KEMARAHAN UMUM TERHADA PUMUM GEORGE CHAN DI MIRI SEMAKIN MENJADI!

KEMARAHAN UMUM TERHADA PUMUM GEORGE CHAN DI MIRI SEMAKIN MENJADI!

Di Miri hari ini George Chan telah dicerca dan dicemuh oleh segelintir pemerhati di pasar basah dan seterusnya di sebuah kedai kopi, yang mana kami telah mengenalpasti mengapa kawasan pilihanrayanya semakin tidak tahan dengan gelagatnya!

Seorang pembaca yang berasal dari daerah kelahiran Timbalan Ketua Menteri itu telah menghantar gambar-gambar kereta Chan dan juga kereta Walikota BN Miri, Lawrence Lai Yew Son, yang diletakkan sembarangan di atas garisan kuning tanpa menghiraukan dikenakan saman trafik katanya!

Pembaca berkenaan, yang pernah disaman kerana meletakkan keretanya di tempat yang sama, mengatakan dia pernah melihat kedua-dua kenderaan menggunakan tempat yang sama kerap kali, yang membolehkan beliau mengambil gambar dengan mudah.

Kita mungkin mampu bersimpati. Jika kita tidak selesa kerana terpaksa akur dengan undang-undang, sedangkan para penggubal undang-undang telah sesuka hati melanggarinya, siapa yang tidak marah? Siapa yang tidak kecewa jika kita mendapati ada di kalangan pemimpin kita atau wakil kita meletakkan kenderaan mereka sesuka hati tanpa disaman!

Saya gubal undang-undang, tetapi andalah yang perlu mematuhinya, bukannya saya!


Menurut pembaca laman kami itu, beliau sebelum itu pernah disaman kerana meletakkan keretanya di tempat yang sama di Jalan Ngo Hing Kii 339-353 di Pelita Commercial Centre berdekatan dengan Survey Market. Namun beliau sempat mengambil gambar kereta George Chan dan Walikota Lai yang diletakkan di tempat yang sama pada hari yang sama tetapi tidak dikena sebarang saman!

“Saya disaman oleh Majlis Bandaran dahulu, tetapi “pemimpin” kami tidak mendapat apa-apa pun. Saya pernah pergi ke pejabat Majlis Bandaran untuk mengadu, tetapi mereka tidak mengambil apa-apa tindakan pun”

Si pengadu seterusnya memberitahu kami:

“Terdapat banyak tempat letak kenderaan di dalam bandar Miri tetapi mereka (George Chan dan Lai) memilih untuk meletakkan kenderaan mereka sesuka hati. Saya juga bertanya dari atendan yang bertugas ketika itu, kenapa mereka tidak dikena saman. Jawapan yang saya terima adalah “mereka itu adalah bos”. Ini sudah tak adil bagi setiap orang, mereka telah menunjukkan tauladan yang buruk”.

Menurut pembaca kita itu lagi, kereta George Chan telah diletakkan di situ dalam jangka masa lebih sejam kerana Chan telah menghadiri mesyuarat SUPP di salah sebuah bangunan di situ!

Orang biasa akan dikenakan saman RM60 jika didapati bersalah meletakkan kenderaan atas garisan kuning, sejumlah wang yang amat kecil bagi orang seperti George Chan, yang dapat memperolehi wang yang banyak semasa beliau menjadi menteri!

Sarawak Report ingin, dengan hormatnya, mengingatkan George Chan dan rakan-rakan sejawatannya dalam kerajaan BN yang angkuh yang gemar melanggari undang-undang, masih ada lagi bentuk denda yang akan dikenakan ke atas mereka. Denda yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang harus mereka takutkan pada pilihanraya yang akan datang nanti.

Pada hari itu juga, beliau mendapat petanda yang tidak baik ketika beliau mengadakan kunjungan ke market yang berhampiran untuk bertemu dengan para pengundinya. Beliau cuba memperlihatkan dirinya sebagai seorang wakil yang sebenarnya kepada orang ramai di situ, tetapi dia mendapati kebanyak orang yang dia jumpai masing-masing mempertahankan hak-hak kepenggunaan mereka dengan menyatakan harga barang harian kian meningkat, tetapi langsung tidak dipedulikannya sebagai seorang yang gemar meletakkan kenderaan mewahnya sesuka hati.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments