Bomoh Stella ADALAH Sepupu Robert Geneid – Ekslusif Mengenai Krisis Dalam Keluarga Taib Mahmud!

Bomoh Stella ADALAH Sepupu Robert Geneid – Ekslusif Mengenai Krisis Dalam Keluarga Taib Mahmud!

Raja Beruban Sarawak yang dahulunya amat digeruni, kini telah melonggarkan genggamannya dan kini ‘baginda’ adalah boneka kepada adik iparnya, Robert Geneid rakyat Australia berketurunan Lebanon.

Robert Geneid telah memanipulasikan Taib menggunakan Bomoh Berambut Perang, Stella, yang telah menimbulkan sensasi apabila dia menjelma pada tempat dan hari penamaan calon Ketua Menteri minggu lalu. Dia adalah sepupu kepada Robert Geneid!

Pendedahan luarbiasa ini diterima oleh Sarawak Report dari kalangan ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sendiri. Mereka telah dibelengu keresahan, kerisauan, rasa cemburu yang berkisar pada manipulasi Robert Geneid, iaitu suami adiknya, Raziah, telah tertimbul setelah terlalu tertekan tanpa mengambil kira menjelangnya pilihanraya umum ini.

Nyanyuk dan dibawah pengaruh Raziah, Robert dan Stella!

Tanda-tanda awal adalah ketika sepupu Taib sendiri, Salleh Jafaruudin, yang telah mengkritik bomoh dan dua orang rakannya semasa hari penamaan calon di Balingian tempoh hari. Walaupun Salleh pernah suatu ketika dahulu adalah seorang menteri BN, namun sebagai suatu kejutan, kali ini dia bertanding sebagai calon bebas, dalam kawasan pilihanraya Taib sebagai suatu usaha menghalang Taib meneruskan usahanya untuk menjadi ketua menteri. Di hadapan para pemberita, Salleh berkata dengan kuat:

“Adakah anda akan menyantau saya?!”

Kemudian dia menjelaskan kepada para pemberita bahawa dia ingin menyelamatkan Taib daripada kawalan bomoh-bomohnya:

“Kami ingin menyelamatkan Sarawak dari diperintah oleh seorang pemimpin yang mengabdikan dirinya secara mental dan fizikal kepada kepercayaan tahyul dan syirik dari luar”

Kini Sarawak Report telah menerima beberapa set kertas bukti yang ditulis dan dikirimkan oleh ahli keluarga terdekat kepada Taib sendiri. Mereka menjelaskan bahawa pandangan mereka adalah kebenaran mengenai Taib haruslah diberitahu kepada umum.

Agenda utama mereka adalah meletakkan negeri ini mengatasi kepentingan keluarga dalam usaha mereka memberi amaran kepada para pengundi supaya menghalang kekuasaan Raziah dan suaminya, Robert Geneid dan rangkaian bomoh-bomoh mereka. Namun seorang lagi ahli keluarga mereka telah memberitahu kami:

“Taib kini sudah hilang akalnya, dan tunduk kepada kehendak adiknya Raziah, Robert dan Stella!”

Najib telah terbukti tidak berkuasa

Sarawak Report telah diberitahu bahawa isu-isu ini telah lama diketahui di kalangan tokoh-tokoh BN, yang sedang memerhatikan keadaan Ketua Menteri yang semakin uzur, terutamanya setelah kematian isteri pertamanya Laila awal pada awal tahun 2009 dahulu. Dia sendiri telah menjalani rawatan barah usus, yang kian melemahkannya.

Namun keuzurannya telah disembunyikan oleh ahli-ahli keluarganya diketuai oleh keluarga Robert Geneid, yang telah mencampuri urusan Taib untuk memperoleh segala manfaat. Dalam tempoh masa beberapa tahun sahaja Raziah dan Robert telah memperolehi kawasan tanah yang amat luas di Sarawak bagi syarikat-syarikat milik mereka dan maklumat dari sumber dalaman mengatakan keuntungan mereka telah terkumpul sehingga berbilion-bilion ringgit.

Perdana Menteri Najib, yang telah berhempas-pulas berkempen di Sarawak di sepanjang minggu lalu, sedar bahawa masa depan politiknya sangat bergantung pada kekuasan BN ke atas Sarawak. Namun dalam masa yang sama juga Najib terpaksa berjanji kepada para penyokong dan juga pengundi BN bahawa dia tetap akan mempastikan Taib mengundur diri sebaik sahaja selepas pilihanraya nanti.

Cubaan Najib meyakinkan rakyat semalam, sukar untuk dipercayai!:

“Saya telah bercakap dengannya. Ketua Menteri telah berjanji bahawa kedudukan beliau akan diambilalih oleh penggantinya. Percayalah pada saya, masanya akan tiba!”

Komitmen sedemikian telah menjadi suatu senjata pihak pembangkang untuk mencabar Perdana Menteri untuk memberikan tarikh dan nama pengganti Taib Mahmud, di samping itu, ianya sebagai peringatan kepada umum bahawa Taib pernah mengumumkan hasrat itu dalam tahun 1995 dahulu! Keadaannya kini adalah berlainan dari dahulu, kerana kini dia mengumumkannya di hadapan bosnya, Perdana Menteri.

Hakikatnya, jika Taib menang, Perdana Menteri tetap akan menjadi tidak berkuasa untuk menyingkirkannya maka Sarawak akan terus bertambah sengsara beberapa tahun lagi di bawah kuasa bomoh-bomoh dan keluarga Geneid. Inilah sebabnya ramai pemberi maklumat kepada Sarawak Report telah kedengaran bagaikan berputus asa, dan kenapa semua berita dari KL yang mengatakan tokoh-tokoh utama BN masih mendesak orang tua itu berundur!

Dalam pada itu, sebagaimana pernah dilaporkan dalam Sarawak Report, bahawa isteri baru Taib, Ragat, juga merupakan mempunyai pertalian persaudaraan langsung dengan Robert Geneid. Pendedahan ini telah menguatkan lagi bukti yang menunjukkan tahap kekuasaan kedua-dua pasangan suami isteri Geneid itu dalam urusan mentadbir Sarawak.

Dorsier-dorsier yang amat kritikal kepada Sarawak Report

Berdasarkan surat-surat berbukti tersebut, tahap rasa cemas dan kurang yakin di kalangan keluarga Taib telah juga diketahui mengenai peluang BN dalam pilihanraya kali ini, setelah beberapa dekad menjadi peneraju kerajaan.

Satu dari kertas-kertas berkenaan yang bertajuk “Senarai Bomoh Calon-calon BN Datuk Raziah” telah mengakui bahawa calon-calon “PKR, DAP, SNAP dan bebas adalah antara mereka yang betul-betul telah bersedia” berbanding calon-calon BN

Kertas tersebut seterusnya mengakui bahawa “calon-calon BN bagi tahun 2011 telah diputuskan Bomoh Stella upahan Raziah dan pasangannya, Robert Geneid”:

“Pehin Sri Taib, setelah bertahun-tahun melaksanakan perkara yang sama dan mempercayai Datuk Raziah dan Dato’ Robert Geneid dan bomoh-bomoh mereka lebih dari orang lain, hanya dilihat sebagai mengesahkan proses itu. Ini merupakan suatu yang amat menyedihkan kerana calon-calon yang dipilih bukannya berdasarkan kebolehan mereka dan rekod baik perkhidmatan mereka sebagai ahli DUN, tetapi mereka dipilih untuk dikekalkan kerana bagi menjaga tanah-tanah yang luas yang telah mereka rampas dari negeri ini”.

Pemberi maklumat kami ti telah mengesahkan tuduhan Sarawak Report sebagai mengatakan:

“Bagaimana CMS milik Pehin Sri Taib, kumpulan syarikat-syarikat PPES dan anaknya, Abu Bekir serta penama dan rakaniaga kepada Abu Bekir, Chris Chung, yang kini memiliki tanah-tanah orang Sarawak yang telah mereka rampas? Adakah mereka juga mempunyai alasan yang kukuh agar calon-calon BN akan menjaga segala sesuatu yang telah mereka rampas sejak beberapa tahun ini?

Di antara calon-calon yang dikritik oleh pemberi maklumat kami adalah calon untuk Tupong, Daud Abdul Rahman dan untuk Lambir, Ripin Lambat. Penulis kertas dorsier berkenaan mengesahkan khabar angin bahawa senarai calon yang dicadangkan oleh Bomoh Stella, yang telah menyebabkan kelewatan di saat-saat akhir. Dorsier berkenaan juga mengakui bahawa “Semoi Peri, yang telah menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding, telah dipaksa untuk bertanding semula berdasarkan alasan-alasan yang hanya diketahui oleh bomoh kepada Raziah… Datuk Zul Philip, calon untuk Jepak tidak diduga untuk dicalonkan, tetapi walu bagaimanapun namanya disenaraikan oleh bomoh Stella. Selama ini dia amat rapat dengan Pehin Sri Taib dan Datuk Raziah”.

Persengketaan dengan Salleh Jafaruddin

Kertas dorsier berkenaan juga mendedahkan keputusan luarbiasa yang diambil oleh sepupu Taib, Salleh Jafaruddin untuk menentang Ketua Menteri dalam kawasan Balingian. Ianya menjelaskan bahawa Salleh pernah menulis tiga pucuk surat kepada Taib dengan cubaan untuk membantu Taib menyelesaikan masalah-masalah dalam BN, kerana menurutnya (berdasarkan surat dorsier itu):

“Amat risau mengenai pengaruh Datuk Raziah yang boleh memusnahkan masa depan BN. Memudaratkan lagi isu adalah pendedahan bomoh dari Lebanon itu merupakan sepupu kepada Dato Robert Geneid, dan wanita itu tinggal di rumah Datuk Raziah, di dalam perkarangan rumah Pehin Sri Taib, sebagai rumah keduanya. Salleh berniat untuk membantu memulihkan keadaan yang semakin memburuk. [Namun], kerana Taib yang telah dipengaruhi oleh adiknya Raziah, Robert dan Bomoh Stella, Taib tidak mempedulikan semua bentuk nasihat Salleh”.

Surat dorsier tersebut seterusnya mengatakan:

“Salleh merupakan penentang yang baik yang sebenarnya ingin menasihatkan Taib bahawa dia bersedia untuk membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh pihak-phak yang tamak seperti Raziah dan suaminya … namun dia tidak menerima sebarang respon dari Taib.”

Pemberi maklumat kami itu seterusnya menjelaskan bahawa pasangan Geneid itu sedang merancang suatu kawalan untuk menentukan siapa yang sepatutnya menggantikan Taib.

“Mereka inginkan Awang Tengah sebagai pengganti Taib, supaya mereka dapat meneruskan pemerolehan wang secara haram. Awang Tengah diketahui sebagai menteri kegemaran Raziah, yang sering dihubunginya apabila dia memerlukan sesuatu dari Kerajaan Negeri”.

Pendedahan itu telah menjelaskan bagaimana keluarga kecil itu bertindak selaku perancang pengemukaan calon-calon BN. Ianya telah mendedahkan bahawa ahli keluarga Taib sendiri yang mempengaruhi tindak-tanduknya!

Pendedahan-pendedahan seperti ini akan memburukkan lagi kempen-kempen BN ketika ia menghampiri hari-hari terakhir menjelang pilihanraya. Pemberi maklumat telah membuat kesimpulan yang menyatakan bagaimana sepupunya itu terpaksa menentangnya di Balingian.

Bukti luarbiasa yang diberikan oleh pemberi-pemberi maklumat kami mengatakan bahawa kuasa pemerintah yang sebenarnya adalah terletak di tangan pasangan Raziah Mahmud dan suami ketiganya, Robert Geneid.

Pasangan tersebut telah bertindak sebagai suatu kuasa di negeri Sarawak. Kedua-dua pasangan ini bukannya berasal dari keluarga yang mewah, namun setelah mereka berkahwin maka nilai hidup mereka telah melonjak naik sehingga berbillion-billion ringgit. Sejumlah kawasan-kawasan tanah 70,000 hektar telah diserahkan kepada pasangan ini hanya dalam beberapa tahun sahaja – menjadikan kesemua tanah tersebut lebih luas dari kepulauan Singapura.

Kebanyakan geran-geran tanah itu yang telah menjejaskan tanah-tanah NCR telah menyebabkan lebih 200 kes sengketa tanah yang telah dikemukakan ke mahkamah-mahkamah kini.

Kes-kes berprofil tinggi yang juga termasuk pendakwaan ke atas Numpang Suntai di Simunjan, yang telah menyaksikannya mempertahankan tanah-tanah NCR kaumnya kerana membantah bayaran pampasan sekecil RM250 untuk setiap pemilik tanah oleh syarikat Quality Concrete milik Raziah. Nilai pokok-pokok dari hutan di situ sahaja telah mencecah berjuta-juta ringgit!

Isu ini telah mengancam BN dalam mempertahankan diri di arena politik negeri ini.

Robert Geneid adalah anak kepada penjual buah-buahan berkerakyatan Australia berketurunan Lebanon, yang berjaja di Sydney. Raziah tidak mendapat apa-apa sebelum Robert mengahwininya, dan pemberi maklumat kami mengatakan Raziah sering mengalami kekurangan wang.

Namun setelah mereka berkahwin, Robert telah memaksimumkan peluang dengan memanfaatkan kaitannya dengan abang iparnya, Taib. Seperti kebanyakan menantu dan ipar Taib yang lain, Robert berjaya menjawat jawatan-jawatan penting dalam syarikat-syarikat keluarga Taib.

Walaupun CMS pernah mengalami kerugian sebanyak RM45 juta dari usahasama yang telah gagal, namun Robert telah dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi Pembangunan Hartanah untuk CMS, memberikannya suatu peranan utama dalam syarikat milik keluarga iparnya itu yang disokong oleh aset-aset yang diswastakan dari negeri ini.

Robert dan Raziah juga merupakan pasangan yang memulakan pembangunan Royal Mulu Resort yang penuh kontroversi, yang telah membahagikan tanah-tanah NCR milik kaum Berawan kepada syarikat Taib dan mereka juga selaku pengawal kepada Miri Property Holdings, satu lagi rangkaian perhotelan utama.

Kumpulan Parabena, sebuah syarikat binaan yang telah menerima banyak kontrak negeri, juga dikendalikan oleh keluarga Robert Geneid. Nilai kontrak-kontrak yang berjuta-juta ringgit telah jatuh ke tangan Parabena, walaupun kebanyakan kerja-kerja sebenar telah diturunkan sebagai sub-kontrak kepada syarikat lain, dan Parabena mempunyai terlalu sedikit bukti mengerjakan pembinaan sebenar.

Selain kawasan-kawasan pembalakan dan perladangan yang amat luas diperolehi menerusi konsesi-konsesi dari kerajaan negeri, keluarga Geneid juga mengawal beberapa ribu hektar ladang-ladang menerusi syarikat-syarikat seperti Miracle Harvest.

Kini Robert Geneid berada dalam Lembaga Pelancongan Malaysia, manakala isterinya Raziah pula, dalam Lembaga Pelancongan Sarawak, Borneo Convention Center dan banyak lagi jawatan-jawatan penting yang lain.

Kekayaan pasangan itu amat berlagenda dan sering dimuatkan dalam halaman-halaman majalah Asian Tatler.

Mereka mempunyai pelaburan yang besar di Australia dan kediaman-kediaman mewah di sekitar Sarawak juga. Kedua-dua perkahwinan anak perempuannya, Elia, yang telah menerima kawasan-kawasan tanah perladangan yang luas dari negeri Sarawak, telah menarik perhatian umum berdasarkan perbelanjaan yang di luar dugaan.

Kejayaan keluarga Geneid kini semakin ketara berbanding dengan kekayaan ahli-ahli keluarga Taib yang lainnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan merekalah yang akan mengalami kehilangan jika kerajaan pimpinan Taib jatuh nanti dan pemberian kontrak-kontrak dan juga geran-geran tanah nanti akan dilakukan dengan cara yang sepatutnya!

Bukan hanya kemewahan, tetapi kuasa


Kekayaan dan kejayaan yang didedahkan menjelang minggu-minggu sebelum pilihanraya adalah cara manipulasi ke atas Ketua Menteri, pada masa-masa beliau semakin kehilangan pertimbangan dan kewarasannya. Bomoh Stella, seperti yang pernah kami dedahkan dahulu, kini terbukti adalah sepupu kepada Robert Geneid.

Robert juga dikatakan telah mempengaruhi kehidupan peribadi Ketua Menteri, dengan menjodohkannya dengan isteri mudanya – yang telah tercetus sebagai isu di kalangan ahli-ahli keluarganya. Anak Taib, Abu Bekir pernah dipetik sebagai berkata mengenai perkahwinan ayahnya itu:

“Perkahwinan ini tidak mungkin berlaku tanpa penjodohan dirancang oleh Datuk Raziah dan suaminya Dato Robert Geneid. Sebenarnya Iqbal, sepupu kepada Robert yang memperkenalkan Puan Sri kepada ayah saya”

Kini kita dapat mengesahkan bahawa Ragat adalah bersaudara rapat dengan Robert.

Pemberi maklumat kami juga mengatakan bahawa perkahwinan Ragat dan Taib, dengan beza usia 45 tahun atau kurang, bukanlah berdasarkan cinta pandang pertama, tetapi lebih kepada kawalan seorang pembantu rumah kepada orang tua itu, dan di samping itu keluarga Geneid tetap meneruskan pemerolehan harta mereka di Sarawak!

Digagalkan oleh BN

Sementara ahli-ahli keluarga Taib sendiri telah menunjukkan kesediaan mereka membantu menghentikan kesemua eksploitasi ke atas Sarawak, tokoh-tokoh BN dari KL telah gagal berbuat apa-apa mengenainya. Sama ada mereka merasa bersalah kerana gagal, atau berkepentingan diri, adalah jelas kepentingan Sarawak seharusnya menyingkirkan BN sepenuhnya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments