KETUA MENTERI YANG SOMBONG BERGELUT DENGAN KEMATIAN!

KETUA MENTERI YANG SOMBONG BERGELUT DENGAN KEMATIAN!

Sarawak Report telah membongkar suatu maklumat yang mengejutkan di mana Ketua Menteri Taib Mahmud, tanpa disedarinya sedang mempertaruhkan nyawanya sendiri terbang menaiki pesawat yang kurang selamat! Ini mungkin sikap bongkak dan sombongnya di mana dia sentiasa menganggap dirinya lebih mengetahui daripada para pakar penerbangan, dan dia telah meletakkan ahli politik kroninya mengawasi pesawat peribadinya itu.

Kami telah menemui bukti-bukti di mana selama beberapa bulan dalam tahun 2004, Taib dan ahli-ahli keluarganya dan juga menteri-menteri dan rakan-rakan kroninya diterbangkan di dalam pesawat yang diakui oleh para juruterbang dan jurutera sebagai tidak selamat. Beberapa pucuk memo telah kami temui yang menunjukkan bahawa staf-staf yang bertauliah telah mengeluarkan amaran-amaran mengenai masalah-masalah yang telah dikenalpasti, tetapi telah tidak dihiraukan kerana lebih mengutamakan permusuhan dan persengketaan yang timbul dalam syarikat Hornbill Skyways, yang membekalkan pesawat jet berkenaan.

Tidak lama kemudian setelah 4 buah pesawat Hornbill jatuh terhempas dalam masa setahun sahaja, yang telah meragut lebih sepuluh nyawa, termasuk seorang menteri. Lesen operasi syarikat berkenaan pun digantung.

Pesawat persendirian!


Rasuah yang menyelubungi pemerolehan Taib ke atas pesawat persendiriannya telah didokumentasikan secara meluas. Sebagai Pengerusi dalam Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), Taib telah menganugerahkan dirinya sebuah pesawat persendirian berkenaan. Dalam tahun 2004, perbadanan yang dikawal oleh Kerajaan Negeri itu memiliki 70% saham dalam Hornbill Airways, dengan baki saham selebihnyha dimiliki oleh sebuah lagi pertubuhan Kerajaan Negeri, Yayasan Sarawak.

Orang dalaman menyatakan bahawa Taib yang menjawat jawatan sebagai ‘Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)’ dalam Hornbill dan dia telah didapati membekalkan diri sendiri dengan pesawat yang mahal dan mewah yang dibiayai oleh wang pembayar cukai Sarawak. Perbadanan pembalakan itu memerlukan helicopter, tetapi jet-jet milik perbadanan itu hanya dikhaskan untuk kegunaan Ketua Menteri sekeluarga termasuk juga tetamu-tetamunya. Pegawai-pegawai eksekutif yang lebih senior menyatakan bahawa Taib kini memiliki sebuah pesawat Cessna Citation dan sebuah helicopter yang diletakkan dalam keadaan bersedia digunakan pada bila-bila masa sepanjang 24/7 setiap hari untuk sepanjang tahun. Sekeping cek akan dikeluarkan oleh kerajaan Negeri untuk membiayai kos perkhidmatan berkenaan!

Sikap acuh-tak acuh yang berisiko


Namun, Ketua Menteri dilihat sebagai seorang yang sentiasa menguruskan banyak perkara dengan caranya sendiri, dan dalam pada itu sentiasa menganggap dirinya boleh mengatasi sebarang masalah termasuk menguruskan isu-isu keselamatan di mana nyawa-nyawa orang lain dipertaruhkan, termasuk nyawanya sendiri! Para professional dalam industri penerbangan memberitahu kami bahawa mereka amat terkejut setelah mereka mengetahui bahawa barisan pengurus dalam Hornbill adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang kurang berpengetahuan dalam soal penerbangan, dan bukannya para pakar dalam industri tersebut.

“Pihak pengurusan Hornbill langsung tiada pengetahuan tentang penerbangan” kata seorang dari pakar yang memberikan maklumat kepada kami.

Manakala seorang lagi mengesahkan, “Kini sudah menjadi suatu budaya di kalangan mereka untuk mengutamakan soal politik dari keselamatan”

Piawaian-piawaian industri menuntut bahawa sebarang syarikat penerbangan haruslah diuruskan oleh seseorang yang professional dan bertauliah dalam bidang penerbangan. Tetapi Taib dan lembaga pengarahnya telah memilih untuk melantik mana-mana ahli politik yang bersifat ‘ya, tuan’. Pengerusi Hornbill Airways merupakan seorang bekas pegawai bank dan ahli politik Aidan Wing, yang tidak mengetahui apa-apa dalam bidang penerbangan atau isu-isu keselamatan. Dengan kegemaran Taib menggunakan khidmat kroni-kroninya untuk mentadbir sesuatu, kebanyakannya tidak berkelayakan, suatu masa nanti, tanpa dapat kita duga, akan berlakunya malapetaka. Para professional yang memberikan maklumat kepada Sarawak Report mengatakan, masalah-masalah dalam pentadbiran dan pengurusan telah sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada 4 kejadian buruk yang berlaku dalam tahun 2004, dan akhirnya mengakibatkan lesen operasi mereka terpaksa dihentikan!


Pesawat Taib hanya menunggu masa untuk menemui kemalangan


Kami telah menerima maklumat yang ekslusif yang mengatakan bahawa kecuaian yang berlarutan dan tanpa disedari sesiapa di mana Ketua Menteri kerap menaiki pesawat yang tidak selamat selama beberapa bulan. Seorang jurutera utama telah mengutuskan surat kepada pihak pengurusan Hornbill dengan menyatakan kebimbangan pasukannya terhadap soal pembaik-pulihan pesawat HS125 yang digunakan oleh Ketua Menteri. Tetapi, luahan kebimbangan jurutera berkenaan telah tidak dihiraukan dan akhirnya dia diberhentikan bekerja dengansyarikat berkenaan, meninggalkan para staf yang kurang mahir mengambil alih tugasnya ke atas pesawat yang semakin hari semakin menjadi serius.

Beberapa ketika selepas itu, setelah pesawat itu menjalani pemeriksaan keselamatan di Singapura, menurut sumber dalaman, telah mengatakan bahawa pesawat berkenaan telah selama ini diterbangkan dengan bilah-bilah kipas yang bengkok pada salah sebuah enjin jetnya! Para pakar penerbangan telah memberitahu Sarawak Report bahawa kerosakan tersebut, jika tidak dihiraukan, boleh menyebabkan pesawat itu rosak di udara dan jatuh terhempas bersama-sama Ketua Menteri dan penumpang-penumpangnya.

Bilah-bilah kipas yang bengkok juga tidak dihiraukan oleh juru-juruterbang

Bukti-bukti yang kami terima berkenaan dengan budaya mengenepikan soal-soal keselamatan ini juga telah merebak kepada para juruterbang yang bekerja dengan syarikat Hornbill. Pemberi maklumat kami menyatakan bahawa para juruterbang mereka sedar akan kerosakan-kerosakan yang mereka alami, tetapi mereka terpaksa akur dengan segala perintah dan arahan yang mereka terima daripada pihak pengurusan syarikat.

Semua juruterbang terlatih harus tahu betapa pentingnya mereka mengutamakan hal-hal keselematan, tetapi dalam syarikat Hornbill, terutama dengan Taib yang bertindak sebagai tuannya, hal-hal keselamatan diketepikan. Namun Abdul Taib Mahmud sendiri langsung tidak mengetahui tentang seloh-belok penerbangan. “Menteri-menteri akan menaiki helikopter-helikopter berkenaan, duduk sambil merokok di dalam pesawat, dan juru-juruterbang pula terlalu sopan untuk menegur mereka, walaupun menteri-menteri yang bodoh itu berada hanya beberapa inci jaraknya dari tangki minyak”, kata seorang lagi pemerhati.

Taib sebagai pentadbir


Adalah terlalu daif bagi Taib dan syarikat penerbangannya untuk mengenepikan pendapat dan kepakaran para jurutera dan juruterbang mereka yang sentiasa cuba membantu memperbaiki hal-hal pentadbiran dalam syarikat. Kedaifan seperti ini bukan hanya menyebabkan Taib menemui ajalnya, tetapi juga para penumpangnya.


Syarikat Hornbill telah didakwa di dalam mahkamah oleh salah seorang bekas eksekutifnya, Asharat Ali, kerana telah dilayan dengan tidak adil. Asharat mendakwa dia cuba memberikan pandangan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam syarikat berkenaan. Kes berkenaan yang didengar semula sekitar bulan Mei ini nanti.

Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkan Sarawak mengeluarkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit untuk membiayai sistem pengangkutan ini. Pemilikannya yang terkini merupakan jet Cessna Citation, bernilai USD19.5 juta dan merupakan pesawat persendirian yang termahal di dunia hanya dikhaskan untuk kegunaan peribadinya sahaja. Senarai para penumpang yang pernah bersama-samanya menaiki pesawat tersebut terdiri daripada ahli-ahli keluarganya, rakan-rakannya dan juga bomohnya di sekitar Sarawak dan juga ke tempat-tempat lain di luar negara, bukan atas sebarang urusan rasmi.


Taib dipercayai akan membeli sebuah lagi pesawat yang lebih baik, yang juga akan dibiayai menggunakan wang pembayar-pembayar cukai Sarawak menerusi syarikat Hornbill dan STIDC. Namun pertimbangannya kali ini sudah dipengaruhi oleh nafsunya. Dalam tahun 2004 orang tua itu hampir-hampir terkorban dalam pesawatnya sendiri.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments