KAUM PENAN – BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMPERTAHANKAN PERSEKITARAN MEREKA [SEBUAH TRIBUT FILEM]

Kaum Penan merupakan suatu kaum yang unik yang mendiami hutan Sarawak. Kaum-kaum lain telah menetap di kawasan-kawasan penempatan di kawasan pedalaman sejak beratus-ratus tahun dahulu, tetapi kaum Penan terus dengan kehidupan berpindah-randah mereka.
With just a few possessions, easily carried on their backs, they have had nothing to lose but the jungle they live from. Which is why they are the community that has fought hardest and longest to prevent its destruction by greedy and relentless logging.
Dengan memiliki kelengkapan hidup yang ringkas dan sederhana, mereka tidak akan risau jika mereka kehilangan satu-dua jenis barangan mereka itu, tetapi mereka lebih menghargai dan menghayati hutan rimba tempat mereka bergantung hidup. Maka itulah sebabnya mereka bersungguh-sungguh mempertahankan kawasan mereka dari diceroboh oleh syarikat-syarikat pembalakan yang rakus dan kasar.
Namun kita tidak seharusnya mengatakan kaum Penan adalah kaum yang mundur dan ketinggalan dari arus pembangunan. Sesiapa di kalangan kita yang masih befikiran sempit seperti itu, akan melihat kehidupan ini seharusnya berajakan wang ringgit semata-mata.
Kaum Penan mengetahui nilai tinggi hutan belantara Borneo, sebuah hutan tertua di dunia ini. Jika Taib tidak begitu tamak dan haloba, terlalu dahagakan kekayaan, beliau sudah lama telah mengambil kira khazanah hutan yang bernilai tinggi sebagai sumber ubat-ubatan, DNA, pelancongan, penyelidikan saintifik yang tersimpan di dalam hutan belantara Sarawak itu.
Taib telah mengubah lanskap hutan belantara yang telah diranapkannya menjadi sebuah kawasan tanaman untuk sejenis pokok sahaja. Ini telah menyebabkan hakisan tanah yang sangat buruk dan jika tidak dikawal, akan wujud padang pasir di negeri Sarawak suatu hari nanti. Malah Taib telah mengganggu apa yang dikatakan sebagai ‘paru-paru dunia’, iaitu kawasan hutan yang menjadi penyerap karbon dioksida yang amat merbahaya, dan seterusnya menyumbang kepada Pemanasan Global.
Kaum Penan amat faham mengenai perkara ini, walaupun tidak ramai di kalangan mereka yang berpeluang bersekolah, dan mereka tetap akrab dengan persekitaran sedemikian, termasuk segala kehidupan dan tumbuhan di dalamnya. Atau, mungkin Taib memang sengaja enggan memahami, atau beliau telah menjadi pekak dan rabun dek wang ringgit.
Kaum Penan tidak mudah menyerah diri
Sehingga kini kaum Penan tetap mempertahankan persekitaran mereka walaupun banyak tempat mereka telah dieksploitasi oleh Taib dan samseng upahannya.
Taib enggan menghormati kaum Penan walau sekecil manapun, atau mengagihkan mereka kawasan penempatan yang selesa. Rakan-rakan menterinya pula sering dirakamkan sebagai berkata bahawa kawasan-kawasan hutan harus ditebang. Inilah yang boleh dijadikan bukti untuk menuduh Taib melakukan pembersihan etnik suatu masa nanti.
Perkara yang boleh membuat kita terkejut adalah keangkuhan orang tua itu telah mengenepikan tanggungjawapnya sebagai Ketua Menteri Sarawak yang bekerja berlandaskan undang-undang yang harus dikuatkuasakan seadil-adilnya bagi melindungi rakyatnya dari diancam oleh mana-mana pihak. Kini begitu banyak laporan mengenai kes-kes cabul kehormatan yang mengganggu kaum minority ini, tetapi Taib tidak sedikit pun menghiraukannya.
Seperti kebiasaannya, pasukan polis sememangnya diarahkan untuk tidak menghiraukan sebarang laporan yang dibuat berkenaan dengan kekasaran yang dilakukan oleh taukey-taukey balak dan samseng-samseng mereka – yang berkongsi perniagaan dengan Taib Mahmud.
Selama lebih 30 tahun Taib memperolehi kekayaan dari menebang hutan-hutan belantara di Sarawak, tetapi kaum Penan tetap tidak mendapat sebarang faedah, walaupun Ketua Menteri Sarawak itu sentiasa mendendangkan lagu pembangunannya.
Selama ini Taib tidak menunjukkan kesungguhannya untuk membuat kad-kad pengenalan atau sijil-sijil lahir untuk kaum Penan, agar mereka dapat menjalani kahidupan seperti warga negara yang lainnya. Terdapat sebilangan kecil sahaja kaum Penan yang ada hak untuk mengundi, itupun diheboh-hebohkan oleh Taib dan menteri-menterinya, suatu perkara yang tidak perlu dibanggakan sangat.
Taib memang tahu bahawa kaum Penan tetap tidak akan menyokongnya dalam mana-mana pilihanraya, sebab itulah beliau mengatakan bahawa kaum Penan lah yang menjauhkan diri mereka dari kerajaan tadbirannya, termasuk pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran yang ingin membuat kad pengenalan atau sijil kelahiran untuk mereka.
Tetapi jika mencari pokok-pokok hutan untuk ditebang, Taib dan pembalaknya tidak menghadapi sebarang kesukaran, berbanding mencari kaum Penan yang tinggal dalam hutan.
Diharapkan filem ini akan memberikan keterangan mengenai usaha kaum Penan yang sedang bersungguh-sungguh mempertahankan kehidupan mereka dan juga sebagai membuktikan berita-berita yang disiarkan dalam Sarawak Report selama ini.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments