TAIB BERUNDUR DARI BARAM!

Bantahan terhadap pembinaan empangan hidro-elektrik Baram menggunakan proses undang-undang menampakkan kejayaan. Kerana pembinaan empangan itu pastinya akan mengganggu serta merosakkan alam sekitar di kawasan itu. Jika Taib tetap meneruskan niatnya untuk membina empangan itu, maka usaha untuk memenangi pilihanraya di kawasan itu akan terjejas.
Orang tua itu percaya bahawa beliau dapat mengelakkan bantahan dan soalan pihak-pihak tertentu mengenai projek itu dengan menjawab menggunakan frasa “ditangguhkan”!
Tetapi jangan tertipu
Janganlah kita percaya bahawa perkara itu dihentikan begitu sahaja. Taib dan rakan-rakannya dalam BN tetap mempunyai niat yang tidak baik. Mereka tahu, jika perancangan mereka diteruskan, maka BN akan kalah di kawasan itu kerana mereka juga tahu bahawa sokongan terhadap pembangkan di kawasan itu semakin bertambah kuat.
Menurut mereka, jika BN menang di kawasan itu nanti, mereka mempunyai tempoh masa lima tahun yang mencukupi untuk melaksanakan perancangan mereka untuk meneruskan SCORE. Tambahan pula, projek pembinaan empangan hidro elektrik Baram akan diteruskan.
So, at every point in this election campaign Taib should be asked why the Baram Dam has not been CANCELLED instead of postponed!
Ketika berkempen nanti para pengundi patut menyoal Taib kenapakah projek hidro Baram tidak DIBATALKAN sepenuhnya, tetapi hanya ditangguhkan!
Kesemua 20,000 orang kaum Kenyah, Kelabit dan Penan yang terjejas akibat projek berkenaan seharusnya bangkit untuk menentang. Mereka sudah ada bukti bahawa Taib tetap akan mengusir mereka dari kawasan kelahiran mereka itu (malah hutan tempat mereka bergantung hidup telah pun diranapkannya).
Orang-orang di Baram harus belajar dari nasib malang yang telah menimpa mereka yang di Bakun, dijanjikan pekerjaan yang sempurna berpendapatan lumayan, kehidupan yang selesa, kehidupan yang baru sebagai ganti pada kawasan mereka yang telah dimusnahkan oleh ‘pembangunan’.
Tetapi mereka telah dipindahkan dan ditempatkan semula di Sungai Asap, di mana mereka menghadapi kesukaran hidup, dengan kurangnya kemudahan pelajaran dan kesihatan.
Mereka telah dijanjikan bekalan air bersih dan elektrik percuma dari empangan hidro elektrik Bakun, tetapi kini janji-janji manis itu bohong belaka. Ramai di kalangan mereka telah diputuskan bekalan air dan elektrik kerana tidak lagi mampu menjelaskan bil-bil bulanan mereka, kerana pekerjaan mereka yang tidak terjamin sebagai mana dijanjikan dahulu.
Empangan hidro elektrik Baleh juga akan menjejaskan beribu-ribu orang yang menghuni di sepanjang sungai Baleh. Tetapi, jika projek itu diteruskan, ianya pasti akan menjejaskan kemenangan BN di situ juga.
Sebagai mana telah diketahui, tiada satupun empangan hidro elektrik mendatangkan kebaikan kepada mereka yang telah terjejas tempat pencarian hidup mereka. Negeri ini sudah mempunyai bekalan tenaga elektrik yang mencukupi setelah empangan Bakun siap dibina.
Taib sebagai penentu projek yang dirancangnya sendiri
Kini Taib dilihat sebagai penentu segala projek yang dirancangnya. Beliau Ketua Menteri juga melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan dan Perancangan Sumber. Beliau juga melantik dirinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar yang seterusnya bertanggunjawab meluluskan Penilaian Kesan Pembangunan Terhadap Alam Sekitar (EIA) bagi projek-projek yang dirancangnya!
Hasrat Taib untuk menjadikan Sarawak sebagai mesin wangnya sendiri. Beliau telah meranapkan semua kawasan hutan dan menukarnya menjadi ladang-ladang kelapa sawit. Kini dia ingin mengubah semua sungai yang telah tercemar itu menjadi sumber bekalan tenaga hidro elektrik.
Taib tahu banyak negara di dunia ini memerlukan kuasa elektrik untuk meleburkan aluminium, dan kerja-kerja peleburan aluminium itu bukanlah sesuatu yang digemari kerana kesan pencemaran dan kemudaratannya terhadap manusia amatlah serius. Tetapi Taib tidak sedikit pun ambil peduli. Beliau terus mencari pelabur-pelabur luar untuk menanam modal di negeri Sarawak dan seterusnya mencemarkan alam sekitar Sarawak, yang pada suatu ketika dahulu sebuah negeri yang bersih.
Kini ramai penduduk di Mukah sedang menghadapi masalah kesihatan akibat aktiviti kilang peleburan aluminium. Penduduk lain di Sarawak haruslah berfikir, sama ada memberi ruang dan laluan kepada Taib untuk meneruskan niatnya untuk menambahkan kekayaannya tetapi mendatangkan masalah kepada orang ramai.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments