Pakar Ekonomi No. 1 US Mengetuai Sime Darby

Sarawak Report menemui beberapa dokumen yang mengejutkan berhubung kempen perladangan yang dijalankan oleh syarikat perladangan gergasi, Sime Darby, sebagai suatu usaha mereka melantik seorang pakar ekonomi paling popular di dunia, untuk menjadi ‘duta’ mereka.

Jeffrey Sachs adalah seorang professor ekonomi di sebuah universiti di New York yang pernah disenaraikan namanya dalam majalah Time sebagai salah seorang dari 100 individu paling berpengaruh di dunia.

Bukti-bukti yang kami temui bahawa Sime Darby didapati mengupah FBC Media untuk mempersembahkan Sachs sebagai agen promosi kegiatan perladangan mereka.

Sebagai contoh, pada iklan eksklusif dalam akhbar Herald Tribune, Sachs didapati memuji-muji kerajaan Malaysia dan syarikat Sime Darby dalam tahun 2008 kerana usaha mereka dalam kegiatan perladangan. Di samping itu, Sime darby juga dipuji-puji kerana penglibatannya dalam zon pembangunan Iskandar.

Sime darby yang dikawalselia penuh oleh kerajaan Malaysia merupakan sebuah syarikat perladangan yang terbesar di dunia, dan ladang-ladang mereka di Malaysia telah mengeksploitasi alam sekitar di kawasan Miri dan Bintulu.

Kegiatan terbaharu Sime Darby adalah pergerakan mereka dari Sarawak ke daerah Liberia di Afrika di mana mereka didapati berladang di kawasan seluas 47,000 hektar yang telah menyebabkan orang-orang asli di situ telah bangkit menentang syarikat itu kerana merampas tanah-tanah milik orang asli.

Di Sarawak, kaum asli yang miskin yang memiliki tanah yang telah dirampas hak ke atas tanah untuk bercucuk tanam, bukannya kerajaan yang menyediakan tanah untuk rakyatnya. Hanya segelintir sahaja individu yang tahu cherita ini sebagai mana disampaikan oleh FBC Media. Siasatan Bank Dunia ke atas kegiatan perladangan di Sarawak telah memperlihatkan kegiatan itu mengakibatkan rakyat Sarawak menjadi papa kedana kerana kehilangan tanah sendiri setelah diambil syarikat-syarikat perladangan seperti Sime Darby.

Hasil siasatan kami juga mendapati Professor Sachs merupakan salah seorang dari beberapa individu yang digunakan Sime Darby mempromosikan nama syarikat itu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments