Teman wanita timbulan ketua menteri mendapat kontrak membina hospital jantung bernilai berjuta-juta ringgit – ekslusif!

Teman wanita timbulan ketua menteri mendapat kontrak membina hospital jantung bernilai berjuta-juta ringgit – ekslusif!

Kini Sarawak Report mendedahkan beberapa siri skandal yang berkaitan dengan ‘Hospital Jantung’ Kuching yang baru dirasmikan setelah menjalankan siasatan-siasatan.

Hospital berkenaan, yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak beberapa minggu yang lalu, adalah merupakan hospital yang paling mahal pernah dibina di Malaysia jika dikira per katil pesakitnya.

Tambahan pula kami telah mendapati ada di kalangan pesakit-pesakit telah ditolak dari mendapatkan rawatan menyelamat nyawa kerana kelengkapan-kelengkapan perlu di situ belum tidak mencukupi untuk melakukan sebarang pembedahan. Kebanyakan kelengkapan di situ juga didapati using atau ketinggalan zaman dan hanya sebuah saja wad yang kelihatan beroperasi di dalam hospital lapan tingkat itu. Hospital berkenaan sepatutnya siap dibina pada tahun 2006 dan ini bermakna projek tersebut telah kelewatan enam tahun!

Tidak cekap dan rasuah yang jelas yang mengejutkan

Keadaan-keadaan seperti ini terbuka kepada persoalan-persoalan yang serius atas ketidakcekapan Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi SUPP George Chan. Chan yang selaku menteri yang mengawas hal-hal kesihatan di Sarawak telah memulakan dan mengawas projek pembinaan tersebut.

Kesalahannya ditambah pula dengan hakikat bahawa dia telah membenarkan teman wanitanya, Christina Foo untuk melaksanakan kerja-kerja pembelian kebanyakan peralatan perubatan yang bernilai berjuta-juta ringgit untuk hospital berkenaan. Foo telah menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Trend-Nics.

Cik Foo yang dikatakan cantik dan cergas merupakan teman wanita George Chan sejak beberapa tahun semasa Chan masih lagi berkahwin dengan isteri pertamanya. Walau bagaimanapun, para pakar dan para pemberi maklumat bersetujukan bahawa kontrak berkenaan tidak memerlukan khidmat orang tengah, malah Cik Foo bukanlah orang yang layak untuk projek ini. Persoalannya di sini berapakah keuntungan yang diperolehi oleh skandal Chan berdasarkan saham utama yang bernilai RM130 juta dalam kontrak untuk membeli peralatan dan kelengkapan, yang kini masih lagi kekurangan.

Untuk menutupi?


Kami mendapati terdapat cubaan untuk menutupi penglibatan Cik Christina Foo dalam skandal Trend-Nics dan juga cubaan untuk menyembunyikan kedudukannya selaku Pengarah dalam syarikat berkenaan.

Siasatan kami ke atas Trend-Nics menjumpai beberapa dokumen rasmi yang membuktikan bahawa para Pengarah syarikat berkenaan sebenarnya didaftarkan sebagai dua lagi Cik Foo bernama Florence dan ‘Celine’. Penyamaran ini Nampak berjaya menjauhkan identiti Christina Foo yang sebenarnya daripada syarikat berkenaan. Walau bagaimanapun, pemegang saham 100% dalam Trend-Nics telah didaftarkan atas sebuah lagi syarikat bernama Chastain Sdn. Bhd. Syarikat Chastain adalah 80% dimiliki oleh Christina Foo, yang berdaftar sebagai seorang pengarah beralamat di Kasuma Resort. Pengarah-pengarah yang lainnya adalah Florence Foo memiliki 10% dan 10% selebihnya dimiliki oleh ‘Celine’ – nama kedua Christina Foo!

Sumber dalaman memberitahu Sarawak Report bahawa mereka percaya Trend-Nics dapat memperolehi kontrak setinggi RM40 juta itu. Jika dakwaan itu benar, Sarawak Report ingin mengetahui sama ada terdapat sebahagian dari jumlah peruntukan itu dikaut oleh George Chan untuk membiayai hidup mewahnya bersama isteri mudanya?

Merompak pesakit!

Masyarakat di Kuching kini semakin terdesak untuk memerlukan sebuah hospital yang baru. Berjuta-juta ringgit duit pembayar cukai telah digunakan untuk membiayai projek berkenaan. Namun sumber dalaman yang arif dalam soal-soal perubatan mengatakan kepada Sarawak Report bahawa Kerajaan BN telah membina sebuah hospital gajah putih dan bukannya sebuah hospital baru seperti yang diharap-harapkan. Pada mulanya mereka tahu bahawa hospital berkenaan dibina sebagai hospital kanser swasta dan bukannya untuk kegunaan orang awam. Ianya tidak memenuhi keperluan orang ramai kerana jaraknya berbatu-batu dari Kuching, ditambah pula tiada laluan perkhidmatan bas. Malah pembinaannya mengambil masa yang begitu lama dan kebanyakan peralatan dan kelengkapannya sudah using dan ketinggalan zaman!

Suatu sumber yang boleh dipercayai yang ada kaitannya dengan Kementerian Kesihatan dipetik sebagai berkata kepada Sarawak Report:

“Pada mulanya hospital itu dibina untuk para pesakit yang kaya-kaya, yang hanya mampu digunakan oleh pembayar yuran perubatan sahaja, dan amatlah salah bagi Kerajaan Persekutuan yang telah membayar wang yang begitu besar jumlahnya untuk harga sebuah hospital yang tidak sesuai dengan pesakit kerajaan, dan ianya juga bukan direka khas untuk bilangan pesakit kerajaan yang ramai sebagaimana yang biasa diterima oleh hospital kerajaan”

Sarawak Report dapat merumuskan kenapa hospital Kota Samarahan itu telah dirasmikan sebagai hospital negeri adalah sebenarnya untuk menutup kes kecurian yang besar dan kegagalan para menteri BN. Projek berkenaan telah dimulakan dalam tahun 2003 sebagai usaha untuk membina sebuah hospital swasta untuk kegunaan ‘pelancong kesihatan’ dari luar negara. Kementerian George Chan yang membiayai projek yang dinamakan Sarawak International Medical Center (SIMC) dengan peruntukan sebanyak RM473 juta.

Namun, kos pembinaannya telah melonjak naik dan kenapa tidaknya, kerana Chan dan Taib telah bersetuju untuk membayar para kontraktor menggunakan matawang Euro, yang meningkat dari RM3.2 kepada RM4.8 dalam jangka masa berkenaan. Ini telah menyebabkan kos meningkat sehingga RM660 juta, menurut sumber dalaman. Akhirnya syarikat rakan kongsi telah menarik diri. Adalah dipercayai mereka telah hilang keyakinan untuk berhadapan dengan amalan-amalan rasuah dan tidak cekap!

Gajah putih memperdayakan orang awam


Cara penyelesaian yang digunakan oleh Taib dan menteri-menterinya adalah dengan memaksa Kerajaan Pusat untuk membeli hospital berkenaan dan membukanya kepada orang awam! Rundingan demi runding telah berkisar kian lama, tetapi Taib telah memohon bantuan Najib untuk membersihkan namanya menjelang pilihanraya negeri ini.

Najib telah berjanji untuk membayar sejumlah RM400 juta untuk hospital berkenaan.

Para pakar telah membuat perkiraan bahawa hospital itu merupakan yang termahal pernaha dibina di Malaysia berdasarkan perkiraan sebuah katil pesakit. Perkiraan biasa adalah RM1.2 juta untuk menguruskan sebuah katil pesakit. Pelan asal bagi SIMC adalah untuk kelengkapan 300 buah katil yang bernilai RM473 juta, yang sudah RM1.57 juta lebih mahal untuk pengurusan sebuah katil.

Namun, semasa projek berkenaan siap 6 tahun lewat, kemudahan rawatan kanser itu telah dilupakan begitu juga jumlah katilnya, menyebabkan bilangan katilnya 137 buah dengan kos dianggarkan RM660 juta. Perkiraan ini adalah berdasarkan harga RM4.8 juta sebuah katil, atau hampir lima kali ganda lebih mahal dari hospital biasa.

Sumber dalaman mengadu bahawa jika jumlah wang sebesar itu yang digunakan untuk membina hospital umum biasa maka amat modenlah kelengkapan yang digunakan – bukan sekadar sebuah hospital kecil yang dibina khas untuk pesakit jantung sahaja!

Suatu pembaziran – hospital baru tetapi kelengkapannya usang dan tiada bekalan oksigenpun!


Sarawak Report mendapati walaupun dengan nilai harga hospital yang setinggi itu, kunjungan para pesakit telah ditolak kerana kekurangan kelengkapan perubatan. Sumber dalaman juga menyatakan bahawa para doctor tidak berupaya melaksanakan tugas-tugas pembedahan kerana kekurangan peralatan untuk pembekalan oksigen

Usang!


Kekurangan bekalan oksigen bukanlah masalahnya. Kesemua kelengkapan yang ditempah kini menjangkau usia sepuluh tahun yang lalu, kerana menjangkakan pembinaan hospital berkenaan dapat siap pada 2006. Kami telah mengambil beberapa gambar untuk membuktikan bahawa katil-katil pesakit dan kelengkapan-kelengkapan perubatan yang lain masih berbungkus dan diletak-letakkan di sepanjang koridor-koridor yang kosong. Hanya tingkat 3 hospital lapan tingkat itu digunakan. Ini kerana kelengkapan-kelengkapan itu sudah begitu usang, dan para doctor mengatakan ianya sudah ketinggalan zaman jika digunakan untuk melakukan pembedahan jantung dan kebanyakan kelengkapan di situ harus diganti.

Sumber dalaman juga memberitahu Sarawak Report bahawa mereka pernah bertikam lidah dengan Cik Christina Foo mengenai cadangan membeli katil-katil pesakit yang murah dan melabelkannya sebagai mahal – perbezaan harga antara RM2,400 dan RM48,000 sebuah! Seorang lagi pemberi maklumat menceritakan beliau pernah dipanggil oleh Sulaiman Taib, iaitu anak kepada Ketua Menteri yang juga suami kepada Anisa, anak George Chan, untuk memberikan penjelasan kenapa dia ‘terlalu sukar’. Sulaiman dipetik sebagai mengancamnya “kami boleh menghapuskan kamu serta-merta” – walaupun ketika itu Sulaiman tiada tanggungjawab rasmi ke atas projek berkenaan.

Skandal ini sedang dalam perhatian dan siasatan beberapa pihak yang berkepentingan. Namun, apa yang jelas adalah pesakit-pesakit yang malanglah yang telah dirompak dan ditipu oleh kerakusan dan tamak haloba Kerajaan BN.

Semasa mengadakan lawatan ke Belaga dahulu, Perdana Menteri Najib merasmikan sebuah hospital yang tidak mempunyai doctor. Kemudian dia telah merasmikan Hospital Jantung di Kuching, di mana doctor-doktor tidak dapat melakukan sebarang pembedahan! Apakah jenis rekod yang dicapai oleh kerajaan ini?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments