SASARAN BARU BN! – PENDEDAHAN SEGAR

SASARAN BARU BN! – PENDEDAHAN SEGAR

Para penulis blog Barisan Nasional telah secara sombong dan bongkaknya mengatakan bahawa Setiausaha Negeri Sarawak, Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani, telah mengirimkan surat kepada akhbar Sunday Times di UK dengan mendakwa “hutan hujan [Sarawak] tidak musnah” dan “lesen-lesen pembalakan telah dikeluarkan setelah menjalani proses-proses yang terkawal dan bukannya hadiah peribadi daripada Ketua Menteri”.

Namun, kami boleh mendedahkan bahawa keluarga Morshidi itu juga merupakan sebahagian dari perampas utama tanah di Sarawak! Bukan hanya itu, malah mereka juga telah dikenakan bayaran premium yang amat rendah bagi kawasan tanah yang amat luas (pemberian daripada Ketua Menteri)!

Kepentingan bagi penjawat awam tertinggi


Morshidi adalah penjawat awam tertinggi di Sarawak dan seharusnya bebas dari politik. Namun, dia diketahui sebagai salah seorang rakan karib kepada Taib dan dia telah dengan pantas mempertahankan bosnya setelah pemberita terkemuka akhbar Sunday Times melaporkan mengenai kemusnahan alam sekitar pada minggu lepas.

Dengan mengajuk dakwaan Taib yang melucukan, Morshidi mengumumkan bahawa “70% dari keseluruhan negeri Sarawak masih diliputi hutan” (suatu cubaan untuk mengesahkan bahawa keseluruhan hutannya adalah hutan dara), suatu pengakuan yang dianggap pembohongan oleh pakar-pakar alam sekitar terkemuka antarabangsa.

Apa yang menakjubkan kita adalah saudara kepada Morshidi, Mohd. Taufik Abdul Ghani telah mendapat kawasan tanah seluas 14,000 hektar yang bergeran dengan harga sekecil RM110,000 sahaja! Tiada konflik kepentingan di situ?


Menurut rekod-rekod tanah, Taufik telah diberikan geran berstatus 60 tahun! Ini adalah bukti kemurahan hati Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang bekerja di bawah Taib Mahmud! Kita akan terpegun bagaimanakah “proses-proses terkawal” menurut Morshidi itu dijalankan semasa penyerahan tanah itu, “dan bukannya hadiah peribadi daripada Ketua Menteri”. Adakah mungkin Morshidi perlu menghantar surat susulan kepada The Sunday Times untuk menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai aset-aset percuma daripada Ketua Menteri itu?

Nilai sebenar geran-geran tanah ini telah dapat dibuktikan


Kajian dan siasatan kami menunjukkan nilai sebenar tanah-tanah yang diserahkan kepada saudara kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak itu, kerana kedua-dua syarikat Derawan Sdn Bhd dan Sahua Enterprise Sdn Bhd (seperti mana terdapat dalam Rekod-rekod Tanah bagi tahun 2008 telah dikendalikan dari pejabat dan nombor telefon yang sama dengan yang digunakan oleh Morshidi) telah dijualkan ke Austral Enterprise, anak syarikat Sime Darby.

Austral Enterprise Sdn Bhd telah membeli kedua-dua syarikat itu sekitar tahun 1990 dengan harga RM15.5 juta. Maka, keluarga Abdul Ghani telah berjaya meraih RM15 juta dari tanah-tanah itu, dan mereka juga berjaya menjelaskan RM110,000 kepada Kerajaan Negeri Sarawak!

Sarawak Report ingin mencadangkan kepada rakyat dan pengundi-pengundi di Sarawak agar berasa marah terhadap kecurian yang dilakukan sedemikian, yang telah diatur secara gelap menerusi Jabatan Tanah dan Survei, yang diarahkan oleh Ketua Menteri, bagi pihak keluarga si penjawat awam yang terpenting itu.

Sumbangan kepada pencemaran dan kemusnahan alam sekitar di Sarawak

Dalam suratnya kepada akhbar The Sunday Times itu, Setiausaha Negeri itu mengatakan bahawa perkembangan industri kelapa sawit “tidak harus ditakuti”. Kata-kata sebegini menunjukkan dia seolah-olah telah menafikan kemusnahan alam sekitar akibat industri tersebut.

Namun, adalah relevan bagi kita mendedahkan bahawa syarikat Derawan Sdn Bhd yang dikaitkan dengan keluarganya itu telah didenda RM20,000 pada bulan Oktober yang lalu kerana telah mengaku bersalah menyalurkan sisa toksik ke dalam sungai dari kilangnya.


Pencemaran dari perladangan adalah, sememangnya, salah satu masalah alam sekitar yang menimpa masyarakat di Sarawak. Air minuman dari sungainya tercemar teruk dan membunuh seluruh hidupan airnya dan juga masalah hakisan tebingan sungainya. Namun, Setiausaha Kerajaan Negeri itu tetap memberitahu The Sunday Times, bahawa:

“pertumbuhan dan perkembangan industri ini tidak akan menjejaskan orang-orang tempatan, dan ianya akan memberikan kekayaan kepada negeri ini”

Siapa pula yang untung?

Maka, sekali lagi tukang sorak tertinggi BN itu telah dicemuh kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak siuman. “Kekayaan yang signifikan” yang dikatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak itu mencerminkan rakyat biasa hanya dibayar gaji RM15 sehari bekerja di ladang-ladang kelapa sawit, berbanding dengan keluarganya yang telah meraih RM15 juta hasil jualan geran tanah, yang telah diterimanya daripada Taib Mahmud yang pemurah itu!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments