AUSTRALIA DIGESA MENYIASAT PEROLEHAN TA ANN DI TASMANIA

Ketua Parti Green Australia, Senator Bob Brown telah menjemput editor Sarawak Report untuk bercakap mengenai masalah rasuah di Sarawak pada minggu ini.
Senator berkenaan yang mewakili Tasmania di mana syarikat Ta Ann yang ada kaitan dengan Taib Mahmud telah dituduh melakukan pembalakan secara haram dan berleluasa di kepulauan itu.
Di suatu sidang media pagi ini, para pemberita yang hadir telah diberikan salinan-salinan surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, mempersoalkan kekayaan Taib Mahmud sekeluarga yang harus dibekukan di Australia dan siasatan-siasatan perlu dilakukan bagi membuktikan rasuah tetap wujud.
Gillard is yet to respond and this is the first time that the letter, has been made public. However, the Swiss and German governments have already responded positively to similar requests and have launched money laundering investigations into Taib assets in their jurisdictions.
Gillard akan menjawab kepada surat itu, yang buat pertama kalinya diketahui umum di Australia. Namun kerajaan Swiss dan Germany telahpun memberikan respon kepada seruan orang ramai dan telah memulakan siasatan ke atas kekayaan keluarga Taib dan kesalahan rasuah yang membelengu keluarga tersebut.
Editor Sarawak Report menjelaskan kepada para pemberita di Australia bahawa mereka kini mempunyai banyak bukti yang konkrit mengenai kesalahan rasuah dan salah guna kuasa politikal di Sarawak, di mana Ketua Menteri sedang menggunakan kuasa menterinya untuk membawa keluar berbilion-bilion ringgit untuk disimpan di dalam akaun-akaun bank di luar negara.
Pada masa syarikat Ta Ann mula-mula bertapak di Australia, tiada diketahui sebarang masalah, kerana mereka belum lagi mempunyai sebarang rekod. Tetapi kini, dengan adanya banyak bahan bukti, Senator Brown telah menggesa kerajaan negaranya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Ta Ann.
Pengerusi Eksekutif, yang juga pemegang saham terbesar dalam Ta Ann, Hamed Sepawi adalah sepupu kepada Taib Mahmud, yang juga bertindak selaku ‘pengawas’ harta Taib. Syarikat Hamed menerima beribu-ribu hektar tanah untuk membalak dan juga banyak konsesi untuk membuka ladang-ladang. Selain itu Hamed juga menerima banyak kontrak mewah menerusi sebuah lagi syarikatnya, Naim Candera, di mana dia juga bertindak selaku pengerusi.
Semua kontrak dan projek yang diterimanya daripada Ketua Menteri telah membelakangkan proses tender yang betul, telus dan wajar.
Syarikat Ta Ann Tasmania, sebuah lagi anak syarikat Ta Ann, di mana Hamed merupakan pemegang 22% dari keseluruhan saham di situ, sering menangkis bantahan berkaitan masalah pembalakan. Syarikat Ta Ann bergantung penuh pada bekalan kayu balak untuk mengeluarkan papan lapis.
Namun, Ta Ann Tasmania harus mengumumkan keuntungannya sebagai modal untuk membina kilang papan lapis di Australia bukanlah hasil dari kesalahan rasuah yang mempunyai kepentingan kepada syarikat induknya di Malaysia.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments