20 Mar 2011

KAMI MENDEDAHKAN DATA-DATA RAMPASAN TANAH!

This post is also available in: English, Iban

KAMI MENDEDAHKAN DATA-DATA RAMPASAN TANAH!

Sarawak Report telah membuat keputusan untuk mendedahkan sepenuhnya maklumat dari pangkalan data dari Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak berkenaan dengan transaksi terkini yang dilakukan ke atas tanah-tanah di kawasan luar bandar dan juga pedalaman Sarawak. Kami telah menjalankan beberapa siasatan terperinci ke atas data-data sulit selama beberapa minggu yang lalu, hanya mendapati lebih dari satu ribu plot tanah-tanah di pedalaman dan luar bandar yang telah diambil oleh kerajaan negeri, tetapi plot-plot yang lainnya lebih luas telah diserahkan kepada keluarga terdekat dan kroni-kroni Taib Mahmud.

Ini adalah skandal rampasan tanah peringkat kebangsaan dan harus didedahkan sepenuhnya. Dengan itu kami ingin mengajak para pembaca kami dan juga pihak media untuk mengkaji dan menilai sendiri daftar tanah dan mengenalpasti tanah-tanah manakah di kawasan mereka yang telah diambil – dan diambil oleh siapa. Kini Taib Mahmud harus keluar dari persembunyiannya dan berhenti memberikan alasan bahawa “tuduhan-tuduhan itu tiada bukti”!

Peta Tanah yang berinteraktif

Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam projek pemetaan berinteraktif ini, dan di samping itu anda boleh mengenalpasti sendiri rampasan-rampasan yang relevan bagi anda atau yang anda kenali dan meletakkannya pada peta Sarawak yang beranotasi secara online kami.

Anda tidak perlu risau! Kami telah mempermudahkannya untuk anda dengan menandakan beberapa kawasan rampasan tanah yang telah kami siarkan dalam laporan-laporan kami terdahulu. Anda hanya perlu plotkan titik merah dan tambahkan maklumatnya. Setelah itu sumbangan anda akan ditambahkan ke dalam pangkalan maklumat on-line untuk kemudahan pembaca-pembaca lain.

Kami telah membuat keputusan untuk memulakan projek ini, kerana maklumat yang dipersembahkan di sini harus bersifat terbuka di mana-mana negeri berdemokrasi. Sebaliknya, selama 30 tahun Taib Mahmud telah memimpin sambil menyalahgunakan kepercayaan rakyatnya, dengan secara diam-diam mencuri tanah-tanah mereka untuk dirinya! Jangan sekadar mengatakan tuduhan-tuduhan kami ini tiada bukti, lihatlah sendiri syarikat-syarikat yang terdapat dalam pangkalan data dan lihatlah sendiri siapakah pemilik-pemilik syarikat-syarikat itu semasa plot-plot itu diberikan geran. Selalunya syarikat-syarikat itu dijualkan dengan segera oleh rakan-rakan dan saudara-mara setelah menerima geran ke atas tanah-tanah itu dari Taib dengan harga berjuta-juta ringgit lebih dari nilai ‘premium’ yang beliau telah rundingkan dengan mereka bagi pihak Negeri di mana beliau telah dipilih untuk mewakilinya. Ini bermakna, hasil jualan atau serahan tanah-tanah bergeran itu sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan untuk rakyat Sarawak, tetapi dimasukkan ke dalam akaun Taib sendiri dan kroni-kroninya.

Masa untuk ketelusan


Mana-mana prosidur yang melibatkan pembahagian dan pengambilan tanah-tanah Negeri atau tanah-tanah NCR yang seterusnya diserahkan kepada pihak-pihak lain, yang telah dilakukan secara bersekala besar di bawah pentadbiran Taib Mahmud, seharusnya merupakan proses yang terbuka, supaya semua orang dapat melihat dengan sejelas-jelasnya bahawa tiada rasuah berlaku dan mengetahui bahawa harga yang paling baik telah berjaya diperolehi untuk rakyat Sarawak. Tetapi, Taib tidak melakukan itu. Sebaik sahaja beliau dipilih dan mengangkat sumpah mentaati perlembagaan negerinya dan menjawat jawatan Ketua Menteri pada tahun 1981 beliau telah bergerak dengan pantas untuk menubuhkan suatu lembaga yang beliau namakan sebagai Agensi Pembangunan Tanah (atau disingkatkannya, Pelita) dan meletakkan dirinya sebagai Pengerusi, dan juga sebagai Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber. Inilah yang memberinya kuasa dan kawalan penuh ke atas tanah di Sarawak.

Dengan  bertindak dari dalam jabatan inilah beliau telah secara senyap-senyap merampas tanah-tanah orang asal dan kemudiannya secara diam-diam menyerahkan tanah-tanah rampasan itu kepada siapa sahaja yang disukainya – dia sendiri, proksi-proksinya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya, rakan-rakan politiknya dan kroni-kroni perniagaannya untuk menjadikan mereka tunduk dan akur pada segala kehendaknya. Jika transaksi-transaksi itu telah dilaksanakan dengan penuh ketelusan maka rundingan-rundingan urusniaga itu tidak mungkin berlaku. Tetapi, Taib telah melaksanakannya secara tertutup! Istilah ‘Sulit’ (‘Confidential/CONF’) dapat kita lihat pada kesemua dokumen-dokumen dalam Daftar Tanah, kerana Taib ingin mengelakkan urusan penjualan tanah-tanah dengan harga yang murah dari diketahui umum.

Data-data yang kami dedahkan di sini memperincikan butir-butir tanah-tanah yang telah diambil; syarikat-syarikat yang telah mengambilnya dan harga yang telah mereka jelaskan, termasuk tarikh-tarikh pada geran-geran 60 tahun itu. Maklumat ini dapat dipadankan dan dibandingkan dengan  pasaran saham dan maklumat jualan yang mudah diperolehi menerusi kemudahan internet kini. Dengan cara ini komuniti-komuniiti asli akan dapat memperolehi perincian maklumat ke atas apa yang telah berlaku pada tanah-tanah tradisi mereka.

Sehingga kini orang-orang tempatan tidak menyedari bahawa Taib telah menyukat, mengasingkan atau membahagi tanah mereka sehinggalah kawasan mereka didatangi syarikat-syarikat pembalakan dan perlandangan, biasanya beberapa tahun kemudian.


Pecahan-pecahan kecurian bertaraf dunia


Dari kalangan beberapa ratus buah syarikat yang telah berjaya memperolehi hasil rampasan tanah-tanah di Sarawak, pihak kami mendapati berpuluh-puluh buah yang sedang dimiliki atau pada mulanya dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Taib, sebelum ianya dijualkan semula kepada pihak lain secara senyap-senyap kepada pihak ketiga sebagai langkah menyembunyikan bahawa mereka sekeluarga masih berkepentingan – terutamanya kepada kroni Taib sendiri. Berikut adalah senarai nama syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan keluarga Taib seperti yang terdapat di dalam Daftar Tanah. Tetapi, dengan bantuan anda, kami berharap akan dapat mengenalpasti plot-plot tanah rampasan yang lainnya sempena pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini:

Polar Horizon, Titanium Management, Ukiran Mantap, Umpama Mantap, Radiant Lagoon, Premium Haven, Polar Towers, Polar Red, Log Oak Promotions, Future Atmosphere, Essential Straits, Dataran Aras, Celerity Design, Bella Magic – [ABU BEKIR TAIB – ANAK LELAKI TAIB]

Miracle Harvest, Green Ace, Usaha Jasamaju, Mega Bumimas, World Sign Harvest, Quality Concrete, Emerald Discovery, Kenyalang Resources, Kumpulan Parabena, Miri Properties, Borsamulu Resort, Saradu Plantations – [RAZIAH MAHMUD/GENEID – SAUDARA PEREMPUAN TAIB]

Ikrar Bumi – [ELIA ABAS/GENEID – ANAK SAUDARA TAIB]

Achi Jaya Plantations – [ONN MAHMUD – SAUDARA LELAKI TAIB]

Eastern Eden, Poh Zhen, Palmlyn, Rajah Mutiara, Lanco Plantations, Hariyama, Golden Star-Ace [ARIP MAHMUD – TAIB SENDIRI DAN SAUDARANYA!]

Delta Padi – [TAIB SENDIRI]

Sarawak Plantations, Kub Sepadu, Multi Maximum, Mega Bumimas, Europalm – [HAMID SEPAWI – SEPUPU/PROKSI TAIB]

Masretus Oil Palm Plantation – [IBRAHIM MAHMUD – SAUDARA LELAKI TAIB]

Poliga Sdn Bhd [AHMAD BIN SU'UT – BOMOH KEPADA TAIB]

Utahol, Herba Aromatics sdn bhd, Durafarm Sdn Bhd – [ALFRED JABU NUMPANG – TIMBALAN KETUA MENTERI SARAWAK]

  • Lulong Bebendai

    APA KATA NAJIB?

    • ibannextgeneration

      Najob tak kata apa2.. dia tanya RUSMAH dulu.. wahahaha

  • Lulong Bebendai

    TULONG BUAT SALINAN UNTUK BAHAN KEMPEN

  • Lulong Bebendai

    ANTU JELU TAIB TU.JANGAN UNDI BN INILAH JALAN PALING SENANG SUPAYA PR MEMERINTAH NEGERI INI.

  • http://yahoo newman

    say no to bn. apa tindakan sprm bila lihat penyataan ini.

  • t

    bukan saudaea bro tapi adik, correction correction

  • awi

    pilihanraya semakin hari semakin mendekat. rahsia yang sebenarnya tentang kelakuan Taib dan keluarganya juga semakin terdedah. taib seharusnya keluar dari tempat persembunyiannya. jangan lagi berlagak, jangan lagi berlakon seperti orang baik. sesungguhnya mata rakyat dan juga paling penting ialah mata Tuhan menjelajah ke seluruh dunia. tidak ada yang dapat disembunyikan dari Tuhan. akuilah kesalahan, harus mula bertaubat.

    untuk sarawak report, terima kasih kerana keberanian anda semua untuk dedahka penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin barisan nasional terutamanya bos besarnya taib. teruskan usaha anda. Tuhan memberkati!

    • W

      betul tu,saya sangat setuju…jangan mcm Mubarak taib…malu oiii..

  • jobor kawu pechah

    saya nak minta lot tanah untuk buat rumah di kawasan sibu telah banyak kali sejak 15 tahun yang lalu satu pun tak dapat…tanah yg member2 dapat pun kena bayar premium dalam lingkungan rm7000 ke rm10000….yang tak mampu bayar terpaksa menyewa tanah tersebut dengan bayaran dari rm150 ke rm300 setahun dan bila-bila masa kerajaan boleh ambil balik sebab tidak dibuat geran tanah(kad merah)…..alahai…..

    rupa-rupanya mereka ini tokey tanah haram jadah keparat babi pelir butuh berkurap besi

  • ramraj

    Newman !sprm tak nampak semua ini…aku dengar dah banyak aduan dibuat,mereka dah kehabisan kertas nak tulis laporan aduan.tapi tak apa.terima kasih sarawakreport sekurang-kurangnya dapat juga aku tumpang komen.

  • whocare

    setakat taip kat blog aje?

    For what?

    So give chance to UMNO for real revolution!!!!!

    • Mari Mengundi

      Salam "whocare"

      Sudahkah anda layak mengundi? Jika sudah layak, tak perlulah menyemakkan blog SR yang rata-rata menyuarakan kemarahannya terhadap "ketamakan dan kerakusan" BN Sarawak pimpinan Taib yang sangat jelas cuba mengatasi undang-undang dan perlembagaam negara kita, Malaysia yang tercinta ini! Tahukah "whocare" bahawa di peringkat parlimen yang kini dipimpin oleh UMNO, UMNO sangat-sangat memerlukan kemenangan BN Sarawak. Tau tak? BN di peringkat parlimen berada pada tahap "desperado". Sebab itulah UMNO buat kacau kat negeri2 pimpinan PR. Dalam radio/TV, UMNO tak disebut buat kacau. Tengok tu – penyokong mereka yang berbuih mulut bercakap kat TV tu sebenarnya diupah, tau tak? Jadi, nampak seolah-olah rakyat sendiri yang memulakan (initiate) bantahan! Nampak macam rakyat Malaya dah semakin pintar? Yang tua bangka yang berbuih mulut tu? He! He! Lawak lah UMNO tu! Chow, BRO "whocare". Wassallammmmm!!

      • whocare

        Nothing much PEMBANGKANG kan win if there joint with PKR!!!!

        HOPE SNAP CAN STAND ALONE!!!! BE YOUR SELF!!!!!!

        nanti joint PKR kena main belakang ooo…

    • eye

      one man 1 undi X brother

    • eye

      Kamu baru dapatRM5 dari BN.Sudah belaga.Kasihan kamu tidak pernah tegok duit.Manusia yang tidak ada maruah

    • Stagong

      Kerajaan mana yang nak halang dia orang? yang suruh buat macam tu, kerajaan lah…

  • WONGLANANG73

    To Rakyat Sawarak semua,

    Please la.. ini adalah masa yang tepat untuk anda tukar kerajaan BN,…sebarkan maklumat kepada semua rakyat…tukar kerajaan sekarang yang zalim

  • free

    UMNO 2X5

  • deris

    Hampeh punya orang….makan duit rakyat kok….mati nanti tau la nasib ko….

  • sarawakian

    Betul-Betul buat salinan banyak2 utk bahan kempen pilihanraya negeri ke-10. Biar rakyat sarawak tahu cara manipulasi kerajaan BN sarawak selama ini terhadap polisi tanah di sarawak……

    Nie…. baru best… Dekat2 pilihan raya banyak janji pembangunan & MRP yang ditabur oleh BN…. Ambil saja tapi awas muslihat nanti tanah NCR akan tergadai….. ayuh org sarawak lakukan perubahan sekarang……………

  • Tukai Tina

    Ingat org Melayu , Melano dan Dayak Sarawak berani tidak mengundi BN dan Taib kah ????Bukan macam orang cina dan org ulu yang benar benar berjuang untuk rakyat.BN hampir habis RM100 juta di Sibu waktu pilihan raya Parlimantapi kalah oleh DAP. Melayu Nangka ikut tumpang suka sekaki bila Hong Leng menang pura pura mengangku tolong DAP menang. Tapi lihat peti undi sebahagian besar Kpg melayu undi BN.Demikian juga dikawasan iban.Yang membawa kemenangan Hong Leng adalah undi org cina itu sendiri yang benar inginkan perubahan.

    Orang melayu dan Melano terutamanya amat sukar untuk menerima perubahan.Taib adalah setaraf Tuhan untuk mereka.Yang menghidup dan mematikan.Begitu juga sebahagian bangsa iban.Taib ,Jabu , Mawan dan Masing dianggap setaraf Nabi Isa yang mampu menembus dosa mereka.

    Pasti dan yakin BN dan Taib akan menang selesa dalam GE yang bakal diadakan pada 14hb April 2011.Taib tidak akan berundur menyerah kuasa kepada penganti selain anaknya. Maka berkali kali Taib mengakui bahawa mereka dalam PBB ketika ini termasuk Johari , Tengah , Adenan , Daud , Jabu ,Douglas Uggah belum begitu matang dan bersedia untuk dilakukan peralihan kuasa.

    Sebenarnya Taib membeli masa untuk menyerah kuasa kepada Mahmud Bekir atau Sulaiman untk mengambil alih beliau. Terbukti kedua duanya menghadapi masaalah peribadi maka tumpuan Taib adalah kepada Norah atau Norlia anak Tun Rahman.

    Ramai pemerhati politik beranggapan bahawa Rahman memain peranan dlm pilihan raya yang bakal diadakan.Rahman mengetahui bahawa Taib menghadapi kebencian dan tentangan hebat dari rakyat kerana sikap dan nafsu tamak serta angkuh.Maka mereka berbaik baik sehingga Taib bersetuju mencalon Norah di Tg Manis sebagai ahli Parlimen. Rahman dan Taib tahu bahawa SUPP akan kehilangan banyak kursi DUN manakala PRS yang diketuai oleh Masing akan tinggal nama jika mereka terpaksa menerima Larry Sng bertanding di Pelagus. Pengundi Iban akan menghukum PRS melalui peti undi.SPDP akan menerima perpecahan dan tentangan dari kaum Bidayuh (serpihan the gang of five) kerana kaum bidayuh merasai mereka dianak tiri oleh SPDP.

    Jika ini berlaku sudah tentu Taib tidak akan memperolehi 2/3 majoriti dalam Dewan.Maka jalan yang selamat secara sembunyi mengwujud pakatan dengan Parti SNAP bertanding tanpa berkerjasama dengan DAP , PAS dan PKR. Tujuan untuk memecah undi dan memberi laluan mudah calon BN dan jika calon SNAP menang mereka akan bergabung dengan PBB menubuh kerajaan baru. Perlu di ingatkan bahawa Jinggut Setiausaha Parti SNAP adalah suami Norlia Tun Rahman mungkin sebagai perantaraan SNAP – Rahman – Taib.

    Orang politik sering mencari jalan alternatif terutama dalam keadaan genting seperti ini. Pilihan kedua dan paling selesa adalah membeli calon lawan atau undi rakyat.

    Rakyat Sarawak terutamanya orang Melayu dan Melano sanggat mudah dibeli dengan RM5.00 tunai , sebungkus nasi campur , satu kotak air milo, baju dan Topi BN dengan lambang satu Malaysia.Sebenar mereka tidak faham maka tergamak mengandai 5 tahun kelaparan dan kesusahan dengan barang seperti diatas.

    Orang UMNO akan beramai ramai datang ke Sarawak membawa kebohongan.Seperti di Sibu mereka jadi "orang muda" sehingga pekerja BN disisih dan sebahagian melari diri sebagai langkah protest terhadap kehadiran mereka.

    JIKA KAMU MENGUDI BN KAMU MENGUNDI TAIB DAN KAMU BERSETUJU ATAS KEZALIMAN DAN KAMU BERSETUJU MENYERAH KEKAYAAN NEGERI INI KEPADA MEREKA DAN KAMU BERSETUJU DIALATKAN SEBAGAI HAMBA ABDI MEMBERI KESENANGAN UNTUK MEREKA DAN KELUARGA MEREKA.

    SELAMAT BERKEMPEN DAN MENGUNDI.

    • dinot

      tapi.. ngundi PR adalah undi untuk Anwar berkuasa…. so aku lebih mengelak Anwar berkuasa dari mengelak Taib….

      • Melanau Cina

        Ya nama kau paloi nyokong orang nok salah. Mungkin ko terlalukan agungkan sarawakian kau ya tapi mun ko dah mati kelak sama ajak diadili tuhan. Kali ko ya sikda agama kali..

      • MBIAK SARAWAK

        DAH YA KO SUKA NGAN ROSMAH MERINTAH KITA MELALUI NAJIB KAH BONGOK KAU TUK JUAK

    • Melanau Cina

      Jangan ikut suka mengata kaum orang. Yang salah itu ada individu bukannya kaum. Sikap yang macam inilah yang disukai oleh BN supaya tiada pakatan untuk menumbangkan kerajaan yang zalim.

  • http://sarawakreport hang mamud

    Bravo tukai tina!!! satu ulasan yang matang dan boleh difikirkan. Segarkan elemen demokrasi dengan menyertai atau mengambil bahagian dlm 'decision making'menentukan pucuk pimpinan negeri. Jgn terlalu emosional sehingga hujah kita nampak tidak rasional.

    • BID – ANAU

      Setuju dgn hang mamud, janganlah kita emo sangat. yg diam itu lagi baik dan berbisa..

  • eye

    Tukai Tina

    Saya sokong lo 100%

    Dulu kalau saya cakap orang tua marah.Pakai baju T PERMAS pun mereka marah.Saya tanya sama penghulu,Apa pantang pakai baju T PERMAS?Datuk nenek tidak pernah kata pantang.

    Kawan

    Komen anda realistik.Sila kemukakann lebih banyak lagi.

    • Melanau Cina

      Komen realistik apa nama mun nganok kaum lain sedangkan salah ya salah individu. Pikir mun orang ya kaum melano alu sigek kaum melano la terpalit sama. Apa punya fikiran ya?

  • BID – ANAU

    Ayuh kita buat pembaharuan wahai orang muda..Siapa lagi yang nak mengubah Negeri kita kalau bukan kita orang muda..5 tahun tak lama..tak selesa nanti kita ubah pula 2016.Tak semestinya yang manis itu madu dan tak semestinya yang pahit itu racun.

  • http://yahoo.com.my Pandak segatak

    Kalau Najib tak ambil tindakan ke atas Taib..maksudnya mereka berdua ni sama saja rupanya…..tapi terus ingat jangan undi BN pada pilihanraya Sarawak kali ini kena ajar semua syaitan haus itu…beritahu org tua anda,saudara mara,kaban belayan ipar,mertua skiranya mereka ini masih taksub dengan pemimpin BN itu…..TOLAK BN SARAWAK PADA 16 MAC 2011 INI.JADIKAN SEJARAH TAHUN 2011 KERAJAAN NEGERI SARAWAK BERTUKAR……INGAT!!!!!!!!!!!! UNDI PEMBANGKANG PADA PILIHANRAYA DUN SARAWAK KALI INI.

  • http://yahoo.com.my Pandak segatak

    WAHAI KAWAN SR BUAT SALINAN tentang kekayaan org itu dan dedahkan kepada rakyat masa pilihanraya itu nanti..Apa yang nak disembunyikan lagi akan manusia keparat macam itu…pengundi muda ubahlah lanskap politik kita sekarang dari terus dimonopoli kaki samun dan samseng itu.

  • BID – ANAU

    Nak padam senarai syarikat yang tukang sapu tanah bukan nya susah sangat.Rakyat mesti jadi hakim jika menantu makan.

  • jobor kawu pechah

    16 APRIL 2011…..GAME OVER

  • jobor kawu pechah

    sarawak report perlu fikirkan bagaimana nak mengubah pemikiran orang-orang tua dikalangan seluruh rakyat sarawak agar mereka menolak B end….rasa-rasanya 80% dikalangan mereka masih lagi nak memangkah dacing bila mengundi dan menganggap pemimpin2 B end adalah DEWA mereka….golongan belia dan muda mereka aktif mencari maklumat yang telus yang dapat mengubah persepsi mereka selama ini terhadap B end…..apa-apapun tq SR

    • Melanau Cina

      Bukannya anggap DEWA ka apa, tapi mentaliti sidak orang tua dah besa ngan ayat "PERINTAH" dengan lambangan dacing ya.. hasil daripada propaganda BN berpuluh tahun dolok.. sebab ya pengundi muda ajak peluang untuk nukar kerajaan, tapi masalahnya orang muda sarawak tok banyak sik terpelajar, cetek pengetahuan, isap gam, kuat mabuk..

  • jobor kawu pechah

    wahai SPRM..tugasan kamu semakin menimbun sekarang..

    kamu kena berkampung di Pejabat Ketua Menteri…di pejabat perhutanan sarawak…di pejabat forestry…di pejabat tanah dan ukur…di pejabat Ta’an…di pejabat Rimbunan hijau….di bilik ketua menteri…………..sekarang buktikanlah motto kitak ya…TIDAK ADA SESIAPA YANG TERKECUALI, TIDAK ADA SESIAPA YANG ISTIMEWA……janganlah pula TIDAK ADA PORNO YANG TERKECUALI, TIDAK ADA PORNO YANG TIDAK DI DOWNLOAD

  • PakLan

    Begitu licik mereka bermain dgn media sehingga dapat menipu rakyat dan masih terus memilih dia menajdi pemimpin…

    sampai bila rakyat nak buka mata????

  • http://www.sarawakreport.com.my Bantah

    BERITA TERBARU.AUGUST 11,2011

    TEMPAT :D I RUMAH SIANG SUNGAI SEBATU SUAI BATU NIAH.

    REPORT:SEBUAH COMPANY MEMBUKA SEBUAH LADANG DI KAMPUNG IRAN SUAI BERSEBLAHAN KAWASAN IRAN DI SUAI BATU NIAH.COMPANY TERSEBUT HENDAK MERAMPAS TANAH PEMAKAI DARI DATUK NENEK HAK MILIK PENUDUK DI RUMAH SIANG SUNGAI SEBATU.2 3 HARI YANG LEPAS

    PENUDUK MEDAPATI COMPANY TERSEBUT MELANGGAR PERATURAN DAN TIDAK MENGIKUTI PERJANJIAN YANG DI SETUJUI DENGAN PENUDUK KAMNPUNG.MENAGER COMPANY TERSEBUT MNGARAHKAN PEKERJANYA MEMBERSIHKAN TANAH YANG DI MILIKI OLEH PENUDUK TERSEBUT.

    INI BUKAN KALI PERTAMA COMPANY TERSEBUT MELAKUKAN PEKARA TERSEBUT DI MANA DI MENGARAHKAN PEKERJA NYA MENGERJA KAN TANAH TANAH KEPUNYAI PENUDUK DI KAWASAN TERSEBUT.TETAPI TIDAK DI PEDULIKAN OLEH MANAGER DAN COMPANY TERSEBUT.PENUDUK2 DAN KETU KAMPUNG DI KAWASAN TERSEBUT TELAH PUN PERGI KA JEPATAN TANAH DAN UKUR DI MIRI MERBINCANG KAN PEKARA TERSEBUT .TETAPI MASIH LAGI PEKARA YANG TAK DI INGINI BELAKU SEKARANG YANG COMPANY TERSEBUT MASIH MEMBUAT KACAU DAN MELAKUKAN PEMBERSIHAN DI KAWASAN TANAH KEPUNYAAN PENUDUK DI KAWASAN ITU.

    SEHINGGA PEKARA TERSEBUT TELAH DI BERTAHU KEPADA MENTRI YA MENYAGA KAWASAN TERSEBUT.TAPI MASIH SAMA JUGA TIADA PERUBAHAN.

    SEKARANG.

    PENUDUK PENUDUK .

    PERLUKAH KAMI MELAKUKAN KEKASARAN ATAU PEKARA BURUK KEMUNGKIN AKAN BELAKU SEKIRANYA COMPANY TERSEBUT MASIH MERAMPAS TANAH KAMI.KAMI MAHU KERJAAN BETINDAK DENGAN SERTA MERTA UNTUK PEKARA INI.HENDAKLAH TURUN PADANG DAN AMBIL TAHU APA KESUSAHAN RAKYAT SEBELUM PEKARA BURUK BELAKU,JANGAN DUDUK DIAM SAHAJA.PENUDUK AKAN MENGAMUK SEKIRANYA PEKARA INI MASIH DI TERUSKAN.

  • apek crab

    mr bantah,report aja ngan baru bian pasal company ceroboh tanah tu….