5 Feb 2011

SEBERAPA BANYAK YANG ANAKANDA NAK IANYA PERCUMA, ANAKANDA!

This post is also available in: English, Iban

SEBERAPA BANYAK YANG ANAKANDA NAK IANYA PERCUMA, ANAKANDA!

Ketika PM Najib Razak mengadakan sesi penilaian ke atas rekod-rekod BN di Sarawak pada hujung minggu ini, kami ingin mencadangkan beliau juga perlu mengambilkira suatu maklumat yang mengejutkan yang kami dedahkan mengenai siasatan kami ke atas rampasan tanah terkini yang dilakukan oleh Taib. Sejak 3 tahun kebelakangan ini Ketua Menteri itu telah memberikan kepada anaknya yang tampan, Mahmud Abu Bekir Taib, tanah-tanah NCR seluar kepulauan Singapura – semuanya diberikan secara PERCUMA!

Kebanyakan tanah-tanah tersebut telah menjadi milik syarikat yang ditubuhkan untuk Mahmud yang dikenali sebagai Titanium Management. Titanium Management pernah menjadi perhatian umum kerana terlibat dalam beberapa skandal mendapat kontrak-kontrak tanpa melalui proses tender yang dikeluarkan oleh kerajaan Taib.

Titanium Management pada asal terletak di sebuah pejabat dalam bangunan syarikat CMS yang dimiliki oleh Taib sendiri, yang kerapkali terlibat dalam skandal-skandal mencuri kesemua jenis perniagaan yang paling menguntungkan. Sebenarnya Titanium kini telah berpindah pejabat ke blok bangunan pejabat yang dinamakan Titanium Tower, yang berdiri megah sebagai suatu lambing kejayaannya menyedut segala keuntungan dari kontrak-kontrak Negeri dan juga rampasan-rampasan tanah NCR sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang mana kami boleh mengesahkan keuntungannya mencecah berates-juta ringgit.

Walau bagaimanapun, selain dari Titanium Management, kami juga telah mengenalpasti berapa syarikat yang telah menerima tanah-tanah yang mana syarikat-syarikat itu dikawal oleh Taib Mahmud dan rakan kongsinya Chris Chung dan bekas Pengarah Kerjaraya, Michael Ting. Ke semua syarikat ini yang didaftarkan di bawah nama salah seorang atau ketiga-tiga mereka beroperasi dalam satu ruang pejabat dan berkongsi satu nombor telefon seperti yang digunakan oleh Titanium Management!

Dalam kes anak saya tanah harus diberikan secara PERCUMA!


Kami telah mendapati sebanyak 14 buah syarikat yang jelas dikawal oleh Titanium Management milik Mahmud Abu Bekir Taib, yang telah diberikan tanah-tanah berjumlah 70,000 hektar. Jumlah ini jauh lebih luas dari kepulauan Singapura.

Pada setiap satu kes pemberian tanah ini dilaksanakan di bawah kategori “Payment in Kind”. Ini merupakan salah satu cara menyebut tanah-tanah itu diberikan kepada anak Taib secara percuma.

Tanah-tanah lain pula turut ditawarkan secara percuma. Kebanyakan pemanfaat dari rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib hanya akan diminta bayaran yang paling minima pada suatu tarikh di masa hadapan. Tetapi apabila tiba pada anak Taib, bayaran adalah dihapuskan!

Apabila kerabat Taib bermaharajalela, rakyatnya merana

Perdana Menteri Najib seharusnya menganggap kemewahan Taib hasil rampasan demi rampasan yang dilakukannya ke atas tanah-tanahnya sendiri terlalu kontra dengan kadar kemiskinan teruk yang dialami oleh rakyatnya, sedangkan rakyatnya itu hidup di sebuah negeri yang suatu ketika dahulu dikatakan negeri yang terkaya di Malaysia.

Pada minggu-minggu yang akan datang Sarawak Report menjalankan siri-siri siasatan dan kajian terhadap akibat rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib. Perbuatannya itu telah menyebabkan kesengsaraan kepada mereka di mana kayu-kayu hutan mereka ditebang, tanah-tanah mereka dijadikan ladang kelapa sawit dan sungai-sungai mereka menjadi cetek akibat lumpur dan pencemaran. Setiap kali musim piliharaya mereka dijanjikan bekalan air yang bersih, tenaga elektrik, jalanraya yang sempurna, pekerjaan yang baru dan elemen-elemen pembangunan yang lain. Tetapi setelah 30 tahun memimpin negeri ini, Taib masih gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya untuk keselesaan rakyatnya sendiri.

Batang Ai sebagai contoh


Mari kita lihat keadaan di Batang Ai yang dihadapi oleh masyarakat Iban rumah panjang. Mereka telah dijanjikan RM70 juta dalam bentuk baikpulih prasarana dan perbelanjaan-perbelanjaan lain semasa pilihanraya kecil tahun 2009 oleh Taib dan BN. Sememangnya Taib mengumumkan perkara ini di depan para pengundi dan mencetaknya di akhbar-akhbar arus perdana sehari menjelang pilihanraya itu!

Ini adalah suatu kesalahan dan cubaan merasuah pengundi, yang boleh mengakibatkan Taib dimasukkan ke penjara jika dia dihadapkan ke mahkamah. Namun para pengundi telah memilih BN tetapi tetap tidak mempercayai janji-janji ini, kerana dua tahun kemudian hingga sekarang janji-janji itu belum ditunaikan sepenuhnya! Jurucakap PKR Nicholas Bawin menjelaskan kepada Sarawak Report bahawa orang-orang di Batang Ai belum melihat RM2, apa lagi RM70 juta yang dijanjikan itu!

Kami telah menghubungi beberapa penduduk rumah panjang yang telah dipaksa oleh Taib dalam tahun 1983 untuk meninggalkan kawasan asal mereka kerana memberi laluan kepada pembinaan empangan hidroelektrik (Taib dan BN kini merancang untuk memindahkan 600,000 orang asal untuk membolehkan 12 buah lagi empangan dibina jika mereka memenangi pilihanraya kali ini). Orang-orang Batang Ai telah digalakkan berpindah ke penempatan yang baru dan dijanjikan bekalan air dan elektrik percuma, termasuk dijanjikan peluang-peluang mendapat pekerjaan yang sempurna dan pembangunan. Kami telah bertanya sudahkah janji-janji itu ditunaikan sepenuhnya?

Kami terkejut kerana mendapati setelah hampir 30 tahun mengharapkan janji-janji tertunai, kebanyakan rumah panjang masih TIADA BEKALAN AIR! Malah di rumah panjang Wong Pandak dan Wong Panjai, para penghuninya masih menggunakan air hujan yang ditadah. Begitu juga kanak-kanak sekolah di asmara sekolah Nanga Kesit tiada bekalan air bersih untuk diminum, mana kala rumah-rumah panjang di Scheme 1 dan Scheme 2 di kawasan Sebeliau tiada air bersih untuk mandi kerana sungainya berlumpur dan berkelodak akibat hakisan dari ladang-ladang kelapa sawit yang telah kian lama memenuhi sungai di situ.

Tiada bekalan elektrik


Seperti di kebanyakan kawasan di Sarawak, keluarga-keluarga miskin di Batang Ai kerap kali dipotong bekalan elektrik mereka kerana gagal menjelaskan bil-bil elektrik. Ini tidak menepati janji-janji BN semasa penduduk-penduduk itu ditempatkan di kawasan yang baru yang seharusnya menikmati bekalan elektrik percuma! Janji-janji Taib dan BN rupa-rupanya bohong-bohong belaka! Tambahan lagi, orang-orang tempatan pernah dijanjikan keuntungan hasil dari tanah-tanah mereka yang diambil dan diusahakan oleh syarikat-syarikat perladangan. Namun keuntungan walau kecil mana pun belum lagi mereka terima, dan kawasan yang kecil untuk mereka bercucuk tanam pula berada terlalu jauh dari tempat mereka.

Seperti mana yang dihadapi oleh kebanyakan komuniti tempatan di seluruh Sarawak, hutan yang pernah menjadi tempat mencari makanan dan tempat berteduh dahulu, telah pun dirampas dari mereka, tetapi keuntungan dan kemewahan yang terjana dari hutan-hutan itu telah disalurkan ke lain tempat. Sebaliknya Taib mempunyai rekod yang baik memenuhi janji-janji terhadap golongan orang-orang tertentu sahaja. Golongan ini terdiri dari ahli-ahli keluarganya sendiri dan juga kroni-kroninya dan rakan-rakanniaga yang kaya raya.

Kemewahan hidup Ketua Menteri dan keluarganya amat jauh berbeza dengan kemiskinan dan kesengsaraan hidup yang membelengu rakyatnya yang telah dirampasnya tanah-tanah. Inilah merupakan rekod-rekod yang perlu dinilai oleh PM Najib Razak semasa dia mengatur strategi-strategi menjelang pilihanraya negeri nanti. Rekod-rekod sebeginilah yang perlu dibandingkan dengan rekod-rekod pemimpin-pemimpin luar negara seperti Robert Mugabe dari Zimbabwe … atau Hosni Mubarak dari Mesir, atau Zine El Abdine Ben Ali dari Tunisia, atau Ali Abdullah Salleh dari Yemen, yang pernah dipetik sebagai berjanji tidak akan menggugat kesabaran rakyatnya dengan minta dipilih semula untuk penggal seterusnya setelah 30 tahun berkuasa.

Cukuplah sudah untuk Taib

Namun Taib fikir dia masih boleh memimpin dan baginya orang-orang Sarawak masih memerlukannya sebagai pemimpin mereka lebih dari 30 tahun. Bagi dirinya juga beristeri muda akan menambahkan tenaganya untuk terus bekerja merampas hak-hak rakyatnya untuk diri nya dan keluarganya. Sedangkan Sarawak kini sudah dihangatkan dengan lebih 200 kes-kes mahkamah berkaitan dengan rampasan-rampasan yang dilakukannya. PM Najib harus memikirkan apakah sejauh manakah dan seberat manakah tahap kesabaran rakyat Sarawak sanggup bertahan dan berhadapan dengan semua ini?

Sign up to receive regular updates from Sarawak Report

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

  • http://yahoo Pandak segatak

    Ikutlah jejak rakyat mesir…kita gulingkan dinasti Mahmud/family and croniesnya pada pilihanraya nanti.Iban harus sedar diperbodohkan manusia kejam seperti taib ini..Lebih keji dari binatang..Mati nanti pun tuhan halau dia dan syaitan pun tdk sanggup menerimanya di neraka kerna dosanya terlalu besar.Dia bersenang lenang tapi berapa banyak rakyat negeri ini yang merana akibat kemiskinan…tuhan bagus awalkan kiamat dunia ini agar manusia yang durjana seperti mereka ini dipanggang di neraka. Tuhan usnahkan mereka yang tidak berhati perut ini…pemusnah antara manusia,ajar seluruh ahli keluarga mereka ini agar bagaimana hidup merana di akhirat,,,tuhan hukum mereka ini…sebelum mereka ini meninggalkan bumi dan campakkan mayat mereka ini ke api neraka.

  • http://walinongsari.wordpress.com Walinong Sari

    Semsa perjumpaanPM dengan ADUN Sarawak, tak nampak pon KM ?

  • http://tiada gilbert ak lai

    musnahkan BN di sarawak dgn segera dan tukar yg lain lepas itu ambil balik hartanya dan kembalikan kpd rakyat sarawak wahai org dayak jgn diperbodohkan lagi oleh taib mahmud ketua samseng sarawak.kenapa org dayak masih banyak yg bodoh.jangan undi barisan.anak cucuk akan menderita seumur hidup

  • rizal

    Harta banyak tp tak halal akan jadi bebanan dalam kubur

  • akay

    selagi golongan tua yang merupakan pengundi tegar dan setia pada BN, BN tetap berkuasa…ayuh Pakatan Rakyat, dekatai pengundi muda untuk ubah pemerintah sekarang supaya TAIB MAHMUD DAN KONCO-KONCO NYA TUMBANG…

  • ctta

    LAWAN TETAP LAWAN….SAPA2 CALON BN

  • panji

    lawan dah memang tetap lawan. adakah rakyat sarawak mampu? kita cuma mampu berkata kata dengan semangat yang berkobar – kobar yang pasti bila pru siapa yang menang??????? yang jelas rakyat sarawak itu sendiri yakin akann perjuangan mereka. perjuangan demi keadilan

    • http://tiada gilbert ak lai

      sebab org dayak udah kena jampi ketua samseng sarawak taip mahmud banyak bomoh

  • aku

    Aku dah nyeluak dgn Taib. Manis mulut lembut bicara, yapi zalim.Akhirat baruk tauk pembalasan.Org jahat nang panjang umurnya,

  • dayang

    sungguh kejam taib dan kroni. sprm tolong cepat bertindak dan kembalikan hak milik rakyat sarawak.

  • mona

    taib dan kroni bukan manusia tapi binatang. 30 tahun hidup dengan menindas rakyat tanpa rasa bersalah dan belas kasihan. hidup mewah dengan duit haram tanpa rasa takut. memang binatang buas.

  • didi

    buang taib dari negeri sarawak dan semua harta yang dimiliki secara haram tlg kembalikan kepada rakyat sarawak. biar dia merempat di negeri asing. sarawak bukan untuk taib. dia telah memusnahkan sarawak dengan menjual tanah2 dan menindas penduduk peribumi. taib setan.

  • sasalia

    taib pergi la mampus. orang tua miang. kahwin anak dara. rompak hak rakyat sarawak. anak2 taib tak malu betul senyum ketawa degan kemewahan yang ada tapi tak sedar itu semua hasil rompakan.bila la pihak berkuasa nak sumbat korang ke dalam penjara? penyangak macam korang patut dah dari baby tinggal dalam penjara sebab bapa korang si taib tu bagi korang makan hasil rompakan.

  • saya

    sprm duk negok je..bantai ikan bilis..jerung tua ni dia biarkan..dem it

  • yotokuu

    Inilah kalau kita lambat bertindak..seharusnya jawatan ketua menteri ini dihad lima atau sepuluh tahun sekali.kalau tak inilah jadinya rakyat yang susah..nak sumbat taip dlm penjara?susah,lepas jadi ketua menteri dia ambik pangkat Tun pulak.Kalau dah Tun nak buat mcm mana?.

  • http://www.ayamayaschapan.blog aya mayas chapan

    bangkit lah rakyat sarawak..kita bangkit tentang lawan kezaliman si penyangak harta rakyat sarawak..kita pangkah pembangkang..bukan bn..

  • jurutera simunjan

    insaflah wahai manusia, jika dirimu bernoda, dunia ini hanyalah naungan, tuk makhluk ciptaan tuhan, dengan tiada terduga dunia ini kan binasa, kita kembali ke asalnya, menghadap tuhan yang esa

Comments

comments