RAKAN-RAKAN DALAM POLITIK DAN JUGA PERNIAGAAN!

RAKAN-RAKAN DALAM POLITIK DAN JUGA PERNIAGAAN!

Salah seorang lagi saudara kepada Taib Mahmud, yang juga merupakan perampas tanah! Mohammad Ali bin Mahmud juga merupakan ahli DUN bagi kawasan Muara Tuang dari komponen parti PBB (yang sebahagian dari BN).

Namun Ali telah berusaha keras untuk menyembunyikan penglibatannya dalam kegiatan perampasan tanah. Adakah dia menyedari bahawa penglibatan sedemikian merupakan suatu kesalahan bagi dirinya yang berstatus penjawat awam, walaupun dia seorang menteri?

Kebanyakan rekod lain pada pendaftar tanah meletakkan nama dan nombor telefon sebagaimana yang diminta oleh pemohon. Namun Ali telah tersilap dengan meletakkan nombor telefon sebenarnya untuk syarikat Tebaruk Abadi, yang didaftarkan pada tahun 2007 yang direkodkan telah mendapat tanah seluas 5,000 hektar di Sri Aman untuk tujuan pembukaan ladang kelapa sawit.

Sebagai suatu cubaan untuk membuat penyamaran, usaha tersebut telah diketahui. Nombor berkenaan adalah menyamai nombor yang diiklankan untuknya sebagai mewakili orang lain! Begitu juga, alamat syarikat Tebaruk Abadi adalah serupa dengan alamat yang digunakannya pada laman web mewakili orang lain, Mohd Ali Holdings Sdn Bhd.

Rakan politik juga rakan seperniagaan


Tetapi bukan hanya Ali yang menikmati habuan dalam Tebaruk Abadi, sebuah syarikat yang telah mendapat tanah-tanah perladangan selama beberapa tahun lalu. Rakan-niaganya adalah Speaker DUN, Mohd Asfia Awg Nassar, juga bertindak sebagai pemegang saham di dalam syarikat berkenaan. Kedua-dua ahli politik itu juga menganggotai Lembaga Kebajikan bagi Kota Samarahan, yang juga terlibat dalam perniagaan.

Di samping isterinya, Datin Fatimah, Mohd. Ali memegang 13,000 saham, suatu saham besar untuk keluarga Taib Mahmud. Namun kedua-dua lelaki, Ali dan Asfia itu adalah rakan-niaga yang akrab. Asfia dikatakan memiliki sebuah kediaman mewah yang besar. Sekali lagi, ini adalah bukti kekayaan dan kejayaan di Sarawak yang bergantung pada bakat – bakat untuk membolehkan diri mereka diserapkan ke dalam keluarga Taib Mahmud.


Kegiatan rasuah di tengah-tengah perampasan tanah


Seperti pendedahan-pendedahan lain yang terdahulu dari ini, rasuah merupakan sesuatu yang menggerakkan dasar-dasar rampasan tanah yang dipimpin oleh Taib Mahmud. BN Sarawak dialu-alukan untuk mengemukakan hujah-hujah politik mereka bahawa Negeri Sarawak amat memerlukan ‘pembangunan dan kemajuan’. Mereka berhak untuk perpandangan, bahawa untuk mencapai kedua-duanya, “pembahagian secara agresif” tanah-tanah NCR adalah perlu – walaupun dasar sedemikian telah diperintahkan sebagai tidak sah oleh mahkamah-mahkamah.

“Kami dapat melihat semua ini, kerana, mereka seharusnya melaksanakan dasar-dasar secara jujur, sebaliknya mereka telah menyerahkan secara sulit tanah-tanah itu untuk diri mereka sendiri!”


Amalan yang korup

Jika Taib sememangnya jujur untuk membangunkan tanah-tanah di Sarawak untuk kebaikan rakyatnya, beliau seharusnya mengamalkan lelongan terbukaan ke atas tanah-tanah yang amat luas di mana harga yang paling baik akan diperolehi oleh kerajaan. Hasil dari jualan atau lelongan tanah boleh digunakan untuk membina jalan-jalan, infrastruktur dan juga membasmi kemiskinan di kalangan rakyatnya.

Seharusnya tanah-tanah itu dibangunkan dengan penuh kepekaan dan bertanggunjawab terhadap alam sekitar dan para penghuninya.

Namun Taib sememangnya tidak pernah melakukannya. Dia telah menyerahkan kesemua tanah itu dengan harga yang amat murah menerusi urusniaga-urusniaga yang berahsia kepada keluarganya, rakan-rakan niaga dan juga rakan-rakan politiknya. Kemudian mereka telah menjualkan semula tanah-tanah dengan harga berjuta-juta ringgit itu kepada para pemilik syarikat perladangan yang rakus mengusahakannya. Ketamakan dan kerakusan pengusaha-pengusaha ini pula telah menyebabkan orang-orang tempatan bangun memberontak, tetapi dipatahkan dengan menggunakan khidmat samseng yang diupah oleh kroni-kroni Taib Mahmud.

Taib Mahmud telah bertindak sebagai seorang Raja beriblis, yang menganggap sumber alam Sarawak itu miliknya dan membazirkannya. Tetapi Sarawak, bukan milik mutlaknya. Rakyat telah memberikan kepercayaan mereka kepadanya, tetapi sebaliknya dia menyalah-gunakan kepercayaan itu. Beliau merampas, dan memusnahkan alam sekitar mereka tanpa menghiraukan mereka, asalkan usaha-usaha itu boleh menjanakan kekayaannya sendiri.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments