24 Oct 2011

Belanda Membantah Pensijilan Kayu-Kayan Malaysia!

This post is also available in: English, Iban

Rakan-rakan niaga Taib di luar negara diketahui bersungguh-sungguh mengharumkan nama Sarawak berkenaan dengan kegiatan pembalakan dari hutan, dan juga program-program penghutanan semulanya.
Hanya pada minggu lalu Ketua Eksekutif Ta Ann Tasmania, David Ridley telah dipetik menafikan sebuah laporan yang mengatakan bahan kayu jenis “eco-wood” keluaran Ta Ann adalah suatu pembohongan.
David Ridley begitu yakin bahawa di Sarawak, Ta Ann menebang hutan yang pernah ditebang lebih dari sekali oleh Taib dan saudara-maranya. Menurut Ridley lagi, jika penebangan dilakukan tanpa henti, ianya tidah menimbulkan sebarang masalah.
Kami pernah menunjukkan laporan mengenai 30% pegangan saham dalam Grand Perfect, iaitu sebuah syarikat yang mengendalikan projek penghutanan semula yang terbesar di rantau Asia, telah menjejaskan tanah-tanah adat kaum asli yang terbesar juga. Mungkin David Ridley dapat memberitahu kita berapakah luasnya kebun akasia yang dikendalikan bosnya, Hamed Sepawi, sama ada kendalian itu dilakukan menerusi Ta Ann atau Grand Perfect?
Kita harus menerima hakikat bahawa bukti yang mengatakan terdapat seluas 5% hutan dara yang ada di Sarawak, dan pembalak yang bekerja untuk Taib sentiasa membuli kaum Penan yang mendirikan bloked sebagai usaha menghalang kemaraan syarikat-syarikat pembalakan memasuki kawasan mereka. Jika kita perhatikan dari kata-kata Ridley itu, Ta Ann kini sememangnya memiliki KESEMUA kawasan hutan di seluruh Sarawak!
Paul Harriss dengan hubungan antara Tasmania dan Sarawak
Dalam ‘pemerhatian’ sebagai mewakili Ta Ann, David Ridley pernah mempelawa seorang ahli parlimen bebas Tasmania dari kawasan pilihanraya Huon Valley, iaitu Paul Harriss, melawat Sarawak sambil memberikan penerangan mengenai kata-kata pujian kepada Ta Ann di Sarawak.
Paul Harriss diketahui datang ke Sarawak lebih dari tiga kali. Pada tahun lalu dia datang ke Sarawak bersama-sama David Ridley yang melawat sebuah dari kilang-kilang Ta Ann.
Akhbar tempatan Sarawak, The Borneo Post (yang diawasi oleh Taib) melaporkan lawatan Harriss adalah “suatu lawatan misi Kerajaan Tasmania”! Tetapi di negaranya sendiri, Harriss mengakui bahawa lawatannya ke Sarawak adalah cuti sahaja dan semua kos penerbangannya ditanggungnya sendiri!
Dalam lawatannya itu Harriss pernah diambil gambar oleh The Borneo Post ketika dia sedang berbual-bual dengan dua orang kuat Taib, iaitu Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Len Talif Salleh dan juga Menteri Sumber Asli Sarawak Awang Tengah Ali Hassan. Tidak lama kemudian, Awang Tengah pula diketahui mengadakah lawatan balas ke Tasmania kerana memeterai perjanjian dengan Hydro-Tasmania yang membina banyak empangan hidro-elektrik di Sarawak.
Laporan dalam The Borneo Post amat ketara berbeza di antara kata-kata pujian Harriss kepada Ta Ann yang membantah kumpulan NGO yang cintakan kesejahteraan Alam sekitar. Kumpulan itu telah membidas kesahihan ciri-ciri “eco-wood” yang dipromosikan oleh Ta Ann.
Sarawak Report ingin mendapatkan pengesahan dari Harriss sendiri, sama ada lawatanya ke Sarawak itu ditanggungnya sendiri, ataupun lawatan itu adalah lawatan atas tugas rasmi, seperti mana dilaporkan oleh The Borneo Post? Jika lawatan itu adalah suatu percutian, wajarkah dia menghadiri suatu upacara rasmi kerajaan di Sarawak?
Sementara para pengunjung dan pembaca kami menunggu jawapan dari Harriss mengenai kunjungannya ke Sarawak, Sarawak Report boleh mengandaikan dan mengesahkan bahawa kunjungan itu sememangnya berkait rapat dengan misi perniagaan peribadi di samping ingin membersihkan nama Ta Ann, bukannya lawatan rasmi.

24 Oct 2011

DEUTSCHE BANK DIKUTUK SEMENTARA TEKANAN KE ATAS RAKAN-RAKAN NIAGA TAIB DI LUAR NEGARA DITINGKATKAN

This post is also available in: English, Iban

Siasatan dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud telah menampakkan sedikit kemajuan mengenai perniagaannya di luar negara.
Golongan yang mengikuti kempen anti-penipuan wang kini telah meminta kerajaan Jerman membekukan semua harta kekayaan Taib yang disimpan di dalam Deutsche Bank. Tindakan ini meneladani suatu tindakan kerajaan Swiss yang dikatakan akan menyiasat semua kekayaan Taib di negara itu.
Pada suatu dialog bersama para pemberita terdapat tiga badan NGO Eropah telah menunjukkan banyak bukti mengenai perjanjian niaga antara syarikat-syarikat Taib sekeluarga dengan Deutsche Bank yang bernilai berjuta-juta. Sehingga laporan ini diterbitkan, Ketua Menteri Sarawak masih tidah dapat memberikan jawapan berserta bukti yang sahih bagaimana dan dari mana beliau sekeluarga memperolehi kekayaan sebanyak itu.
Kini Sarawak Report juga boleh memberikan bukti mengenai hubungan niaga antara Deutsche Bank yang mengendalikan kekayaan Taib sekeluarga di US, menerusi sebuah syarikat yang bernama SOGO Holdings Limited yang beribu-pejabat di pulai Jersey.
We can now demonstrate that these assets were in turn placed under the control of an offshore holding company, which is managed by Deustche Bank in Jersey.
Dalam laporan-laporan kami yang terdahulu kami pernah menunjukkan bukti bagai mana Taib sendiri, bersama-sama dua orang anak lelakinya, anak perempuan sulungnya dan dua orang saudara lelakinya pernah disenaraikan sebagai ahli-ahli lembaga pengarah dan pemegang saham-saham dalam syarikat mereka Sakti International. Syarikat mereka itu dikendalikan oleh menantu Taib, iaitu Sean Murray.
Dia antara dokumen-dokumen yang pernah didedahkan kepada Sarawak oleh mendiang Ross Boyert, yang telah mati secara misteri, yang sebelum itu pernah menjadi pengurus kepada syarikat Sakti, bagai mana rupa struktur organisasi yang mengendalikan harta kekayaan mereka itu. Dalam surat Boyert yang diutuskannya kepada Ketua Menteri Sarawak itu, dia pernah menyenaraikan segala-gala maklumat syarikat yang diterimanya dari menantu Ketua Menteri itu, ketika Boyert menghadiri temuduga untuk bekerja dengan mereka.
Semua dokumen itu mengesahkan Rahman Sulaiman Taib yang selaku Presiden syarikat Sakti, juga mempunyai kaitan dengan pemindahan pemilikan kepada SOGO Holdings Limited.
Mendiang Ross Boyert juga pernah memberitahu Sarawak Report tentang sebuah peta minda yang dilukis oleh Sulaiman sendiri, bagaimana Sakti akan dipindahkan pemilikannya ke sebuah syarikat di luar negara. Peta itu mengambarkan dengan terperinci apakah bank yang telah dipilih untuk mengendalikan semua harta.
Dakwaan Ross Boyert pada tahun 2007 kerana beliau diberhentikan bekerja, telah pun didepositkan di Mahkamah Tinggi California, untuk menentang Taib sekeluarga.
Dalam dokumen-dokumen yang mereka hantar kepada Chancellor negara Jerman minggu lalu, tiga kumpulan NGO telah menyenaraikan pelbagai hubungan perniagaan yang diujudkan antara Deutsche Bank dan keluarga Taib.
K & N Kenanga Holdings, sebuah syarikat permodalan yang terbesar dengan Deutsche Bank Asia, dan syarikat CMS milik Taib sekeluarga yang mencecah nilai sehingga RM611 juta dan aset-aset bernilai RM2.4 juta. Syarikat Kenanga Deutsche Futures pula ada aset bernilai RM387 juta.
Kumpulan-kumpulan NGO itu juga mendedahkan bagai mana syarikat-syarikat Kenang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari CMS dan Deutsche Bank. Ketua Pengurusan Kewangan CMS, Richard Curtis, menantu Taib iaitu Syed Ahmad Alwee Asree yang turut bersama dalam K & N kenanga Holdings. Turut bersama juga adalah Raymond Yeoh Cheng Seong yang selaku Ketua Operasi Deutsche Bank di Malaysia.
Profail Raymond Yeoh yang dipaparkan dalam majalah Business Week menunjukkan bahawa dia mempunyai jaringan perniagaan tidak kurang dari 37 buah bersama Syed Ahmad, manakala 25 buah pula merupakan jaringan dengan Richard Curtis. Kumpulan-kumpulan NGO berkenaan ingin tahu, berlandaskan undang-undang perdagang antarabangsa, bagai mana Deutsche Bank boleh mewujudkan hubungan dagang dengan sekumpulan orang sekeluarga yang memperolehi kekayaan yang tidak wajar?
Taib telah menerangkan bagai mana beliau akan menjelaskan tentang siasatan yang akan dijalankan oleh SPRM mengenai kegiatannya. Untuk memuaskan hati pihak-pihak yang mengkritiknya, beliau harus menjelaskan bagai mana beliau dan ahli-ahli keluarganya memperolehi kekayaan dengan hanya bermodalkan gaji menterinya belandaskan undang-undang negerinya.

21 Oct 2011

PENYANGAK ALAM SEKITAR

This post is also available in: English, Iban

Kini Sarawak Report dapat menunjukkan hubungan rahsia di antara industri pembalakan dari Tasmania dengan sepupu Ketua Menteri Sarawak, iaitu Hamed Sepawi. Hubungan mereka bukan hanya mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar di Tasmania, malah ianya juga berlaku di Borneo, di mana banyak projek hidro-elektrik akan terus dibina. Kami dapat memberikan bukti-bukti mengenai perjanjian-perjanjian yang dimeterai itu. Di samping itu juga projek-projek itu akan membenarkan semua hutan di bahagian hulu empangan ditebang.
Hamed Sepawi merupakan pemegang saham terbanyak dan juga selaku Pengerusi Eksekutif syarikatnya yang menebang hutan-hutan, Tan Ann, telah dipelawa masuk ke Tasmania dalam tahun 2005 dengan sabsidi yang begitu banyak, dibiayai oleh kerajaan Australia. Namun Ta Ann tidak memberikan keuntungan ketara kepada Australia, hanyalah kerugian yang besar, iaitu kerosakan dan kemusnahan alam sekitar Tasmania.
Walaupun masalahnya telah menimpa alam sekitar mereka sendiri, tetapi para menteri di Tasmania masih ada yang menyokong industri berkenaan, dibelengu kesalahan rasuah, dan enggan pedulikan rintihan orang lain yang ditimpa kemusnahan alam sekitar dan ancaman yang berlaku di Sarawak setelah diekploitasi oleh sebuah keluarga yang dahagakan kekayaan.
Siapakah penyangak alam sekitar sebenarnya?
Sarawak Report ingin tahu kesesuaian nama orang-orang yang menjadi penyangak alam sekitar.
Jika nama itu digunakan untuk menggelar sekumpulan orang yang mengadakan kempen mencintai alam sekitar, yang sifat mereka menakut-nakutkan masyarakat menggunakan senjata-senjata merbahaya, maka pelik juga hakikatnya.
Tetapi jika nama gelaran itu digunakan ke atas sebuah kuasa yang digunakan untuk mengekploitasi keharmonian alam sekitar yang akan menguntungkan sekumpulan kecil orang, sudah tentunya nama itu amat tepat.
Kini Ta Ann sudah jelas mempunyai kaitan dengan kerosakan alam sekitar, yang memberikan sedikit keuntungan kepada industri hidro-elektrik yang diketuai oleh David Crean yang pernah juga menjadi menteri di Tasmania. Pada tahun lalu, Entura, iaitu anak syarikat Hydro-Tasmania telah memeterai perjanjian membina tiga buah empangan hidro-elektrik di Sarawak, seperti yang telah dirancangkan oleh Ketua Menteri membina 12 buah empangan berharga tinggi di seluruh bumi Sarawak dalam masa beberapa tahun akan datang!
Empangan Bakun yang baru siap, yang merupakan empangan kedua tertinggi di dunia, belum tentunya akan memberikan pulangan yang lumayan kepada negeri Sarawak, walaupun pembinaannya menggunakan wang dari tabung pesara sebanyak berbilion-bilion dollar. Apa yang pastinya ketara nanti adalah hasil dari jualan tenaga elektrik akan menguntungkan Taib sekeluarga. Malah syarikat mereka, CMS, merupakan sebuah syarikat yang memonopli pengeluaran simen di Sarawak, dan semua lesen akan melalui meja pejabatnya.
Kini, sekali lagi Sarawak Report boleh menunjukkan bukti-bukti wujudnya hubungan antara projek membina empangan untuk Taib dengan Hydro-Tasmania. Pengarah Projek di Murum, iaitu Andrew Pattle, sememangnya datang dari Hydro-Tasmania dalam bulan Mei 2010. Sebenarnya projek empangan Hidro telah dimulakan oleh Sino-Hydro dari China, dalam masa dua tahun, secara berahsia, sehingga ke suatu ketika rahsianya terbongkar semasa suatu seminar yang dikelola oleh syarikat itu. Kini projek berkenaan dikendalikan sebagai sebahagian dari projek SCORE yang mempunyai khidmat nasihat yang agak kurang berkesan. Penilaian EIA yang dijalankan ke atas projek itu juga hanya dibincangkan oleh sebuah jawatankuasa yang berpengerusikan ketua Menteri sendiri!
Sarawak Report merasakan rakyat Sarawak harus mengetahui dengan terperinci segala perkara yang berkaitan dengan projek hidro-elektrik, walaupun ianya diketahui mengganggu kesejahteraan manusia dan alam sekitar.
Kami memohon penerangan yang sempurna dan tepat, kerana jika projek itu sememangnya tidak selamat dibina dan digunakan nanti, maka layaklah mereka yang terlibat dengan pembinaannya digelar penyangak alam sekitar!

18 Oct 2011

KAUM PENAN – BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMPERTAHANKAN PERSEKITARAN MEREKA [SEBUAH TRIBUT FILEM]

This post is also available in: English, Iban

Kaum Penan merupakan suatu kaum yang unik yang mendiami hutan Sarawak. Kaum-kaum lain telah menetap di kawasan-kawasan penempatan di kawasan pedalaman sejak beratus-ratus tahun dahulu, tetapi kaum Penan terus dengan kehidupan berpindah-randah mereka.
With just a few possessions, easily carried on their backs, they have had nothing to lose but the jungle they live from. Which is why they are the community that has fought hardest and longest to prevent its destruction by greedy and relentless logging.
Dengan memiliki kelengkapan hidup yang ringkas dan sederhana, mereka tidak akan risau jika mereka kehilangan satu-dua jenis barangan mereka itu, tetapi mereka lebih menghargai dan menghayati hutan rimba tempat mereka bergantung hidup. Maka itulah sebabnya mereka bersungguh-sungguh mempertahankan kawasan mereka dari diceroboh oleh syarikat-syarikat pembalakan yang rakus dan kasar.
Namun kita tidak seharusnya mengatakan kaum Penan adalah kaum yang mundur dan ketinggalan dari arus pembangunan. Sesiapa di kalangan kita yang masih befikiran sempit seperti itu, akan melihat kehidupan ini seharusnya berajakan wang ringgit semata-mata.
Kaum Penan mengetahui nilai tinggi hutan belantara Borneo, sebuah hutan tertua di dunia ini. Jika Taib tidak begitu tamak dan haloba, terlalu dahagakan kekayaan, beliau sudah lama telah mengambil kira khazanah hutan yang bernilai tinggi sebagai sumber ubat-ubatan, DNA, pelancongan, penyelidikan saintifik yang tersimpan di dalam hutan belantara Sarawak itu.
Taib telah mengubah lanskap hutan belantara yang telah diranapkannya menjadi sebuah kawasan tanaman untuk sejenis pokok sahaja. Ini telah menyebabkan hakisan tanah yang sangat buruk dan jika tidak dikawal, akan wujud padang pasir di negeri Sarawak suatu hari nanti. Malah Taib telah mengganggu apa yang dikatakan sebagai ‘paru-paru dunia’, iaitu kawasan hutan yang menjadi penyerap karbon dioksida yang amat merbahaya, dan seterusnya menyumbang kepada Pemanasan Global.
Kaum Penan amat faham mengenai perkara ini, walaupun tidak ramai di kalangan mereka yang berpeluang bersekolah, dan mereka tetap akrab dengan persekitaran sedemikian, termasuk segala kehidupan dan tumbuhan di dalamnya. Atau, mungkin Taib memang sengaja enggan memahami, atau beliau telah menjadi pekak dan rabun dek wang ringgit.
Kaum Penan tidak mudah menyerah diri
Sehingga kini kaum Penan tetap mempertahankan persekitaran mereka walaupun banyak tempat mereka telah dieksploitasi oleh Taib dan samseng upahannya.
Taib enggan menghormati kaum Penan walau sekecil manapun, atau mengagihkan mereka kawasan penempatan yang selesa. Rakan-rakan menterinya pula sering dirakamkan sebagai berkata bahawa kawasan-kawasan hutan harus ditebang. Inilah yang boleh dijadikan bukti untuk menuduh Taib melakukan pembersihan etnik suatu masa nanti.
Perkara yang boleh membuat kita terkejut adalah keangkuhan orang tua itu telah mengenepikan tanggungjawapnya sebagai Ketua Menteri Sarawak yang bekerja berlandaskan undang-undang yang harus dikuatkuasakan seadil-adilnya bagi melindungi rakyatnya dari diancam oleh mana-mana pihak. Kini begitu banyak laporan mengenai kes-kes cabul kehormatan yang mengganggu kaum minority ini, tetapi Taib tidak sedikit pun menghiraukannya.
Seperti kebiasaannya, pasukan polis sememangnya diarahkan untuk tidak menghiraukan sebarang laporan yang dibuat berkenaan dengan kekasaran yang dilakukan oleh taukey-taukey balak dan samseng-samseng mereka – yang berkongsi perniagaan dengan Taib Mahmud.
Selama lebih 30 tahun Taib memperolehi kekayaan dari menebang hutan-hutan belantara di Sarawak, tetapi kaum Penan tetap tidak mendapat sebarang faedah, walaupun Ketua Menteri Sarawak itu sentiasa mendendangkan lagu pembangunannya.
Selama ini Taib tidak menunjukkan kesungguhannya untuk membuat kad-kad pengenalan atau sijil-sijil lahir untuk kaum Penan, agar mereka dapat menjalani kahidupan seperti warga negara yang lainnya. Terdapat sebilangan kecil sahaja kaum Penan yang ada hak untuk mengundi, itupun diheboh-hebohkan oleh Taib dan menteri-menterinya, suatu perkara yang tidak perlu dibanggakan sangat.
Taib memang tahu bahawa kaum Penan tetap tidak akan menyokongnya dalam mana-mana pilihanraya, sebab itulah beliau mengatakan bahawa kaum Penan lah yang menjauhkan diri mereka dari kerajaan tadbirannya, termasuk pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran yang ingin membuat kad pengenalan atau sijil kelahiran untuk mereka.
Tetapi jika mencari pokok-pokok hutan untuk ditebang, Taib dan pembalaknya tidak menghadapi sebarang kesukaran, berbanding mencari kaum Penan yang tinggal dalam hutan.
Diharapkan filem ini akan memberikan keterangan mengenai usaha kaum Penan yang sedang bersungguh-sungguh mempertahankan kehidupan mereka dan juga sebagai membuktikan berita-berita yang disiarkan dalam Sarawak Report selama ini.

14 Oct 2011

SELAMAT JALAN SARAWAK REPORTS!

This post is also available in: English, Iban

‘Kempen Peperangan Cyber’ biayaan Taib Mahmud yang bernilai $5 juta setahun telah dihentikan dengan dibelengu rasa malu, apabila laman web ‘Sarawak Reports’ didapati berkubur begitu sahaja.
Sarawak Reports merupakah sebahagian dari jaringan laman-laman web yang bercirikan kekasaran dan ganas, ditubuhkan di UK yang direka oleh pertubuhan FBC Media, sengaja disewa khas untuk menyerang laman web Sarawak Report, dan juga untuk menjatuhkan ketua pembakang Anwar Ibrahim.
Dengan menggunakan nama yang hampir serupa dengan nama kami, FBC Media memang percaya mereka dapat mengelirukan pemahaman para pembaca supaya membaca dan memahami propaganda pro-Taib, dari membaca berbagai-bagai hasil siasatan kami ke atas kerajaan 30 tahun diperintah oleh Taib.
Namun, pembaca akan mendapat sedikit keterangan atau kebenaran dari laman web yang tinggi kos pengendaliannya. Laman web berkenaan diketahui tidak berani memaparkan sebarang komen pembaca pada sebarang berita atau artikel yang mereka terbitkan, yang boleh kita katakan sebagai artikel yang mengada-adakan puji-pujian ke atas dasar pembangunan Taib secara berlebih-lebihan.
Laman web berkenaan juga mempunyai bahagian yang kekal dikhaskan untuk menyerang Editor Sarawak Report dan ahli-ahli keluarganya.
Terhentinya kempen perang cyber diikuti terdedahnya FBC Media
Setelah Sarawak Report melakukan siasatan yang terperinci, semua keterangan yang disembunyikan di sebalik skandal itu pun didedahkan. Kami telah memaparkan bagaimana FBC Media telah mengupah sekumpulan blogger dari Republican di US untuk menulis beberapa siri artikel bersifat serangan dalam satu laman web yang tidak berbiaya, New Ledger.
Semua artikel, yang tidak ramai orang Amerika mengetahuinya, seterusnya dikeluarkan semula dalam laman web Sarawak Reports supaya kelihatan sebagai mewakili pandangan di US.
Pembohongan yang kami temui adalah kempen yang serupa digunakan untuk menyerang Anwar Ibrahim, dan pada kali ini ianya dibiayai oleh Perdana Menteri sendiri, Najib Razak!
Artikel bohong dan fitnah mengenai Anwar, yang ditulis untuk New Ledger di US, juga dikeluarkan semula di sebuah blog yang bernama Malaysia Watcher. Hanya pada minggu lalu sahaja Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa pejabatnya telah membelanjakan kos sebanyak RM84 juta untuk kempen-kempen yang dikendalikan oleh FBC Media dalam tempoh tiga tahun sahaja!
Setelah kami menyiarkan semua keterangan mengenai blog-blog berkenaan pada pertengahan Julai yang lalu, blog New Ledger berhenti mengeluarkan berita-berita mengenai Malaysia, Sarawak Report atau Anwar Ibrahim. Dalam bulan Jun, terdapat separuh dari cerita yang ditulis itu dikhaskan untuk laman-laman web di US mengandungi serangan-serangan terhadap Anwar Ibrahim dan laman Sarawak Report ini, yang kemudiannya diterbitkan semula dalam laman Malaysia Watcher dan Sarawak Reports!
Tambahan pula, pembohongan yang dilakukan oleh Najib dan Taib yang diterbitkan dari FBC Media juga diterbitkan dalam siaran-siaran TV yang memaparkan dasar-dasar BN sebagaimana ditayangkan menerusi syarikat-syarikat TV terkemuka seperti BBC dan CNBC.
FBC Media mempunyai beberapa buah kontrak yang membenarkan mereka menerbitkan berita berbentuk iklan yang dikhaskan untuk orang-orang politik yang sanggup berbelanja besar, termasuk Malaysia dan industri kelapa sawit.
Sarawak Report berpeluang memperolehi salinan-salinan kontrak antara Pengerusi FBC Media, Alan Friedman dengan Abdul Taib Mahmud, di mana Ketua Menteri itu telah dijanjikan beberapa siri berita untuk beliau membersihkan namanya berteraskan dasar hak asasi kemanusiaan dan alam sekitar.
Salah sebuah dari filem-filem berkenaan, yang telah ditayangkan dalam sebuah rancangan CNBC (terbitan FBC Media), mengakui terdapat 80% hutan dara di Sarawak belum dieksploitasi oleh syarikat-syarikat pembalakan dan ladang-ladang kelapa sawit Taib Mahmud.
Setelah Sarawak Report mendedahkan skandal berkenaan, kedua-dua BBC World dan CNBC menamatkan kontrak-kontrak mereka dengan FBC Media, malah siasatan ke atas mereka kini sedang dijalankan.
Para penguatkuasa undang-undang penerbitan dan penyiaran, Ofcom, juga menjalankan siasatan yang terperinci bagai mana ahli-ahli politik seperti Najib dan Taib sanggup mengeluarkan berjuta-juta ringgit wang pembayar cukai untuk membiayai rancangan berpropaganda untuk kepentingan diri mereka.
Oleh yang demikian, skandal FBC Media bukan hanya telah mengecewakan kempen perang cyber Taib, malah ianya juga telah menggagalkan strategi serangan global yang dibiayainya berjuta-juta ringgit menggunakan wang para pembayar cukainya.
Najib juga menggunakan strategi yang serupa menerusi stesen-stesen TV terkemuka dunia, semuanya dibiayai menggunakan wang rakyat!
Kini Sarawak Report dan media-media berita di UK dan US sedang menunggu laporan dari Ofcom, BBC dan CNBC berkaitan skandal-skandal berkenaan.
Selain itu, CNN juga dijadikan bahan perhatian berkaitan skandal ini. Kerana CNN juga didapati pernah menyiarkan program-program yang menayangkan Najib dan orang-orang tertentu yang membiayai FBC Media, ketika Presiden FBC Media, John Defterios sedang mengendalikan beberapa buah rancangan CNN.
CNN didapati mengakui belum bersedia menjalankan siasatan ke atas rancangan yang diterbitkan oleh FBC Media yang dibiayai oleh orang-orang tertentu, atau yang ada kaitan dengan John Defterios, kerana menurutnya dia telah berhenti bekerja dengan FBC Media sebagai penerbit dalam bulan Mac.
Sebenarnya rekod-rekod kami menunjukkan John Defterios belum berhenti sehingga 4 hari SELEPAS kami mendedahkan skandal FBC dalam Sarawak Report! Dalam tempoh tiga minggu sebelum itu, John telah mengeluarkan rancangan temubual bersama Najib, yang penuh kontroversi di CNN, menayangkan bagaimana layanan Najib terhadap perhimpunan Bersih.
Pada undang-undang penyiaran di US, sebarang konflik kepentingan harus diisytiharkan terlebih dahulu, sama ada atau tidak ahli yang berkepentingan dengan pasukan pengeluar diikat oleh kontrak atau kakitangannya. Maka dengan itu blog Sarawak Reports sedang melaporkan CNN kepada Ofcom kerana enggan menjalankan siasatan ke atas kesalahan rasuah salah seorang pegawai tertinggi mereka itu.
Belum lagi selesai
Strategi serangan yang dibiayai Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak mungkin menemui kegagalannya, malah laman-laman web penyerang seperti Sarawak Reports dan Malaysia Watcher mungkin juga telah ‘meletakkan senjata’ mereka. Blog New Ledger pula mungkin telah bertukar arah serangan dan menghalakan serangannya terhadap ahli-ahli Democrats di US, iaitu tidak lagi dihalakan ke arah orang-orang yang berfahaman liberal di Malaysia, tetapi, masih banyak lagi cerita yang berkaitan akan kita ketahui nanti.
Dengan berbekalkan wang para pembayar cukai, Taib dan Najib dijangka akan mengatur hempasan gelombang kedua serangan media yang ditujukan kepada mana-mana individu atau blog yang ingin membongkar segala cerita mengenai kesalahan rasuah orang-orang politik di Malaysia.
Tetapi mereka hanya berpeluang membazirkan wang rakyat yang amat banyak jumlahnya seperti dahulunya, kerana jika kebenaran terselah, maka sukarlah ianya disembunyikan lagi.

  • babai yung

    semua orang bawahan taib mahmud termasuk taib sendiri will be end at pru13 nanti…percayalah….

  • kuyok

    Tumbang magang BN di melaya din, nya bru bn sarawak nyadi pembankang ngau taib sekali. kesih taib jadi tuai pembankang di malaysia.

12 Oct 2011

TAIB BERUNDUR DARI BARAM!

This post is also available in: English, Iban

Bantahan terhadap pembinaan empangan hidro-elektrik Baram menggunakan proses undang-undang menampakkan kejayaan. Kerana pembinaan empangan itu pastinya akan mengganggu serta merosakkan alam sekitar di kawasan itu. Jika Taib tetap meneruskan niatnya untuk membina empangan itu, maka usaha untuk memenangi pilihanraya di kawasan itu akan terjejas.
Orang tua itu percaya bahawa beliau dapat mengelakkan bantahan dan soalan pihak-pihak tertentu mengenai projek itu dengan menjawab menggunakan frasa “ditangguhkan”!
Tetapi jangan tertipu
Janganlah kita percaya bahawa perkara itu dihentikan begitu sahaja. Taib dan rakan-rakannya dalam BN tetap mempunyai niat yang tidak baik. Mereka tahu, jika perancangan mereka diteruskan, maka BN akan kalah di kawasan itu kerana mereka juga tahu bahawa sokongan terhadap pembangkan di kawasan itu semakin bertambah kuat.
Menurut mereka, jika BN menang di kawasan itu nanti, mereka mempunyai tempoh masa lima tahun yang mencukupi untuk melaksanakan perancangan mereka untuk meneruskan SCORE. Tambahan pula, projek pembinaan empangan hidro elektrik Baram akan diteruskan.
So, at every point in this election campaign Taib should be asked why the Baram Dam has not been CANCELLED instead of postponed!
Ketika berkempen nanti para pengundi patut menyoal Taib kenapakah projek hidro Baram tidak DIBATALKAN sepenuhnya, tetapi hanya ditangguhkan!
Kesemua 20,000 orang kaum Kenyah, Kelabit dan Penan yang terjejas akibat projek berkenaan seharusnya bangkit untuk menentang. Mereka sudah ada bukti bahawa Taib tetap akan mengusir mereka dari kawasan kelahiran mereka itu (malah hutan tempat mereka bergantung hidup telah pun diranapkannya).
Orang-orang di Baram harus belajar dari nasib malang yang telah menimpa mereka yang di Bakun, dijanjikan pekerjaan yang sempurna berpendapatan lumayan, kehidupan yang selesa, kehidupan yang baru sebagai ganti pada kawasan mereka yang telah dimusnahkan oleh ‘pembangunan’.
Tetapi mereka telah dipindahkan dan ditempatkan semula di Sungai Asap, di mana mereka menghadapi kesukaran hidup, dengan kurangnya kemudahan pelajaran dan kesihatan.
Mereka telah dijanjikan bekalan air bersih dan elektrik percuma dari empangan hidro elektrik Bakun, tetapi kini janji-janji manis itu bohong belaka. Ramai di kalangan mereka telah diputuskan bekalan air dan elektrik kerana tidak lagi mampu menjelaskan bil-bil bulanan mereka, kerana pekerjaan mereka yang tidak terjamin sebagai mana dijanjikan dahulu.
Empangan hidro elektrik Baleh juga akan menjejaskan beribu-ribu orang yang menghuni di sepanjang sungai Baleh. Tetapi, jika projek itu diteruskan, ianya pasti akan menjejaskan kemenangan BN di situ juga.
Sebagai mana telah diketahui, tiada satupun empangan hidro elektrik mendatangkan kebaikan kepada mereka yang telah terjejas tempat pencarian hidup mereka. Negeri ini sudah mempunyai bekalan tenaga elektrik yang mencukupi setelah empangan Bakun siap dibina.
Taib sebagai penentu projek yang dirancangnya sendiri
Kini Taib dilihat sebagai penentu segala projek yang dirancangnya. Beliau Ketua Menteri juga melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan dan Perancangan Sumber. Beliau juga melantik dirinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar yang seterusnya bertanggunjawab meluluskan Penilaian Kesan Pembangunan Terhadap Alam Sekitar (EIA) bagi projek-projek yang dirancangnya!
Hasrat Taib untuk menjadikan Sarawak sebagai mesin wangnya sendiri. Beliau telah meranapkan semua kawasan hutan dan menukarnya menjadi ladang-ladang kelapa sawit. Kini dia ingin mengubah semua sungai yang telah tercemar itu menjadi sumber bekalan tenaga hidro elektrik.
Taib tahu banyak negara di dunia ini memerlukan kuasa elektrik untuk meleburkan aluminium, dan kerja-kerja peleburan aluminium itu bukanlah sesuatu yang digemari kerana kesan pencemaran dan kemudaratannya terhadap manusia amatlah serius. Tetapi Taib tidak sedikit pun ambil peduli. Beliau terus mencari pelabur-pelabur luar untuk menanam modal di negeri Sarawak dan seterusnya mencemarkan alam sekitar Sarawak, yang pada suatu ketika dahulu sebuah negeri yang bersih.
Kini ramai penduduk di Mukah sedang menghadapi masalah kesihatan akibat aktiviti kilang peleburan aluminium. Penduduk lain di Sarawak haruslah berfikir, sama ada memberi ruang dan laluan kepada Taib untuk meneruskan niatnya untuk menambahkan kekayaannya tetapi mendatangkan masalah kepada orang ramai.

10 Oct 2011

‘KEBENARAN DALAM IKLAN – TA ANN DIDEDAHKAN!

This post is also available in: English, Iban

Pada minggu lalu Ta Ann telah menuduh The Green Party di Tasmania kerana memaparkan iklan yang bohong mengenai kegiatan pembalakan haram di negeri Sarawak.
Tetapi kini iklan-iklan yang mempromosikan bahan dari “eco-wood” Ta Ann di Tasmania pula telah ditentang oleh syarikat itu sendiri.
Pada suatu laporan yang dikeluarkan di Huon Valley Environment Center di Tasmania, Ta Ann telah dikatakan sebagai hipokritik dan berpura-pura. Lebih 50 muka surat laporan itu telah mendedahkan bagaimana Ta Ann membuat keputusan mereka untuk melabur di Tasmania, mendakwa mereka akan mengusahakan hutan tanam semula, tetapi mereka diketahui menebang hutan semula jadi.
Kenapa Tasmania?
Pengerusi Ta Ann, Hamed Sepawi sendiri telah mengakui bahawa dalam tahun 2006, negeri Sarawak telah kehabisan kayu yang bernilai tinggi kerana telah ditebang tanpa sebarang kawalan dalam masa 30 tahun. Ini adalah restu dari Ketua Menteri yang juga sepupu kepada Hamed.
Australia telah mendapat pujian yang kurang kerana menebang kayu di hutan tanam semula, bukan seperti di Sarawak, di mana mereka menebang hutan semula jadi sesuka hati tanpa sebarang kawalan, yang akhirnya meranapkan hampir keseluruhan kawasan hutan di kepulauan Borneo.
Tinjauan ke arah Tasmania yang menjadi sumber bekalan kayu bagi Ta Ann telah menyebabkan beberapa pihak risau. Hasil siasatan telah menemui Ta Ann bukannya menebang kayu hutan tranam semula, tetapi kayu dari hutan semula jadi Tasmania. Banyak spesis tumbuhan dan hidupan liar telah terganggu apabila habitat mereka dimusnahkan. Ini merangkumi habitat helang Wedged Tail, Tasmanian Devil, the Quoll, dan banyak lagi. Ta Ann belum pernah mengusahakan kayu dari hutan tanam semula untuk mengeluarkan papan lapis.
Bohong!
Ta Ann telah didapati berbohong apabila mereka mendakwa yang mereka menebang kayu dari hutan tanam semula.
Hamed Sepawi pernah dipetik oleh akhbar The Examiner sebagai berkata, syarikatnya tetap menebang pokok hutan tanam semula. Ta Ann juga mengakui kenyataan itu dalam laman web mereka.
Para pengkritik industri pembalakan sentiasa mengatakan bahawa Ta Ann berbohong apabila mereka kata mereka menebang pokok hutan tanam semula. Ahli parlimen Green Party, Paul O’Halloran, menjelaskan kepada Sarawak Report, mengusahakan pokok hutan tanam semula melibatkan perbelanjaan yang sangat besar berbanding menebang pokok dari hutan semula jadi. Kenapa tidaknya, pokok dari hutan semula jadi boleh diperolehi secara ‘percuma’.
Paul tetap percaya kenapa Ta Ann beria-ia benar untuk menebang pokok di kawasan hutan semula jadi di Tasmania, dan bukannya menebang pokok di hutan tanam semula ketika mereka memasuki Tasmania dalam tahun 2006 dahulu.
Semasa menyangkal tuduhan itu, Pengarah bagi Ta Ann, David Ridley, memberitahu Sarawak Report bahawa mereka tidak pernah menyentuh pokok-pokok hutan semula jadi di Tasmania kerana menurutnya, pokok-pokok di hutan semula jadi adalah terlalu besar untuk mesin-mesin mereka.
David Ridley berjanji akan memberikan kenyataan selanjutnya tetapi sehingga kini perkara itu belum dilakukan lagi. Siasatan Sarawak Report mendapati Ta Ann telah menebang pokok-pokok di hutan semula jadi dengan alasan untuk membina laluan bagi mendapatkan pokok-pokok yang kecil-kecil. Pokok-pokok muda itu telah pun berusia lebih seratus tahun.
Perniagaan Taib
Ta Ann menyebut suatu perkara tetapi melakukan perkara yang lain, untuk mengelirukan pembeli di Jepun. Mereka telah mengeksploitasikan perkataan “eco-wood” dan didapati lebih 90% jualan mereka ke Jepun merupakan kayu dari Tasmania.
Iklan-iklan di Jepun
Kami ada satu persoalan, siapakah yang harus dipersalahkan setelah iklan-iklan mengenai kayu dari hutan tanam semula yang diekspot ke Jepun itu disahkan sebagai kayu dari hutan semula jadi?
Suatu perjanjian di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat Tasmania telah pun dimeterai di mana baki hutan semula jadi Tasmania akan dipampas bagi membolehkan 430,000 hektar hutan tersebut disimpan.
Perjanjian tersebut menghalang aktiviti penebangan pokok di hutan semula jadi, selagi pampasan belum dijelaskan sepenuhnya. Namun Jabatan Hutan Tasmania telah mengenepikan larangan dalam perjanjian itu, kerana ingin mendapat keuntungan dari perjanjian itu!
Ta Ann telah dibenarkan menebang pokok-pokok hutan semula jadi oleh Jabatan Hutan Tasmania sehingga tahun 2027, dan tempoh ini dipanjangkan sehingga 2047 (Kenapa penebangan sedemikian dilarang, jika pokok hutan semula jadi jauh lebih murah untuk diperolehi?). Itulah sebabnya Jabatan Hutan Tasmania tetap membenarkan penebangan pokok hutan semula jadi walaupun keputusan mereka ditentang oleh banyak pihak.
Kini, syarikat-syarikat Jepun yang membeli kayu dari Tasmania seharusnya mengenali. Kerana jika kayu itu sememangnya berstatus “eco-wood” maka para penggunanya harus diyakinkan. Pada hakikatnya, agak sukar untuk mendapatkan kayu hutan tanam semula berbanding menebang kayu hutan semula jadi, sebagai mana yang biasa diusahakan oleh Ta Ann.

10 Oct 2011

GREENPEACE BANGKIT MENYOKONG KEMPEN ANTI-KEKAYAAN TAIB!

This post is also available in: English, Iban

Cawangan Greenpeace di Australia yang terkenal telah bangkit dan menyokong kempen untuk menyiasat kekayaan Taib dan keluarganya di luar negara.
Ketua Greenpeace bagi Australia Pacific, Dr Linda Selvey, telah mengutuskan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, dengan mengatakan bahawa Greenpeace memberi sokongan kepada Yayasan Bruno Manser, PKR dan Sarawak Report untuk menyiasat kekayaan Taib dan keluarganya.
These include investments by Hamed Sepawi’s Ta Ann in a major logging concern in Tasmania, as well as numerous companies and properties owned by the Taibs, Taib’s brother in law, Robert Geneid, and related companies and assets.
Ini merangkumi pelaburan Ta Ann milik Hamed Sepawi yang pernah menyebabkan kerisauan di Tasmania, termasuk juga syarikat-syarikat milik ahli keluarga Taib yang lain.
Kempen menentang jenayah rasuah pembalakan kini kian menggesa banyak kerajaan di dunia memerhatikan Taib
Ketua pertubuhan Greenpeace telah menggesa Perdana Menteri Australia untuk mengarahkan pejabat Peguam Negara Australia menjalankan siasatan ke atas tingkahlaku dan kekayaan Taib sekeluarga berpandukan bukti-bukti dan siri-siri siasatan yang dijalankan oleh Yayasan Bruno Manser.
Kini Ta Ann telah dikenali dunia sebagai sebuah syarikat pembalakan perosak alam sekitar di Sarawak sendiri. Laporan dari Huon Valley Environment telah juga mengatakan kerajaan Australia sememangnya membiarkan Ta Ann mendatangkan kemusnahan hutan di Tasmania.
Perkara yang menghairankan adalah hutan yang ditebang itu diekspot ke negara Jepun di mana kayu itu dikenali sebagai “eco-wood”, kayu dari hutan tanam semula tanpa mengganggu hutan Australia.
Ahli-ahli politik yang menyokong kegiatan pembalakan pernah didengar mengeluarkan bantahan ke atas laporan, dan Ketua Ta Ann di Tasmania, David Ridley pernah juga mengakui menemui sekurang-kurangnya 50 kesilapan dalam laporan itu (yang belum diterbitkan).
Dengan kedudukan Hamed Sepawi selaku pengerusi Ta Ann, yang juga sepupu dan proksi kepada Taib, kesahihan kegiatan pembalakan pada undang-undang Tasmania amat meragukan. Selain dalam Ta Ann, Hamed Sepawi diketahui mengendalikan beberapa buah lagi syarikat di Sarawak yang berjaya mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit dari kontrak dan konsesi pembalakan.
Terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak yang juga selaku Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Sumber negeri.
Golongan yang menyokong kegiatan pembalakan pula membantah dan menyerang iklan yang berkaitan dengan laporan-laporan itu.
Rintihan para penyokong syarikat pembalakan
Pada mulanya mereka membantah dan menyerang iklan yang memanggil orang awam ke sidang media bersama editor Sarawak Report. Selepas itu mereka membantah sebuah lagi iklan mengenai perabut kayu yang dihasilkan oleh syarikat Ta Ann.
Akhbar Examiner pernah melaporkan Pengarah Negeri, Sam McQuestin telah menulis sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya Australia untuk menjalankan siasatan ke atas iklan berkenaan.
Suruhanjaya tersebut harus ingat, kerana kerajaan McQuestin yang mula-mula mengajak Ta Ann ke Australia dan memberikan subsidi bernilai $30 juta tetapi hanya memberikan peluang pekerjaan kepada kurang daripada 100 orang.
Setakat ini, syarikat Ta Ann Tasmania belum lagi memberikan sebarang keuntungan yang ketara kepada pembayar cukai Australia. Begitu juga, Jabatan Hutan Tasmania yang telah membenarkan Ta Ann membalak hutan mereka hanya dibayar paling minima. Sebenarnya Jabatan Hutan itu telah mengalami kerugian dari perjanjian yang mereka meterai dengan syarikat Ta Ann.
Kini Tasmania juga mengalami kemusnahan alam sekitar akibat industri pembalakan. Inilah kenyataan yang harus dijawab dan dihuraikan oleh para penyokong Ta Ann. Kenapakah mereka masih membantah iklan yang menentang rasuah pembalakan yang melanda negeri mereka sendiri?