WAKIL RAKYAT BN MENYEMBUNYIKAN PEMELUKAN AGAMA BARU MEREKA

WAKIL RAKYAT BN MENYEMBUNYIKAN PEMELUKAN AGAMA BARU MEREKA!

Pada kali ini Sarawak Report boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengenai beberapa orang wakil rakyat BN yang telah memeluk agama baru dan lantaran itu menerima nama baru. Namun demikian mereka didapati masih gemar menyembunyikan perkara tersebut kerana khuatir diketahui oleh para pengundi di kawasan pilihanraya yang mereka wakili itu! Salah seorang di kalangan para wakil rakyat itu adalah YB Efendi bin Abdullah, atau nama lahiriahnya Sylvester Entrie.

Beberapa minggu yang lalu Efendi Abdullah telah merasa tercabar atas perkara tersebut semasa temubual menerusi radio. Pengacara bebas Radio Free Sarawak telah menelefon ahli politik berekanaan untuk bertanyakan mengenai berita mengenai soal-soal kebajikan mangsa-mangsa banjir di kawasan yang diwakilinya di Marudi.

“Siapa Papa Orang Utan?”

Walau bagaimana pun, ahli politik berkenaan kelihatan enggan bekerjasama dengan radio tersebut dan berulangkali bertanyakan nama Papa Orang utan. Dia juga enggan berbual dalam bahasa Iban atau Melayu, iaitu dua bahasa utama yang digunakan di kawasan pilihanranya yang diwakilinya.

“Saya tak perlu memberi kenyataan di sini, jika anda nak tahu pergilah ke kawasan-kawasan itu dan lihat sendiri apa yang berlaku di situ”, katanya secara kasar kepada pengacara itu. Walau bagaimana pun, pengacara radio tersebut menyatakan ada pendengar-pendengar yang bimbang akan malapetaka yang menimpa sanak-saudara mereka di situ.

Saya tak perlu beritahu kepada konstituensi saya

“Tak apa, tak apa”, katanya sebagai respon. “Tidak apa, saya tak kesah sama ada mereka nak tau atau tidak, kerana saya telah melakukan tugas saya … apa yang saya tahu setelah saya turun padang ada di kalangan mereka telah menelefon saudara-mara mereka dan  bukanlah tugas saya untuk menghebahkan perkara ini!”

Crocodile bin Abdullah!

Setelah terkilan apabila dikatakan tiada rasa hormat kerana dituduh enggau memberikan nama sebenarnya, pengacara berkenaan secara tidak sengaja mengetengahkan nama baru ahli politik teresebut

“Jika anda mengatakan saya tidak bersopan, bagaimanakah cara yang paling sopan untuk memanggil anda?” kata pengacara berkenaan. “Adakah anda ingin saya panggil anda sebagai YB Sylvester Entrie atau YB Efendi Abdullah?!”

Entrie/Efendi pernah disuspek orang dalaman menyembunyikan pemelukan agama barunya, Islam, untuk mengelakkan kawasannya dibahagikan, yang mengandaikan dia mempunyai motif politik dan juga untuk mendapatkan kenaikan pangkat. Responnya terhadap soalan pengacara itu bernada marah dan kelihatan tidak bijak.

“Oh tidak! Anda tak perlu sebut YB, nama saya Entrie! Itu sudah OK. Yah!”

“Tapi saya ingat nama anda YB Efendi Abdullah juga?” [Berhenti seketika]

“Saya boleh menjadi orang ini, saya boleh menjadi orang itu, saya boleh menjadi sesiapa saja …”

“Tiada gunanya anda marah, jangan marahkan saya”, kata pengacara itu lagi.

“Tidak, bukannya begitu, lihatlah anda sedang menyentuh soal peribadi saya! Sama ada saya Efendi bin Abdullah atau Amat bin Abdullah atau Crocodile bin Abdullah itu hak saya! Begitukah caranya kamu sebagai pemberita!” Dengan itu dia menghentikan perbualan secara berteriak “tak ada gunanya berbual dengan kamu, terima kasih!”

Kami dapat mengesahkan juga terdapat beberapa orang lagi di kalangan ahli-ahli politik BN yang telah memeluk agama baru dan kami ingin menasihatkan mereka itu untuk berterus terang dengan para pengundi mereka sementara mereka masih ada masa!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments