7 Nov 2011

Alastair Campbell membantu Najib memenang pilihraya akan datang!

This post is also available in: English, Iban

Sarawak Report can now add to growing questions in Britain about Tony Blair and his former PR advisors’ links with repressive regimes.
Kini Sarawak Report dapat mendedahkan laporan yang berkaitan dengan persoalan bagai mana bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair serta pasukan penasihatnya mengolah corak pemerintahan di negara-negara lain.
Kami telah menjumpai suatu maklumat dari Britain bagai mana Alastair Campbell, yang dahulunya pernah bekerja dengan Perdana Menteri Britain, menyumbangkan khidmat nasihat kepada Najib Razak tentang strategi pilihanraya akan datang!
Perkara ini yang berikutan pendedahan skandal FBC Media yang dilakukan oleh Sarawak Report yang mengatakan bagai mana Najib dan Taib Mahmud pernah membeli publisiti yang disiarkan menerusi stesen-stesen TV seluruh dunia.
Kini Najib kelihatan terdesak dan bersungguh-sungguh membersihkan namanya di persada antarabangsa menjelang pilihanraya akan datang ini.
Sumber kami mengatakan Alastair Campbell pernah beberapa kali mengunjungi Najib di KL, dan pada kali terakhir dia dikatakan berjanji untuk membantu Najib mengenai undang-undang penahanan pesalah-pesalah politik.
Mencari rakan niaga di negara-negara pengeluar minyak?
Kami telah mendapat maklumat mengenai siaran-siaran berita di UK yang melaporkan hubungan niaga dengan negara Khazakhstan.
Alastair Campbell juga telah diketahui berkunjung ke KL sekembalinya dari lawatannya ke Astana, ibu negeri Khazakhstan, di mana dia mengakui memberikan khidmat di situ.
Tony Blair sendiri diketahui mengadakan hubungan rapat dengan Nursaltan Nazarbayev, presiden Khazakh, semasa dia masih memegang tampuk pemeritahan.
Nazabayev merupakan seorang ketua negara yang mempunyai rekod tercemar di kalangan ketua-ketua kerajaan, kerana menjalankan dasar-dasar kerajaannya secara kasar ke atas rakyatnya dan juga dibelengu kesalahan-kesalahan rasuah sejak 20 tahun memerintah.
Hubungan Blair dan Najib pernah dilaporkan dalam Sarawak Report berkaitan dengan skandal FBC Media. Kedua-dua pemimpin itu dilaporkan telah mengupah FBC Media supaya mempromosikan imej-imej baik mereka. Apa yang ingin diketahui umum adalah Blair mengadakan hubungan dengan ketua-ketua negara pengeluar minyak, dan Khazak merupakan negara terkini menjadi rakan niaganya. Suatu perjanjian bernilai $13 juta US dengan Khazak juga telah dimeterai.
Pihak kami masih belum berjaya mendapatkan maklumat bagai mana dia boleh mengadakan hubungan dengan Antara. Para pemberita kami tidak dapat mengesannya menerusi email, telefon atas media-media lain.
Kami telah menerima suatu maklumat yang mengatakan Campbell pernah mengatur lawatannya untuk bertemu dengan Najib di KL, dan agenda utama perbincangan mereka berkisar pada strategi-strategi pilihanraya Najib.
Hubungan tersebut telah mendatangkan kerisauan pada pihak pembangkang di Malaysia, kerana Campbell dipercayai boleh menggunakan keistimewaannya menerusi Tony Blair untuk mempromosikan Najib dan BN di mata dunia, walaupun BN merupakan sebuah parti yang kian popular dengan masalah rasuah dan melanggari hak asasi manusia. Selain itu Sarawak Report dapat mengeluarkan maklumat yang mengatakan Alastair Campbell dipanggil oleh FBC Media berhubung kontrak $5 juta setahun dengan Taib untuk melancarkan kempen terhadap kami berkaitan dengan laporan-laporan rasuah.
Hubungan dengan negara Khazakhstan
Kini pasukan Blair diketahui sedang mengatur hubungan antara Astana dan KL. Kedua-dua ibu negeri berkenaan mempunyai rekod yang kurang baik. Selain itu, anak perempuan Najib, Nooryana, telah dijodohkan dengan anak saudara presiden Khazak, Daniyar Nazarbayev.
Dengan itu beberapa persoalan yang harus ditujukan kepada UK dan KL, apakah tujuan sebenar hubungan KL dengan Blair diadakan, walaupun dia tidak lagi berkhidmat sebagai seorang perdana menteri sekarang.