ONN MAHMUD BERSAMA RUMAH PENTHOUSENYA YANG TERMAHAL DI AUSTRALIA!

ONN MAHMUD BERSAMA RUMAH PENTHOUSENYA YANG TERMAHAL DI AUSTRALIA!

Sebuah rumah penthouse yang mempunyai pemandangan yang amat menakjubkan merupakan premis kediaman yang paling mahal di Australia terletak di Sydney. Pihak pemberita kami telah mendapatkan maklumat tentang penjualan rumah itu pada tahun 2008 yang merekodkan harga jualan AUS$20 juta. Siapakah ‘ahli perniagaan bermisteri’ yang telah mampu membeli premis yang paling mahal di Australia itu, dan siapakah yang telah menjualnya? Apa yang kita tahu bahawa premis mahal itu telah melibatkan keluarga yang terkaya di Sarawak, khasnya Onn Mahmud, saudara kepada Ketua Menteri.

Kita telah mengetahui mengenai penglibatan Onn Mahmud dalam perkembangan atau pembelian apa yang dinamakan sebagai Ten Wylde Street, yang terletak kawasan perdana pelabuhan Sydney di lokasi Potts Points, kerana bukti-bukti tersebut telah dibawa ke mahkamah beberapa bulan sebelum berita sebenar didedahkan. Onn telah disaman berjuta-juta dollar Australia oleh sebuah syarikat perunding yang memasukkan yuran-yuran “pembangunan dan pengurusan” ke dalam bilnya berkaitan dengan Ten Wylde Street itu. Kes mahkamah itu diketahui umum serentak dengan pendedahan berita mengenai keraguan ke atas kekayaan luar-biasanya oleh akhbar-akhbar di Jepun, yang sedang mengikuti pendakwaan pihak percukaian negara itu menentang sebuah kartel perkapalan. Dalam tahun 2007 terdapat satu berita mengenai syarikat-syarikat perkapalan yang dikehendaki membayar sebahagian dari keuntungan pengangkutan kayu balak yang tidak diikhtiraf, kepada sebuah syarikat misteri di Hong Kong yang dikaitkan dengan Onn Mahmud.


Onn yang berpengkalan di Sydney dan telah mengembangkan beberapa kepentingan perniagaan atas nama Kesuma Holdings, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh beliau dan isterinya, anak-anak mereka, tetapi operasi syarikatnya itu telah berhenti pada 2009.

Apabila harta tersebut diketengahkan untuk dijual dengan harga yang amat mahal menerusi internet ia seterusnya dijual begitu sahaja. Sebenarnya perkembangannya adalah pengubahsuaian sebuah premis yang lama dan kerja-kerja pengubahsuaian masih dijalankan. Hanya beberapa hari yang lalu usahasama itu telah diumumkan di akhbar-akhbar yang melaporkan bahawa rundingan jualan itu telah dilakukan melalui pihak pemaju, yang menjualnya semula dengan harga yang sama semasa ianya dibeli – sekitar AUS$17.5 – 20 juta. Siapakah yang mempunyai wang sebanyak itu semasa harga harta itu berada di tahap yang tinggi?

Para pemberita Sarawak Report yang berpangkalan di Sydney telah memberitahu kami bahawa Ten Wylde Street masih dalam peringkat dibangunkan. Laman web yang mengiklankan gambar-gambar rumah cantik lagi mewah itu, yang berharga AUS$20 juta pada masa itu, kini telah ditutup.

Nama Onn Mahmud tidak pernah dikaitkan dengan projek itu. Inilah yang menjadi tanda-tanya, sama ada dia sendiri yang bertindak sebagai pembangun keseluruhan projek itu, atau bertindak sebagai pembeli bermisteri itu?

Apa yang gagal dinafikan oleh Onn Mahmud adalah apabila kes ini dibawa ke mahkamah pertengahan 2007 dan 2008, sebenarnya terdapat kerja-kerja pengubahsuaian ke atas Ten Wylde Street, Potts Points itu dilaksanakan bagi pihak dirinya. Persoalannya di sini, dari manakah beliau memperolehi wang sebanyak itu?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments