26 Mar 2011

KESALAHAN TAIB MEMALUKAN SAUDARANYA!

This post is also available in: English, Iban

KESALAHAN TAIB MEMALUKAN SAUDARANYA!

Para penasihat kepada Taib seharusnya berwaspada dengan keghairahannya dengan temuramah-temuramah media. Beliau bukannya baik sangat apabila berhadapan dengan media!

Pada awal minggu ini beliau telah bercanggah dengan kenyataan menantunya, Hisham (Sean) Murray yang menafikan beliau terlibat dalam empayar harta keluarganya di luar negara, dengan mengakui beliau telah memulakannya dengan wangnya sendiri. Kini, beliau telah menekankan bahawa sepupunya, Hamid Sepawi, telah mengelirukan banyak pihak mengenai permohonan-permohonan untuk lesen-lesen Penghutanan Semula!

Kesilapan itu timbul di sebuah artikel muka hadapan akhbar lidah BN, the Borneo Post yang pernah disarankan oleh Taib supaya bekerja lebih keras dalam mencari berita-berita untuk membidas berita-berita rampasan tanah oleh beliau dan BN.

Dalam temuramah untuk akhbar di bawah tajuk “State Open To Forest Verification” [Negeri Terbuka Kepada Kerja-kerja Pengesahan Hutan] itu, Ketua Menteri telah mengeluarkan penerangan yang menakjubkan bahawa “70% hutan dara di Negeri Sarawak masih tidak terusik”. Ketua Menteri itu, yang telah dan sering dikritik dan dikutuk oleh masyarkat seluruh dunia atas ketamakannya yang telah meranapkan Hutan-hujan Borneo, telah mencabar badan-badan NGO untuk datang ke Sarawak untuk melihat sendiri keadaan sebenar!

Kini, siapakah yang berbohong, Taib atau sepupunya Hamid Sepawi?

Bersempena rasa geram dan marah para penunjuk perasaan dan pencinta alam sekitar, mereka berusaha membersihkan nama mereka untuk mereka-reka jawapan untuk menangkis tohmahan terhadap mereka , kami ingin menarik perhatian anda terhadap apakah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sepupunya, Abdul Hamid Sepawi.

Syarikat milik Hamid Sepawi, Ta Ann (yang terkenal dengan kegiatan pembalakan dan perladangan) telah memohon mendapatkan lesen-lesen untuk mengusahakan Hutan Tanam Semula. Kenyataan-kenyataan dalam permohonan rasmi yang mereka keluarkan itu amat bercanggah dengan kenyataan-kenyataan Ketua Menteri.

Dengan mendakwa bahawa 70% dari hutan dara Sarawak yang masih belum dieksploitasi, Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIS) yang diterbitkan oleh Ta Ann telah memberikan gambaran yang berbeza, di mana hutan semula jadi di negeri itu amat kecil saiznya dan penghutanan semula amatlah diperlukan!

Pada tahun 2006 semasa syarikat itu mengemukakan permohonannya untuk menghutankan semula kawasan yang luasnya 200,000 hektar di Kapit, situasi yang dipersembahkan itu mungkin tidak jauh berbeza dengan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Menteri. EIS Ta Ann seterusnya menghuraikan:


“kebanyakan hutan dara di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya sekali”

Jika begitulah keadaan alam sekitar pada tahun 2006, bagaimana pula rupanya 5 tahun kemudian, seandainya pembalakan diteruskan tanpa belas kasihan pada kadar yang sama di seluruh bumi Sarawak?

Kecualilah, sepupu Taib, yang merupakan Pengerusi Eksekutif dan pemegang 35% saham dalam Ta-Ann itu, telah berbohong semasa memohon lesen? Namun, dalam 2008 pihak Auditor General Malaysia telah meneliti kenyataan syarikat itu, dan mengkritik dengan mengatakan bahawa Sarawak merupakan sebuah dari 4 negeri di Malaysia yang “gagal menguruskan hutan-hutannya, menyebabkan berlakunya pencemaran sungai, hakisan, tanah runduh dan pemusnahan flora dan fauna”, menurut agensi berita kebangsaan, Bernama.

Sekarang, jawablah soalan ini!

Pada awal minggu ini Taib telah bercakap kepada para pemberita mengenai integritinya:

“Lihatlah pada tabiat saya sejak 30 atau 40 tahun lalu. Saya tak pernah berbohong kepada orang, saya tak pernah bermain politik kotor – Taib Mahmud, akhbar The Star 22/03/2011

Maka, bolehkah Ketua menteri menjawab soalan sama ada sepupunya telah berbohong dengan menyebut “kebanyakan hutan dara di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya sekali”?

Nampaknya para pengawalnya harus memantau mulutnya di masa-masa akan datang semasa dia ditemubual oleh media!

  • jabai saribas

    ko ambil habis lah tanah di sarawak tu tok uban. jangan peduli rakyat mederita asalkan keluarga ko kaya raya. suatu hari nanti kluaga ko akan menerima nasib yang sama seperti husni mubarak. habis jahanam lah harta kluaga ko. kata tak ambik komisen dari pemaju. kata cuma tolong majukan tanah adat konon. tapi dari mana ko dapat duit berbillion ringgit tu tok uban. tanah disarawak ko serahkan kepada keparat termasuk yang dari semenanjung malaysia. kalo betul ko nak buat rakyat senang kenapa ko tak pernah anugerah tanah untuk orang kampung .ikut lah cara felda d semenanjung di mana tanah kerajaan biberi kepada peneroka sebelum ianya majukan oleh institusi tertentu. moga perut tok uban skuaga busong kerana merampas hak rakyat. sebelum terlambat bertaubat lah tok uban. serahkan semula yang bukan hak halal keluarga ko kepada rakyat.

  • http://politikkeluarga. anak iban

    BUNUH SAJA DIA ITU SAHAJA CARA…TIADA GUNA HIDUP…BERPUTAR BELIT YANG BANYAK..

  • tumbark

    dia tu islam celup bro bkn nya tau pun pasal hukum hakam islam ni pernah nampak kh muka hadir majlis keagamaan cthnya majlis tilawah al quran… HARAM TAK NAMPAK BTG IDUNG! klu majlis pecah tanah projek juta2 aaa muka dia lah terpampang dengan ayat2 power bahawa ini semua untuk rakyat. KONON NYA….

    • kechewa

      kechewa sunggu dgn taib…. masa untuk berundur… cukuplah setakat ini… BOIKOT TAIB!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  • jobor kawu pechah

    SPRM punya motto

    tiada sesiapa yang terkecuali

    tiada sesiapa yang istmewa…

    buktikan dengan konkrit motto ini…jangan tangkap kami yang makan duit kopi o rm50 sahaja….. siasat cm, forestry, jabatan hutan, rimbunan hijau, ta'an dan banyak lagi…

  • ramraj

    aku fikir 30 tahun memerintah belum cukup lagi,teruskan memerintah…untuk 1000 tahun lagi..itupun belum tentu dia berasa puas.

  • BID – ANAU

    Kalau itulah kenyataannya,apakah wasiat kita kepada anak – anak kita kelak berkaitan HUTAN sekiranya mereka bertanyakan soalan berkaitan hutan kepada Ibubapa nya???? Hutan kita telah banyak dilanyak oleh kroni2 yg berkepentingan jadi apakah kita patut menghukum pemerintah sekarang?

    • Anak desa kecewa

      Senang ajak pok…..Piliharaya yang sik lama lagik dapat ngajarnya. Jangan undi mereka……baru sidaknya tauk tinggi rendah langit tok. Betul sik.

  • siti

    Lantaklah kau taib, pintu neraka sudah terbuka luas untuk kau. Kalau kau menang pilihanraya nanti, harap kau mati cepat. Tuhan, selamatkanlah bumi sarawak dan penduduk-penduduknya yang ditindas dan ditipu oleh taib mahmud.

  • Marah

    Apa marah2 ni….tak tumpah kawe

  • Urangborneo

    bila taib mati kelak, dia pergi pun telanjang. baiklah bertobat dan serahkan semua wang hak milik Sarawak.

  • pemerhati

    Entah la Taib.. Dah-dah la tu… bukanya boleh buat masuk kubur harta tue… Bersyukur la dengan seadanya…. tengok rakyat tempatan tak pernah pun dengar rakyat sarawak ade syarikat besar… yang besar kroni awak je… nak masuk niaga kena ada share 60/40% samapi bila rakyat yang ade modal kecik nak berjaya… negeri besar.. hasil banyak… tapi peruntukkan repair jalan pun xde… adush…. buat jalan pandai.. repair jalan x pandai… sadis tol… Score.. nama je score…. tapi.. kalau xde jaringan jalan raya macam mane nak score… agama islam kat sarawak nie ada… tapi hanya nama…masjid pun x banyak.. nak jalan jauh tue.. siap kene bawak surau mudah alih.. sayang…… sarawak… kenapa kau masih macam dulu… makanan halal pun payah dapat… industri makanan halal x banyak.. buat la hub halal untuk industri makanan… kan tolong you gak taib… jgn gatal kawin muda je… rakyat kat sarawak nie banyak muda gak.. diorang pun kenal awak mase pertama kali bukak mata sampai dah ade anak lagi…. asyik taib…. je.

  • Anak desa kecewa

    Salam buat untuk semua……kita hanya melepas geram disini tetapi sperti 'Sarawak Report" yang telah banyak mengumpul bukti bukti yang sahih atau tidak sahih….kenapa tidak ada seorang pun rakyat sarawak yang berani membawa kes ke mahkamah.

    Ini cakap ajak….nyakit hati kita pun lama2 maok kena attack darah tinggi dan lalu gol. Mun dapatlah ' Talk Less Do More"

    Tok kita asyik ngutok CM kita …..macam ya juaknya. Kita pyang putih mata tapi kroninya bertambah kaya. Fikir2kanlah.

  • Anak desa kecewa

    Salam buat untuk semua……kita hanya melepas geram disini tetapi sperti 'Sarawak Report" yang telah banyak mengumpul bukti bukti yang sahih atau tidak sahih….kenapa tidak ada seorang pun rakyat sarawak yang berani membawa kes ke mahkamah.

    Ini cakap ajak….nyakit hati kita pun lama2 maok kena attack darah tinggi dan lalu gol. Mun dapatlah ' Talk Less Do More"

    Tok kita asyik ngutok CM kita …..macam ya juaknya. Kita yang putih mata tapi kroninya bertambah kaya. Fikir2kanlah.

  • Panglima Bidayuh

    CM kita dah tua dan nak nyayuk pun. Cukuplah jadi CM tu, berilah orang lain lagi. … Sekarang ni cakap depan rakyat pun dah tersasul dan merapu……berhentilah…..