YB BN MEMERLUKAN PELAJARAN DALAM BIDANG DEMOKRASI!

YB BN MEMERLUKAN PELAJARAN DALAM BIDANG DEMOKRASI!

BN telah membelanjakan begitu banyak wang dalam usaha mereka mempromosikan imej demokrasi di mata dunia. Tetapi, secara percumanya, wakil rakyat Pantai Damai, iaitu Dr Abdul Rahman Junaidi, telah mencemarkan nama baik demokrasi dengan mengemukakan pelbagai kenyataan yang menyinggung banyak pihak.

Kenyataan-kenyataannya, seperti yang telah diterbitkan oleh lidah BN, The Borneo Post, pada 28hb April yang lalu dibawah tajuk “It is not fair to bite the hand that feeds you” [Adalah tidak adil untuk menggigit tangan yang menyuap kamu], telah ditujukannya kepada para pengundi di kawasan pilihanrayanya, yang diketahuinya telah menentangnya pada pilihanraya yang lalu.

Tidak seperti ahli politik yang tulen, yang akan mengakui bahawa dia mempunyai kelemahan-kelemahan dan gagal meyakinkan setiap orang untuk mengundinya dan seterusnya berjanji untuk meningkatkan usahanya di masa hadapan, Dr Abdul Rahman telah sebaliknya mengancam para pengundi di kawasanya! Lebih teruk lagi di telah berjanji bahawa dia bersedia untuk menyalahgunakan kedudukannya untuk menarikbalik segala bantuan kerajaan daripada mana-mana individu yang telah mengundi pihak pembangkang!

“Pendekatan yang akan kita ambil di Pantai Damai adalah … jika mereka bersungguh-sungguh untuk menyokong pembangkang, maka mereka harus memohon bantuan dari pembangkang”, jelas wakil rakyat itu.

Abdul Rahman Junaidi adalah wakil mereka, bukannya bos mereka!

Abdul Rahman Junaidi harus ingat bahawa para pengundinya adalah orang-orang yang telah memberinya makan, menerusi gaji bulanannya sebagai seorang wakil rakyat. Para nelayan yang mendengar ucapannya juga adalah golongan orang yang mempastikan meja makannya dihidangkan dengan makanan. Maka DIA seharusnya ingat untuk tidak menggigit tangan-tangan mereka yang memberinya makan, bukanlah sebaliknya.

Amatlah memalukan bagi Abdul Rahman yang sanggup menuturkan kenyataan-kenyataan sedemikian. Dia merupakan seorang yang telah berusaha mempastikan dirinya mendapat kedudukan dalam masyarakat nelayan yang berhak menerima bantuan kerajaan persekutuan di kawasannya. Setiap pengundi seharusnya berhak ke atas apa jua bentuk pemberian negeri, bukannya kerana dipaksa menadahkan tangan di khalayak ramai pada seseorang yang angkuh seperti Abdul Rahman itu.

Siapakah Abdul Rahman Junaidi yang telah secara angkuhnya menghulurkan bantuan kerajaan itu kepada para nelayan yang berhak? Adakah wang itu datangnya dari sakunya sendiri, maka dia telah berlagak sebagai seorang yang pemurah menghulurkannya? Tidak. Sudah tentunya tidak sama sekali! Wang itu adalah wang dari para pembayar cukai dan pemberian-pemberian dari rakyat Sarawak, dan oleh sebab itu dia tidak berhak untuk berlagak sedemikian rupa.

Abdul Rahman Junaidi juga tidak seharusnya berbohong kepada para penduduk kawasannya bahawa wang itu datangnya dari parti BN. Peranan BN dalam demokrasi tulen adalah untuk mempastikan, dalam masa-masa yang agak terhad, bahawa rakyat akan mendapat nilai dari wang mereka. Ianya lebih condong kepada ketaat-setiaan, dan bukan kekuasaan.

BN berkedudukan pada ketaat-setiaan, bukannya kekuasaan

Sama seperti Abdul Rahman Junaidi, BN bukanlah pembekal wang yang mereka hulurkan itu. Sebenarnya mereka bergantung hidup pada wang pembayar cukai. Ini kerana mereka telah menyelewengkan sebahagian besar kekayaan negeri Sarawak ke dalam saku mereka sendiri, dan amat sedikit pula diberikan kepada kaum nelayan seperti di Pantai Damai.

Kaum nelayan inilah yang bekerja keras dengan melakukan kerja-kerja merbahaya bagi mempastikan meja makan Abdul Rahman Junaidi dihidangkan ikan untuk santapannya. Dia seharusnya mengucapkan terima kasih atas peranan mereka dan memohon maaf bagi pihak BN bahawa mereka telah menerima habuan yang amat kecil atas keperitan hidup mereka di samping mengharapkan bantuan-bantuan yang tidak seberapa itu.


Keangkuhan yang ditunjukkan oleh Abdul Rahman Junaidi dalam ucapannya itu merupakan salah satu dari kata-kata ancaman ahli-ahli politik BN setelah berakhirnya pilihanraya DUN yang lalu. Pembatalan Borneo Cultural Festival di Sibu baru-baru ini juga satu lagi contoh, hanya kerana BN telah mengalami kekalahan di situ.

Nampaknya para YB dari BN kurang jelas pengetahuan mereka tentang maksud sebenar demokrasi. Mereka amat jahil bahawa peraturan asas dalam demokrasi adalah wakil-wakil yang terpilih dari parti yang menang memikul tanggungjawab sepenuhnya mewakili SEMUA orang secara adil dan saksama. Ya, termasuk sesiapa yang telah enggan mengundi mereka dalam pilihanraya!

Namun, tiada satu pun parti demokrasi yang akan berbuat demikian kerana mereka khuatir akan kehilangan sokongan nanti. Sikap marah BN telah merumitkan lagi keadaan mereka sendiri apabila DAP melangkah masuk dengan mengatakan bahawa acara itu akan tetap dibiayai, tanpa menghiraukan sikap buruk BN.

Sebenarnya BN telah secara korupnya meletakkan diri mereka berkuasa selama beberapa dekad dan tidak menghiraukan apakah pengertian demokrasi sebenarnya. Orang seperti Abdul Rahman Junaidi sedar bahawa kemenangnya bukan bergantung penuh pada kejayaannya memujuk dan menarik perhatian pengundinya. Kejayaan BN selama ini bergantung penuh pada peras-ugut, rasuah, persempadanan semula kawasan pilihanraya dan banyak lagi taktik kotor. Kira-kira separuh dari rakyat Sarawak yang berhak mengundi dan mereka yang tinggal di kawasan bandar sahaja yang tidak terdedah kepada kes buli dan diancam. Beginilah caranya BN mengekalkan kedudukan mereka dalam kerajaan selama 50 tahun. Mereka sebenarnya tidak layak bergelar demokrat, tetapi lebih berupa diktator sebagaimana digambarkan menerusi kenyataan Abdul Rahman Junaidi baru-baru ini.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments