Mahkota bertatah intan berlian keluarga Taib

Mahkota bertatah intan berlian keluarga Taib

Abdul Taib Mahmud mungkin sekadar seorang Ketua Menteri di salah sebuah negeri di Malaysia yang menerima gaji rasmi yang sederhana, tetapi beliau sekeluarga mampu memperagakan barangan kemas setanding dengan apa yang dimiliki oleh golongan monarki dan kerabat-kerabat di-raja di dunia ini. Kaum perempuan dan wanita dari keluarganya sentiasa berasa megah untuk menunjuk-nunjukkan kekayaan itu, terutamanya pada leher dan lengan mereka, walaupun mereka berpura-pura tegas mengamalkan kebudayaan Islam.

Sarawak Report telah berjaya mengumpul banyak gambar untuk tatapan umum Sarawak, memberikan suatu gambaran jelas ke manakah wang yang banyak seperti yang dijanjikan untuk pembangunan dan kemajuan itu.

Kemanjaan dari Hutan


Hutan-hutan Sarawak ditebang dan sebagai balasan bagi orang-orang yang berhak ke atas tanah-tanah dijanjikan hidup moden yang serba selesa. Tetapi mereka telah dibiarkan untuk hidup miskin tanpa hutan tempat mencari makanan lagi. Ramai yang kelaparan kerana ikan-ikan dan haiwan buruan telah pupus, manakala pokok-pokok buah, dan huma atau sawah pula telah bertukar menjadi ladang kelapa sawit yang menyediakan tempat kerja hanya untuk golongan imigran sahaja.

Gambar-gambar ini membuktikan kepada umum kemanakah sebenarnya keuntungan itu berakhir, kebanyakannya untuk membeli barangan kemas untuk menghias tubuh badan ahli-ahli keluarga dan kroni-kroni Taib. Kami telah dan pernah menunjukkan gambar-gambar ini kerana orang kebanyakan jarang-jarang berpeluang melihat gambar seperti ini, dan kami percaya umum berhak untuk memahami tahap kekayaan yang diperolehi oleh keluarga pemerintah yang telah diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat selama 30 tahun ini.

Gambar-gambar ini bukan hanya mampu menunjukkan kepada kita ke mana sebenarnya khazanah alam Sarawak menghilang, tetapi ianya juga berakhir pada rumah-rumah dan premis-premis mewah keluarga berkenaan di serata dunia. Kami percaya, adalah adil jika orang Sarawak, yang kebanyakannya menjalani kehidupan antara yang termiskin di dunia ini, harus tahu betapa mewahnya hidup golongan pemerintah ini yang pernah manabur janji-janji bagi membasmi kemiskinan di kalangan rakyatnya.


Taib bukanlah seorang sultan atau raja

Dengan kemewahan dan kekayaan yang diperagakan oleh keluarga Taib, perlulah kita ingat bahawa mereka bukannya kerabat di-raja, tetapi sekadar ahli-ahli politik yang dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat untuk rakyat, bukannya memerintah atas rakyat, atau merampas hak-hak dan harta-harta rakyat. Kemewahan dan kekayaan Taib Mahmud adalah bukti ketidak-jujurannya sebagai seorang ahli politik. Maka, inilah sebabnya beliau menyembunyikan hakikat ini daripada pengetahuan rakyatnya, dan Sarawak Report telah memutuskan untuk menerbitkan gambar-gambar ini.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments