TAIB MENCURI ELEKTRIK!

TAIB MENCURI ELEKTRIK!

Pada ketika kebanyakan orang sedang berjimat untuk mengatur perbelanjaan bagi menghadapi kenaikan bayaran bil elektrik, Sarawak Report mendapati Ketua Menteri sedang mengguna bekalan elektrik yang dicurinya untuk berjimat!

Maklumat yang mengejutkan ini datangnya dari seorang sumber dalaman yang mengetahui segala-galanya dalam rumahtangga Taib Mahmud. Kami juga telah mendapat tahu mengenai perkara ini daripada ketua juruteknik yang dilantiknya untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kediamannya di Demak Jaya.

Kami diberitahu bahawa Ketua Menteri telah memasang kabel bawah tanah secara rahsia, yang melewati meter elektrik di luar rumahnya. Kabel bawah tanah itu dihubungkan terus ke wayar-wayar dalam rumahnya. Ini bermaksud, sekurang-kurangnya separuh dari arus elektrik masih melalui meter bagi membolehkan beliau menjimatkan bayaran elektriknya!

Ketamakan yang keterlaluan?

Taib telah menunjukkan bahawa beliau tidak biasa membelanjakan wangnya. Semua urusan keluarganya dibiayai oleh orang lain. Memandangkan keluarga Taib sudah terbiasa mengambil, bukannya memberi, mereka harus mempastikan bahawa bil-bil mereka adalah serupa dengan kadar yang dikenakan kepada kita

Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Taib sememangnya membayar bil elektrik yang lebih. Beberapa tahun lalu kita telah diberitahu mengenai Dewan Undangan Negeri Sarawak telah sebulat suara bersetuju membawa elaun tahunan yang amat lumayan perlu diadakan untuk Ketua Menteri bagi membantunya membayar bil-bil elektriknya, yang kita faham bahawa beliau banyak mengadakan hiburan dan melayan tetamunya di kediaman mewahnya itu.

Secara kontranya, Sarawak Report berasa simpati dengan kebanyakan rakyat Sarawak yang menjadi mangsa dasar keras syarikat Sesco milik kerajaan, yang sering memotong bekalan pelanggannya yang tidak mampu membayar kos elektrik yang kian meningkat.

Pada dasar berkenaan, khasnya yang berhubung dengan keluarga yang telah ditempatkan semula untuk memberi laluan kepada pembinaan empangan-empangan hidro-elektrik. Salah satu dari insentif yang dijanjikan agar masyarakat-masyarakat Batang Ai (Lubok Antu) dan Bakun (Belaga) berpindah ke penempatan yang baru, adalah mereka akan mendapat bekalan elektrik secara percuma. Namun, kedua-dua komuniti itu telah dikehendaki membayar bil eletrik mereka sepenuhnya, dan ramai di kalangan orang-orang itu telah dipotong bekalan elektrik mereka kerana mereka tidak mampu menjelaskan bil kepada Sesco.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sesco Bhd adalah sepupu mewah Taib, iaitu Hamid Sepawi. Turut menggotai Lembaga Pengarah Sesco juga adalah anak lelaki Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu. Kedua-dua Hamid dan Jabu sama-sama menikmati banyak pekerjaan dan konsesi dari Ketua Menteri justeru itu mereka tidak perlu bimbang akan bil-bil mereka itu. Ketika dia bertegas terhadap pelanggan-pelangggannya yang kebanyakannya miskin, Sepawi dikatakan boleh berlembut terhadap bosnya yang mewah itu!

Apa yang disahkan oleh pengurus juruteknik

Bagi mengesahkan maklumat yang sukar dipercayai itu, kami mengambil keputusan untuk bertanya kepada orang yang telah memasang sistem untuk melewati meter itu untuk Ketua Menteri.

Orang tersebut merupakan ketua juruteknik yang menguruskan kerja-kerja teknikal di kediaman Taib di Demak Jaya, Jong Ka Ching. Kami juga mendapat tahu bahawa adik Taib yang tinggal bersebelahan dengan Taib, iaitu Raziah Mahmud, yang mendengar mengenai sistem tersebut dan menunjukkan minatnya juga! Raziah juga kaya-raya, tetapi kenapa dia enggan membayar bil-bil elektrik seperti kebanyakan pengguna biasa yang lain.

Maka kami telah menghubungi Jong Ka Ching sama ada dia boleh memasang sistem yang serupa untuk anak lelaki Taib, Abu Bekir. Kami pasti Abu Bekir amat memerlukan sistem yang serupa memandangkan dia baharu saja bercerai dengan isterinya dengan tuntutan cerai berjumlah RM400 juta, maka Bekir sudah tentunya ingin menjimatkan wangnya! Kami menghubungi ketua juruteknik, Jong Ka Ching, pada telefon bimbitnya di mana kami telah menyamar sebagai setiausaha Abu Bekir dan menyuruhnya datang dan membincangkan perkara berkenaan dengan Datuk itu.

Berdasarkan perbualan melalui telefon itu maka sahlah Encik Jong Ka Ching itu yang melakukan kerja-kerja tersebut untuk kediaman Taib di Demak Jaya. Dalam perbualan itu, Jong telah berkali-kali mengakui dialah yang telah memasang sistem itu untuk rumah Pehin Sri.

Apabila kami menceritakan keadaan itu kepada pengurus senior dalam Sesco, reaksinya adalah “jadi, kamu tahu mengenai perkara itu, kan?!” Tidak lama dahulu Sesco pernah dikritik mengenai urusan mereka mengambil penguru-pengurus luar negeri yang dibayar gaji yang tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif yang baru mereka, Torstein Dale Sjotveit, dibayar RM4 juta setahun dan dibiayai 10 tiket penerbangan balik ke Norway setiap tahun. Terdapat 20 orang jurutera dari luar negera yang berkhidmat di bawah Sjotveit, kesemuanya dibayar gaji melebihi kadar gaji normal di Sarawak.

Baru-baru ini YB Chong wakil DAP Kuching telah mengadu kepada parlimen mengenai bayaran pemasangan meter yang diwajibkan oleh Sesco terhadap pelanggan-pelanggannya.

Para pelanggan mereka dikehendaki membayar RM650 untuk pemasangan meter yang dikatakan yang terkini, dan sesiapa di kalangan pelanggan mereka yang tidak mampu menjelaskannya, maka mereka terpaksalah bergelap!

Namun, aduan terhadap Sesco yang paling mengejutkan adalah majoriti penduduk Sarawak, sebuah negeri yang terkaya di Malaysia, 80% rakyatnya yang tinggal di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman tiada bekalan elektrik sama sekali!

Bagi pihak Encik Jong, Sarawak Report ingin mengesahkan bahawa apabila kami memanggilnya semula untuk bertanyakan progress kerjanya, dia menjawab dengan mengatakan dia belum bercakap dengan Abu Bekir, dan dia juga menyatakan bahawa Abu Bekir tidak berada di Kuching atau tidak memerlukan sebarang perkhidmatan pemasangan sistem yang dibincangkan itu. Dia, kemudiannya, menafikan bahawa dia pernah memasang sistem tersebut. Mungkin Taib Mahmud ingin menjelaskan keadaan dan mengesahkan atau menafikan maklumat yang tersangat sahih pernah kami terima itu?

Mangsa perang-cyber

Sebagai tambahan kepada artikel ini kami ingin melahirkan kebimbangan dan simpati kami terhadap kes perlucutan jawatan seorang kakitangan penting kepada akhbar the Borneo Post. Perlucutan jawatan itu dilaksanakan berdasarkan arahan yang datangnya terus dari pejabat Ketua Menteri. Alasan perlucutan jawatannya itu, sebagaimana yang kami tahu, adalah kerana proof-reader itu telah melakukan kesilapan yang telah dianggap mempersendakan cubaan Ketua Menteri menangkis serangan-serangan media internet menerusi ‘Perang-cyber’.

The Borneo Post telah mengarang sebuah artikel untuk mempromosikan salah sebuah dari berbelas-belas buah laman web yang dibiayai oleh Ketua Menteri itu. Nama laman web tersebut yang hampir serupa dengan nama laman web kami ini, Sarawak Report, sebenarnya mempunyai huruf yang ekstra! Si proof-reader yang malang itu telah berkali-kali membaca draf artikel itu dan menganggap dia telah terserempak dengan kesilapan ejaan, yang kemudiannya memutuskan untuk membetulkan supaya menjadi www.sarawakreport.org, yang sememangnya alamat laman web ini!

Akhirnya, artikel the Borneo Post yang telah diletakkan secara strategik itu telah mempromosikan kami, dan bukannya mempromosikan ‘senjata-cyber’ tajaan Ketua Menteri, dengan mengeksploitasi nama kami!

Kami amat bersimpati dengan nasib malang yang menimpa proof-reader itu, yang amat setia kepada majikannya, yang, seperti kita juga, bergantung hidup pada gajinya. Kenapakah seorang yang professional sepertinya harus diperlakukan sedemikian kerana kesilapan kecil ketika melayan kehendak dan nafsu Ketua Menteri? Kini sudah tiba masanya bagi negeri Sarawak telah mendahului negara-negara yang lain di dunia mencipta atau menggubal undang-undang untuk melindungi rakyatnya daripada dilucutkan jawatan sesuka hati oleh seorang dictator seperti Taib Mahmud.

Jangan lupa, anda tak dapat melucutkan jawatan seseorang sesuka hatimu, Taib Mahmud … tetapi mereka boleh melucutkan jawatan anda dalam masa 3 minggu lagi!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments