TINDAKAN PANTAS DARI AUSTRALIA!

Kevin Rudd, bekas Perdana Menteri Australia, yang kini selaku Menteri Luar telah mengeluarkan suatu kenyataan yang positif terhadap gesaan kami yang memohon agar kerajaannya mengambil tindakan menyiasat kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya di negara itu.
Dalam sepucuk surat yang beliau terima semalam, iaitu sehari setelah Sarawak Report mengeluarkan permohonan mereka, Rudd telah mengesahkan bahawa perkara atau maklumat mengenai kekayaan Taib sekeluarga telah dirujukkan kepada Pejabat Attorney General Australia untuk diberi perhatian.
Suatu siasatan di Australia yang meneladani tindakan di Swiss dan Germany telah dimulakan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah juga mengesahkan mereka telah memulakan siasatan ke atas tindak-tanduk dan perilaku Ketua Menteri itu.
Abdul Taib Mahmud telah menyalah-gunakan kuasa ke atas sebuah negeri yang, suatu ketika dahulu, paling kaya di Malaysia di segi sumber alam semulajadi selama 30 tahun, menguasai kementerian-kementerian yang penting, dan menggunakan semua permit dan lesen untuk kepentingannya sendiri. Kini Yayasan Bruno Manser telah meminta agar semua kerajaan di dunia ini menyiasat dan membekukan aset-aset dan kekayaan Taib dan keluarganya.
Ketegangan Politik
Walau bagaimana pun, masalah yang timbul di Hobart beberapa hari yang lalu, di mana salah sebuah harta Taib telah ditemui. Dua buah kilang papan milik Ta Ann Tasmania yang diawasi oleh Ta Ann Sdn Bhd. Pengerusi Eksekutifnya, Hamed Sepawi adalah sepupu kepada Taib yang juga bertindak selaku pengawal harta dan penasihat perniagaannya.
Para penyokong Ta Ann di Australia telah menangkis tuduhan yang mengatakan syarikat itu telah membawa kerosakan alam sekitar di Sarawak, dan menyatakan dengan yakin bahawa Ta Ann sememangnya tiada kaitan langsung dengan masalah alam sekitar yang mereka kerjakan.
Semalam, Bryan Green, Timbalan Perdana Menteri Tasmania didapati membangkitkan suatu isu di parlimen dengan memperkecilkan kehadiran editor Sarawak Report di Hobart dan Launceton, yang bercakap mengenai Ta Ann yang merosakkan hutan di Sarawak.
Namun Green juga didapati menunjukkan pengetahuannya yang cetek mengenai keadaan terperinci di negeri Sarawak, apabila dia mengatakan gambar seorang lelaki Penan dengan sebuah lori pengangkut kayu balak itu tiada kaitan dengan Sarawak, tetapi di sebuah tempat bernama Shin Yang!
Sarawak Report dapat mengesahkan gambar berkenaan sememangnya diambil di Sarawak dan Shin Yang itu adalah nama sebuah syarikat pembalakan dan bukannya nama sebuah tempat. Kedua-dua Ta Ann dan Shin Yang bertanggungjawab menebang hutan bernilai berbilion-bilion ringgit dan menukar lanskap hutan kepada ladang-ladang kelapa sawit.
Tidak lama dahulu, Hamed Sepawi, iaitu bos syarikat Ta Ann, pernah dipetik sebagai mengatakan bahawa hanya sedikit sahaja kawasan hutan yang tinggal di Sarawak, dan kebanyakannya telah ditebang lebih dari sekali. Maka inilah sebabnya Ta Ann bersungguh-sungguh mengembangkan kegiatan pembalakan ke Tasmania.
Syarikat Ta Ann sendiri yang telah memulakan isu ini dengan membantah iklan yang berkaitan dengan isu ini.
Sebagai membidas bantah terhadap Ta Ann, Senator Bob Brown, ketua Parti Green di Australia, yang juga merupakan wakil Tasmania, telah memberitahu para pemberita bahawa gambar yang ditunjukkan itu memberikan gambaran yang tepat mengenai masalah alam sekitar di Sarawak yang disebabkan oleh kegiatan pembalakan berleluasa.
Maklumat mengenai masalah rasuah yang berleluasa di Sarawak, dan hubungan kekeluargaan Hamed dan Taib semakin merisaukan banyak pihak di Australia. Senator berkenaan menyakinkan bahawa suatu notis akan dihantar kepada Ta Ann di Australia dan kegiatannya akan diberi perhatian.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments