Sean Murray dengan projek gergasi di Kuching – suatu lagi pendedahan ekslusif!

Kini kami boleh melaporkan bagai mana suami kepada anak sulung Taib Mahmud, iaitu seorang bebangsa Kanada yang bernama Hisham (Sean) Murray, sedang giat menguruskan suatu projek yang bernilai tinggi, sebuah projek di Kuching Isthmus, yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

CMS Land Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarkiat milik keluarga Taib Mahmud telah berjaya mendapatkan sebuah kawasan projek seluas 240 ekar di tempat itu, setelah ianya diasingkan dari tanah-tanah orang tempatan dengan cara paksa sekitar taun 1990-an dahulu.

CMS Land telah menganggarkan projek di kawasan itu bernilai sekitar RM2.8 bilion! Namun kami tahu bahawa projek itu dibangunkan oleh sebuah syarikat luar negara yang tidak dikenali, walaupun ianya milik keluarga Taib Mahmud.

Saham-saham untuk melaksanakan projek di kawasan 10 ekar itu dipegang oleh Premier Cottage Sdn Bhd, yang pengarahnya adalah Sean Murray bersama-sama isterinya dan rakaniaga mereka (juga saudara terdekat mereka) Gertie Chong.

Kami hairan kerana alamat pejabat ZW Group adalah serupa dengan alamat pejabat Aberdeen Project Fascilitator Inc., iaitu sebuah syarikat yang pernah dianugerahkan projek membina Kuching Tower pada tahun 2006. Pengarah Aberdeen Project Fascilitators yang juga selaku pengurus Projek dalam ZW Group bernama Thady Murray. Thady juga selaku Presiden City Gate Corporation, yang merupakan ahli keluarga Sean Murray, yang bekerja dengan Sakto/City Gate di ibu pejabat mereka di Ottawa, Kanada!

‘Keluarga saya tiada perniagaan di Sarawak’
Kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Taib Mahmud sendiri yang mengatakan ‘keluarganya tidak sekalipun pernah berniaga di Sarawak’. Pada musim pilihanraya yang lalu, Taib telah membidas kritikan para pembangkang di mana beliau mengatakan bahawa keluarganya hanya berniaga di luar negara dan beliau tidak pernah menggunakan kuasa menterinya untuk membenarkan mereka berniaga di dalam negeri Sarawak!

Perniagaan keluarga Murray?
Kami telah mendapati ramai di kalangan keluarga Murray bekerja dengan syarikat Sakto di Kanada dan negara-negara lain di dunia ini. Ini termasuk Christopher Murray, iaitu sepupu Sean Murray yang menguruskan Ridgeford Properties di London, pernah memberi keterangan kepada seorang wartawan bahawa syarikat itu diasaskan oleh keluarga Murray (maknanya tiada kaitan dengan Taib, bapa mertua Sean).

Mendapat keuntungan dari perniagaan di Sarawak
Pada projek Isthmus, seperti juga pada tempat lain di Sarawak semua peluang dan ruang untuk meraih keuntungan biasanya diberikan kepada keluarga Taib, menerusi kuasa penuh Pejabat Menteri Perancangan yang dikuasainya sendiri.

Beberapa projek yang telah dibiayai oleh kerajaan Sarawak, termasuk membina bangunan BCCK yang berjumlah RM200 juta dan bangunan Sarawak Energy bernilai RM230 juta telah siap dibina. Kedua-dua projek ini diberikan kepada syarikat CMS, milik keluarga Taib begitu sahaja.

Pada kes usahasama membina hotel, syarikat CMS menjelaskan bahawa projek berkenaan akan diusahakan oleh Isthmus Development Sdn Bhd yang menyediakan tanah, tetapi Premier Cottage adalah pemegang 51% saham. Premier Cottage tidak diketahui asal usulnya, tetapi dimiliki oleh Pioneer City Enterprise Ltd, sebuah syarikat yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Syarikat-syarikat di Malaysia.

Kini tiba masanya Sean Murray menjelaskan tentang kedudukan Sakto
Projek di Kuching Isthmus pada mulanya dicadangkan dibina pada tahun1973 dan tidak mengikut undang-undang pembangunan Seksyen 47 Order dalam undang-undang atau kanun tanah, tetapi pada pertengahan tahun 1990-an Taib Mahmud telah menggunakan kuasa Menteri Perancangannya telah membahagikan tanah di situ untuk dibangunkan.

Projek di Kuching Isthmus menggambarkan sebuah projek pembangunan yang dikhaskan untuk dinikmati oleh segolongan orang yang kaya-kaya sahaja, yang diuruskan oleh syarikat keluarga Taib dan kroni-kroni mereka, dengan membelakangkan kepentingan dan hak-hak asasi rakyat biasa.

Hentikan gejala rasuah
Para penganjur kempen anti rasuah di seluruh dunia telah mendesak kerajaan-kerajaan di luar negara untuk menguatkuasakan undang-undang dan menyiasat Taib Mahmud berhubung harta kekayaannya di US, Kanada, UK dan di Australia. Kebanyakan perniagaan yang haram itu diuruskan oleh Sean Murray bersama isterinya Jamilah Taib dan ahli-ahli keluarganya yang lain berasaskan kekayaan yang dieksploitasi dari sumber asli Sarawak.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments