NAJIB DICERCA OLEH PERDANA MENTERI UK?

NAJIB DICERCA OLEH PERDANA MENTERI UK?

Pada hari ini, sekali lagi orang ramai berhimpun untuk mencerca majlis yang dihadiri oleh Najib di Mansion House (sebuah kediaman rasmi walikota London), suatu perhimpunan yang lebih besar dari yang diadakan semalam di luar Downing Street. Pada kali ini mereka disertai oleh kumpulan Amnesty International, yang telah meluahkan perasaan mereka mengenai layanan ke atas penunjuk-perasaan Bersih pada hujung minggu. Amnesty mendapatkan penghormatan yang tinggi di UK.

PM Malaysia itu telah berkunjung ke UK adalah untuk menjemput para pelabur namun perhimpunan yang dibuat sempena lawatannya itu amatlah memalukan. Para pelabur tidak suka pada negara-negara yang memiliki rekod hak asasi manusia yang tidak menentu dan kelas pertengahan yang tidak gemb

Hanya segelintir bukan rakyat Malaysia tiba di akhir acara berkenaan, tetapi beberapa orang pelabur telah menghadiri majlis berkenaan dan berbual-bual dengan para penunjuk perasaan di luar. Salah seorang dari pelabur itu, yang memperkenalkan diri sebagai ‘ bekerja untuk syarikat pelaburan global’, mengatakan bahawa dia sedar akan isu-isu hak asasi di Malaysia dan mengesahkan bahawa syarikatnya sentiasa memantau perkembangan isu-isu berkenaan.

Tidak dipedulikan


Sementara itu, bahan bualan utama di kalangan orang-orang yang berhimpun di situ adalah mengenai majlis makan tengah hari bersama Cameron yang akan dihadiri oleh Najib itu telah dibatalkan. Adakah ianya telah dikaitkan dengan isu-isu hak asasi manusia atau kerana Perdana Menteri UK itu masih sibuk, mereka tetap mengandaikannya? Namun kedua-dua andaian itu bukanlah sesuatu yang baik bagi PM Malaysia!

Sekali lagi, perhimpunan tersebut berakhir secara aman dan campur-tangan pihak polis amatlah minima. Pihak polis rahsia Malaysia juga kelihatan berada di tempat itu, mengambil gambar peserta-peserta perhimpunan dengan tujuan yang kita tidak pasti tetapi mungkin digunakan untuk menyiasat latarbelakang rakyat Malaysia yang terlibat, dan kemudian mungkin boleh digunakan untuk menganiayai mereka nanti. Maka kami juga mengambil gambar polis-polis rahsia itu.

Najib akhirnya tiba pada masa yang dipersetujui dengan iringan konvoi kereta-kereta Malaysia dan kelihatan bergegas berjalan atas hamparan permaidani merah. Dia dapat melihat perhimpunan dan sempat juga melambai ke arah mereka – seolah-olah mereka berada di situ untuk memberi sokongan kepadanya! Tetapi, dia tidak berani menghampiri mereka untuk menandatangani autograf mereka!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments