20 Apr 2011

Ketua Pencuri Menodai Pilihanraya!

This post is also available in: English, Iban

Ketua Pencuri Menodai Pilihanraya!


Pada hujung minggu yang lalu, mereka telah bertindak bagaikan pencuri yang menyelinap masuk, dengan melumpuhkan jentera-jentera negeri dan kemudiannya menafikan kehendak rakyat Sarawak kebanyakannya.

Mereka telah bertindak bagaikan perancang rampasan istana, yang terdiri dari ahli-ahli keluarga, para bomoh dan pengikut-pengikut setia yang memutarbelitkan pengiraan undi. Kemudian, dengan tiba-tiba, bagaikan belum pernah terjadi sebelumnya, pada kira-kira jam 10.30 malam itu, sebelum kertas-kerta undi terakhir dikira, mereka telah membawa Ketua Menteri yang tua itu memasuki pejabat Tuan Yang Terutama untuk mengangkat sumpah, walaupun pertelingkahan belum diselesaikan.

Jika para perancang dan para penipu itu menganggap mereka boleh melakukannya secara sah di sisi undang-undang untuk Taib, namun sebenarnya mereka silap. Semua rakyat Sarawak tahu bahawa perlantikan semula Taib adalah suatu penipuan dan para penyokongnya kian merasa putus asa untuk melindungi berbilion-bilion ringgit yang telah mereka curi dari Negeri ini, dengan mempastikannya kekal menjawatan jawatannya.

Sarawak sebenarnya telah berubah, sama ada mereka suka atau tidak

Perhimpunan orang awam yang jumlahnya di luar jangkaan yang dilakukan di bandar-bandar utama di seluruh Sarawak pada minggu lepas jelas membuktikan keputusan sebenar pilihanraya kali ini, bahawa penduduk Sarawak inginkan perubahan.

Perhimpunan orang awam atau rapat umum yang paling besar dalam sejarah pilihanraya Malaysia telah berlaku di bandaraya kecil Kuching dan jelas membuktikan perasaan setiap orang yang hadir, walaupun pasukan FRU arahan Taib telah gagal menghalang dan menakut-nakutkan mereka.

Sebaliknya majlis-majlis ceramah BN telah gagal dengan ketaranya. Sarawak kini telah berubah, dan setiap rakyat Sarawak menyedarinya. Malah, Taib sendiripun menyedarinya ketika dia duduk di kediamannya di Demak Jaya, bahawa orang-orang di sekelilingnya di seluruh Sarawak telah menunjukkan diri mereka bangkit menentangnya.

Kesatuan dan keinginan orang-orang di pusat-pusat bandar di mana Taib telah diketahui takut untuk menipu, maka pihak pembangkang telah terbukti mampu menumbangkan BN, sebagai suatu kuasa yang berpunca dari pusat-pusat bandar itu.

Tetapi Taib telah melakukan penipuan di tempat-tempat lain, bersungguh-sungguh memenangi pilihanraya dengan cara menyalahgunakan kuasa ke atas masyarakat-masyarakat luar bandar dan pedalaman yang daif. Perdana Menteri Najib Razak juga diketahui bersekongkol dan layak dikutuk dan kritik keras oleh masyarakat antarabangsa kerana telah membenarkan kesalahan rasuah berkisar pada pilihanraya umum kali ini.

Najib sememangnya layak dikutuk. Sarawak Report telah dipelawa untuk menyertai pihak pemerhati-pemerhati politik ke atas kegiatan yang paling memalukan dalam sejarah politik Malaysia, dan seterusnya melaporkannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Geneva, dan kami tidak berkeberatan untuk memberikan keterangan seterperinci yang mampu kami berikan.

Segala keterangan dan bukti akan kami dedahkan nanti

Memandangkan Taib adalah terkenal sebagai penipu bersiri pada setiap pilihanraya, maka setiap kali pilihanraya dilaksanakan, maka dialah yang akan menjadi bahan pemerhatian, dan segala-gala tindakannya telah kami rakamkan dan catatkan. Laporan-laporan sedang diperolehi, disusun dan dijilidkan. Kami tetap akan menuntut untuk diadakan pilihanraya semula bagi kebanyakan kerusi yang telah dipertandingkan

Pada hari ini ketua PKR YB Baru Bian, yang merupakan salah seorang dari tiga orang ahli PKR yang telah berjaya memperolehi sebuah kerusi, walaupun telah ditentang hebat, telah mengesahkan bahawa penipuan yang bersistematik telah dilakukan secara meluas. Namun pihak pembangkang masih berupaya memenangi 41% dari keseluruhan undi di Sarawak – suatu kejayaan keatas 21% kerusi di DUN Sarawak!

Maka, apakah bentuk penipuan yang telah dilakukan?

Taib menggunakan adik iparnya Gertie untuk menghantar wang!

Kami telah menerima maklumat-maklumat mengenai adik iparnya sendiri, Gertie Chong (iaitu balu kepada arwah Arip Mahmud) adalah merupakan salah seorang yang diarahkannya untuk menghantar wang dari Sibu untuk membuli dan mengancam para pengundi.

Gertie Chong diketahui telah menyerahkan wang kepada pekerja-pekerja PBB untuk diagih-agihkan sebanyak RM1000 kepada penduduk yang telah lama dibelengu kemiskinan, dan kebanyakannya pula bergantung kepada air hujan tadahan yang mereka simpan dalam bekas-bekas yang ada.

‘Pembangunan’ versi Taib Mahmud telah menyebabkan pencemaran sungai-sungai yang digunakan oleh rakyatnya – maka, sudah pastinya mereka inginkan Taib tersingkir pada pilihanraya yang baru selesai itu.

Tetapi Gertie telah menghulurkan RM1,000 untuk sebuah keluarga! Pada pilihanraya yang terdahulu, nilai suapan adalah sebanyak RM50 sahaja! Maka, dengan meningkatnya nilai suapan pada kali ini membuktikan bahawa popularitinya di kalangan penduduk sememangnya telah merosot dengan teruknya.

Bersubahat dengan Shin Yan

Dari manakah datangnya wang itu? Ianya sumbangan dari Shin Yan. Ianya sebuah kroni pembalakan yang selama ini bergantung penuh pada konsesi-konsesi mewah dari Taib, yang telah menjadikan pemiliknya Ling Chiong Ho seorang operator tongkang di Sibu,yang pernah bekerja dengan syarikat Achipelago Shipping milik Onn Mahmud beberapa tahun yang lalu, kini menjadi seorang multi-jutawan.

Justeru, Shin Yan seharusnya menghulurkan sumbangannya. Selagi Taib berkuasa, selagi itulah sumbangan Shin Yan diperlukan – sumbangan yang dianggap betul dan adil oleh golongan samseng. Lihatlah pada konsesi-kosnesi perladangan yang mereka terima dari Taib, menerusi urusan tertutup dalam Kementerian Perancangan dan Pembangunan Sumber yang diterajui oleh Taib sendiri.

Shin Yan merupakan pemegang utama saham-saham dalam Sarawak Oil Palm Berhad, yang merupakan usahasama kerajaan. Dengan idea bijak dan bernasnya, Taib memutuskan untuk menswastakan syarikat berkenaan sebagai syarikat awam dalam tahun 1990 dan Shin Yan telah dibenarkan membeli lebih dari 37% saham-sahamnya.

Sejak itu Sarawak Oil palms telah mengatakan bahawa ia telah mengembangkan pemilikan tanah-tanahnya kepada 65,000 hektar, dengan 35,000 hektar telah ditanam dengan pokok kelapa sawit di Sarawak.

Gerald Rentap, anak kepada Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu (yang juga telah membeli saham-saham di situ) juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah dalam Sarawak Oli Palms. Adik kepada Taib, yang juga proksinya, iaitu Onn Mahmud juga pemegang saham-saham menerusi wakilnya, Shea Kin Kwok, yang telah dikenali sebagai salah seorang yang terlibat dalam kes skandal penyelewengan pengangkutan kayu ke Jepun.

Namun, konsesi-konsesi yang telah diterima oleh Ling Chiong Ho jauh lebih luas dari itu. Dokumen-dokumen yang terdapat di Pejabat Pendaftar Tanah yang telah diterbitkan oleh Sarawak Report pada bulan Mac lalu menunjukkan tidak kurang dari 75 lot telah diserahkan kepada pelbagai syarikat yang dikendalikan oleh Ling Chion Ho.

Danum Jaya Sdn Bhd,  Linau Mewah Sdn Bhd, Mazama Plantations Sdn Bhd, Shin Yan Oil Palm Sdn Bhd, Sarawak Oil Palm Bhd, Dataran Danum Sdn Bhd, Danum Sinar Sdn Bhd, Dataran Seping Sdn Bhd, Linau Sinar Sdn Bhd, Selangau Plantation Sdn Bhd, telah mendapat tanah-tanah pada harga yang amat kecil.

Terdapat sekitar 90,000 hektar tanah telah diperolehi di Belaga yang diterangkan oleh Taib untuk tujuan pembinaan Empangan Bakun. Shin Yan pernah dikutuk keras oleh badan-badan NGO kerana telah mendapat konsesi-konsesi di kawasan-kawasan berkenaan tanpa mengiraukan masyarakat orang asli.

Menerusi pendaftar tanah, kami juga mendapati bahawa kawasan perladangan yang diterima oleh Shin Yan disekitar tapak-tapak yang dirancangkan untuk pembinaan Empangan Baram (13,000 hektar) dan Empangan Murum (16,500 hektar).

Dan kawasan pilihanraya Balingian Taib sendiri pun tidak terkecuali.

Ling Chiong Ho telah memperolehi amat banyak keuntungan dari konsesi-konsesi di kawasan-kawasan Mukah dan Bintulu.

Maka, wang yang Taib gunakan untuk ‘menyuap’ para pengundi datangnya dari pengambilan dan eksploitasi tanah-tanah orang-orang asli itu sendiri! RM1,000 memanglah amat besar bagi keluarga yang hidup dalam kedaifan itu. Tetapi jumlah itu tiada makna jika Taib membangunkan tanah-tanah mereka secara adil dan bagi mempastikan mereka dapat meraih keuntungan dari tanah-tanah itu!

Gertie si pengambil tanah


Gertie merupakan balu kepada arwah adik Taib yang bernama Arip bin Mahmud. Gertie adalah pemegang utama saham-saham dalam syarikat-syarikat kroni kepada Taib. Dia juga pemegang utama saham-saham dalam Jaya Tiasa yang mengendalikan perladangan yang telah mendapatkan perladangan itu dari abang iparnya, Taib, dan kemudian menjualkannya semula kepada Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group. Gertie juga bertindak sebagai salah seorang dari pengarah dan pemegang saham-saham bersama Taib dalam syarikat Mesti Bersatu, pemegang saham dalam Royal Mulu Resort dan Miri Properties yang memiliki hotel Marriot di Miri, antara lainnya. Dia juga pemegang saham dalam Lanco Plantations, bersama Taib.

Gertie telah sebenarnya dikaitkan dengan banyak perniagaan dan usahasama keluarga Taib Mahmud yang sedang menikmati manfaat politik di negeri Sarawak, maka bukanlah suatu kejutan jika Gertie dipelawa untuk membantu Taib dan BN semasa pilihanraya yang baharu selesai itu – sebenarnya RM1,000 untuk sebuah keluarga bukanlah mahal sangat bagi Gertie, jika dibandingkan dengan keuntungan yang akan mereka raih di masa hadapan.

Samseng Taib menggunakan taktik-taktik samseng untuk memenangi pilihanraya

Sarawak Report akan tetap mengumpul sebanyak bukti yang mungkin mengenai kemenangan kotor sebagai laporan-laporan dan disatukan dari pelbagai daerah dalam beberapa hari ini. Namun laporan kami kepada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) akan mengambilkira perkara-perkara berikut:

- Kerusi calon-calon telah ditentukan oleh segelintir mereka yang boleh dimanipulasinya dan dipengaruhinya. Sekitar 470,000 kaum asli di kawasan pedalaman tidak berhak mengundi dari keseluruhan bilangan penduduk seramai 2.5 juta orang. Proses mendaftarkan mereka, menurut Taib, adalah amat sukar untuk dilakukan. Namun Taib tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kayu balak dari kawasan orang-orang asli tersebut!

- BN telah menggunakan taktik kotor ini untuk memperoleh 77% kerusi DUN dengan berdasarkan hanya 55% undi, yang mewujudkan apa yang mereka kenali sebagai kerusi ‘simpanan tetap’ di Sarawak. PR pula telah memperolehi 41% undi dalam pilihanraya itu (walaupun telah ditipu) hanya mampu meraih 21% dari kerusi-kerusi dalam DUN. Secara persamaannya, kerusi-kerusi di kawasan bandar mempunyai 30,000 pengundi, manakala kerusi-kerusi yang terletak berselerak di kawasan luar bandar dan pedalaman yang berjumlah sekitar 6,000 pengundi dan mereka inilah yang mudah dibuli, ‘disuap’ dan dikendalikan oleh BN.

- Menggembar-gemburkan secara haram bagi projek-projek oleh BN, termasuk Perdana Menteri, yang turut serta dalam pengendalian pilihanraya itu. Ini adalah rasuah secara langsung dan juga sebagai ugutan di mana para pengundi mereka tidak akan diberikan apa-apa bantuan jika mereka tidak mengundi BN.

- Salah guna undi pos. Hanya pekerja kerajaan sahaja menggunakan undi pos dan mereka dipaksa mengundi BN sahaja. Undi pos juga digunakan untuk mempengaruhi sesuatu kawasan, dan bukan dari kawasan mana seseorang pengundi itu datang. Undi pos juga digunakan untuk menggandakan bilangan undi, contohnya, undi dari tentera dan kemudian tentera yang sama juga dibawa ke kawasan asalnya untuk mengundi calon berkenaan! Mengeluarkan undi pos pada saat-saat akhir yang boleh diragukan juga digunakan untuk menambahkan tally bagi pihak BN adalah jauh dari dibenarkan oleh undang-undang.

- Menggunakan samseng untuk menakut-nakutkan para pengundi supaya meninggalkan pusat-pusat pembuangan undi.

- Penyalahgunaan Suruhanjaya Pilihanraya, termasuk menukar pusat-pusat pembuangan undi pada hari pengundian, yang berada jauh dari kediaman mereka. Penyembunyian peti-peti undi untuk beberapa ketika, supaya agen-agen pilihanraya tidak akan tahu sama ada peti-peti itu telah dicerobohi dan penahanan Form 14 bagi mengesahkan tally untuk setiap peti, supaya pemantauan yang sempurna dapat dilakukan di pusat pengiraan undi. Memadamkan suis lampu dan ‘menghitung’ dalam gelap.

- Memutuskan jaringan-jaringan telefon mudah alih pada hari pengundian supaya pihak pembangkang sukar mengetahui keadaan yang sedang berlaku.

- Suapan rasuah secara terang-terang untuk para pengundi yang miskin sehari menjelang pilihanraya. Menawarkan sedikit wang sebagai mengesahkan kad pengenalan dan kemudian membayar bakinya jika terbukti mereka telah mengundi calon BN! Skala kesalahan rasuah ini telah melonjak dengan tingginya pada pilihanraya kali ini, menunjukkan betapa populariti BN telah merosot dengan teruknya, dan jumlah yang telah mereka suap bagi meraih undi mereka.

Senadin – suatu kes dalam sejarah pilihanraya Sarawak

Ada berapa contoh yang disertakan maklumat-maklumat sokongan mengenai taktik gangster BN, tetapi Sarawak Report hanya mempersembahkan kes Senadin ini kepada UN minggu ini.

http://www.youtube.com/watch?v=TyiSfJ0DzVM&feature=player_embedded#at=24

- PKR telah mendahului 1000+ undi pada pengiraan terakhir.

- Secara tiba-tiba berlakunya gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan terakhir di Stadium Bandaraya Miri.

- Gangguan bekalan elektrik berlarutan selama lebih satu jam dan pihak Suruhanjaya Pilihanraya meneruskan pengiraan dengan secara tiba wujudnya undi yang dibeli dan undi ‘pos’ dalam masa yang meragukan itu.

- Calon SUPP diisytiharkan sebagai ‘pemenang’ dengan majoriti tipis sebanyak 58 undi setelah kehadiran undi pos.

- Undi ‘rosak’ sebanyak 158 berpihak kepada PKR.

- Pihak SPR enggan melaksanakan penghitungan semula walaupun ianya suatu kes untuk diadakan hitung semula.

Dengan cara ini undi seramai 20,000 orang yang telah menghadiri ceramah PKR telah dinafikan, berbanding dengan kehadiran penonton ke ceramah BN yang dikendalikan oleh George Chan.

Tidak sah


PR telah menghadapi banyak pancaroba dalam pilihanraya kali ini. BN di peringkat kerajaan persekutuan telah bersungguh-sungguh menggunakan apa cara sekalipun bagi mempastikan Taib dapat mengekalkan kekuasan mereka. Najib sebenarnya inginkan Taib mengundur diri, tetapi dia masih mencari jalan untuk berbuat demikian. Najib telah berjanji kepada umum bahawa Taib akan berundur jika dia ‘memenangi’ pilihanraya kali ini, yang sebenarnya merupakan salah satu dari banyak janjinya yang dibuat sebelum ini, tetapi satupun janji itu belum ditunaikan. Taib tidak sah. Dia sendiri tahu, Najib tahu dan rakyat Sarawak pun tahu. Dunia akan mengetahuinya juga.

  • danny

    saya nak buat satu komen saja. nama saya sendiri ada sebagai pengundi berdaftar di DUN Lambir. Ini saya periksa sendiri menerusi laman web SPR. Tetapi bila memasukkan nama isteri saya tiada wujud!! Isteri saya pernah mengundi beberapa tahun lepas di Kuching. kenapa nama dia boleh hilang dalam senarai? Kalau dia pernah mengundi tidak masuk akal nama dia boleh hilang dalam carian info SPR itu!!!! Saya dulu penyokong kuat BN tetapi sekarang tidak lagi. saya dan banyak rakan2 lain sangat tidak berpuashati dgn langkah pemerintah mengenakan cukai pendapatan yang sangat tinggi. Bonus 5-6 tahun lepas yang telah dikenakan cukai yang tinggi dikenakan lagi 5-6 tahun kemudian!!! apa pemerintah tidak ada duit!!!

    • captain jack sparrow

      danny, kamu tahu kenapa pemerintah/kerajaan sarawak tak ada duit?disebabkan oleh ketua pencuri itulah duit tak ada..kebanyakkan duit dari hasil bumi sarawak masuk poket taib dan kroni2nya..rakyat yang miskin..masih juga ada orang yang masih mengundi BN pimpinan taib mahmud..betul2 palui orang yang macam itu…

  • jobor kawu pechah

    PRU akan datang pasti kita akan belajar dari kesilapan akibat penipuan BN pada Pilihanraya negeri ini…langkah rakyat mengundi PR akan menyebabkan tumbangnya kerajaan BN di Parlimen… tiada cara lain untuk menghapuskan penipuan mereka melainkan dengan menggunakan cara yang sama….

  • Will

    Kenapa xda d hebohkn d akhbar2 kes senadin..org kuat PR tolong lah sebarkn kes ini biar masuk mahkamah..biar tersebat seluruh malaysia mcm kes2 yg hangat skrg..

  • captain jack sparrow

    pesanan saya kepada taib mahmud,bertaubatlah wahai engkau orang tua..pintu taubat sentiasa terbuka..kau tu dah tua nyayok..apa lagi yang kau nak..harta haram,duit haram,bini muda dah ada semua…kelak mati bawa pergi NERAKA!!!Damn,,,,,

  • adnanputeh

    ini hanya satu hipotesis dangkal…bukti x ada…tindakan yg praktikal lg berkesan perlu PR ambil.Jangan jd pengkritik murahan tanpa kajian ilmiah…akhirnya anda akan jd penipu rakyat sarawak yg sebenarnya…bukan orang lain seprti yg anda nyatakan.