjualkan konsesi pembalakan kepada syarikat Borneo Pulp and Paper, yang menebang kayu-kayu hutan yang berusia 150 tahun (hutan yang dikatakan paling tua di dunia ini) dan menjadikannya pulpa dan keretas sahaja. Selepas itu, pada 2008 Elia dengan cepat-cepat merebut peluang untuk mendapatkan tanah itu dengan harga RM5.5 juta sebelum orang lain menyedarinya. Ya! Sebenarnya tiada seorangpun yang akan menyedarinya, kerana di ‘negerinya yang ada kesama-rataan’ Taib Mahmud lebih gemar menganugerahkan konsesi-konsesi secara tertutup … kepada keluarganya.

Saudara Minda yang berasal dari Sungai Anap (iaitu anak kepada bekas Penghulu Jipun) merupakan seorang jurucakap bagi pihak kominiti rumah panjangnya yang telah kehilangan tempat pencarian disebabkan kawasan mereka didatangi pembangunan. Minda menyatakan bahawa dia amat terkejut apabila dia mengetahui bahawa Elia yang muda itu sedang memiliki konsesi ke atas tanah-tanah mereka. Menurutnya


| “Kami telah menerima sepucuk surat dari kerajaan British suatu ketika dahulu yang mengisytiharkan bahawa kawasan ini adalah milik kami, tetapi kerajaan sekarang mengatakan itu tidak lagi relevan. Pada mulanya syarikat telah datang dan membayar 4 orang ketua masyarakat untuk menutup mulut mereka, tetapi apabila mereka datang bersama-sama jentolak-jentolak mereka, kami telah membuat laporan polis. Perkara ini sedang dalam rundingan”. I

Kompeni Ikrar Bumi Sdn Bhd


Di antara 2008 dan 2009 Elia telah berjaya mendapatkan beberapa siri ‘lesen sementara’ to menukar seluruh kawasan itu kepada ladang kelapa sawit – dalam suatu perjanjian yang dimeterai pada bulan Mac tahun lalu. Lesen-lesen tersebut adalah sementara, kerana pada teorinya orang-orang tempatan yang ada NCR ke atas sesuatu kawasan itu harus dilibatkan dalam sebarang bentuk perjanjian mengenainya. Tetapi tiada seorangpun dari kalangan orang-orang tempatan itu menyedarinya – tidak memilik sebarang kehendak berniaga, atau boleh juga dikatakan sebagai kaum yang pemalas.

Syarikat yang digunakan oleh Elia untuk mendapatkan tanah NCR yang luas itu dikenali sebagai Ikrar Bumi Sendirian Berhad. Secara kebetulannya, ianya didaftarkan di ibupejabat yang sama alamat dengan syarikat Parabena, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh ibunya, Raziah Mahmud, saudara kepada Taib Mahmud. Malah Taib sendiri memegang saham yang banyak dalam Parabena dan syarikat berkenaan telah menerima banyak tawaran untuk melaksanakan kontrak-kontrak kerajaan dan juga konsesi-konsesi negeri. Kami dapat menganggarkan bahawa anak-anak syarikat Parabena telah menerima keluasan tanah NCR seluas negara Brunei! Sungguh hebatnya keluarga Taib!

Elia, yang sememangnya seorang yang masih muda mentah, maka individu yang melaksanakan tugas menguruskan hal-hal membosankan yang berkaitan tanah-tanah bagi pihaknya adalah Joanna Kho, yang sebenarnya setiausaha kepada ibunya. Kho telah meletakkan nombor telefonya sebagai nombor telefon utama untuk Parabena Sdn. Bhd. Pewaris segala-galanya di sini memang tidak diragui. Elia merupakan anak kedua Raziah, dilahirkan hasil perkahwinan Raziah yang pertama. Justeru itu, nama sebenarnya adalah Elia Abas, sempena nama suami pertama Raziah. Elia Abas merupakan seorang pengarah dalam Ikrar Bumi, seperti juga ibunya. Elia memiliki 998 daripada 1,000 saham di syarikat itu! Hebat, kan?!

Kecergasan perniagaan Elia terus ditunjukkannya walaupun Ikrar Bumi hanya ada RM1,000 dalam bentuk modal, tetapi Elia berjaya memujuk bapa saudaranya, Taib Mahmud, jumlah modal tersebut boleh digunakan untuk membeli aset negeri yang bernilai RM5.5 juta dengan janji bayaran balik secara beransur-ansur pada masa akan datang. Kenapakah muda-mudi Sarawak tidak mengikuti jejak langkah si Elia yang cemerlang ini? Kita seharusnya merasa malu kerana dibelengu kemiskinan sedangkan Elia berjaya menjadikan dirinya kaya dan mewah!

Di manakah dia mendapatkan wangnya?


Walau bagaimanapun Elia masih perlu memeterai perjanjian dengan memindahkan tanah-tanah barunya untuk mendapatkan keuntungan berbilion-bilion ringgit kepada sebuah lagi syarikat perladangan yang tulen yang dapat melaksanakan tugas-tugas seperti mengendalikan aduan-aduan dari orang-orang tempatan dan memulakan kerja-kerja menanam kelapa sawit. Anda pun tidak akan mengharapkan si Elia yang kaya itu akan mengotorkan tangannya untuk kerja-kerja bercucuk tanam di ladang!

Biasanya, sebarang protes mengenai ‘lesen sementara’ yang dijual oleh orang-orang seperti Elia dengan mudahnya dikendalikan oleh pihak kedua. Mereka hanya perlu berbohong. Orang-orang tempatan akan diberitahu bahawa mereka tidak lagi berhak ke atas mereka dan lesen yang digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja di situ bukannya sementara, tetapi lesen-lesen itu berstatus penuh dan membenarkan kerja-kerja membalak dan membuka ladang kelapa sawit. Orang-orang tempatan yang bodoh terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak berhak menuntut sebarang pampasan walaupun seringgit-dua! Jika keadaan dibiarkan, maka para samseng akan masuk ke kawasan mereka dan polis pula akan menutup mata sehingga isu dapat diselesaikan.

Begitulah perniagaan bagi anda, dan begitulah cara keluarga Taib merebut segala peluang yang ada. Anda mungkin mengkagumi betapa bijak dan pintarnya mereka, kan? Tetapi sebenarnya kita semakin merasa risau bagi pihak si Elia yang bergaya itu. Kini, dia seharusnya membasuh tangannya dan seterusnya menjualkan lesen kepada salah seorang dari penguatkuasa bagi mendapatkan keuntungan yang amat lumayan.

Secara sulitnya, penulis udangan Sarawak Report dari Tatler telah dibiarkan berfikir kenapakah Raziah dan suaminya Robert telah terlalu lama membenarkan anak perempuan mereka itu mengaut keuntungan dan tiba-tiba menjauhkan dirinya dari mereka?

Jika dahulunya proses jual-beli tanah-tanah sentiasa dilakukan dalam masa satu atau dua minggu! Atau mungkin Elia terlalu sibuk dengan persediaan-persediaan tiga perkahwinannya dua atau tiga tahun yang lalu? Atau, adakah keluarganya menghadapi beberapa masalah sejak kebelakangan ini?

Atau mungkinkah mereka telah menghadapi kesukaran untuk mencari pembeli tanah-tanah mereka? Janganlah kita lupa, sejak kebelakangan seseorang akan berhadapan dengan pelbagai-bagai kesukaran dan dengan mudahnya dihadapkan ke mahkamah jika didapati ‘bermain-main’ dengan harta dan hak orang-orang asal.

Kini, segala-galanya sudah berubah dengan pantas. Dari hari ke hari keadaannya bertambak banyak berakhir di mahkamah, terima kasih kepada perjuangan-perjuangan yang dilancarkan oleh peguam pejuang hak asasi manusia seperti ketua PKR yang baru, iaitu saudara Baru Bian. Beliau kini sedang mengendalikan lebih 200 kes dan sudah mula menampakkan kemenangan menentang Kerajaan Taib Mahmud!

Dan, sememangnya terdapat satu lagi masalah, iaitu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat ladang kelapa sawit gergasi yang ingin ‘berterusan’. Corak ini dilihat sebagai cara baru dan Tatler mengatakannya sebagai panas, panas, panas! Penebangan hutan adalah cara yang tidak lagi boleh diamalkan kerana dunia kini menyokong penghijauan!

Dengan itu, membeli lesen-lesn sementara daripada keluarga Taib Mahmud yang sudah terkenal sebagai keluarga penjahat di dunia, tidak akan kelihatan baik pada laporan tahunan dan terpaksa melibatkan banyak penjelasan kepada pemegang-pemegang saham mereka dan juga pihak-pihak NGO! Lebih baik elakkan terlibat dengan keluarga tersebut! Lihatlah, pada minggu ini sahaja, si ibunya, Raziah, yang dituduh merampas tanah-tanah di kawasan Simunjan, Sebangan, kini telah mendapat perintah mahkamah untuk menghentikan operasinya. Ini merupakan tamparan yang hebat kepada syarikat Quality Concrete Sdn. Bhd., yang telah membeli kawasan yang amat luas itu daripada Raziah. Mereka telah memberikannya kedudukan yang tinggi dalam syarikat mereka dan juga banyak saham kepadanya bagi menambah seri sempena perjanjian jual-beli dimeterai!

Adakah kesukaran yang dihadapi oleh si Elia yang muda dan cantik itu mencari para pembeli tanah-tanah yang telah diperolehinya dari bapa saudaranya? Proses jual-beli mungkin dianggap mudah tiga-empat tahun yang lalu, tetapi kini tidak semudah itu!

Jangan pertikaikan kekayaan seseorang ‘pereka kekayaan’ seperti Elia!


Segala kesukaran yang timbul sejak kebelakangan ini di kalangan keluarganya telah menyebabkan Ketua Menteri terus berusaha untuk meyakinkan rakyat melalui ucapan-ucapannya bahawa kita harus MENGGALAKKAN sesiapa yang boleh mencipta kekayaan seperti apa yang dilakukan Elia adalah baik untuk kita semua.

Di manakah kita tanpa perbelanjaannya? Bagai mana pula kerja-kerja menghidang makanan dan minuman sempena majlis-majlis keramaiannya dan berkemas selepas majlis-majlis, (dan menulis mengenainya)? Kita MEMERLUKAN kekayaannya!

Taib juga runsing memikirkan sama ada keluarga sudah cukup mewah, dan bagi dirinya dan juga isterinya, mungkin pasangan itu menunggu kelahiran cahaya mata dari isterinya yang berdekad-dekad jauh lebih muda darinya.

Berdasarkan sebab-sebab inilah Taib kini mula mengancam para hakim yang sedang mengendalikan kes-kes yang menentangnya dan juga mengancam untuk mengganggu-gugat profesyen mereka. Walau bagaimanapun, para hakim itu terpaksa mendengar penilaian-penilaian pihak mahkamah yang lebih tinggi dan mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain sekadar melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

Ini juga bermakna Elia terpaksa menghadkan dirinya menjadi isteri kali kedua. Tidak seperti ibunya, mungkin dia tidak mampu berkahwin kali ketiga.

2 Feb 2011

Hasil jualan tanah-tanah ncr anda untuk mengupah bomoh-bomohku!

This post is also available in: English, Iban

Hasil jualan tanah-tanah ncr anda untuk mengupah bomoh-bomohku!

Kami boleh membuktikan lagi banyak tanah yang dimiliki oleh orang-orang asal Sarawak telah dirampas oleh kroni-kroni Taib, dan kali ini pula rampasan dibuat untuk mengupah salah seorang dari bomoh-bomoh beliau, Ahmad Bin Suut! Jelaslah Taib lebih gemar mengeksploitasi orang-orang tempatan yang hidup dalam kesusahan, daripada mengupah bomoh-bomohnya menggunakan wangnya sendiri untuk kerja-kerja syirik dan ilmu hitamnya!

Kawasan hutan dan tanah NCR yang terlibat berada di kawasan kaum Bidayuh di daerah Serian, berhampiran dengan kawasan tanah NCR Ensengei yang telah diserahkan Taib kepada adiknya, Raziah Mahmud. Walau bagaimana pun, rampasan tanah-tanah di kawasan tersebut telah berakhir dengan kes mahkamah yang hebat yang telah mendedahkan Ketua Menteri dan kerajaannya sebagai membantu seorang ‘penjahat’. Kini bomoh Ahmad Suut telah didakwa kerana mencuba menjual konsesi-konsesi yang amat luas tanpa menyatakan status NCR yang terdapat pada tanah-tanah berkenaan!

Amalan-amalan yang haram


Seperti mana yang telah diketahui di kalangan kenalan-kenalan Taib, beliau mempunyai bomoh-bomoh peribadi sejak berdekad-dekad yang lalu, dan Haji Ahmad Bin Haji Suut merupakan salah seorang dari bomoh-bomoh yang membantu beliau dalam membuat apa jua keputusan yang kritikal. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan keluasan kawasan bawah tanah rumah mewahnya dipenuhi dengan artifak-artifak dan mezbah-mezbah yang digunakan dalam amalan-amalan ilmu hitam!

Seperti yang pernah kami dedahkan terdahulu, Ketua Menteri telah mengupah seorang ustaz berbangsa Pakistan sebagai bomohnya dan bomoh tersebut diuruskan oleh saudaranya, Tufail Mahmud. Kali ini pula kita mendedahkan bahawa Raziah telah memperkenalkan seorang lagi bomoh wanita berambut perang kepada Taib. Taib dikatakan menggemari bomoh wanita tersebut. Ahmad Suut pula adalah warganegara Indonesia dan adik perempuan Ahmad berkahwin dengan rakan-niaganya, Francis Tan. Tan pula dikatakan mempunyai hubungan intim dengan adik Taib, iaitu Zaleha Mahmud, juga telah berkahwin.

Menggunakan khidmat bomoh dan pengamal ilmu hitam atau ilmu sihir adalah dilarang keras oleh agama Islam tetapi sering diperlekehkan oleh golongan berpendidikan. Tetapi Taib tetap menggunakan khidmat bomoh sebagai suatu cara untuk menakut-nakutkan sesiapa. Bomoh seperti Ahmad Suut mendakwa dia boleh berhubung dengan roh-roh orang yang telah meninggal dan juga jin-jin untuk membantu mengalahkan musuh-musuh mereka. Bomoh-bomoh ini dikatakan terlalu taksub dengan amalan-amalan mereka untuk mendapatkan kepercayaan para pelanggan mereka.

Sarawak Report menjelaskan di sini bahawa ianya tidah gentar akan kehebatan bomoh-bomoh ini, tetapi tetap merasa marah kerana golongan yang miskin telah dipaksa membayar upah khidmat bomoh-bomoh ini.

Bomoh yang hidupnya mewah!

Haji Ahmad Bin Haji Suut yang berusia di sekitar 50-an tidah dapat berjalan dengan sempurna akibat penyakit polio, dikatakan bersifat materialistic, walaupun dia mempunyai profesyen kebomohan. Dia dikatakan berurusan dengan roh-roh orang yang telah meninggal sebagai mata pencariannya, tetapi juga memilik lebih dari 15 buah kereta mewah!

Haji Ahmad juga memiliki sebuah stesen minyak di tengah-tengah bandaraya Kuching sejak beberapa tahun yang lalu, terima kasih ke atas konsesi-konsesi yang telah dihadiahkan kepadanya oleh pelanggannya, Ketua Menteri. Stesen minyak ini amatlah penting untuk mengisi tangki minyak kereta-kereta mewahnya. Setiap orang yang pernah mengisi minyak di stesen tersebut perlu ingat bahawa mereka membantu Ketua Menteri membayar subsidi kepada bomoh itu.

Haji Ahmad dikatakan menggemari wanita-wanita. Dia mempunyai tiga orang isteri yang sah dan sering dilihat bergaul dengan wanita-wanita muda juga. Segala selera dan nafsu seperti ini sudah pastinya memerlukan wang yang banyak.

Kami diberitahu bahawa Haji Ahmad telah bekerja untuk Ketua Menteri sejak tahun-tahun 90-an lagi, tetapi sejak kebelakangan ini ‘kuasa ilmu hitamnya’ kian merosot di mata bosnya itu. Walau bagaimana pun bomoh tersebut telah berjaya memperolehi segala kemewahan menerusi konsesi-konsesi yang diberikan oleh Taib kepadanya. Ini termasuk konsesi pembalakan dan perladangan kelapa sawit.

Kini Sarawak Report telah mendapat suatu bukti yang melibatkan pemberian konsesi ke atas tanah NCR milik kaum Bidayuh oleh Taib. Tanah tersebut telah diukur and dibahagi dari tanah NCR orang-orang tempatan dan sekali lagi diberikan begitu sahaja kepada kroninya yang akan dibayar pada bila-bila masa sesuai. Ini bermaksud orang-orang tempatan yang telah kerugian tanah-tanah kerana dirampas begitu sahaja, malah kerajaan Negeri juga belum dibayar sebarang amaun oleh si pembelinya.

Dalam tahun 2007 Haji Ahmad telah menguruskan pemilikan tanah tersebut pada kadar harga kurang dari sejuta ringgit. Pihak Pendaftar Tanah telah bersetuju untuk menunggu bayaran premium oleh bomoh berkenaan sehingga dia berjaya menjualkan tanah itu kepada sesiapa yang sanggup membeli dalam tempoh masa 5 tahun. Amalan seperti ini kerap dilakukan oleh keluarga dan rakan-rakan Taib sehingga mereka berjaya menjual tanah untuk mendapat pulangan yang berlipat-ganda baharulah premium dibayar kepada kerajaan Negeri.

Pada kebiasaannya berlaku di tempat-tempat lain, kali ini masyarakat Bidayuh tidak mengetahui apa jua keputusan yang dibuat ke atas tanah-tanah NCR mereka kerana proses ini dilakukan secara tertutup dan rahsia, sehingga pada suatu ketika mereka dikejutkan dengan kehadiran lori-lori balak dan kelengkapan pembalakan yang lain di kawasan mereka.

Salah seorang pemilik tanah NCR, Peter Runin, memeberitahu kami:

“Mereka membawa masuk segala kelengkapan pembalakan mereka ke kawasan kami, tetapi orang-orang kampung berjaya menghalang mereka”


Runi menjelaskan bahawa penduduk kampung merasa sangat marah dengan kehadiran para pembalak dan mereka terus mendapatkan khidmat guaman seorang peguam hak asasi NCR dan ketua PKR Baru Bian untuk membicarakan kes tersebut di mahkamah.

Dawos masuk campur

Para pekerja kempen pula memberitahu pihak kami bahawa YB wakil rakyat, seorang menteri BN, James Dawos dikatakan turut menyumbang kepada tabung untuk membiayai perbicaraan kes ini sebagai usaha untuk mempertahankan bosnya bagi merampas tanah-tanah dari orang-orang di kawasannya.

Dawos telah didedahkan sebagai salah seorang dari Buaya Bin Abdullah dalam laporan Sarawak Report yang lalu dan kami berminat untuk mengetahui bagai mana dia merangkak menuju BN, tetapi sebaliknya bagai mana dia mengaburi mata para pengundinya dengan sumbangan-sumbangan kecil atas kesengsaraan yang mereka tanggung!

Dawos mendakwa dirinya telah menyumbangkan sebanyak RM40 ribu kepada tabung bagi memenangi kes perbicaraan tersebut, iaitu sejumlah wang yang amat kecil berbanding dengan keuntungan berbilion-bilion ringgit dari tanah-tanah NCR yang dirampas oleh BN. Sarawak Report juga mempersoalkan sama ada sumbangan Dawos itu datangnya dari Taib sendiri yang cuba digunakan untuk mempertahankan kerusi DUN yang dahulunya dianggap selamat? Kami juga meragui Dawos yang telah memeluk agama Islam secara senyap-senyap untuk menyejukkan hati bosnya, Taib, tetapi dia telah lakukan lebih dari itu. Adakah dia juga mengikuti cara Taib yang menggunakan khidmat bomoh?

Tindakan yang diambil oleh Baru Bian telah seterusnya menghalang kemaraan para penceroboh ke atas tanah-tanah NCR yang dalam persengketaan itu. Kes tersebut akan didengar sepenuhnya pada bulan Jun tahun ini nanti. Sementara itu si bomoh tersebut turut berhadapan dengan masalah perundangan dengan sebuah syarikat kilang kayu yang telah berhasrat untuk mendapatkan kayu balak dari kawasan tersebut.

Untuk mendapatkan keuntungan segera dari konsesi itu, Haji Ahmad Suut dan iparnya, yang juga rakan-niaganya, Francis Tan (atau dikenali juga sebagai Tan Shaw Shyong) telah menjual tanah-tanah tersebut kepada seorang  lagi usahawan kaya Sng Chee Hwa dengan harga RM6 juta. Syarikat yang mereka gunakan untuk mendapatkan hakmilik ke atas konsesi-konsesi itu dikenali sebagai Poliga.

Sng mendakwa kedua-dua ipar itu tidak pernah memberitahunya bahawa tanah tersebut dimiliki oleh orang-orang tempatan. Sng juga marah kerana seorang kroni Taib, menteri Michael Manyin Jawong, telah memujuknya untuk mendapatkan tanah itu dari bomoh, tanpa memberitahu tentang persengketaan yang berhubung dengan tanah-tanah itu. Memandangkan Haji Ahmad dan Francis Tan enggan mengembalikan wangnya, Sng kini dikatakan mendakwa mereka telah menipu dan mengelirukannya!

Seorang kenalan rapat dengan usahawan kaya itu memberitahu Sarawak Report bahawa Haji Ahmad Bin Haji Suut itu sebenarnya seorang ‘penipu besar’ dan juga ‘penyangak’.

Bomoh yang juga seorang penjahat dan penyangak?


Ajaran agama kita mengharamkan khidmat kebomohan. Kerosakan yang timbul dari kegiatan haram ini sebenarnya mengganggu perbelanjaan negara. Situasi ini telah mendatangkan kesengsaraan orang-orang tempatan di Munggu Kupi, Serian, yang mana tanah-tanah mereka telah dirampas untuk membiayai khidmat haram bomoh yang tamak itu.

Tiga puluh taksub dengan kegiatan kebomohan yang dilarang keras oleh mana-mana agama sudah tiba masanya untuk dihentikan. Ianya amalan yang bodoh. Haruskah Sarawak dibiarkan untuk sehaluan dan seiringan dengan negara-negara lain di dunia moden ini?

  • aed

    Bomoh-bomoh haram dan syirik pada Allah.

  • Redline1423

    bomoh xpt pake

  • waidayak fm

    Kenapa semua ini tidak didedahkan kpd rakyat? Supaya rakyat tahu siapa sebenarnya TAIB yg kononnya menjalankan politik pembangunan sebaliknya politik kemusnahan.