28 Feb 2011

MIRACLE HARVEST MENDATANGKAN KEUNTUNGAN YANG AJAIB UNTUK RAZIAH DAN ROBERT!

This post is also available in: English, Iban

MIRACLE HARVEST MENDATANGKAN KEUNTUNGAN YANG AJAIB UNTUK RAZIAH DAN ROBERT!

Syarikat Miracle Harvest S/B, milik Raziah Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, dan suaminya Robert Geneid, sememangnya memperolehi keuntungan yang menakjubkan. Keuntungan yang menakjubkan bagi mereka adalah kerana syarikat berkenaan yang belum lagi beroperasi secara rasmi, menurut Pendaftar Syarikat-Syarikat Malaysia!

Sama seperti syarikat-syarikat tanah Raziah yang lainnya, Miracle Harvest, yang dikorporatkan pada 15hb Jun 2005, adalah beralamat di ibupejabat Kumpulan Parabena Sdn. Bhd. Kumpulan Parabena adalah dikendalikan oleh keluarga Geneid dan kami pula boleh mendedahkan bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud mempunyai pegangan saham-sahamnya menerusi syarikat Mesti Bersatu. Berdasarkan kajian-kajian kami geran-geran tanah yang telah dianugerahkan kepada pelbagai syarikat yang beralamat di ibupejabat yang sama, adalah melebihi keluasan kepulauan Singapura!

Rekod-rekod syarikat


Dalam kes Miracle Harvest, kelulusan telah diberikan oleh pejabat Pendaftar Tanah ke atas tanah seluas 12,000 hektar untuk perladangan kelapa sawit hanya tiga minggu sebelum syarikat itu dikorporatkan! Geran tanah yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang sebelum ini tidak wujud!

Jadi, dapatkah seseorang mengesan kehadiran Tangan Tuhan bekerja disebalik kemajuan yang menakjubkan ini, atau mungkin Taib Mahmud yang juga selaku Pengerusi Land Custody and Development Agency (LCDA)? Pihak LCDA telah mengambil tanah-tanah NCR atas nama Kerajaan Negeri dan kemudian menyerahkan tanah-tanah itu kepala keluarga Taib terutamanya kepada adiknya Raziah dan anaknya Mahmud Abu Bekir Taib, dan saudara-saudaranya yang lain.

Rekod-rekod dalam simpanan Pendaftar Tanah

Dalam keadaan syarikat Miracle Harvest suami Raziah, Robert Geneid adalah dinamakan sebagai orang yang boleh dihubungi berkaitan dengan geran tanah-tanah dalam simpanan Pendaftar Tanah. Dia juga telah meletakkan lokasi dan nombor telefon pejabatnya, yang sama dengan ibupejabat Kumpulan Parabena di Kuching, yang jelas menunjukkan bahawa Ketua Menteri terlibat langsung sebagai pemegang.

Premium-premium yang rendah bermakna rendahnya hasil negeri


Kajian-kajian kami mendapati bahawa tanah-tanah yang diserahkan kepada Miracle Harvest sebenarnya berharga murah tetapi setelah apabila ianya dijualkan semula harga pasarannya boleh melonjak.tinggi. Sejumlah 11 lot telah diserahkan kepada Miracle Harvest dan sebuah lagi syarikat milik keluarga Geneid, Green Ace Resources, hanya dalam satu hari sahaja (iaitu pada 25.5.2005). Kesemua tanah tersebut berjumlah 20,000 hektar dengan premium hanya RM15 juta sahaja. Tanah-tanah yang telah diserahkan tersebut ditandakan sebagai “OPL” – “Oil Plantation” (tanah untuk perladangan kelapa sawit).

Premium yang rendah ini bererti pulangan yang kecil kepada dana para pembayar cukai, tetapi keuntungan yang sangat lumayan pada keluarga Taib Mahmud. Ada kalanya, keluarga Taib tidak diminta untuk menjelaskan premium-premium itu ketika penyerahan dilakukan – dan menurut sumber dalaman, bayaran premium itu akan dijelaskan secara ansuran atau sebaik sahaja tanah-tanah itu dapat dijual.

Namun, pemilikan tanah-tanah tersebut telah berpindah dari keluarga Taib Mahmud. Pada tahun 2006 sebuah syarikat awam perladangan kelapa sawit, Kwantas telah mengumumkan bahawa ianya telah memperolehi 70% saham-saham dalam Miracle Harvest S/B (MHSB), dan juga 70% saham-saham dalam Green Ace Resources, di mana kedua-duanya beralamat di ibupejabat Kumpulan Parabena. Pada suatu perjanjian Green Ace Resources S/B (GARSB) telah menerima suatu kawasan seluas 7,000 hektar di Mukah, di sebuah kawasan Hutan Simpan Sungai Narub pada hari yang sama pada tahun 2005 di mana MHSB telah memperolehi geran-geran tanah juga.

Kwantas telah mengumumkan ianya telah membayar kira-kita RM17 juta untuk bahagian 70% sahamnya pada kedua-dua syarikat berkenaan, sementara itu premium asal untuk keseluruhan harga yang telah terlebih dahulu dituntut dari Parabena adalah kira-kira RM15 juta.

Sarawak Report ingin bertanya, kepada siapakah Kwantas membayar untuk pemerolehan tanah-tanah beberapa bulan setelah Miracle Harvest S/B mendapatkan geran-geran tanah itu? Adakah bayaran itu dibuat kepada Miracle Harvest yang belum didaftarkan untuk beroperasi, berdasarkan maklumat daripada pejabat Pendaftar Syarikat-syarikat? Kami juga ingin bertanya kenapakah MHSB terus beribupejabat di alamat Kumpulan Parabena dan diwakili oleh Robert Geneid, walaupun Kwantas telah memperolehi kebanyakan saham-saham berkenaan.

Untuk dijual!


Kini kami boleh mendedahkan bahawa Kwantas telah mula untuk melepaskan pegangannya ke atas geran-geran tanah berkenaan yang akan memberikan gambaran jelas kepada kita harga pasaran sebenarnya! Kerajaan Negeri Sarawak pada mulanya menerima hanya RM5 juta bagi bayaran 7,000 hektar tanah yang diserahkan kepada Green Ace Resources, tetapi pada akhir bulan lalu Kwantas mengumumkan persetujuannya menjual 70% sahamnya pada harga RM32.4 juta! Ini bermakna 30% pegangan yang ada pada keluarga Geneid dijangkakan bernilai separuh dari itu – harga yang sama dikenakan ke atas keseluruhan 20,000 hektar portfolio harta yang diserahkan kepada mereka oleh abang Raziah yang juga rakan-niaganya, Ketua Menteri Taib Mahmud, dalam tahun 2005.


Tanah NCR?

Apa yang meragukan adalah status tanah yang telah dijual ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kwantas jelas menunjukkan bahawa geran tanah itu masih berstatus sementara. Ini bermakna bahawa beberapa perjanjian rasmi diperlukan sebelum pembukaan tanah untuk tujuan perladangan boleh dimulakan.

Seperti yang selalu diamalkan, aspek ‘status sementara’ lesen-lesen itu diketepikan dan tidak dihiraukan di Sarawak, kerana syarikat-syarikat ladang kelapa sawit memandang remeh kewujudan NCR masyarakat-masyarakat asli yang dirampas tanah-tanah mereka. Memandangkan mereka telah membayar harga yang amat tinggi kepada ahli keluarga Ketua Kerajaan, maka kita boleh jangkakan sikap mereka ke atas tanah itu. Jelaslah, pada kes mahkamah yang lalu hakim telah menyalahkan kerajaan negeri kerana menyerahkan tanah NCR, dan bukannya menyalahkan syarikat-syarikat yang telah membeli geran-geran tanah itu. Nampaknya kes-kes tanah NCR yang semakin banyak dimenangi oleh orang-orang asli, maka trend pembelian tanah-tanah daripada keluarga Taib Mahmud dijangkakan semakin menurun!

Adakah masalah itu pada Lot 1, Blok 194 Oya-Dalat Land District di Sungai Narub Mukah? Adakah persengketaan tanah NCR? Adakah ianya sebahagian dari Hutan Simpan Sungai Narub? Atau adakah kedua-duanya sekali?


Bahaya “Greenwash”?


Syarikat yang membeli tanah-tanah berkenaan adalah Golden Agri Resources S/B, sebuah syarikat Perladangan Kelapa Sawit Indonesia yang rakus milik syarikat pembalakan gergasi Sinar Mas. Golden Agri telah mengeluarkan kenyataan bersifat ‘kehijauan’ pada awal bulan ini, 9hb Februari, apabila mereka mengumumkan bahawa mereka akan berhenti menebang pokok-pokok di Indonesia. Bolehkah kita percaya pada syarikat Miracle Harvest milik Raziah dan Robert yang akan menjualkan tanah-tanah kepada Golden Agri yang kononnya beralih menjadi sahabat alam sekitar?

Sign up to receive regular updates from Sarawak Report

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

  • http://yahoo Pandak segatak

    seumur hidup mereka tak aman…tuhan itu adil menghukum mereka nanti

  • Sil66

    Di Didunia yany hanya sementara ini biarlah mereka berkuasa dan kaya raya kerana menipu rakyat,tetapi di dunia yang kekal mereka akan meronta2 cukup sengsara atas balasan kejahatan dan kekejaman mereka diNereka lah tempatnya.

  • http://[email protected] anaksaribas

    anak haram makan harta rakyat…Tuhan akan membalas dgn seksaan azab di akhirat..Insyaallah…

  • ramraj

    Ada mata dibutakan,ada telinga dipekakkan,ada mulut dibisukan dan ada undang-undang orang bawahan dikuatkuasakan…inilah akibatnya….cakap pasal tanah kepada rakyat kebanyakannya tanah haram… kepada pemimpin halal/rakyat membanting tulang mengusaha tanah untuk bercucuk tanam NCR/pemimpin mengaris dakwat atas kertas Geran

  • tukau pagag

    bangkai……….

  • Av

    bila manusia tamak,tiadalah sikap perhatin tetapi siapa tahu mungkin suatu hari ada yang datang untuk mempertahankan semuanya..moga diberkati.

Comments

comments