Hubungan dengan Uzbekistan!

Ketika Taib dan Najib sedang disiasat kerana menggunakan perhidmatan promosi media, dan serupa dengan yang digunakan oleh kerajaan Khazakhstan, untuk menjernihkan imej mereka di mata dunia, kami menemui suatu lagi bukti bahawa mereka juga membuat hubungan dengan kerajaan Uzbekistan yang kini sedang menjalankan dasar kekasaran terhadap rakyat mereka sendiri!

Kini cawangan FBC Media di Itali telah menamatkan kontrak dengan Gulnara Karimova, anak perempuan kepada seorang dictator Uzbek, yang sedang giat mempromosikan dirinya di kalangan penggemar fesyen antarabangsa.

Setelah Gulnara menceraikan suaminya, suaminya telah kehilangan kuasa ke atas monopoli perniagaan air minuman negara itu. Justeru suaminya telah melarikan dirinya dan mendapat perlindungan di US, sementara 24 orang ahli keluarganya telah diusir dengan muncung senapang ke negara Afganistan!

Di samping itu Gulnara yang meminati majlis-majlis peragaan fesyen yang mewah-mewah telah menyebabkan negaranya membelanjakan begitu banyak peruntukan kewangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen di tempat-tempat yang terlalu eksklusif dengan tujuan untuk memperolehi namanya!

Kesemua kontrak yang dimeterai dengan pengerusi FBC Media, Alan Friedman, yang kenal akan ketamakan Gulnara mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan perniagaan di bawah regime bapanya. Sikap dan gaya hidup Gulnara hampir-hampir menyerupai sikap Taib Mahmud dan keluarganya dari Sarawak, Malaysia.

Klien yang dihormati

Alan Friedman telah menyalahgunakan kuasanya memaksa para pekerjanya untuk menjernihkan nama Gulnara yang sentiasa mendakwa semua pertunjukan fesyennya itu adalah atas dasar membantu kaum wanita di negaranya. Di samping itu, industri penanaman kapas negara itu juga diketahui berlandaskan buruh hamba yang dikerahkan bekerja.

Menurut salah seorang pekerja FBC Media, Gulnara telah membayar wang yang amat banyak kepada FBC Media hanya semata-mata untuk mengangkatkan imejnya. Kami diberitahu bahawa kerajaan Uzbek telah membelanjakan lebih sejuta ringgit untuk membayar FBC Media hanya untuk menayangkan 3 siri video berkaitan dengan pertunjukan fesyen Gulnara.

Milan dengan Forum Ekonomi Dunia

FBC Media juga diketahui menyokong Gulnara memperoleh rakan-rakan niaga dalam dunia fesyen.

Di antara para jemputan yang menghadiri majlisnya adalah Letizia Morati, Walikota Milan, Andrea Goretti dari kumpulan Fininvest, peniaga Elio Cosimo Cantania dan beberapa orang peniaga berbangsa Itali yang telah menjadi sasaran Gulnara sebagai rakan niaganya.

Alan Friedman juga didapati membantu Gulnara menjadi rakan niaga kepada Klaus Schwab dari syarikat WEF. Klaus sememangnya mengenali Gulnara sebagai seorang pengusaha fesyen yang tidak digemari masyarakat dunia. Di samping itu FBC Media amat digemari oleh individu-individu seperti Gulnara, sehinggalah kegiatan haram mereka didedahkan!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments