PENYANGAK ALAM SEKITAR

Kini Sarawak Report dapat menunjukkan hubungan rahsia di antara industri pembalakan dari Tasmania dengan sepupu Ketua Menteri Sarawak, iaitu Hamed Sepawi. Hubungan mereka bukan hanya mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar di Tasmania, malah ianya juga berlaku di Borneo, di mana banyak projek hidro-elektrik akan terus dibina. Kami dapat memberikan bukti-bukti mengenai perjanjian-perjanjian yang dimeterai itu. Di samping itu juga projek-projek itu akan membenarkan semua hutan di bahagian hulu empangan ditebang.
Hamed Sepawi merupakan pemegang saham terbanyak dan juga selaku Pengerusi Eksekutif syarikatnya yang menebang hutan-hutan, Tan Ann, telah dipelawa masuk ke Tasmania dalam tahun 2005 dengan sabsidi yang begitu banyak, dibiayai oleh kerajaan Australia. Namun Ta Ann tidak memberikan keuntungan ketara kepada Australia, hanyalah kerugian yang besar, iaitu kerosakan dan kemusnahan alam sekitar Tasmania.
Walaupun masalahnya telah menimpa alam sekitar mereka sendiri, tetapi para menteri di Tasmania masih ada yang menyokong industri berkenaan, dibelengu kesalahan rasuah, dan enggan pedulikan rintihan orang lain yang ditimpa kemusnahan alam sekitar dan ancaman yang berlaku di Sarawak setelah diekploitasi oleh sebuah keluarga yang dahagakan kekayaan.
Siapakah penyangak alam sekitar sebenarnya?
Sarawak Report ingin tahu kesesuaian nama orang-orang yang menjadi penyangak alam sekitar.
Jika nama itu digunakan untuk menggelar sekumpulan orang yang mengadakan kempen mencintai alam sekitar, yang sifat mereka menakut-nakutkan masyarakat menggunakan senjata-senjata merbahaya, maka pelik juga hakikatnya.
Tetapi jika nama gelaran itu digunakan ke atas sebuah kuasa yang digunakan untuk mengekploitasi keharmonian alam sekitar yang akan menguntungkan sekumpulan kecil orang, sudah tentunya nama itu amat tepat.
Kini Ta Ann sudah jelas mempunyai kaitan dengan kerosakan alam sekitar, yang memberikan sedikit keuntungan kepada industri hidro-elektrik yang diketuai oleh David Crean yang pernah juga menjadi menteri di Tasmania. Pada tahun lalu, Entura, iaitu anak syarikat Hydro-Tasmania telah memeterai perjanjian membina tiga buah empangan hidro-elektrik di Sarawak, seperti yang telah dirancangkan oleh Ketua Menteri membina 12 buah empangan berharga tinggi di seluruh bumi Sarawak dalam masa beberapa tahun akan datang!
Empangan Bakun yang baru siap, yang merupakan empangan kedua tertinggi di dunia, belum tentunya akan memberikan pulangan yang lumayan kepada negeri Sarawak, walaupun pembinaannya menggunakan wang dari tabung pesara sebanyak berbilion-bilion dollar. Apa yang pastinya ketara nanti adalah hasil dari jualan tenaga elektrik akan menguntungkan Taib sekeluarga. Malah syarikat mereka, CMS, merupakan sebuah syarikat yang memonopli pengeluaran simen di Sarawak, dan semua lesen akan melalui meja pejabatnya.
Kini, sekali lagi Sarawak Report boleh menunjukkan bukti-bukti wujudnya hubungan antara projek membina empangan untuk Taib dengan Hydro-Tasmania. Pengarah Projek di Murum, iaitu Andrew Pattle, sememangnya datang dari Hydro-Tasmania dalam bulan Mei 2010. Sebenarnya projek empangan Hidro telah dimulakan oleh Sino-Hydro dari China, dalam masa dua tahun, secara berahsia, sehingga ke suatu ketika rahsianya terbongkar semasa suatu seminar yang dikelola oleh syarikat itu. Kini projek berkenaan dikendalikan sebagai sebahagian dari projek SCORE yang mempunyai khidmat nasihat yang agak kurang berkesan. Penilaian EIA yang dijalankan ke atas projek itu juga hanya dibincangkan oleh sebuah jawatankuasa yang berpengerusikan ketua Menteri sendiri!
Sarawak Report merasakan rakyat Sarawak harus mengetahui dengan terperinci segala perkara yang berkaitan dengan projek hidro-elektrik, walaupun ianya diketahui mengganggu kesejahteraan manusia dan alam sekitar.
Kami memohon penerangan yang sempurna dan tepat, kerana jika projek itu sememangnya tidak selamat dibina dan digunakan nanti, maka layaklah mereka yang terlibat dengan pembinaannya digelar penyangak alam sekitar!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments