YB BN SI TAUKAY PROJEK-PROJEK BINAAN MEGA!

YB BN SI TAUKAY PROJEK-PROJEK BINAAN MEGA!

Pada temubual secara online bersama YB Peter Nansian, Menteri Muda Alam Sekitar dalam cabinet Taib yang juga wakil rakyat kawasan Tasik Biru, pernah menulis “saya melibatkan diri dalam politik untuk membantu rakyat … jika anda datang ke kawasan saya … semua jalanraya sudah ada, dan pelbagai infrastruktur pun ada .. saya sentiasa memikirkan bagai mana saya boleh memajukan kawasan dan penduduk di situ”.


Namun, apa yang tidak dapat dilihat atau diketahui oleh para pembaca dan pengundi-pengundinya adalah berapa besarkah keuntungan yang diperolehi oleh YB mereka itu untuk dirinya sendiri menerusi projek-projek besar yang dibiayai oleh kerajaan negeri! Sememangnya, setelah penat bekerja di kabinet Taib Mahmud, YB itu akan bergegas pulang untuk menyelia projek-projek awam yang bernilai beratus-juta ringgit dilaksanakan oleh syarikatnya, Juara Beetuah Sdn Bhd, berjalan dengan lancar.

Mungkinkah kerana dibebani kerja dan tugas hariannya sebagai menteri maka YB Nansian telah lupa bahawa adalah suatu kesalahan bagi seseorang penjawat awam sepertinya untuk memiliki syarikat-syarikat secara peribadi untuk mendapatkan keuntungan menerusi kontrak-kontrak dari kerajaannya sendiri?

Kontrak-kontrak yang besar dan banyak


Peter Nansian jelas dikenalpasti dalam senarai CIDB Malaysia sebagai seorang pengarah Juara Beetuah, sebuah syarikat pembinaan yang sering menerima kontrak-kontrak kerajaan bernilai beratus-juta ringgit!

[http://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=28898 ]

Malah, alamat dan butir-butir kontrak Juara Beetuah seperti yang tertera dalam laman web CIDB adalah sama dalam entri online Wikipedia YB Peter Nansian

Apa yang mengejutkan kita adalah banyaknya kontrak-kontrak awam yang diterimanya daripada kerajaan BN. Juara Beetuah didaftarkan telah menerima sejumlah 10 kontrak awam sejak tahun 2000 dengan nilai terkumpulnya sebanyak RM350 juta!

Para pengundi di kawasan pilihanraya yang diwakilinya, di mana YB Peter Nansian telah cuba meyakinkan bahawa dia adalah seorang menteri yang bekerja keras, mungkin ingin mengetahui bahawa tidak kesemua projek itu adalah untuk kawasannya sahaja!


Kebanyakan kontrak itu telah diberikan secara tertutup oleh kerajaan BN tanpa mengambil kira konflik kepentingan tugas, adalah sebenarnya diberikan secara rawak. Ini bermakna, semasa kontrak-kontrak itu diagih-agihkan di kalangan menteri-menteri BN, para YB BN itu sebenarnya tidak pasti sama ada syarikat mereka boleh membuat pondok kecil, apatah lagi membina sebatang jalanraya. Maka, sebaik sahaja mereka menerima sebarang kontrak, mereka akan melantik kroni mereka untuk mengambil alih kerja binaan sebenarnya, seperti syarikat Hock Seng Lee, dengan nilai yang jauh lebih rendah, kerana sebahagian dari peruntukan kerajaan negeri telah ‘dicabut’ terlebih dahulu oleh menteri-menteri yang terlibat. Dengan ini maka kami ingin mencabar YB Peter Nansian untuk menunjukkan kepada kami bahawa dia benar-benar memiliki syarikat pembinaan dengan kakitangan, termasuklah dirinya, yang layak melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan kepadanya yang telah melibatkan peruntukan berjuta-juta ringgit. Kami ingin melihat pekerja-pekerja mahirnya melaksanakan kerja-kerja mereka dan kami ingin juga melihat sama ada syarikatnya itu mempunyai mesin-mesin yang mereka gunakan.

Tanpa kerjasama dari dia, kami masih gagal menemui sebarang bukti bergambar yang menunjukkan dirinya (yang juga seorang bekas Chartered Accountant) memakai topi keselamatan atau mana-mana tempat yang berhampiran dengan kawasan binaan! Tetapi sebaliknya, kami telah menemui banyak sampel pengumuman menerusi media yang menunjukkan Juara Beetuah telah menganggotai beberapa konsortia dengan HSL di mana ianya akan menerima sebahagian 5% dari kontrak-kontrak kerajaan untuk tugas yang tidak dinyatakan secara spesifik dalam projek-projek itu. Ini juga cara yang sering dilakukan oleh Raziah Mahmud di mana syarikat-syarikat ‘kaburnya’ mendapatkan kontrak biayaan kerajaan negeri yang kemudiannya diserahkan kepada pihak lain, terima kasih kepada abangnya si Ketua Menteri.

Dengan sedikit bukti kerja-kerja sebenar yang dilaksanakan oleh syarikat YB Nansian itu, maka kami kagum dengan kejayaannya mendapatkan jumlah pinjaman yang besar, yang didaftarkan atas nama syarikatnya. Sejumlah 13 pinjaman didaftarkan atas nama Juara Beetuah sejak tahun 2000 dan kesemuanya berjumlah RM472 juta! Tetapi sehingga kini, tiada satupun pinjaman itu telah dilunaskan.

Namun, kesemua bank yang terlibat mungkin merasa selesa bahawa YB Nansian, dengan jaringan baiknya dan tidak nampak sebarang tanda-tanda untuk mengaut kontrak kerajaan, mungkin juga akan berjaya merebut peluang apabila Kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian projek-projek menjelang pilihanraya umum Sarawak nanti!

Wang untuk pilihanraya

Hanya semalam Awang Tengah Ali Hassan (Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber) mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.2 billion yang diperuntukkan untuk membina jalan-jalanraya, kemudahan bekalan air dan tenaga elektrik di bawah NKRA. Peruntukan ini sememangnya diolah sedemikian rupa untuk mengambil hati pengundi luar bandar dan pedalaman yang telah menunggu dibekalkan kemudahan-kemudahan asas selama 30 tahun di bawah kerajaan Taib. Tetapi, pengumuman sedemikian juga akan pasti menggembirakan kroni-kroni Taib yang akan meraih kontrak dan bahagian-bahagian untuk mereka. Berapakah sebenarnya yang akan digunakan untuk ‘projek-projek’ tersebut adalah andaian setiap orang, tetapi apa yang pasti adalah para pengundi di kawasan luar bandar dan pedalaman akan menikmati sesuatu yang amat kecil nilanya!

Awang Tengah telah menafikan bahawa BN menggunakan wang kerajaan untuk meraih sokongan para pengundi, tetapi beliau juga didengar sebagai berkata:

“amatlah penting untuk penduduk Sarawak turut mempastikan BN Sarawak terus memerintah pada pilihanraya kali ini untuk menikmati pembangunan yang tiada gangguan!” [Awang Tengah Ali Hasan, 12/03/2011]

Pada majlis yang sama jua, Awang Tengah telah (seolah-olah memperlekehkan audiennya) meyampaikan cek-cek di khalayak ramai kepada orang-orang yang menerima ‘pampasan’ ke atas tanah-tanah mereka yang telah diambil dari mereka! Awang Tengah telah menggunakan peluang tersebut menyeru kepada orang-orang Sarawak supaya tidak memperdulikan “dakyah dan pembohongan” terhadap kerajaan BN. Dengan ini, maka Sarawak Report memohon jasa baik ahli-ahli politik BN untuk mengemukakan bukti-bukti bahawa dakyah-dakyah yang telah selama ini disiarkan adalah ‘pembohongan semata-mata’.

Kami telah menyiarkan bukti-bukti kami di sini. Mereka boleh menjawab sama ada YB Peter Nansian pernah menerima kontrak-kontrak besar dari kerajaan yang mencecah nilai berjuta-juta ringgit menerusi syarikatnya, Juara Beetuah itu?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments