Hasil jualan tanah-tanah ncr anda untuk mengupah bomoh-bomohku!

Hasil jualan tanah-tanah ncr anda untuk mengupah bomoh-bomohku!

Kami boleh membuktikan lagi banyak tanah yang dimiliki oleh orang-orang asal Sarawak telah dirampas oleh kroni-kroni Taib, dan kali ini pula rampasan dibuat untuk mengupah salah seorang dari bomoh-bomoh beliau, Ahmad Bin Suut! Jelaslah Taib lebih gemar mengeksploitasi orang-orang tempatan yang hidup dalam kesusahan, daripada mengupah bomoh-bomohnya menggunakan wangnya sendiri untuk kerja-kerja syirik dan ilmu hitamnya!

Kawasan hutan dan tanah NCR yang terlibat berada di kawasan kaum Bidayuh di daerah Serian, berhampiran dengan kawasan tanah NCR Ensengei yang telah diserahkan Taib kepada adiknya, Raziah Mahmud. Walau bagaimana pun, rampasan tanah-tanah di kawasan tersebut telah berakhir dengan kes mahkamah yang hebat yang telah mendedahkan Ketua Menteri dan kerajaannya sebagai membantu seorang ‘penjahat’. Kini bomoh Ahmad Suut telah didakwa kerana mencuba menjual konsesi-konsesi yang amat luas tanpa menyatakan status NCR yang terdapat pada tanah-tanah berkenaan!

Amalan-amalan yang haram


Seperti mana yang telah diketahui di kalangan kenalan-kenalan Taib, beliau mempunyai bomoh-bomoh peribadi sejak berdekad-dekad yang lalu, dan Haji Ahmad Bin Haji Suut merupakan salah seorang dari bomoh-bomoh yang membantu beliau dalam membuat apa jua keputusan yang kritikal. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan keluasan kawasan bawah tanah rumah mewahnya dipenuhi dengan artifak-artifak dan mezbah-mezbah yang digunakan dalam amalan-amalan ilmu hitam!

Seperti yang pernah kami dedahkan terdahulu, Ketua Menteri telah mengupah seorang ustaz berbangsa Pakistan sebagai bomohnya dan bomoh tersebut diuruskan oleh saudaranya, Tufail Mahmud. Kali ini pula kita mendedahkan bahawa Raziah telah memperkenalkan seorang lagi bomoh wanita berambut perang kepada Taib. Taib dikatakan menggemari bomoh wanita tersebut. Ahmad Suut pula adalah warganegara Indonesia dan adik perempuan Ahmad berkahwin dengan rakan-niaganya, Francis Tan. Tan pula dikatakan mempunyai hubungan intim dengan adik Taib, iaitu Zaleha Mahmud, juga telah berkahwin.

Menggunakan khidmat bomoh dan pengamal ilmu hitam atau ilmu sihir adalah dilarang keras oleh agama Islam tetapi sering diperlekehkan oleh golongan berpendidikan. Tetapi Taib tetap menggunakan khidmat bomoh sebagai suatu cara untuk menakut-nakutkan sesiapa. Bomoh seperti Ahmad Suut mendakwa dia boleh berhubung dengan roh-roh orang yang telah meninggal dan juga jin-jin untuk membantu mengalahkan musuh-musuh mereka. Bomoh-bomoh ini dikatakan terlalu taksub dengan amalan-amalan mereka untuk mendapatkan kepercayaan para pelanggan mereka.

Sarawak Report menjelaskan di sini bahawa ianya tidah gentar akan kehebatan bomoh-bomoh ini, tetapi tetap merasa marah kerana golongan yang miskin telah dipaksa membayar upah khidmat bomoh-bomoh ini.

Bomoh yang hidupnya mewah!

Haji Ahmad Bin Haji Suut yang berusia di sekitar 50-an tidah dapat berjalan dengan sempurna akibat penyakit polio, dikatakan bersifat materialistic, walaupun dia mempunyai profesyen kebomohan. Dia dikatakan berurusan dengan roh-roh orang yang telah meninggal sebagai mata pencariannya, tetapi juga memilik lebih dari 15 buah kereta mewah!

Haji Ahmad juga memiliki sebuah stesen minyak di tengah-tengah bandaraya Kuching sejak beberapa tahun yang lalu, terima kasih ke atas konsesi-konsesi yang telah dihadiahkan kepadanya oleh pelanggannya, Ketua Menteri. Stesen minyak ini amatlah penting untuk mengisi tangki minyak kereta-kereta mewahnya. Setiap orang yang pernah mengisi minyak di stesen tersebut perlu ingat bahawa mereka membantu Ketua Menteri membayar subsidi kepada bomoh itu.

Haji Ahmad dikatakan menggemari wanita-wanita. Dia mempunyai tiga orang isteri yang sah dan sering dilihat bergaul dengan wanita-wanita muda juga. Segala selera dan nafsu seperti ini sudah pastinya memerlukan wang yang banyak.

Kami diberitahu bahawa Haji Ahmad telah bekerja untuk Ketua Menteri sejak tahun-tahun 90-an lagi, tetapi sejak kebelakangan ini ‘kuasa ilmu hitamnya’ kian merosot di mata bosnya itu. Walau bagaimana pun bomoh tersebut telah berjaya memperolehi segala kemewahan menerusi konsesi-konsesi yang diberikan oleh Taib kepadanya. Ini termasuk konsesi pembalakan dan perladangan kelapa sawit.

Kini Sarawak Report telah mendapat suatu bukti yang melibatkan pemberian konsesi ke atas tanah NCR milik kaum Bidayuh oleh Taib. Tanah tersebut telah diukur and dibahagi dari tanah NCR orang-orang tempatan dan sekali lagi diberikan begitu sahaja kepada kroninya yang akan dibayar pada bila-bila masa sesuai. Ini bermaksud orang-orang tempatan yang telah kerugian tanah-tanah kerana dirampas begitu sahaja, malah kerajaan Negeri juga belum dibayar sebarang amaun oleh si pembelinya.

Dalam tahun 2007 Haji Ahmad telah menguruskan pemilikan tanah tersebut pada kadar harga kurang dari sejuta ringgit. Pihak Pendaftar Tanah telah bersetuju untuk menunggu bayaran premium oleh bomoh berkenaan sehingga dia berjaya menjualkan tanah itu kepada sesiapa yang sanggup membeli dalam tempoh masa 5 tahun. Amalan seperti ini kerap dilakukan oleh keluarga dan rakan-rakan Taib sehingga mereka berjaya menjual tanah untuk mendapat pulangan yang berlipat-ganda baharulah premium dibayar kepada kerajaan Negeri.

Pada kebiasaannya berlaku di tempat-tempat lain, kali ini masyarakat Bidayuh tidak mengetahui apa jua keputusan yang dibuat ke atas tanah-tanah NCR mereka kerana proses ini dilakukan secara tertutup dan rahsia, sehingga pada suatu ketika mereka dikejutkan dengan kehadiran lori-lori balak dan kelengkapan pembalakan yang lain di kawasan mereka.

Salah seorang pemilik tanah NCR, Peter Runin, memeberitahu kami:

“Mereka membawa masuk segala kelengkapan pembalakan mereka ke kawasan kami, tetapi orang-orang kampung berjaya menghalang mereka”


Runi menjelaskan bahawa penduduk kampung merasa sangat marah dengan kehadiran para pembalak dan mereka terus mendapatkan khidmat guaman seorang peguam hak asasi NCR dan ketua PKR Baru Bian untuk membicarakan kes tersebut di mahkamah.

Dawos masuk campur

Para pekerja kempen pula memberitahu pihak kami bahawa YB wakil rakyat, seorang menteri BN, James Dawos dikatakan turut menyumbang kepada tabung untuk membiayai perbicaraan kes ini sebagai usaha untuk mempertahankan bosnya bagi merampas tanah-tanah dari orang-orang di kawasannya.

Dawos telah didedahkan sebagai salah seorang dari Buaya Bin Abdullah dalam laporan Sarawak Report yang lalu dan kami berminat untuk mengetahui bagai mana dia merangkak menuju BN, tetapi sebaliknya bagai mana dia mengaburi mata para pengundinya dengan sumbangan-sumbangan kecil atas kesengsaraan yang mereka tanggung!

Dawos mendakwa dirinya telah menyumbangkan sebanyak RM40 ribu kepada tabung bagi memenangi kes perbicaraan tersebut, iaitu sejumlah wang yang amat kecil berbanding dengan keuntungan berbilion-bilion ringgit dari tanah-tanah NCR yang dirampas oleh BN. Sarawak Report juga mempersoalkan sama ada sumbangan Dawos itu datangnya dari Taib sendiri yang cuba digunakan untuk mempertahankan kerusi DUN yang dahulunya dianggap selamat? Kami juga meragui Dawos yang telah memeluk agama Islam secara senyap-senyap untuk menyejukkan hati bosnya, Taib, tetapi dia telah lakukan lebih dari itu. Adakah dia juga mengikuti cara Taib yang menggunakan khidmat bomoh?

Tindakan yang diambil oleh Baru Bian telah seterusnya menghalang kemaraan para penceroboh ke atas tanah-tanah NCR yang dalam persengketaan itu. Kes tersebut akan didengar sepenuhnya pada bulan Jun tahun ini nanti. Sementara itu si bomoh tersebut turut berhadapan dengan masalah perundangan dengan sebuah syarikat kilang kayu yang telah berhasrat untuk mendapatkan kayu balak dari kawasan tersebut.

Untuk mendapatkan keuntungan segera dari konsesi itu, Haji Ahmad Suut dan iparnya, yang juga rakan-niaganya, Francis Tan (atau dikenali juga sebagai Tan Shaw Shyong) telah menjual tanah-tanah tersebut kepada seorang  lagi usahawan kaya Sng Chee Hwa dengan harga RM6 juta. Syarikat yang mereka gunakan untuk mendapatkan hakmilik ke atas konsesi-konsesi itu dikenali sebagai Poliga.

Sng mendakwa kedua-dua ipar itu tidak pernah memberitahunya bahawa tanah tersebut dimiliki oleh orang-orang tempatan. Sng juga marah kerana seorang kroni Taib, menteri Michael Manyin Jawong, telah memujuknya untuk mendapatkan tanah itu dari bomoh, tanpa memberitahu tentang persengketaan yang berhubung dengan tanah-tanah itu. Memandangkan Haji Ahmad dan Francis Tan enggan mengembalikan wangnya, Sng kini dikatakan mendakwa mereka telah menipu dan mengelirukannya!

Seorang kenalan rapat dengan usahawan kaya itu memberitahu Sarawak Report bahawa Haji Ahmad Bin Haji Suut itu sebenarnya seorang ‘penipu besar’ dan juga ‘penyangak’.

Bomoh yang juga seorang penjahat dan penyangak?


Ajaran agama kita mengharamkan khidmat kebomohan. Kerosakan yang timbul dari kegiatan haram ini sebenarnya mengganggu perbelanjaan negara. Situasi ini telah mendatangkan kesengsaraan orang-orang tempatan di Munggu Kupi, Serian, yang mana tanah-tanah mereka telah dirampas untuk membiayai khidmat haram bomoh yang tamak itu.

Tiga puluh taksub dengan kegiatan kebomohan yang dilarang keras oleh mana-mana agama sudah tiba masanya untuk dihentikan. Ianya amalan yang bodoh. Haruskah Sarawak dibiarkan untuk sehaluan dan seiringan dengan negara-negara lain di dunia moden ini?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments