INILAH MASANYA UNTUK MENGGERAKKAN 45% ITU!

INILAH MASANYA UNTUK MENGGERAKKAN 45% ITU!

Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, memasuki bangunan parlimen DUN buat kali pertamanya hari ini dengan membawa laungan-laungan yang baru dan segar. Dia telah memberitahu perkara ini kepada Sarawak Report dalam suatu wawacara eksklusif bahawa inilah masanya untuk menggerakkan sokongan peringkat akar umbi dan membentuk suatu bala sukarelawan dalam pakatan pembangkang pada pilihanraya umum akan datang.

Dalam rayuannya kepada pengundi yang 45% yang pernah kecewa dengan kekalahan pembangkang, tetapi sokongan mereka telah hanya mampu meraih bilangan kerusi yang sedikit, menurutnya lagi, Sarawak harus menyemai budaya sukarelawan bagi menentang rasuah politik wang dan pengundi-pengundi yang pasif.

Ketua PKR itu yang memasuki DUN buat kali pertamanya sebagai salah seorang dari 3 orang perwakilan pengundi luar bandar dan pedalaman yang telah berjaya memenangi kerusi daripada tawanan BN, telah juga mempastikan mengekalkan sokongan dari penyokong-penyokong bandar.

Para pembangkang, yang diwakili oleh DAP, telah berjaya memenangi hampir kesemua kerusi di kawasan bandar kerana komuniti bandarnya lebih peka kepada isu-isu politik semasa serta mempunyai jentera politik yang lebih  berkesan. Walau bagaimana pun dengan kemenangan yang lebih banyak diraih oleh BN di kawasan luar bandar, maka Baru Bian telah menegaskan bahawa para aktivis bandar boleh membantu jentera pilihanraya PKR pada pilihanraya peringkat Persekutuan nanti. Kebanyakan kerusi di luar bandar telah menyumbangkan sokongan yang kuat kepada pembangkang, ada yang menang dengan majority tipis – dengan sokongan yang lebih kuat maka mereka akan tetap menang nanti.

Ketua PKR itu telah dengan berhati-hati berbual mengenai hubungan di kalangan parti-parti pembangkang dalam PKR, memandangkan pernah tercetus sedikit sengketa di kalangan mereka tidak lama dahulu. Baru Bian menyatakan dia boleh menerima ura-ura DAP yang ingin bergabung dengan SNAP, dan kini dia memfokuskan seruannya kepada kaum belia Sarawak untuk bersatu menentang rasuah dan menjernihkan lagi perjanjian 20 perkara. Sekiranya pembangkang dapat merebut kuasa, Baru berkeyakinan bahawa langkah pertama mereka adalah untuk mengembalikan khazanah kekayaan yang telah selama ini dirompak oleh pemimpin-pemimpin BN.

WAWANCARA DENGAN BARU BIAN


S – Berdasarkan keputusan pilihanraya yang lalu, apakah perkara-perkara yang positif bagi anda, dan apakah pengajaran kepada parti-parti pembangkang?

“Pertama, kita dapat perhatikan peningkatan positif pada undi-undi popular di pihak pembangkang, iaitu kira-kira 45%. Sebaliknya BN telah mengalami kemerosotan sokongan dari 63% pada pilihanraya terdahulu kepada hanya 55% kali ini. Kedua, kita mendapati penerimaan kumpulan-kumpulan etnik di Sarawak terhadap pembangkang semakin ketara. Kaum Cina di pekan-pekan dan bandar-bandar telah beralih sokongan kepada DAP. Ini sememangnya diharapkan, kerana kaum Cina merupakan golongan yang mudah mendapat apa jua maklumat terkini di sekeliling mereka. Sebaliknya PKR hanya mampu meraih tiga kerusi, suatu petanda yang amat baik dari kaum-kaum Orang Ulu (Ba’ Kelalan), Iban (Krian) dan Cina (Batu Lintang). Walaupun PKR gagal memenangi kerusi kaum Bidayuh, namun keputusan di kesemua kerusi yang dipertandingkan oleh calon-calon kami itu amatlah memberansangkan. Di Beting Maru, di mana PAS telah tewas dengan majority tipis, namun ianya menunjukkan terdapat peningkatan sokongan dari pengundi Melayu untuk PR.

Pengajaran yang diperolehi dari keputusan ini menunjukkan kaum Cina lebih bersedia untuk menerima perubahan. Ini dibuktikan dengan sokongan yang diberikan oleh kesemua kawasan majoritinya Cina, tanpa mengambilkira apakah parti yang bertanding. Misalnya, kawasan Batu Lintang dan Senadin, yang mengetengahkan calon PKR. PKR telah memenangi Batu Lintang dengan majority yang lebih besar berbanding dengan kejayaan DAP pada 2008 dahulu. Kita kalah di Senadin. DAP telah tewas di kedua-dua kerusi yang bukan pengundi Cina di Sri Aman dan Bukit Kota. Ini jelas menunjukkan bahawa pengundi bukan kaum Cina belum bersedia menerima DAP untuk mewakili mereka. Ini seharusnya menjadikan DAP perlu mengubah pandangan mereka untuk bersifat lebih pelbagai kaum; justeru itu mereka telah dengan cepat menyatakan hasrat mereka untuk bekerjasama dengan SNAP, dan dengan cepat juga mereka telah melantik seorang Pembantu Peribadi berketurunan Bidayuh kepada YB Chong sebagai langkah memulakan urusan di kalangan pengundi Bidayuh di Kuching.

Bagi PKR, beberapa buah kerusi lagi mungkin dapat mereka menangi, misalnya Telang Usan dan Kakus jika ianya bukan kerana masalah-masalah yang kecil. Kami gagal melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan kami lebih banyak kerusi, yang dapat kami bahagikan kepada dua kategori utama; faktor luaran dan faktor dalaman. Contoh faktor-faktor luaran adalah ancaman, gangsterisma, janji-janji kosong untuk membawa pembangunan dan projek-projek, monopoli ke atas logistic pengangkutan awam, mengawal ketua-ketua masyarakat dan rasuah, dsb., mana kala faktor-faktor dalaman pula dilihat pada kelemahan jentera politik atau strukturnya, kelewatan melantik dan mengumumkan para calon, pemilihan yang salah ke atas PACA. Kurangnnya pengetahuan dan kebolehan PACA dan kekangan kewangan juga sama kritikalnya yang gagal kami ketahui.

S – Apakah tindakan PKR untuk memperbaiki prestasi di masa akan datang?

“Perkara pertama adalah untuk mendaftar lebih ramai lagi pengundi muda dan melatih mereka sebagai ahli parti. Dengan adanya pengundi muda yang lebih peka kepada politik semasa di negeri ini, maka PKR dipercayaai akan dapat menjadi sebuah parti yang mudah diterima, terutamanya di kalangan kaum Dayak dan Melayu/Melanau. Para pemimpin PKR tempatan sememangnya ‘hafal’ dan ‘arif’ tentang kes-kes NCR yang timbul masa kini. Kami perlu menubuhkan lebih banyak ranting di kampung-kampung sebagai tempat untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai. Jentera-jentera parti harus dimantapkan lagi. Bagi meraih lebih banyak sokongan dari akar umbi lebih banyak sesi ceramah perlu diadakan. Pemimpin PKR di peringkat kebangsaan harus merestui perlantikan pemimpin di peringkat negeri. Pemilihan calon pula harus dibuat seawal mungkin bagi membolehkan mereka menemui bakal pengundi mereka. Pihak ranting dan kepimpinan peringkat negeri harus mencari jalan untuk menentukan keberterusan kewangan dan tidak bergantung sepenuhnya pada ibu pejabat parti. Namun pihak ibu pejabat harus juga komited untuk membiayai apa jua aktiviti negeri pada suatu-sutau masa yang tertentu dan diperlukan”.


S – Pada pendapat anda apakah perkara utama dalam manifesto yang boleh meraihkan sokongan nanti?

“PKR adalah sebuah parti yang masih baru berbanding dengan DAP dan PAS terutamanya di negeri Sarawak. Namun sokongan di kalangan etnik-etnik Sarawak amatlah menggalakkan, sebagai mana digambarkan pada kemenangan 3 buah kerusi dan juga kawasan-kawasan yang kami tandingi walaupun tewas. Maka kami harus memantapkan lagi kedudukan kami di hati para pengundi kami. Ya, kami harus menitik-beratkan intipati manifesto kami terutamanya pada pentadbiran kerajaan yang murni. Hasrat kami untuk membantu menangani isu-isu tanah yang menjejaskan komuniti bukan-orang asal. Menghormati 20 perkara di bawah Perjanjian Malaysia dan mempertingkatkan royalti-royalti petroleum merupakan sebahagian dari intipati manifesto kerana ianya berkisar pada kebanyakan penduduk Sarawak.

S – Apakah situasi hubungan PR dan hubungan dengan DAP – adakah DAP akan membantu anda dengan lebih berkesan lagi di kawasan-kawasan pedalaman nanti?

“PKR tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan DAP demi masa depan persekutuan PR. Hanya pada peringkat awal sahaja kami mengalami sedikit perselisihan faham dengan DAP. Perkara ini dijangka kerana mereka berhasrat untuk bertanding di kesemua kawasan bermajoriti kaum Cina, memandangka kesemua kerusi itu berkemungkinan besar dapat mereka menangi, yang mana akhirnya didapati benar. Mereka tahu bahawa mereka akan melalui laluan sukar di kawasan Dayak/Melayu. Maka DAP boleh membantu PKR atau PAS di segi kewangan dan para pekerja semasa berkempen”.

S – Apakah kelemahan BN pada pilihanraya akan datang?


“BN tidak ada manifesto atau pandangan yang kabur untuk rakyat Sarawak. Mereka hanya mengamalkan politik wang dan rasuah. Janji-janji mereka terletak pada pembangunan dan projek, tetapi kebanyakannya tidak tertunai. Mereka mengamalkan taktik mengancam dan menyemai rasa takut di kalangan rakyat kebanyakannya. Apabila keadaan (pilihanraya) sudah reda, rakyat akan sedar bahawa BN tiada apa yang diberikan. Kebenaran akan terserlah. PR harus mendedahkan pembohongan-pembohongan ini dan juga kempen-kempen BN yang mengelirukan”.

S – Adakah perlunya PKR menggerakkan 45% pengundi ini, yang telah menyokong PR semasa pilihanraya negeri agar dapat meraih lebih banyak sokongan di masa akan datang?

“Menggerakkan sokongan 45% adalah sangat mustahak. Persoalannya, bagaimanakah caranya kita akan menggerakkan 45% ini untuk mendapatkan lebih banyak sokongan nanti? Budaya sukarela bukanlah sebahagian dari budaya di rantau ini. Kita terpaksa menjelaskan betapa perlunya kita menggerakkan orang-orang di peringkat bawahan agar boleh bersama-sama kita membawa perubahan yang kita inginkan. Kita harus melakukannya sepenuh hati dan jika sebaliknya, orang akan mengharapkan upah untuk apa sahaja yang mereka lakukan. Kita harus meyakinkan setiap orang bahawa kita melakukannya untuk kebaikan semua dan generasi selepas kita”.

S – Pada pendapat anda, apakah tindakan pertama PKR mengenai Sarawak sekiranya mereka dapat mengambil-alih kuasa dari kerajaan pusat?


“Pertamanya kita akan membawa pemimpin-pemimpin yang korup ke muka pengadilan, bermula dengan Ketua Menteri Taib Mahmud dan semua kroninya. Semua harta dan kemewahan yang telah mereka perolehi secara haram akan dikembalikan kepada rakyat Sarawak. Kemudian kita akan menaikkan royalty petroleum kepada 20% dan mengeluarkan peruntukan itu dengan segera untuk membiayai pembangunan di Sarawak. Dengan peruntukan dari kerajaan pusat, kita akan segerakan pembinaan jalan-jalanraya yang menghubungkan kawasan-kawasan pedalaman dengan pekan-pekan utama di Sarawak. Ini akan membuka kawasan lebih banyak tanah untuk tujuan pertanian untuk membawa pembangunan. Menilai semula perjanjian Malaysia 20 perkara”.

S – Apakah reaksi anda setelah mendengar pengumuman rasmi pihak SPRM bahawa mereka kini menyiasat Taib Mahmud?

“Saya amat mengalu-alukan berita bahawa SPRM kini mula menyiasat Taib Mahmud. Saya tidak percaya bahawa mereka berani dan sanggup mendakwa Taib, walaupun terdapat bukti-bukti kukuh mengenai kekayaan haram yang diperolehinya selama ini. Taib adalah terlalu penting bagi Najib, kerana dia telah membawa kemenangan BN Sarawak pada setiap kali pilihanraya, maka tiada mungkin mereka akan ‘menggigit tangan orang yang menyuapkan makanan ke mulut mereka’ selama ini. Jika SPRM pasti juga akan bertindak, kita akan anggap ianya suatu keajaiban”.

S – Apakah perasaan anda pada hari-hari menjelang menyertai DUN dan apakah keutamaan peranan anda?

“Saya rasa dihormati menjadi sebahagian dari ahli-ahli dalam DUN Sarawak, dengan harapan dapat menyumbangkan sesuatu untuk kebaikan negeri ini dan rakyatnya. Sebaliknya saya juga dapat merasakan beban tanggungjawab ini kerana BN adalah majority dan suara kami akan mudah ditenggelamkan. Namun saya akan berusaha mengejar penyelesaian ke atas isu-isu yang terdapat dalam manifesto kami. Antara lain, penubuhan Suruhanjaya Tanah, suatu landasan yang adil dan berkecuali untuk menyelesaikan persengketaan NCR. Jika diharuskan saya membentangkan private bill mengenai perkara ini, saya akan lakukan. Kedua, saya akan memantau projek-projek yang telah dijanjikan oleh BN pada kempen pilihanraya yang lalu dan mempastikan kesemuanya ditunaikan. Saya katakan secara amnya tanpa berat sebelah dan merangkumi semua kaum dan anutan agama”.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments