‘KEBENARAN DALAM IKLAN – TA ANN DIDEDAHKAN!

Pada minggu lalu Ta Ann telah menuduh The Green Party di Tasmania kerana memaparkan iklan yang bohong mengenai kegiatan pembalakan haram di negeri Sarawak.
Tetapi kini iklan-iklan yang mempromosikan bahan dari “eco-wood” Ta Ann di Tasmania pula telah ditentang oleh syarikat itu sendiri.
Pada suatu laporan yang dikeluarkan di Huon Valley Environment Center di Tasmania, Ta Ann telah dikatakan sebagai hipokritik dan berpura-pura. Lebih 50 muka surat laporan itu telah mendedahkan bagaimana Ta Ann membuat keputusan mereka untuk melabur di Tasmania, mendakwa mereka akan mengusahakan hutan tanam semula, tetapi mereka diketahui menebang hutan semula jadi.
Kenapa Tasmania?
Pengerusi Ta Ann, Hamed Sepawi sendiri telah mengakui bahawa dalam tahun 2006, negeri Sarawak telah kehabisan kayu yang bernilai tinggi kerana telah ditebang tanpa sebarang kawalan dalam masa 30 tahun. Ini adalah restu dari Ketua Menteri yang juga sepupu kepada Hamed.
Australia telah mendapat pujian yang kurang kerana menebang kayu di hutan tanam semula, bukan seperti di Sarawak, di mana mereka menebang hutan semula jadi sesuka hati tanpa sebarang kawalan, yang akhirnya meranapkan hampir keseluruhan kawasan hutan di kepulauan Borneo.
Tinjauan ke arah Tasmania yang menjadi sumber bekalan kayu bagi Ta Ann telah menyebabkan beberapa pihak risau. Hasil siasatan telah menemui Ta Ann bukannya menebang kayu hutan tranam semula, tetapi kayu dari hutan semula jadi Tasmania. Banyak spesis tumbuhan dan hidupan liar telah terganggu apabila habitat mereka dimusnahkan. Ini merangkumi habitat helang Wedged Tail, Tasmanian Devil, the Quoll, dan banyak lagi. Ta Ann belum pernah mengusahakan kayu dari hutan tanam semula untuk mengeluarkan papan lapis.
Bohong!
Ta Ann telah didapati berbohong apabila mereka mendakwa yang mereka menebang kayu dari hutan tanam semula.
Hamed Sepawi pernah dipetik oleh akhbar The Examiner sebagai berkata, syarikatnya tetap menebang pokok hutan tanam semula. Ta Ann juga mengakui kenyataan itu dalam laman web mereka.
Para pengkritik industri pembalakan sentiasa mengatakan bahawa Ta Ann berbohong apabila mereka kata mereka menebang pokok hutan tanam semula. Ahli parlimen Green Party, Paul O’Halloran, menjelaskan kepada Sarawak Report, mengusahakan pokok hutan tanam semula melibatkan perbelanjaan yang sangat besar berbanding menebang pokok dari hutan semula jadi. Kenapa tidaknya, pokok dari hutan semula jadi boleh diperolehi secara ‘percuma’.
Paul tetap percaya kenapa Ta Ann beria-ia benar untuk menebang pokok di kawasan hutan semula jadi di Tasmania, dan bukannya menebang pokok di hutan tanam semula ketika mereka memasuki Tasmania dalam tahun 2006 dahulu.
Semasa menyangkal tuduhan itu, Pengarah bagi Ta Ann, David Ridley, memberitahu Sarawak Report bahawa mereka tidak pernah menyentuh pokok-pokok hutan semula jadi di Tasmania kerana menurutnya, pokok-pokok di hutan semula jadi adalah terlalu besar untuk mesin-mesin mereka.
David Ridley berjanji akan memberikan kenyataan selanjutnya tetapi sehingga kini perkara itu belum dilakukan lagi. Siasatan Sarawak Report mendapati Ta Ann telah menebang pokok-pokok di hutan semula jadi dengan alasan untuk membina laluan bagi mendapatkan pokok-pokok yang kecil-kecil. Pokok-pokok muda itu telah pun berusia lebih seratus tahun.
Perniagaan Taib
Ta Ann menyebut suatu perkara tetapi melakukan perkara yang lain, untuk mengelirukan pembeli di Jepun. Mereka telah mengeksploitasikan perkataan “eco-wood” dan didapati lebih 90% jualan mereka ke Jepun merupakan kayu dari Tasmania.
Iklan-iklan di Jepun
Kami ada satu persoalan, siapakah yang harus dipersalahkan setelah iklan-iklan mengenai kayu dari hutan tanam semula yang diekspot ke Jepun itu disahkan sebagai kayu dari hutan semula jadi?
Suatu perjanjian di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat Tasmania telah pun dimeterai di mana baki hutan semula jadi Tasmania akan dipampas bagi membolehkan 430,000 hektar hutan tersebut disimpan.
Perjanjian tersebut menghalang aktiviti penebangan pokok di hutan semula jadi, selagi pampasan belum dijelaskan sepenuhnya. Namun Jabatan Hutan Tasmania telah mengenepikan larangan dalam perjanjian itu, kerana ingin mendapat keuntungan dari perjanjian itu!
Ta Ann telah dibenarkan menebang pokok-pokok hutan semula jadi oleh Jabatan Hutan Tasmania sehingga tahun 2027, dan tempoh ini dipanjangkan sehingga 2047 (Kenapa penebangan sedemikian dilarang, jika pokok hutan semula jadi jauh lebih murah untuk diperolehi?). Itulah sebabnya Jabatan Hutan Tasmania tetap membenarkan penebangan pokok hutan semula jadi walaupun keputusan mereka ditentang oleh banyak pihak.
Kini, syarikat-syarikat Jepun yang membeli kayu dari Tasmania seharusnya mengenali. Kerana jika kayu itu sememangnya berstatus “eco-wood” maka para penggunanya harus diyakinkan. Pada hakikatnya, agak sukar untuk mendapatkan kayu hutan tanam semula berbanding menebang kayu hutan semula jadi, sebagai mana yang biasa diusahakan oleh Ta Ann.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments