saham-saham MISTERI KETUA MENTERI!

saham-saham MISTERI KETUA MENTERI!

Pemegang utama saham terbesar dalam syarikat tunggal terbesar di Sarawak masih lagi kekal Laila Taib, sebagai mana menurut Laporan Tahunan syarikat yang tersenarai sebagai syarikat awam!

Arwah Laila Taib, iaitu isteri pertama Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud, telah meninggal dunia dua tahun yang lalu, dan Ketua Menteri itu pun mengahwini isteri keduanya. Namun, arwah Laila masih selaku pemegang berjuta-juta saham yang dikatakan sekurang-kurangnya 13 juta saham, mewakili 11.32% dari syarikat itu.

Ruang dan masa berkabung mungkin harus diambil kira bagi keluarga tersebut sebagai menghormati arwah, tetapi Laporan Tahun yang berusia dua tahun itu adalah terlalu lama bagi mereka menyenaraikan roh arwah sebagai pemegang saham di syarikat itu.

Bagaimanakah cara arwah memperolehi saham-sahamnya?

Rakyat Sarawak berhak mengetahui bagaimana arwah Laila Taib telah memperolehi saham-saham yang sebanyak itu. Janganlah beralasankan bahawa CMS itu telah diswastakan dari sebuah aset kerajaan Negeri suatu ketika dahulu. Tambahan pula, caruman pembayar cukai sebanyak 8.19% juga adalah sebahagian dari saham-saham di dalam syarikat berkenaan. Semua ini telah bergantung pada keputusan bekas suami arwah, iaitu Abdul Taib Mahmud, yang menyandang jawatan Menteri Kewangan. Maka, inilah masanya apa yang tersorok itu dibongkar untuk diketahui umum. Siapakah sebenarnya pemegang saham terbanyak dalam syarikat CMS? Adakah Ketua Menteri itu sendiri telah bertindak sebagai pewaris kesemua saham yang diwasiatkan arwah isterinya itu? Atau, adakah dia juga selaku pelaksana bagi pegangan-pegangan arwah isterinya itu? Dengan kedudukan politiknya, dia harus mengumumkan semua perkara yang berkaitan ini.

Percanggahan kepentingan yang amat ketara

Keseluruhan CMS amatlah memalukan, dibelengu percanggahan kepentingan yang ketara di mana Pengarah Urusannya, seorang warga UK bernama Richard Curtis, juga mengetahui setiap selok-belok dalam syarikat berkenaan.

Curtis mungkin telah memperolehi gelaran “Dato”, tetapi adakah dia telah juga memperolehi penghormatan dari peranannya di situ?

Arwah Laila bukanlah individu utama selaku pemegang saham dalam CMS, tetapi syarikat yang bertindak selaku pemegang saham terbesar di situ adalah Majaharta Sdn Bhd, yang kini diketahui dimiliki oleh dua orang anak perempuan Ketua Menteri/Menteri Kewangan/Menteri Perancangan dan Sumber, iaitu Jamilah dan Hanifah.

Di samping mereka itu, anak-anak lelaki Taib, Abu Bekir dan Sulaiman Abdul Rahman juga turut memegang saham terbesar dalam CMS! Harga pasaran saham semasa bagi syarikat itu mencecah nilai sebanyak RM 300 juta, yang juga berjaya meraih kontrak-kontrak dari kerajaan Negeri setiap tahun (terima kasih pada keputusan Abdul Taib Mahmud).

Oleh yang demikian, kita ingin bertanya apakah sumber yang membolehkan mereka memperolehi kesemua saham-saham dalam syarikat itu? Kita harus ingat, Taib dikenali sebagai seorang bekas graduan yang bukannya kaya raya dan mewah ketika dia menamatkan pengajiannya dari University of Adelaide. Sekembalinya ke tanahair, dia telah bekerja di Pejabat Pendakwaraya Negeri selama lebih kurang dua tahun, sebelum berkecimpung dalam bidang politik. Laila pula datang ke Sarawak selaku pekerja Pasukan Pengaman US tanpa sebarang punca pendapatan yang diketahui terjamin. Anak-anak mereka pula masih di bangku sekolah ketika mereka memperolehi saham-saham dalam syarikat ini, yang keseluruhannya terdiri dari aset-aset utama Negeri Sarawak.

Maka jelaslah, Abdul Taib Mahmud, yang telah merundingkan bagi pihak Negeri Sarawak untuk menswastakan aset-aset ini untuk menjadi harta peribadi dia dan keluarganya!

Maka, siapakah pemilih saham-saham itu sekarang?


Kegagalan untuk mengumumkan pelaksanaan wasiat Laila Taib, dan agihan-agihan saham-sahamnya dalam CMS akan menjadikan para pemerhati membuat keputusan bahawa perkara ini akan tetap memalukan Ketua Menteri itu sendiri.

Pemilikan saham-saham yang amat besar oleh arwah Laila dan anak-anak mereka adalah penyamaran yang tipis dengan harapan dapat mengelakkan dari dikesan oleh pihak SPRM yang merupakan sebuah perbadanan pencegahan kesalahan rasuah. Tetapi, kini Ahdul Taib harus membuat keputusan di mana dia harus meletakkan saham-saham itu seterusnya. Tambahan pula, kini dia mempunyai isteri baru, tetapi dia harus juga memikirkan isu-isu utama yang lain.

Taib menghalakan tembakannya ke udara setelah marah dengan Ragat yang kerap keluar!

Sifat-sifat wanita amatlah sukar untuk ditentukan. Anak Taib sendiri, Abu Bekir kini sedang melalui proses undang-undang menceraikan isteri pertamanya dengan nilai tuntutan sebanyak RM400 juta.

Sumber-sumber dalaman telah menyebut Abdul Taib telah dengan tergesa-gesa mengahwini isteri keduanya dahulu, kerana kini setelah dia mengahwini Ragat Al-Kurdi (yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan adik iparnya, Robert Geneid) sebenarnya ibu kepada dua orang anak! Sebahagian dari cerita-cerita yang timbul setelah berlangsungnya perkahwinan mewah seorang Ketua Kerajaan Negeri!

Rupa-rupanya pasangan tersebut bukan berbeza di segi usia, teapi mereka juga berbeza kepentingan. Baru-baru ini, seperti yang didengar oleh Sarawak Report, Taib telah menggemparkan seluruh ahli keluarganya di rumah mewahnya di Demak Jaya, dengan menghalakan tembakan pistol emasnya ke udara, kerana marah setelah mengetahui Ragat keluar dari rumah tanpa memohon kebenaran darinya terlebih dahulu!

Dengan itu, adalah diandaikan bahawa Abdul Taib mungkin tidak akan menyerahkan saham-saham arwah Laila kepada Ragat. Namun, saham-saham itu pastinya akan diletakkan di tempat yang lain!

Sudah masanya untuk mengembalikan apa yang dimiliki oleh Negeri Sarawak?


Abdul Taib harus ingat bahawa suatu hari nanti dia juga akan pergi ke suatu tempat di mana arwah Laila telah pergi mendahuluinya, dan kesemua sahamnya tak akan dapat dibawanya bersama-samanya. Bagaimana Sarawak akan mengenang jasa dan baktinya jika dia telah memilih bidang pekerjaannya itu dan mensyukuri dengan apa yang sepatutnya dinikmatinya, termasuk gaji dan pencen seorang menteri sepertinya ketika dia masih bekerja?

Selama tiga puluh tahun tanpa sebarang kepentingan dan mengetuai secara jujur sebuah kerajaan seharusnya telah memberikan faedah dan manfaat kepada rakyatnya, namun mereka kini masih dibelengu kesengsaraan hidup akibat ketamakannya. Kini seolah-olah Abdul Taib tidak mampu memikirkan apakah yang harus dilakukan dengan semua wang dan saham yang telah diperolehinya sejak sekian lama itu. Maka, kenapa sukar sangat untuk mengembalikannya kepada rakyat bagi memperolehi pengormatan dari mereka sebelum semuanya terlambat?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments