BODOHNYA SULAIMAN – GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF!

BODOHNYA SULAIMAN – GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF!

Kita boleh menjangkakan bahawa seorang yang tidak akan menghadirkan diri di perhimpunan pra-pilihanraya anjuran Taib di Borneo Convention Centre Kuching nanti adalah anaknya sendiri yang juga seorang ahli Parlimen, Sulaiman Taib. Tetapi Sarawak Report boleh mengesahkan bahawa Sulaiman yang dikatakan telah mati sebenarnya tidak benar sama sekali.

Kami menganggap Sulaiman telah melakukan ‘aksi’ stunt yang amat bodoh kerana dia telah meletakkan gambarnya pada Facebook! Anak Ketua Menteri ini, yang lebih gemar dikenali sebagai Rahman Taib ketika di Amerika Utara, nampaknya telah memberikan responnya terhadap khabar angin yang mengatakan dia telah mati di kalangan penduduk Kuching! Berdasarkan baju yang dipakai oleh patung tengkorak yang  berdampingan dengannya, kita boleh mengesahkan bahawa Sulaiman kini sedang berada di Canada!

Dalam entri Facebook Sulaiman, yang boleh diakses oleh 1,591 rakan Facebooknya, dia mengesahkan keadaan kesihatannya, di mana dia telah menghilangkan diri sejak lebih setahun lalu. Dalam salah satu entri Facebooknya pada 15 Februari yang lalu dia mengumumkan:

[Ya, saya sihat dan masih hidup. (Orang-orang bodoh membesar-besarkan khabar angin. Tolonglah!! Jalanilah kehidupan sendiri!!!)]”

Ahli Parlimen Kota Samarahan yang berusia 42 tahun itu, yang mewarisi kerusi dari ayahnya dalam tahun 2006, ingat bahawa para pengundinya masih tertanya-tanya di mana sebenarnya dia berada! Dalam satu lagi entri Facebooknya, dia mengatakan dia tinggal di Ottawa, Canada dan tidak sedikitpun nampak menghiraukan tanggungjawab politiknya di Sarawak.

Beberapa bulan yang lalu Sulaiman pernah dilihat di kota London, termasuk ketika dia makan bersama-sama saudara-saudaranya dan ibu saudaranya di Soho, tidak lama setelah dia dilihat memasuki apartmen Hyde Park milik keluarga bapanya. Sahlah Sulaiman berjalan-jalan sambil menikmati hidupnya di luar negara. Namun demikian, dia tidak lagi kelihatan di Bangunan Parlimen di Malaysia sejak lebih setahun yang lalu setelah dia meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan. Dia juga tidak kelihatan di sekitar Kuching, termasuk semasa perkahwinan bapanya baru-baru ini. Walaupun ponteng dari tugas dan tanggungjawab menterinya itu, dia masih kekal seorang menteri Parlimen dan menerima gaji bulanan ahli parlimennya! Tugas dan tanggungjawab menterinya diamanahkan kepada Idris Buang, seorang setiausaha politik kepada bapanya, dan setiap pengundinya kini masih tertunggu-tunggu akan kehadirannya dan mengharapkan bantuannya! Jika Sulaiman itu bekerja di pejabat atau di sebuah kedai, sudah tentu bosnya akan bertanya kenapa dia tidak hadir bekerja. Maka para pengundinya juga berhak bertanya sedemikian!

Semasa ponteng dari tugasnya, Sulaiman telah memilih untuk menghubungi rakan-rakan dan kenalan-kenalannya melalui Facebook sebagai suatu saluran untuk menghantar komen-komennya kepada dunia luarnya. Dia telah menggunakan saluran ini untuk mengepos pelbagai gosip dan gambar-gambarnya, termasuk menyalurkan aduan tentang spekulasi mengenai dirinya adalah salah. Namun beberapa orang rakan dan kenalannya telah mendedahkan kewujudannya ke pengetahuan umum, maka dengan itu Sarawak Report telah membuat keputusan untuk menerbitkan komen-komen Facebooknya di sini.

Selain ‘bersantai’ di Facebook, Sulaiman juga kedengaran menepis khabar angin di kalangan orang-orang Kuching yang menganggapnya sedang jatuh sakit yang telah menyebabkannya meninggalkan tugas dan tanggungjawabnya secara tiba-tiba, dan dia juga menggunakan “status” Facebooknya untuk menghantar syarahan-syarahan kecil mengenai topik kebenaran!

Kami tertanya-tanya kenapakah anak Ketua Menteri itu tidak mengamalkan apa yang disyarahkannya dan mempersembahkan kebenaran keadaan kepada umum menerusi saluran-saluran yang lebih sempurna? Dia boleh menggunakan media-media arus perdana yang memihak kepada kerajaan bapanya dan bukannya bertindak bodoh menggunakan “status” Facebooknya? Apakah kebenaran yang anda maksudkan itu, Sulaiman? Anda sememangnya seorang tokoh yang dipilih dan para pengundi anda berhak untuk mengetahuinya.

Sebaliknya, jika seseorang ahli Parlimen memutuskan untuk memilih untuk menikmati kehidupan secara privasi, kenapa Sulaiman tidak mengosongkan kerusinya dan membenarkan pilihanraya kecil dilaksanakan di kawasan pilihanraya yang tidak dipedulikannya lagi? Bapanya boleh, pada bila-bila masa, menjalankan pilihanraya kecil di kawasan berkenaan!

Mohon bantuan?


Namun, jelaslah sudah Sulaiman kini telah menemui kebuntuan. Bagi mengelakkan dituduh mengeluarkan spekulasi secara melulu, maka Sarawak Report membuat kesimpulan bahawa tindakan-tindakan Sulaiman bukanlah berdasarkan keputusannya sendiri. Atau, mungkin juga kerana takut akan bapanya, maka dia telah meninggalkan negerinya?

Kita boleh mengandaikan bahawa Taib ingin mewariskan pemerintahannya kepada Sulaiman, berdasarkan gerak-geri Taib yang masih tercari-cari siapakah orang dalam BN yang paling layak menggantikannya! Perhimpunan di Borneo Convention Center Kuching nanti sudah pastinya hambar, kecuali jika Sulaiman membuat kejutan di hadapan ahli-ahli BN yang hadir nanti!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments