GREENPEACE BANGKIT MENYOKONG KEMPEN ANTI-KEKAYAAN TAIB!

Cawangan Greenpeace di Australia yang terkenal telah bangkit dan menyokong kempen untuk menyiasat kekayaan Taib dan keluarganya di luar negara.
Ketua Greenpeace bagi Australia Pacific, Dr Linda Selvey, telah mengutuskan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, dengan mengatakan bahawa Greenpeace memberi sokongan kepada Yayasan Bruno Manser, PKR dan Sarawak Report untuk menyiasat kekayaan Taib dan keluarganya.
These include investments by Hamed Sepawi’s Ta Ann in a major logging concern in Tasmania, as well as numerous companies and properties owned by the Taibs, Taib’s brother in law, Robert Geneid, and related companies and assets.
Ini merangkumi pelaburan Ta Ann milik Hamed Sepawi yang pernah menyebabkan kerisauan di Tasmania, termasuk juga syarikat-syarikat milik ahli keluarga Taib yang lain.
Kempen menentang jenayah rasuah pembalakan kini kian menggesa banyak kerajaan di dunia memerhatikan Taib
Ketua pertubuhan Greenpeace telah menggesa Perdana Menteri Australia untuk mengarahkan pejabat Peguam Negara Australia menjalankan siasatan ke atas tingkahlaku dan kekayaan Taib sekeluarga berpandukan bukti-bukti dan siri-siri siasatan yang dijalankan oleh Yayasan Bruno Manser.
Kini Ta Ann telah dikenali dunia sebagai sebuah syarikat pembalakan perosak alam sekitar di Sarawak sendiri. Laporan dari Huon Valley Environment telah juga mengatakan kerajaan Australia sememangnya membiarkan Ta Ann mendatangkan kemusnahan hutan di Tasmania.
Perkara yang menghairankan adalah hutan yang ditebang itu diekspot ke negara Jepun di mana kayu itu dikenali sebagai “eco-wood”, kayu dari hutan tanam semula tanpa mengganggu hutan Australia.
Ahli-ahli politik yang menyokong kegiatan pembalakan pernah didengar mengeluarkan bantahan ke atas laporan, dan Ketua Ta Ann di Tasmania, David Ridley pernah juga mengakui menemui sekurang-kurangnya 50 kesilapan dalam laporan itu (yang belum diterbitkan).
Dengan kedudukan Hamed Sepawi selaku pengerusi Ta Ann, yang juga sepupu dan proksi kepada Taib, kesahihan kegiatan pembalakan pada undang-undang Tasmania amat meragukan. Selain dalam Ta Ann, Hamed Sepawi diketahui mengendalikan beberapa buah lagi syarikat di Sarawak yang berjaya mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit dari kontrak dan konsesi pembalakan.
Terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga selaku Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Sumber negeri.
Golongan yang menyokong kegiatan pembalakan pula membantah dan menyerang iklan yang berkaitan dengan laporan-laporan itu.
Rintihan para penyokong syarikat pembalakan
Pada mulanya mereka membantah dan menyerang iklan yang memanggil orang awam ke sidang media bersama editor Sarawak Report. Selepas itu mereka membantah sebuah lagi iklan mengenai perabut kayu yang dihasilkan oleh syarikat Ta Ann.
Akhbar Examiner pernah melaporkan Pengarah Negeri, Sam McQuestin telah menulis sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya Australia untuk menjalankan siasatan ke atas iklan berkenaan.
Suruhanjaya tersebut harus ingat, kerana kerajaan McQuestin yang mula-mula mengajak Ta Ann ke Australia dan memberikan subsidi bernilai $30 juta tetapi hanya memberikan peluang pekerjaan kepada kurang daripada 100 orang.
Setakat ini, syarikat Ta Ann Tasmania belum lagi memberikan sebarang keuntungan yang ketara kepada pembayar cukai Australia. Begitu juga, Jabatan Hutan Tasmania yang telah membenarkan Ta Ann membalak hutan mereka hanya dibayar paling minima. Sebenarnya Jabatan Hutan itu telah mengalami kerugian dari perjanjian yang mereka meterai dengan syarikat Ta Ann.
Kini Tasmania juga mengalami kemusnahan alam sekitar akibat industri pembalakan. Inilah kenyataan yang harus dijawab dan dihuraikan oleh para penyokong Ta Ann. Kenapakah mereka masih membantah iklan yang menentang rasuah pembalakan yang melanda negeri mereka sendiri?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments