Belanda Membantah Pensijilan Kayu-Kayan Malaysia!

Rakan-rakan niaga Taib di luar negara diketahui bersungguh-sungguh mengharumkan nama Sarawak berkenaan dengan kegiatan pembalakan dari hutan, dan juga program-program penghutanan semulanya.
Hanya pada minggu lalu Ketua Eksekutif Ta Ann Tasmania, David Ridley telah dipetik menafikan sebuah laporan yang mengatakan bahan kayu jenis “eco-wood” keluaran Ta Ann adalah suatu pembohongan.
David Ridley begitu yakin bahawa di Sarawak, Ta Ann menebang hutan yang pernah ditebang lebih dari sekali oleh Taib dan saudara-maranya. Menurut Ridley lagi, jika penebangan dilakukan tanpa henti, ianya tidah menimbulkan sebarang masalah.
Kami pernah menunjukkan laporan mengenai 30% pegangan saham dalam Grand Perfect, iaitu sebuah syarikat yang mengendalikan projek penghutanan semula yang terbesar di rantau Asia, telah menjejaskan tanah-tanah adat kaum asli yang terbesar juga. Mungkin David Ridley dapat memberitahu kita berapakah luasnya kebun akasia yang dikendalikan bosnya, Hamed Sepawi, sama ada kendalian itu dilakukan menerusi Ta Ann atau Grand Perfect?
Kita harus menerima hakikat bahawa bukti yang mengatakan terdapat seluas 5% hutan dara yang ada di Sarawak, dan pembalak yang bekerja untuk Taib sentiasa membuli kaum Penan yang mendirikan bloked sebagai usaha menghalang kemaraan syarikat-syarikat pembalakan memasuki kawasan mereka. Jika kita perhatikan dari kata-kata Ridley itu, Ta Ann kini sememangnya memiliki KESEMUA kawasan hutan di seluruh Sarawak!
Paul Harriss dengan hubungan antara Tasmania dan Sarawak
Dalam ‘pemerhatian’ sebagai mewakili Ta Ann, David Ridley pernah mempelawa seorang ahli parlimen bebas Tasmania dari kawasan pilihanraya Huon Valley, iaitu Paul Harriss, melawat Sarawak sambil memberikan penerangan mengenai kata-kata pujian kepada Ta Ann di Sarawak.
Paul Harriss diketahui datang ke Sarawak lebih dari tiga kali. Pada tahun lalu dia datang ke Sarawak bersama-sama David Ridley yang melawat sebuah dari kilang-kilang Ta Ann.
Akhbar tempatan Sarawak, The Borneo Post (yang diawasi oleh Taib) melaporkan lawatan Harriss adalah “suatu lawatan misi Kerajaan Tasmania”! Tetapi di negaranya sendiri, Harriss mengakui bahawa lawatannya ke Sarawak adalah cuti sahaja dan semua kos penerbangannya ditanggungnya sendiri!
Dalam lawatannya itu Harriss pernah diambil gambar oleh The Borneo Post ketika dia sedang berbual-bual dengan dua orang kuat Taib, iaitu Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Len Talif Salleh dan juga Menteri Sumber Asli Sarawak Awang Tengah Ali Hassan. Tidak lama kemudian, Awang Tengah pula diketahui mengadakah lawatan balas ke Tasmania kerana memeterai perjanjian dengan Hydro-Tasmania yang membina banyak empangan hidro-elektrik di Sarawak.
Laporan dalam The Borneo Post amat ketara berbeza di antara kata-kata pujian Harriss kepada Ta Ann yang membantah kumpulan NGO yang cintakan kesejahteraan Alam sekitar. Kumpulan itu telah membidas kesahihan ciri-ciri “eco-wood” yang dipromosikan oleh Ta Ann.
Sarawak Report ingin mendapatkan pengesahan dari Harriss sendiri, sama ada lawatanya ke Sarawak itu ditanggungnya sendiri, ataupun lawatan itu adalah lawatan atas tugas rasmi, seperti mana dilaporkan oleh The Borneo Post? Jika lawatan itu adalah suatu percutian, wajarkah dia menghadiri suatu upacara rasmi kerajaan di Sarawak?
Sementara para pengunjung dan pembaca kami menunggu jawapan dari Harriss mengenai kunjungannya ke Sarawak, Sarawak Report boleh mengandaikan dan mengesahkan bahawa kunjungan itu sememangnya berkait rapat dengan misi perniagaan peribadi di samping ingin membersihkan nama Ta Ann, bukannya lawatan rasmi.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments