LAGI RAMAI CROCODILE BIN ABDULLAH – EKSKLUSIF!

LAGI RAMAI CROCODILE BIN ABDULLAH – EKSKLUSIF!

Sarawak Report boleh mendedahkan kepada umum terdapat beberapa orang lagi YB yang telah menukar agama mereka dalam Kerajaan Negeri pimpinan Taib Mahmud, di mana mereka ini menyembunyikan hakikat yang mereka memeluk agama baru dari diketahui oleh para pengundi Dayak di konstituensi mereka. Para YB yang pemalu ini termasuklah Menteri James Dawos yang mewakili konstituensi Mambong dan juga Johnical Rayong yang mewakili SUPP dalam konstituensi Engkilili.

Kedua-dua lelaki ini telah berkahwin dengan wanita Muslim dan di bawah undang-undang Malaysia kedua-dua mereka adalah sah sebagai Muslim. Walaupun hakikatnya demikian, kedua-dua mereka belum lagi memberitahu secara rasmi akan agama baru dan nama baru mereka itu yang mereka gunakan dalam segala urusan rasmi dalam konstituensi mereka. Para pengkritik hari ini menuntut agar orang-orang kenamaan haruslah berterus-terang mengenai soal agama mereka dan tidak seharusnya dirahsiakan.

Apa yang dimalukan?


Jurucakap kepada PKR Abang Zul, seorang Muslim, hari ini memberikan komen:

“Kita tidak seharusnya akan pegangan agama kita. Anda harus mendedahkan agama pilihan anda kepada umum. Anda tidak perlu risau kerana umum faham bahawa wujudnya kebebasan beragama”

Beberapa isu ditimbulkan kenapa ramai pada YB dari BN yang memeluk agama baru dan juga kenapa mereka merahsiakannya daripada konstituensi mereka? Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa ahli-ahli politik seperti ini memeluk agama baru untuk merebut peluang kenaikan status dan juga untuk mengambil hati Ketua Menteri, yang telah dikritik kerana menindas kaum bukan Islam. Pada keadaan yang lain pula, undang-undang yang ada sekarang menghendakkan seseorang yang bukan Muslim memeluk agama Islam jika dia ingin berkahwin dengan orang Muslim, ini juga dianggap sebagai menindas orang yang bukan Islam, yang dikira sebagai agama yang lebih rendah statusnya di sisi undang-undang Malaysia.

Keadaan-keadaan kedua-dua Dawos dan Rayong mungkin sama di mana pemelukan agama baru itu berlaku di atas ranjang dan kemudian mereka menguruskan pernikahan secara senyap-senyap di Majlis Agama. Dawos yang telah beristeri dan mempunyai tiga orang anak, telah mengahwini seorang gadis Islam yang muda dan lincah yang profesyennya sebagai penyanyi dari kumpulan terkenal Elite empat-lima tahun lalu. Namun Dawos belum lagi mengisytiharkan kepada umum bahawa dia telah berkahwin kali kedua atau memelukan agama barunya itu. Malah Dawos masih dilihat pergi bersembahyan di Gereja Katolik di Kuching bersama isteri pertamanya yang beragama Kristian, di mana kesalahan itu dianggap sebagai bigamy!

Mari bersamaku bertemu pengundiku?


Dalam kes Johnical Rayong pula kita mengetahuinya menerusi teman lelaki kepada isteri pertamanya yang marah mengatakan bahawa YB dari Engkilili itu pernah memujuk isteri pertamanya itu untuk hadir bertemu pengundi di konstituensi berkenaan bagi membantu dalam kempen pilihanraya!

Ini bukanlah pertama kalinya dia dituduh cuba mengelirukan konstituensinya. Pada pilihanraya yang lalu tahun 2006 dia memenangi kerusi bagi pihak parti pembangkang SNAP dan menentang hebat pakatan BN. Namun, kurang dari sebulan selepas pilihanraya dia telah keluar parti dan menyertai SUPP! Sarawak Report kini tertanya-tanya adakah Rayong itu seekor katak atau seekor buaya darat?

Perkahwinan kedua dan pemelukan agama barunya dilihat sebagai tidak menyenangkan ramai pengundi di konstituensinya, memandangkan penganut Kristian merupakan bilangan paling ramai, dan mungkin hakikat ini yang cuba dirahsiakannya. Sarawak Report percaya rakyat berhak untuk mengetahui sifat-sifat orang-orang kenamaan yang mewakili mereka.

Isteri pertama diceraikan menerusi SMS!


Sumber dalaman memberitahu kita bahawa isteri pertama Rayong, Patricia Dexter Sudok, seorang staff nurse yang bertugas di Kuching, mengetahui akan kecurangan suaminya dan juga kekerapan suaminya menggunakan SMS. Akhirnya YB berkenaan telah mengirimkannya suatu teks SMS yang mengatakan bahawa dia telah berkahwin kedua kali dan memeluk agama baru.

Puan Patricia kemudiannya pergi ke Majlis Agama Islam di Kuching  di mana dia ditunjukkan sijil pertukaran agama yang menyatakan wakil rakyat Engkilili itu telah memeluk agama baru pada 29 Januari 2010. Mereka memberitahunya bahawa suaminya telah berkahwin dengan Kamasiah Binti Abdul Jalil, seorang janda berusia 30-an beranak dua, yang bekerja di Pejabat Ketua Menteri!

YB berkenaan kemudiannya telah berpindah bersama-sama isteri barunya itu ke sebuah apartment di Batu 7, Kota Sentosa. Namun Rayong tetap enggan menceraikan isteri pertamanya dan isterinya itu pula mengadu bahawa Rayong selalu memujuknya untuk berkempen di Engkilili supaya konstituensinya akan menganggap pasangan itu masih berkahwin sebagai pasangan suami isteri Kristian yang sah!

Sarawak Report percaya rakyat Engkilili mengharapkan YB yang jujur, dan jika seseorang lelaki boleh berbohong mengenai sesuatu perkara, maka dia juga boleh berbohong mengenai perkara lain. Si katak mungkin dianggap pengganggu, tetapi seekor buaya adalah lebih merbahaya!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments